Saturday, 31 December 2011

Dia dah Bertunang

Ohhhhh......dia hampir berpunya
Saya yang telah berpunya ini rasa dengki

Apahal plak nak dengki?
U kan dah merasa bertunang dulu
Yo lah....lupa plak



Dia nak yang simpel dimpel
sO Ai bUaT yAnG cEnGgiNi Je

Thursday, 29 December 2011

Jimi Asmara



Assalamualaikum......

Masih lagi bersiaran dari laptop kawan
Waktu update haruslah pada waktu lunch
Walaupun boss cuti utk merry christmas,
keje tetap berjalan macam biasa
Adakah saya bakal pekerja cemerlang?.....

Nak ajak en.somi pegi beli charger tapi muka dia adalah senyonyong
Tak tau ape kene,....moncong je
Malas nak layan & menanya

Tatkala dia panas, ai sejukkan hati dengan jimi asmara
Air glemer ni rasanya ramai yang tau
Nama agak puitis...... tak agak2 la pun
Tapi sebabnya tidak la diketahui
Mungkin lepas minum bole membuak-buak rasa cinta hendak berasmara




4 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar sunquick
1 sudu kecil esen pisang
Beberapa titik perwarna hijau
Air masak & ais secukupnya

Larutkan gula dengan sedikit air panas
Masukkan bahan-bahan lain
Kacau sebati



Siap utk diminum



Dah ke hina dina tak de laptop
Picnik plak tak ble masuk
Konon nak edit le sikit gambo

Jadi,,,,,sila la tatap gambar kurang menarik ni


Wednesday, 28 December 2011

Blueberry Cheese Cake

Fifi ni ibarat anak bagi family kitorang

Ekceli, anak kawan yang kenal masa hantar anak2 kat nursery
Sekarang jadi kawan baik
Disebabkan anak-anak dah besar panjang
& diorang suka suka baby
Makanya selalu la pinjam Fifi n adiknya Faris
Tido kat rumah pun pernah, tau




 

Sebelum collect, ada buat penambahan sikit
Letak ladybug beberapa ekor

Untuk budak, harus la kiut
KOHNONNYEEEE



Monday, 26 December 2011

So Speechless

Kesian tak?....
Hapdate guna laptop kawan

Haruslah berlinangan airmata
Hidup terasa kurang bermakna
Dan haprak tahap maksima

Eleh...
Apa nak eran
Orang zaman dedulu takde laptop boleh je idop






So Sweet & Gatal

Tajuk agak menyakitkan hati......
Buat Azrul, jangan marah ek

Azrul, my fren kat opis nun
Cadangnya dia nak order sebijik kek
Tapi ai malas nak buat kek
Nak nunggu sejuk, nk menyimen lagi
Lagipun minggu ni adalah minggu yang bizi
Public holiday pun kene keje tau

Ai in-charge untuk stock take
Kena siapkan cepat2 reconciliation
Dah nak cukup bulan plak tu
Kena rushing untuk closing plak

Makanya, cup cake je yang agak rajin nak buat



He ordered this untuk bawak rumah future parents in law
That's y la ai kata gatal lagi hamsap

Proses kipas nampaknya ni



Buat Azrul,
Selamat Mengipas
Semoga anda berjaya




Sunday, 25 December 2011

Haku Tensi Sesangat

Dah le diri ini dikurniakan sifat sabo yang agak kurang tapi kenapa la selalu sangat diduga

Rasanya baru sangat lagi charger laptop ni meragam
Ni dia buat perangai lagi
Tak mau bekerja langsung

Broadband pun macam taik kucing
Lembap gile vavi nih
Taip satu perkataan pun amik masa doploh kurun
Gambo jangan stori le
N3 tak de gambo le jawabnya

Celcom punya message,,,,,
suruh haku upgrade, nak suh bayo lebih le tu
Lebeh le korangggggg


KeMoN le weih....
Orang banyak keje ni

Di saat rasa sedih blog kena hacked dulu masih belum ok
Korang buat perangai plak

Kang haku sambo Ipad,,,baru tau
ayat penyejuk hati,,,walau tau diri tak mampu

Wahai en suami yang tercinta, sila la tolong belikan sebijik untuk isterimu ini
Apa guna ada bini comei kalau disia-siakan

Sesugguhnya.....diri ini sedang bersedih
Dan menanti hadiah darimu
US100 tu tak berapa nak cukup

Sila la tambah demi keceriaan sebenar

NgEh NgEh Ngeh
:)

Friday, 16 December 2011

Good Bye My House

Ni antara harta terawal dalam hidup berumahtangga 
Teres setingkat 4 bilik 2 bilik air di Bandar Saujana Putra
Tapi tak berkesempatan nak duduk sebab terbengkalai lebih 7 tahun

Sedei?...also cannot describe
Bayar interest kat bank tapi hartanya tak kunjung tiba
Dengan duit simpanan yang ada seciput, kami beli rumah 2nd hand di Klang ni
Ye la....berapa lama nak menyewa
Ujung2 rumah tu bukan rumah sendiri

Bila dapat kunci dan buat apa yang patut, dengan pantasnya kitorang cari penyewa
Sewa letak pun tak mahal, RM400 + 1 bulan deposit
Market value RM500


Harap2 penyewa dapat jaga rumah tu sebaik mungkin
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............
selalu tak bayar sewa
selalu tertunggak, biasanya 3 bulan
bayar untuk 2 bulan, lepas 3 bulan baru bayar lagi
Boleh cenggitu?....

Paling hangin, bila call @ sms untuk benda lain, diorang tak nak jawab
Bila datang, tak nak bukak pintu
Padahal orang sebelah kata tadi ada
Orang pun bukan nak minta sewa, kadang2 tu nak ambil bil cukai je
Nampak sangat dah buat salah tapi nak lari

Tapi tu bukan sebab kitorang jual rumah tu

Bank punya hal, lawyer punya hal
Dah le terbengkalai, sampai sekarang masih tak bayar installment
Ingat haku kaya ke wei?....
Takkan sampai mati nak bayar interest padahal kunci dah dapat

Semua pun lepas tangan
Bank kata developer punya hal, developer kata lawyer
Lawyer plak kata bank kena advise
Mampus la gitu.....

Dah le rumah tu leasehold 99 tahun

Maka.....we have to let go the house
Kot ada rejeki,.....ada la



Iwan jalan-jalan ala model



Pembeli,,,,,budak muda baru kawin from Shah Alam
OK la tu buat keluarga tak besar

Penyewa keluar waktu sewa masih tertunggak 4 bulan
Dia kata next month baru nak settekan

Betul ke?....susah den nak cayo



Thursday, 15 December 2011

Apam Ladybird + Dot-Dot



Ekcited nak buat apam ladybird ni. 
Lagipun tuan tanah dah book sebulan sebelum majlis khatan anak sulung dia
Kiranya dia bagi masa la untuk explore cara pembikinan

Masa trial semua nampak ok
Taak de le stress sangat buat ladybird tuh

Namun............hari kejadian lain plak yang berlaku
Jeng jeng jeng...........




Cup meragam plak wei

Habis reyok2 jadi apamnya
Try 3 jenis cup, semua pun tak menepati spesifikasi 
Nak beli lain, mana plak nak cekau malam-malam buta ni
Maka, haruslah diriku redha 




Lagipun Nurul ni very understanding
Sure dia memahami keadaan cup yang berada di luar kemampuan ku
Sebabnya haku pun beli ini cup, bukannya buat sendiri


 

Ada macam ladybird?....ada kot ek
Abaikan rupe cup yang memusnahkan semangatkan ku 

total, 200pcs


Wednesday, 14 December 2011

Demi Saiful MasterChef



Makcik bukan le peminat fanatik Saiful si MasterChef tapi rasa sayu je hati bila nengok muka dia

Muka kesian + muka naif

Nak-nak pulak tujuan dia masuk MasterChef untuk merubah nasib keluarga aka ubatkan mak dia yang sakit

Makcik ni, kalau masuk bab mak pak, selalu je sayu extra tahap berlebeh-lebehan

Ye le....sapa tak sayang mak pak yang hanya ada 2 je kat dunia ni



Walaupun tak cukup bahan aka malas pergi kedai untuk mencukupkan bahan,
demi semangat Saiful tu, makcik pulun jugak buat spagetti ni.
Rasa pun tak de le tak mampu diterima tekak


1 biji bawang besar holland - potong dadu
200 gram daging kisar
4 biji cendawan butang - belah 4
6 sudu besar sos  spagetti tradisional
3 sudu cili kisar
2 sudu besar pes tomato
2 sudu besar sayur campur
Sedikit oregano kering, kalau ada daun bay lagi sedap
Minyak zaitun untuk menumis

1. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan cili kisar dan pes tomato. Masak hingga naik hantu minyak
3. Masukkan daging kisar, masak hingga daging layu.
4. Tambahkan sos spagetti, sedikit air, cendawan butang dan sayur campur. Gaul sebati. Makcik suka yang berkuah sikit
5. Taburkan oregano, perasakan dengan garam.





Sudahlah siap, mana la si saiful ni. Nak ajak makan sekali, demi mengubati hatinya yang lara.

Buat Saiful....perjalanan anda masih jauh. Rezeki Allah berada di mana-mana saja.


Kelas Tart



Alhamdulillah,,,,,,syukur ke hadrat Illahi

Berdebar-debar jugak hati nak terima
Al-maklum le kita ni pun tak de le pandai sangat
Lagipun ai ni rasa kekok kalau masak waktu ada orang
Kalau hidupan lain, tak plak kekoknya

Tapi, kalau dah rejeki ni Allah nak beri, tolak cemana pun tetap akn dapat jugak

Maka, berlangsung le kelas cheese tart & fruit tart ni.


 


Ekceli....ni 2nd time buat kelas.
Ari tu ada gak buat kelas untuk kek tapi ntah kenapa, lupa amik gambar
Tapi tak de le spesel sangat sebab dia belajar deco je


Thank you to .......
ngeh3, lupe nama dia
Nama dia ada kat dalam email yahoo yg dah kena delete ari tu.
Datang dari Shah Alam


Monday, 12 December 2011

Hurup N Punya Pasal

Sapa tau makna hurup2 kat bawah ni
Ala....yang P J N T V L E K tuh
Cepat.....hadiah menarik menanti anda 

Tak de sapa tau?...
Terlepas la peluang keemasan anda utk pergi Paris kalau cenggitu

Rahsia akan terbongkar sekejap lagi 


Sebenornye...tak de makna apa pun
Masa nak transferkan hurup N untuk tulisan BAHRIN tu, N terjatuh
Cun-cun jatuh kat tepi tuh
Punya la ai nak tergolek sedei
Tapi idea dtg, tepekkan je le hurup-hurup lain, temankan N
Sian plak dia terkontang-kanting kat situ

Maka..... misi cover salah sendiri pun selesai
Sekian, terima kasih



Hanya david copperfield yg tau rahsia magic ini

White Yellow Fondant


Surprise birthday cakes dari isteri untuk suami

Elelele....Along budget romantik nampaknya

Jeles ai tau...ntah sapa la yang nak bua surprise cenggini pada diriku ini

Sob Sob Sob...sedei plak







KNZA
Khairul Nizam Zainal Abidin




Sunday, 11 December 2011

Amboi Amboi....

Budak-budak ni kalau duk kat rumah, memang tak de kerja lain
Mesti tangkap gambar diri sendiri

Tiap kali check kamera, mesti ada muka diorang
Pulak tu posing tak hengat
Kelangkup sana, golek sini
Ngalahkan model antarabangsa yang tengah nak siapkan port folio

Ni anak ai yang sulung
Muhammad Shafiq Ikram....


Yang ni bole masuk majalah maskulin
Macho bukan main....kononnye la



Tadi senget versi tepi
Yang ni versi depan 



Lain macam je rupe ni
Apahal lu ni?
Risau ibu tau.....



Yang ni paling tak ble tahan
Bukan main membesar lubang idong dia ni
Bole sumbat sotong ni

Bahaya kalau lipas nampak ni
Mesti diorang ingat rumah banglo baru

Jaga-jaga ye Along.....
Ibu takut lipas.....


Asam Pedas Daging Tetel



Anda tau apa itu daging tetel?...
Sebut betul ye...daging tetel
Kalau anda sedang live kat tv untuk rancangan masak memasak
dan salah sebut, mau anda kena ban

Salah satu resepi favourite diri sendiri.
Alamak,,, sekarang air liur sedang menitis. Terpaksa tadah dengan baldi kecil
Tanda rindu nak makan lagi

Bahan-bahan pun tak susah nak carik
Belakang rumah pun ada rasanya

Selain makan dengan nasik panas, cik abang suka cicah dengan roti
Alamak,,,baldi kecil tadi dah penuh
ngeh ngeh ngeh...air banyak dalam badan daaaa

Tunggu apa lagi
Esok Selangor cuti, bole la rakyat Selangor buat baramai-ramai

Jangan kira kandungan lemak
Anggap aje la hadiah untuk diri sendiri
Apa la sangat lemak tu kalau nak dibandingkan dengan kenikmatan dan kelajatannya




Asam Pedas Daging Tetel
Sumber : Cendana Kasih

Bahan-Bahan
Daging tetel anggaran 600 gram - rebus hingga empuk (simpan air rebusannya)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai*
1/2 inci lengkuas* (kuantiti lengkuas kurang setengah dr kuantiti halia...so korang kira ler yer..)
2 biji buah keras*
Sedikit belacan*
20 biji cili kering-dipotong dan direbus dahulu)*kalau nk pedas boleh tambah
Daun kesom
Bunga kantan (kalo suka)
Daun limau purut
2 sudu makan sos nampla
2 sudu makan air limau nipis
Air asam jawa
Minyak masak
Garam, perasa

Cara-cara
1. Bahan-bahan bertanda * dikisar halus bersama air asam jawa.
2. Panaskan periuk dan tumis bahan yang dikisar halus tadi hingga pecah minyak dan wangi
3. Masukkan sedikit air rebusan dan daging. Boleh tambah air lagi kalo nk kuah lebih. Tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimasukkan sos nampa dan air limau nipis.
4. Campakkan daun limau purut, daun kesom dan bunga kantan.


5. Biar mendidih lagi, dan bolehlah dirasakan garam dan tambah serbuk perasa

Strawberry Cheese Tart

Another product by IdaShazana





Saturday, 10 December 2011

Boboiboy

Ai suka tangkap gambar senget-senget cenggini.
Konon kreatip tapi sebenornye......
pakai kamera cikai, kena nampak hebat
Tapi tak mampu jugak untuk jadi hebat
:(

Sapa yang sudi sponsor kamera pada ai adalah amat dialu-alukan
DSLR model lama pun tak pe
Tapi alang-alang nak bagi, bagi la yang hebat sikit
Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat


Musim boboi boy kot sekarang ni
Ai punya la tak tau keujudan katun ni sampai le kastemer tanya
Gigih le tanya pokcik gugel 
LAju je pokcik tunjuk muka dia...
ooooo...gini rupenye, budak kembor

Punya la tak layan tivi sampai tak tau budak2 ni
Bole tukar2 ek?...



Irsyad's mummy story morry
Her mum takmo kek dari bakery, nak yg home made
Dah tu tak nak kek span
Dah tu irsyad pun cerewet katanya
Makanya....rezeki ai dengan dia



Ada extra gambar, buatkan 4 ketoi oreo choc utk birthday boy
ok ko 4 ketoi...buat makan dalam kete



Semoga jumpa lagi...
TQ

Friday, 9 December 2011

Peach Cupcakes

Punya a happy dapat order dari pembaca blog lamaku www.idashazana.blogspot.com 
sampai lupa tanya nama dia...yg ingat cuma Siew, tu pun sebab ternampak kat dlm email.

Kadang-kadang mmg cenggitu, lupa walau di mana saja berada.
Umur pun dah melangkah ke arah veteran, jadi haruslah penyakit lupa datang menjelma.

Anyway.....harap she likes it.
Deliver the cuppies to TTDI Shah Alam waktu lunch
Merempet le teman ke sana.
ngam ngam pukul 1 smp office.


Tema bunga2 cenggini customer yang pilih
Tapi ai ubah sikit supaya tak de nampak sama dengan yg sebelum ni.



Bila customer tak cerewet, senang la keje kita.
Bukan apa,,, kalau diorang cerewet, takut tak dpt memenuhi hati.



16pcs + 25pcs 
Choc cupcake yg tak manis walaupn tukang buat manis melimpah ruah
:(



I'll be there for you.......
Thanx

Thursday, 8 December 2011

It's Me.....

Anak-anak buah selalu kata makcik diorang ni tak betoi
Tak betoi ke macam ni???

Makcik yang sorang ni la selalu membingitkan kampung halaman.
Kalau tak bingit dengan gelak ketawa, mesti bingit dengan suara nyaring marahkan anak2 buah yang kurang makan cakap. 
Tapi......hidup we all enjoy. Happy always



Lepas bergelak ketawa, haruslah minum air segar dari dalam kolam KLCC
KOrang ado???



Meet half of my family.
Hubby and youngest son...
Mana lagi 2 ketoi???



Aksi manja saya di tepi jalan
Kalau mood nak bergambar datang, don care ada orang @ tak
KAt tepi jalan di BUkit Bintang...
Halal la tuuu....bukan ada orang marah pun


Why It Happens To Me?.....

It happens somewhere last week.

Segala usaha berblog selama hari ni lenyap.
Blog Ida.shazana kena hacked.


Sedei tak ble describe
Ai tido dalam deraian airmata tau.