Monday, 20 May 2013

PtPtN



Huhu... cepatnya Monday
Baru je rasanya dengar khutbah Jumaat 

Tapi tak de istilah Monday blues, pagi-pagi kena double confirm satu menda penting dengan assistant aku, tak boleh miss. Ni melibatkan department, kepentingan haruslah dijaga. Kalau boleh kesalahan perlu dielakkan, lagi-lagi silly mistake

Korang ada amik PTPTN tak waktu belajar dulu?


Dulu aku rasa tak de femes sangat lagi, sekarang jangan cerita. Masuk je U mesti apply 

Tapi aku terpikir,,,,, keperluan atau kehendak?


ni nak cerita satu cerita sedih 

dulu aku tak de amik ptptn tau

kenapa sedih?????
sebab di waktu kawan-kawan kaya dengan duit, aku adalah kedana. bukan main hebat diorang shopping. levis la, baju cantik-cantik. dapat duit terus outing bandar melaka

kenapa aku tak amik????
sebab abah aku akka en. omar baki kata tak yah. dia kata dia rasa mampu support aku. lagipun lepas kerja tak yah la bayar hutang. aku ok je, tak de pun membantah. tak tau kenapa aku tak memberontak bila dia kata macam tu

ooooo... baru teringat, aku adalah anak yang soleh
:)

bila teringat pasal beban hutang dan kos pelajaran yang makin tinggi di masa depan, aku ambil kesempatan dengan menabung untuk anak-anak




3 stooges punya akaun

aku akan pastikan duit tabungan diorang + duit raya diselitkan kat ptptn. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. harap-harap bukit tu nanti akan tukar jadi gunung

yang penting... dapat pelepasan cukai

oh cukai .... sebab kedua kenapa aku bukak ptptn. masa diorang kecik aku letak duit tu dalam maybank & public mutual


dan sekarang aku rasa gumbira
kalau tak kerna abah yang tak kasik aku amik ptptn,,, mungkin hidup aku dihimpit hutang. walaupun sikit, hutang tetap hutang

aku tengok ramai kawan yang terbeban, kerja tak de tapi hutang dah menunggu

syukur, alhamdulillah
terima kasih abah


untuk kawan-kawan, kalau rasa tak perlu maka tak payah la ada PTPTN. kalau betul-betul tak berkemampuan, memang la ia jawapannya

ramai yang berkereta ke U tapi masih nak ambil. sah-sah mampu, kalau tak takkan mampu ada kereta

kita sendiri tau samada ia keperluan atau kehendak

sekian, ceramah kenali diri dari saya
llalalalalalla


Sunday, 19 May 2013

Menu Tambahan ... Tempe Goreng



Menu kesian + murahan 

tapi anak-anak suka tempe goreng
konon nak buat untuk makan tengahari tapi dah licin. aku dok concentrate depan kuali, belakang tiga orang duk kerumun 

aiseh... baru je ibu nak bermain dengan ilusi
konon nak nampak makan penuh atas meja makan walaupun makanan adalah sodih dan kampung





lepas goreng tempe yang diletak sikit serbuk kunyit dan garam, cepat-cepat tumbuk seulas bawang, sebiji cili padi paling kecil. gelekkan sikit gula dalam batu penumbuk tu. masuk dalam mangkuk, tambah kicap

siap je pencicah kicap .... peminat pun datang berduyun-duyun. 
over kan???... 3 orang je pun peminatnya





sempat larikan semangkuk kecik ... 
larian berkadar 100 km/sejam


Friday, 17 May 2013

Sama dan Serupa




Special untuk Nina Diana



Baby rasa terkejut plus bangga plus riak

kwang kwang kwang
si dia baca blog baby

siapa dia???.....
dia adalah puan nina diana
sila baca betul-betul, dia adalah puan bukan cik
dalam erti kata lain, bukan la anak dara
sudah berpunya, no more available





kepada anda,,,
terima kasih kerna sudi datang melawat

selamat baby,,,,
nasib la baby tak pernah ngutuk anda

untuk itu, baby hadiahkan sekuntum bunga
bunga agak berat, sila deal dengan forklift driver untuk proses pengangkutan



Thursday, 16 May 2013

What else but tiramisu



I is mencari kekuatan... 

di balik langsir tak de, tepi kerusi makan tak de, bawah kabinet tivi pun tak de

ooooo... baru teringat, aaron aziz bawak balik s'pore. dia kata minggu depan baru nak pulangkan


untuk itu ... saksikan mak tiramisu dan anak tiramisu






aiseh... penutup senget sebelah


Wednesday, 15 May 2013

Sapa Mau Beli????



Kejap tadi jalan-jalan merewang-rewang tanpa arah tujuan dan pedoman kat Mudah.

U know apa baby nampak???

Betoi ka ni???


Ada orang advertise ni tau

Ia adalah batu pelapik peti ais
alaaa... yang warna hijau
zaman dulu selalu guna, letak kat kaki peti ais untuk elak lantai kena shock lektrik





sungguh hebat zaman IT

pada sapa-sapa yang berminat, harga adalah RM60 untuk 4 bijik

nak pos, tambah RM20

betul ka RM20 je???

ini adalah batu,,,
mungkin boleh menjangkau RM50 tau

untuk langkah keselamatan, bole la letak seratus engget untuk koleksi batu pelapik peti ais


pada yang berminat, sila bertindak segera sebelum kehabisan



baby nak jugak tapi too bad, cuma ada 4 biji
baby nak namblas bijik


Red Velvet Cake



Nama : Red Velvet

Icing : Cream Cheese

Berat : 1kg

Lokasi : atas tudung saji







pada yang tertanya-tanya kenapa red velvet itu tidak berwarna merah ......

kerna warna dah turun ke tudung saji itu



Tuesday, 14 May 2013

Mandi Manda



Tak kuasa la aku nak berendam dalam kolam dengan cuaca  yang menggugat jiwa ni

Ni sebab dek en. laki la. Sibuk je nak bawak anak pegi mandi, macam le tak pernah pegi

Lokasi kat Gold Course Banting nun


Budak-budak ni kalau bab berendam tak de masalah langsung. Ko letak la diorang 2 hari pun kat sini, masih tetap nak terjun, golek terlentang





ni namanya proses menghitamkan kulit yang putih bak telur direbus tu. sampai rumah bukan main rentung semua orang. aku ingat arang berjalan .... rupanya anak-anak sendiri. 

ooohhhhh.. sorry la wahai anak





cewah cewah ... ingat kat hawaii?





lantak la korang

main la puas-puas. 
ibu nak baca malajah Anjung Seri ni

wahai anak-anak, kalau barang dah kecut nanti, sila la naik atas. ibu menanti dengan hati terbuka





sebenornya .... aku tak mandi bukan sebab takut panas tapi sebab bikini dah tak muat


Monday, 13 May 2013

CC for Mother's Day



Sekotak cupcake tema barang-barang dapur 

Berakar la jugak vontot kat celah dapur untuk siapkan segala sudu, teko, cawan, mug, pinggan, kuali, mangkuk mixer dan jugak mixer

dan untuk soalan entry sebelum ni,,,,, ia adalah mixer. 

tak de pemenang, jadi tiket ke Sydney tu terpaksa dipulangkan semula pada MAS

sebenarnya bukan tak de pemenang,,,,
tak de sapa jawab pun, sentap baby tauu

aku ingat korang semua akan berduyun-duyun komen, lepas tu ajak kawan-kawan lain komen sekali.
mungkin masa tu pakar IT terpaksa bekerja keras untuk coolkan traffic

rupanya ia adalah khalayan semata-mata


tak de rezeki sesiapa





ada rupa barang dapur ke?
paling aku suka adalah teko, sungguh kiut pada pandangan mata sendirik





nah .... untuk ibu dihadiahkan sejambak bunga




mixer berdiri dengan megahnya
baru perasan, button mixer tersorok
hanya mampu snap sekeping je sebelum bateri kong




lalalalalala..... tuan tanah kata kiut

eh eh ... aku cover kekiutan aku pun dia boleh perasan

oooooooooooo.... dia cakap pasal cupcake, bukan aku
redho je la




Sunday, 12 May 2013

Apa Ini?



Hadiah berupa tiket penerbangan ke ______ pada yang berjaya meneka dengan tepat