Wednesday 26 November 2014

Apam Gula Hangus



minggu ni layan apam gula hangus je

kadang-kadang order ni bermusim jugak. ada musim dessert, musim congo bars, musim roti


apa yang seronok dengan apam hangus ni??...
lembut membelai kalbu

lagipun kak ton boleh buat sehari awal, simpan dalam peti sejuk dan esoknya sebelum deliver kak ton kukus lagi sekejap

rasa lembut masih macam semalam. tanak letak dalam peti sejuk pun masih lembut

yippie.... lompat bintang tiga kali





masa kak ton baru-baru test pam ni dulu, semua anak tak nak makan. diorang tu pelik sikit, makanan yang tak pernah makan, tak pernah tengok susah beno nak cuba rasa

kak ton beliakkan biji mata sikit, baru le berani makan secubit

last-last sekarang ni, kak ton palingkan muka sekali terus hilang 3 biji. kalau masuk dalam bilik air terus hilang 10 biji

tu la ..... 
sila muka minda wahai anak-anakku yang comel dan manja. ibu hanya berikan yang terbaik untuk anda. uwweekkk, muntoh orang dengo, apam gula hangus je pun





Friday 21 November 2014

Ceria di Taman



hati kak ton masih lagi menangis oleh perbuatan khianat kawan

maka disajikan gambar-gambar saja, tanpa kata-kata












Wednesday 19 November 2014

Dengki di Sana Sini



manusiaaaaa......

sifat dengki khianat
tak bole senang dengan apa yang orang lain ada

semalam memang betul-betul mendebarkan buat kak ton. dari tengahari sampai ke malam lutut tak berenti mengeletar

kak ton cuma jalankan tugas yang diamanahkan

kalau buat salah, tak ikut peraturan.. mesti le kak ton kena bersuara, betulkan yang mana dah tergelincir

dengan boss memang le kak ton kena baik. dah boss kak ton. takkan kak ton giler vavi nak bermusuh dengan boss. dah sapa yang nak bagi increment nanti. tak ke dia jugak yang nak kena review dan buat recommendation

beli kereta lain pun nak dengki. kak ton beli kete recon je pun, bukannya kereta bmw pun. tu pun lepas kira penat lelah kak ton kat office, kat rumah

rasa nak something yang boleh motivate diri sendiri

tak sangka sampai macam ni sekali sifat dengki manusia



Friday 14 November 2014

Belanja Gambar ... Kek berBurung Antu



rentetan dari kek barbie dan kek bola yang sederhana minggu lepas, minggu ni kak ton terima order pulak dari pihak sekolah. alhamdulillah, rezeki dari Allah

tunjuk gambar ala kadar ni dulu ye. harap-harap gambar dalam kamera adalah menyerlah sikit

sebiji kek dan sekotak cupcake




tak de tema. diorang suruh kak ton buat sesuka hati

hmmmmm, susah jugak ni
kalau ada tema senang sikit kita. takut pulak tema yang kita pilih tak menepati citarasa cikgu dan cikgi

debar kak ton


tapiiiiiiiii, ni komen yang diterima





tersipu-sipu kak ton malu
terbang-terbang shawl kak ton tau

tukang order yang tumpang kembang semangkuk dengan keberjayaan kek kak ton. tumpang la, tumpang la. ada jugak kawan kak ton, malu jugak kak ton kembang sesorang










Wednesday 12 November 2014

Baby Suka ... puding roti bakar


roti dah nak expired, tak bagus le membuang dalam tong sampah. sekeping roti ibarat setitik peluh petani

jangan pulak korang guna roti yang ada unsur-unsur kulat ye

jadi laju-laju le kak ton cari resepi puding roti

sedap. kak ton suka


balik kerja, campak beg laptop. campak-campak manja gitu. kalau campak kuat-kuat hingga mendatangkan kecederaan pada laptop, mungkin boss akan campak kak ton pulak



sumber : rahel

4 keping roti
2 biji telur
1 sudu makan butter - cairkan
1/4 cawan gula
235ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla
kismis

toast roti hingga garing. carik-carik dan masuk dalam acuan

tabur kismis di celah-celah roti. tuang butter cair

pukul telur, susu, gula dan esen vanilla hingga sebati. tuang atas roti

biar sekejap hingga adunan telur meresap dalam roti 

bakar dalam oven selama 20-25 minit, suhu 180 darjah. makan sejuk-sejuk pun sedap



sekarang along very comel

tiap kali makan dessert yang kak ton buat, mesti mengomen ngalahkan juri AF

"very moist, fluffly, good taste".... 
siap dengan expression muka

jadi ibu sentiasa la berkobar-kobar nak cuba resepi baru



Monday 10 November 2014

Untuk Mereka .... anak-anak pendidikan khas



penat tak korang tengok puding caramel je dari minggu lepas. hahahaha, baby sibuk la. kat rumah sibuk, kat opis lagi sibuk. kesibukan yang menyebabkan baby datang kerja hari sabtu dengan angkatan anak-anak sekali

good boy along and angah. tolong ibu asingkan documents untuk filing


sharing is caring


minggu lepas sempat hadiahkan 2 biji kek ni untuk anak-anak kat sekolah pendidikan khas seksyen 18

kesian la, niat yang terpaksa dipostpone sebabkan masa tak mengizinkan. niat hati nak bagi sebelum diorang upsr tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan



barbie doll untuk gegirl

simple je




barbie doll cekci

baju tertutup di depan tapi terkeluar di bahagian belakang



kek bola untuk boyssss






semoga bergumbira dengan kek dari aunty

semoga berjaya di dunia dan akhirat



gambar dicedok dari fb cikgu sekolah

happy to see them smiling


Wednesday 5 November 2014

Puding Roti Caramel ... yang senang



kak ton kan sangat mencintai dessert. cinta yang sepenuh hati, tak de berbelah bagi

kalau korang letak nasi + lauk pauk hebat sebelah dengan dessert, kak ton yang comel dan manja ni akan terkam dessert. tak dapat nasi pun tak de hal. tiap-tiap hari makan dessert pun kak ton boleh survive

kalau keinginan makan dessert datang waktu drive balik rumah, dengan uniform kerja pun kak ton redho je buat kat dapur. dah siap, baru masak untuk dinner




ni antara dessert kesukaan kak ton dan anak-anak. suka sangat diorang makan

dengan adanya resepi ni, kebarangkalian roti untuk terjun dalam tong sampah adalah mustahil. kadang-kadang, memang kak ton sorok 4 keping roti 


sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ 1cwn susu cair+1cwn air suam
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara

Cara membuat gula hangus.
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je





kalau ada yang nak bertandang ke rumah, kak ton buat ni je. abis cerita, buat pun tak renyah. sambil goyang-goyang vontot... eh eh eh, dah siap dessert i




Tuesday 4 November 2014

Tiut-Miut Sangat Nih




lap peluh ... cubit pipi ... goyang hidung
betul ke apa yang kak ton nampak nih???

comel sesangat baby ni. rasanya baby paling comel yang kak ton pernah nampak dalam dunia selain dari anak tom cruise, si suri ke hapa ntah nama dia

tak minat langsung dengan cik ta & zain. nak ikuti perkembangan diorang lagi le tak. tapi kenyataan tetap kenyataan, tak bole menidakkan apa yang Allah cipta. indah sungguh ciptaan-Nya



halus mulus gebu
rasa nak geget-geget pipi idung dia



bijak pulak tu. baru sehari dah pandai senyum macam tu. sama lebar senyum dia dengan dafi

eeeeeeee... geramnya

macam pernah nampak iras baby ni tapi nanti nak pikir-pikir, remind-remind, flash-back sikit


oooooooooo.... baru teringat
dulu masa selak album lama kat rumah makcik, nampak baby comel macam ni jugak. comel tahap melampau jugak

kak ton : "wan chu...... ni sapa?."
makcik : "kamu le, masa umur semingu"

homaik... 
anak cik ta copy muka kak ton masa kecik dulu

tapi logik jugak. kulit kak ton memang halus mulus merah kepinknan

cuaca kat Malaysia yang panas sepanjang tahun telah mengubah segalanya. walaupun kak ton berbungkus sehari suntuk dalam selimut, aura panas tetap kena jugak

what to do... life must go on

good bye my kembar lain tahun lain bulan



Monday 3 November 2014

Congo Bar



nah, kak ton belanja sepinggan congo bars

kak ton tengah susun strategi untuk kuncupkan badan ni jadi tak boleh concentrate mengatur ayat




minggu ni adalah minggu congo bars

sedap sangat nih
antara komen orang yang makan dan komen dari kak ton jugak 
:)




penuh dengan almond flakes dan chocolate chip 

heaven sungguh tau