Monday 30 July 2012

Aiseimen



kwang kwang kwang


masih lagi tak bole upload photo
wajai photo-photo yang tengah beratur, sila bersabar yek
ntoh apa yang tak kena nih


alhamdulillah, hari ni dah hari ke 10 kita berpuasa
kejap je masa berjalan, kan?


baju melayu & kasut anak-anak je yang belum setel
yang lain-lain semua dah sopping sebulan sebelum puasa lagi
bukan apa, malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai
lain le kalau sopping komplex tu milik diri sendiri
bole sopping sesorang, bergolek-bergulung dalam tu tak hengat dunia

tahun ni ingat untuk teruna 2 orang tu tak nak belikan kasut bertutup
nak beli yang sarung je
bukan pe, tahun lepas sekali dua je diorang pakai

jenuh le kita terpekik terlolong suruh diorang pakai sambil beliakkan bijik mata besar duit lima ploh sen lama tu

haram deme nak heran
tensi tau, last2 diorang pakai selipar je

sesungguhnya anak laki tak sama dengan anak pompuan
yang pompuan punya kasut ngalahkan retis bolliwood
yang laki punya la sengkek

semalam dah try setkan rambut untuk dia di pagi raya
punya la senyum sampai ke sengben
rambut jenis pusing & sorok
:)
nak kena cari klip rambut
fuh...mesti dia raya macam diva je nanti

omak eh nak jugak buat rambut macam tu tapi takut omak mertua terbalik terkejut

tak pe la, biar i bersederhana
sebab diri pun dah semakin tua
tapi pelik, orang masih tak percaya ai dah tua
:)
mati-mati orang kata ai macam 24 tahon je
dah orang kata, takkan la nak membantah



Friday 27 July 2012

Problem LAgi?



Entah apa la pulak masalah kali ni, gambar tak boleh nak upload pulak

Uolls ada masalah ke?
Ke haku je yang kena ceggini
Ingat kan nak upload gambar berbuka semalam



Bila tak de gambar, kita setomi mori je la


Esok nak start buat store kat bawah tangga & touch-up pagar rumah

Pagar baru buat tak sampai dua tahun tapi daifnya rupa macam seploh tahun
Ni la rupenya kalau manusia yang kita amanahkan buat kerje sambil lewa
Dia tak pikir macamana susahnya haku & suami nak kumpul duit buat pagar tu
Dia tak pikir haku terpaksa ikat perut (ok, fine...tak de le ikat perut sangat)

Store bawah tangga tu salah satu strategi untuk tutup kesemakan rumah
Segala mende budak-budak tu campak kat bawah tangga
Pukul 2 haku kemas, pukul 2.30 dah bersepah balik
Diorang sakit hati ke tengok bawah tangga tu tersusun rapi?

Makanya, buat la sikit kerja wiring, kasi lampu dan suis baru
Tapi haku tak suka wiring yang pakai paip tu
Jadi, wiring harus la yang tanam dalam tu
Kena lubangkan dinding untuk tanam wayar, kasik sorok kat dalma dinding


Harap-harap semua berjalan lancar dan hasilnya memuaskan
takmo pisang berbuah manyak kali
sekali tu pun dah kenyang betul rasanya



Thursday 26 July 2012

Bubur Nasik Lemak



Rindu kat mak....uwaaaaaa

Tahun ni Along nak UPSR, tak dapat nak berbuka puasa kat kampung
Mak abah pun paham tapi ati tetap sedih
:(

Minggu pertama dan minggu ketiga along ada pekse percubaan & gerak gempur
So, no choice



ni antara masakan yang mak memang akan buat pada bulan puasa

bila dah veteren, napsu untuk makan nasi dah kurang
maka menu ni le yang mak buat

biasanya satu periuk besar
licin sekelip mata, ngalahkan ikan piranha



anak-anak pun suka, kalau dia mintak bubur nasik macam pah
maka ni le maksudnya



ni bagi cincai punya cara-cara la, ilang ingatan nak recall sukatan bahan-bahan
ilang ingatan ke pemalas?
ala,,,,,paham-paham je la



2 pot beras
200 gram daging kisar/cincang
2 inci halia - potong keping
Sedikit lada hitam
1 kotak santan (pemalas, hihihi)
Sedikit lobak merah - potong kecik-kecik
Bawang goreng

Rebus nasi dengan daging kisar, halia dan air secukupnya sampai jadi bubur
Bila semua dah elok lembik, masukkan lobak merah, lada hitam dan santan
Kalau pekat sangat, adjust sendiri air
Masak sampai semua sebati dan elok masak
Perasakan dengan garam

Tabur dengan bawang goreng, anak-anak i yang comel semua tak suka


Gitu je kekdahnya, senang bangat
Cuma kena ada kesabaran tunggu nasi tu jadi bubur

Jom buat ramai-ramai

Wednesday 25 July 2012

Mak Ngah Lagi?...hamboi2




hamboi-hamboi mak ngah, glemer beno anda yek
bertalu-talu dapat gift
dah macam retis glemer je

ai yang 80 pratus glemer ni pun tak de dapat sepraise macam ni

jeles ai tau



di saat orang sibuk upload gambar berbuka
daku hanya mampu tunjuk gambar cenggini je

sedeh


memandangkan mak ngah dah menginjak usia senja, tuan tanah mintak yang bebunga je

agak tak logik kalau buat kartun mengatun, kan?






tema ping perpel
ok la tu mak ngah
janji heppi




Monday 23 July 2012

Bubur Pulut Hitam


Salam Ramadhan untuk semua

Apa menu untuk berbuka?
Kalau orang bujang tu tak de le susah nak pikir pasal berbuka & sahur

Bagi yang dah beranak pinak ni, penat la nak memikir menu
Tu belum lagi bab anak-anak yang cerewet, memilih makanan

Alhamdulillah family mokcik semua spesis balun sampai licin
Tak de le yang cerewet
Jadi makanan adalah untuk semua

Meh sini kita nengok bubur orang pulut itam

Pemalas nak taip, copy je dari cik mat gebu, diubah sikit2




2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 3/4 cawan gula (ikut manis masing2 yea)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam

  1. Rebus pulut hitam hingga kembang. 
  2. Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk pati santan. Ketepikan. Kemudian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
  3. Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam dan santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  4. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Pati santan tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan. 



Alhamdulillah

lepas makan jangan lupa bercermin diri

selain dari menyebabkan kekenyangan, ia juga boleh menghasilkan gigi yang berdot itam


Saturday 21 July 2012

Ia Telah Lenyap



Untuk cerita lebih detail, boleh refer kisah taik lalat ini



Tadi nampak ada yang tak kena dengan muka iwan tapi tak dapat detect

Kenapa la tak de mesin pengimbas macam kat airport?
Mungkin mesin tu berguna saat ini







Pikir punya pikir, belek punya belek

Baru perasan taik lalat dia dah lenyap

Dah dikoreknya 





Haiyo...
nampaknya sesi kaunseling sebelum ni tak berjaya menampakkan hasil


Red Velvet



lalalalala...
senangnya dalam hati bila kastemer happy 

walaupun ada sikit pengalaman dalam mendeliverkan kek tapi rasa berdebar tetap ada
bukannya apa, kita ni memberikan makanan dan servis pada orang
kalau orang happy, mumgkin dia akan order lagi

lagipun, tak sedap la kalau orang bayar tapi makanan tak sedap
kita pun mesti rasa macam tu kalau beli makanan tak memenuhi citarasa



order dari kawan pejabat, fui nee

lepas makan red velvet mokcik sebelum ni
maka dia pun mengorder sebijik untuk diri sendiri & family



seeee..... i told you
kalau rasa ok, insya-allah akan ada order lain datang mengekor



1.5kg 


Friday 20 July 2012

Cheese Tart & kawan lama



aiseh...jumpa lagi kawan lama di fb
berapa tahun tak jumpa ek?...nanti kejap nk buat pengiraan
tak berapa lama, 15 tahun



sekotak blueberry cheese tart untuk birthday gegirlnye



deliver ke shah alam, terus berwindow shopping kat plaza masalam
mmmmmm.....agak tak menarik
kedai jual kasut cuma satu, pilihan pun tak banyak

keburukan, tak de kasut baru
kebaikan, selamat RM

:)





Wednesday 18 July 2012

Budget Choc



mari adik-adik semua

ni budget choc, seswai untuk makan sendiri atau buah tangan

kita ni orang melayu, kaya dengan budi bahasa,,,,,cewah

kengkadang kita rasa segan datang bertandang rumah orang, tapi datang dengan lenggang kangkang kangkong

maka, masa ni le budget choc ni amat berguna




bole letak riben ataupun bunga nan secotek



kalau anda insan pemalu, sila kontek mokcik

:)


huh...teruk punya sesi iklan


Tuesday 17 July 2012

Berendam Sampai Kecut


ni aktiviti minggu lepas
berpeleseran + tido kat pantai morib

memula main layang-layang kat pantai morib
fuh, sonok jugak
angin punya la kuat, cantek je layang-layang naik
jakun sekejap kitorang anak beranak

yang anak-anak tu kalau jakun kira comei le jugak, budak baru berapa tahun duk kat dunia
tapi bila mak turut join jakun, something wrong somewhere



sebelum check-in dah melompat dalam theme park
dasar budak-budak la katakan



ketua kumpulan...mengelupor je tengok semua yang ada
over pulak jakun dia



setiausaha dan bendahari kumpulan
2 orang ahli ni tak berenggang jadi senang sikit nak monitor
ketua je yang mengelejat semacam



tak caya???

memula sorang je posing kat belakang tupai 



taraaaa..lagi sorang dah timbul dari dalam air

tupai tepi kolam?....agak pelik



ni bukan kakak benamkan adik yek
memain menyelam je





lagi sorang ahli kumpulan...tapi kurang aktif
asik pusing-pusing kat situ je
takut ke?...bukan, dia jaga barang



comei je angah dengan aksi lipat tak jadi ni

eleh..budak dalam pelampung tu, takut kena percik air konon
dah ko duk dalam air pun, apa nak takut basah



dah kecut segala anggota badan, diorang berendam dalam jakuzzi pulak
oh...yang ni ibu pun join sekali

apa kelas mandi kolam, sini lagi comei



nasib la korang



kulit sawo matang yang dah jadi sawo hitam

cuaca panas sangat



nak berlagak macam omputih tapi kulit tak mengizinkan



peace yorrrr...
2 buah hati pengarang jantung
satu lagi jantung dah keluar, jadi cameraman


Sunday 15 July 2012

Cokolet..yummy



Baru lepas buat rawatan kuku, jadi sayang nak gunakan jari-jari untuk menaip lelebih

Kalau kuku sememeh nanti, sapa yang nak bagi mokcik duit untuk buat rawatan lagi sekali











Dedaun Segar



Dedaun segar yang ada di dapur merah mokcik




Lokasi : tepi tingkap
Tujuan : menghijaukan bijik mata & mereleasekan tensen bila tengok dapur berterabur




Lokasi : atas meja makan
Tujuan : penambah selera cicah dengan sambal & menu yang sihat, sesuai untuk badan yang menggajah




Note : jangan tersalah ambik daun 


Saturday 14 July 2012

Rezeki... dengan Anjung Seri



Walaupun rumah mokcik berstatus alakadariah je, interior design tetap mokcik suka

Majalah peberet = anjung seri, siaran tv peberet = casa impian & cake boss
Suami tau, anak-anak pun sedia maklum perkara ni
Bila ada siaran cake boss, terjerit-jerit le along, angah, iwan mentarzankan ibu yang ayu ini
Bila dah lari tonggeng terbalik, ilang la keayuan ibu



biasa la, dalam majalah ID ada ruangan soalan, ruangan pertandingan
tak pernah terpikir nak join pun

masa majalah keluaran bulan februari dulu, tiba2 rasa nak menanya soalan
bilik tidur agak besar tapi anak beranak semua tido sekali
anak penakut giler....tensen ai kengkadang

punya la boboi terkejut, dapat surat dari Anjung Seri
eh eh eh...terpilih pulak surat mokcik
tersipu-sipu malu dan bangga



yabedabeduuuuuu...
tu nama mokcik dalam majalah





ni ha, design yang diorang suggest untuk bilik 
boleh jadi kenyataan?

tak de masalah tapi nak mengecat tu perlukan kekuatan mental dan pijikel

pemalas la beb



ni ruang sebelah satu lagi

semangat jugak nak buat, call la kontraktor utk bagi quotation
tapi sikit tak paham dgn diorang nih
sibuk letak nama kat tiang lektrik tapi bila kita suruh datang banyak plak alasan

kalau dah janji tu, datang la
kita ni punya la kelam kabut balik rumah, tengok2 tak muncul
ada kat sana, ada kat sinun

mungkin diorang ingat ni projek ciput @
 diorang ingat mokcik tak de fulus
cit...



dan.....ni le presentnye
periuk luminarc 3L

jimat duit i, tak yah beli
ada la teman cik vision, selalu bertiga sekarang berempat



inside... i like





tiba-tiba rasa nak beli semua majalah yang ada kat market


DASAR TAMAK

Thursday 12 July 2012

Tanda-Tanda



Bila iklan kurma Yussuf Taiyub bermaharajalela, berkumandang di setiap pelusuk negeri


Itu tandanya Ramadhan hampir menjelang






Sekian, terima kasih.

Rumah oh Rumah...boleh bikin panas



Dulu.....yakni Disember tahun lepas penah bagitau pasal rumah
Rumah mokcik yang kat Bandar Saujana Putra
Yang dah kitorang laki bini jual

aaaaa...ni le rupa rumah untuk imbasan 




Sekarang....yakni Julai 2012, menda tu tak setel lagi

Tak panas ke korang rasa?...

Ekceli, buyer dah bayar deposit sebelum Ramadhan tahun lepas lagi
Ingat lagi, agent belanja kitorang sefamily berbuka sebab mokcik setelkan payment dia

Dan...minggu depan Ramadhan datang lagi
Tak ke setahun punya kerja tuh
Giler tak?...

Harus ke daku bersabor?....mencik sungguh
Tu pun banyak urusan yang mokcik duk follow-up atau buat sendiri
Sendiri call lawyer S&P, lawyer developer, developer
Kalau tak de buat sendiri, mau nam tujuh tahun lagi baru setel

Kat Klang ni pun mokcik beli rumah 2nd hand je tapi 3 bulan semua dah setel
Geran semua dah siap tukar nama

Lawyer yang haprak atau mokcik sentiasa dalam kes sudah jatuh ditimpa tangga?



AI TAK SUKAAAAA

Wednesday 11 July 2012

Tongkat Gua?


Orang suruh posing, dia sebuk dok tongkat gua pulak








ok...
tongkat sampai esok yek