Thursday 28 February 2013

Happy Birthday Iwan










Rib Eye Black Pepper Steak



Dalam usaha untuk kurangkan berat badan cekik tak berenti, aku cuba makan makanan yang kurang karbo dan lebihkan protein (kononnya). Antara menu pilihan adalah oat, salmon dan daging.

Jalan-jalan ke NSK untuk cari daging dan salmon
Huhuhuhu... jumpa rib eye dah siap berpotong. cantek dan molek la tu
ubat untuk penyakit malas aku
pandai NSK, memahami perasaan aku ni



malas nak bukak komputer untuk cari resepi yang hebat, buat la yang biasa-biasa
je, janji perut boleh menerima





Bahan perap
2 keping daging
1 sudu besar sos lea n perrins
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit garam

Dah namanya bahan perap, jadi semua pun kita perap. lagi lama 
perap lagi la mantap rasanya nanti

Goreng la dengan menggunakan non-stick pan dan minyak zaitun


Sementara tu, aku rebus ubi kentang, bunga kobis dan capsicum
Lepas goreng daging, dengan menggunakan minyak yang sama aku goreng kejap sayur, masuka garam sikit

Kata malas, kan?... ni la cara untuk layan penyakit malas tu


Bahan sos
1 sudu besar tepung gandum
1 gelas stok ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lea & perrins
1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk kasar
1/2 biji bawang besar - potong dadu
4 biji button mushroom - hiris nipis


Panaskan kuali, goreng tepung tanpa minyak sampai perang
Masukkan stok ayam, sos dan lada hitam
Bila dah beransur pekat, tambah bawang dan mushroom

Rasa dulu sos sebelum tambah garam, semua bahan pun berunsur masin kang juling pulak seisi rumah lepas makan. Mata aku sempat juling kejap, masin sikit
:)





Untuk memeriahkan keadaan, stok kentang tak de jadi aku goreng scallop chicken brand saudi, sedap gak. ... ada kelainan dengan nugget





baru la pinggan nampak penuh. ingat nak letak sawi yang aku dah goreng untuk makan tengahari tapi macam tak senonoh je....


Wednesday 27 February 2013

Berpantang Maut Sebelum Ajal


OK OK, sila ambil perhatian. Wartawan kembali bersiaran.  


Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan ‘budak Superman’ berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit.
Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu.
Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan.





ABDUL Hamid menunjukkan kesan timbul tulang bahu kanan anaknya, Muhd Syafiq yang patah manakala isterinya menunjukkan surat pengesahan dari Hospital Taiping. 

“Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk,” katanya - 


sumber : metro


Biskut Nestum Rangup



Selamat pagi ... assalamualaikum semua

Apa khabar semua?... semalam aku cuti, sempat le buat biskut simple yang sedap ni.
Keluar je dari oven.. (maksud aku biskut tu, bukan aku yek), berpusu-pusu le si anak-anak berlari dari depan, baunya pun dah harum semerbak. 

Selalu jugak aku buat biskut ni, sebab tu diorang dah boleh tau bau dia. 



Resepi dari RNet, kiriman Aida Rashid

Jom kita tengok sama-sama. Hujung minggu bole la buat kalau rajin


Bahan A
250 gram butter
150 gram gula castor (asal 160 gram tapi aku kurangkan)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B (gaul rata)
230 gram tepung gandum
70 gram milo
50 gram nestum


Pukul butter dan gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul lagi
Masukkan bahan B. Kacau perlahan dengan senduk kayu
Sudukan sebesar biji guli ke dalam loyang. 
Bakar dalam oven, 160 darjah selama 15 minit








ok lah .... nak rest kejap. berdenyut-denyut plak rasa kepala aku ni


Tuesday 26 February 2013

Kami Bakal Bernikah



Bukan aku yek yang bakal bernikah tapi mereka ni. Buang tebiat kot kalau itu adalah aku sebab pan asia bukan taste aku, lagipun barang aku tak de le sebesar itu 
:)

Alhamdulillah .... yang baiknya.

Sumber Metro Online




Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.
“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat

Mesyuarat PIBG



Sabtu lepas sekolah kebangsaan ada mesyuarat PIBG, Angah terlibat dalam persembahan tarian. Teruja aku tau .... suka tengok anak aktif dalam aktiviti sekolah, biar ada self-confidence sikit

Latihan buat kat rumah lama dulu, dia dan family memang aktif dengan persembahan macam ni, anak-anak dia pun selalu buat persembahan kat Istana Klang. Lagipun, diorang kerabat Selangor jadi banyak la peluang macam ni

Latihan pun berapa kali je, salute aku dengan budak2 ni

Lagu back ground adalah 'puteri gunung ledang'  yang Tiara Jacqualina nyanyi tu, rancak la jugak



Cikgu tengah duk pakaikan kostume, aku dah make-up siap-siap kat rumah





Susah betul aku nak snap foto penari kebudayaaan ni, asik nak menjeling je

Bajet artis ke?



eh eh eh ... sekuntum bunga mawar di tengah-tengah bunga melor



ready to go ... caiyok anak ibu



lalalalalala ... 
asmaradana, asmaradanaaaaaaaaaaaa



step patah belakang





ooooo... ibu touching dengan angah

2nd time buat persembahan
ibu mana yang tak seronok



dah habis .... berjalan keluar dengan gahnya



perasan tak ... tadi ada tulisan yang dipertua le bagai....yang ni nampak kerusi biru plak

yang ada kerusi ni adalah persembahan kali ke-2
ada permintaan, nak mintak menari lagi sekali
waaaa... ni ngalahkan AIM pulak





yang tudung itam tu la tukang ajar menari merangkap baby sitter masa diorang kecil


well done to the dancers and teachers


Sepi Seorang Perindu





Dapat masuk sekeping je dulu. Punya le terhegeh-hegeh si broadband ni, kesabaran dicabar. Nak tukar lain cannot sebab kontrak ada lagi


huh... sungguh la aku tertipu, yang membawa kepada sign-up broadband ni


Monday 25 February 2013

Semperit Pandan ... yummy



Jiwa retro aku suka betul dengan semperit pandan. Semperit biasa tu pun aku suka tapi semperit pandan ni bagi rasa lemak yang melampaui batas.


bahan senang, nak buat pun tak de le payah mana.



dah banyak versi semperit ada dalam simpanan peti kayu kat rumah, esok-esok nak buat pusaka turun temurun. semua anak aku pun suka semperit jadi semangat tu memang sentiasa meluap-luap.





Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik 

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.



tak de watermark, kalau sapa-sapa nak amik gambar dan buat page kat fb dipersilakan

ayat keras?... teringat kejadian dulu. buat page jual biskut tapi guna gambar aku
boleh plak dia kata dia ingat kakak dia punya gambar
apa punya alasan daaa...



memang menepati sungguh citarasa aku

lalalalalala, walaupun hati adalah sedih dapat lupa kejap kesedihan


lepas makan nanti nak sambung nangis

uwaaaaaaaaa..... harus ke aku berenti kerja



Sunday 24 February 2013

Kami Nak Solat



Angah n Fifi dah ready untuk solat

Apahal hidong Fifi senget macam tu?... comel katanya

Comel la sesangat yek




Lepas solat, siap-siap nak pergi tengok wayang


Konon nak tengok Jin Toncet tapi semalam tak de show pulak, aiseh...

Layan je la cerita Spider 3D ke hapa ntah


Punya la boring akka tak seronok

Hero heroin kontrol macho, tak de trill langsung. Kalau aku jadi director, aku cut dari mula sampai habih. Skrip pun tak de tone, straight memanjang. Bangla kat petrol pump pun boleh berlakon macam tu


Dari 5 bintang, aku lempar je semua bintang masuk tong sampah
Rugi duit aku tengok .. hek hek bukan duit aku, duit laki aku


Friday 22 February 2013

Stock Pyjamas - baru punya



Dulu ada blog special untuk baju-baju ni tapi rasanya tak rajin pulak nak handle banyak blog. Jadi adalah bagus kalau semua pun aku longgok kat dalam ni

Lagipun aku bizi ngalahkan ketua kampung, maka keputusan ini adalah molek. Tak de le aku tergolek-golek untuk manage banyak benda








Harga adalah RM25 sepasang. Kalau ambil dua pasang aku bagi sikit kurang.

Size : 2 tahun sampai 7 tahun

Pada sapa-sapa yang selalu beli pyjamas ni mesti tau cutting dia kecik sikit. Jadi untuk keselamatan dan keselesaan, beli la yang besar sikit. Boleh la pakai lama sikit. Anak-anak pun kan cepat membesar


Barang lelong yang hari tu aku tunjuk pun masih ada lagi sikit. Biasa la, dah booking tapi tak nak amik. Last-last yang dikendung tak dapat, yang dikejar pun tercicir






Tepek Pisang



Huhuhuhu... sayang mak ketat-ketat.

How ketat?
Sorry, gGam gajah pun tak boleh lawan, gam uhu apatah lagi


Apa lagi makanan yang paling sedap kalau bukan masakan mak. Mak masak sadin pun rasa makan masakan chef wan. 

Balik kampung hari tu sempat la buat muka lima sen, "dah lama tak makan tepek pisang". Dengan harapan mak mendengar rintihan hati ini.

Aku tau, mak mesti akan buat. 
hehehe., ni namanya politik murahan

Korang tau ke apa tu tepek pisang. 
Ala,,,, macam lempeng la jugak, guna pisang



Termakbul la permintaan, makan tepek pisang di pagi hari

Senyum la aku sampai ke telinga


Meh kita tengok cemana mak aku mengerjakan tepek pisang ni.

Bahan sempoi sungguh, macam nak buat cekodok pisang dan lepat pisang je. Cuma yang ni menyihatkan, no minyak-minyak yek

Lenyek pisang, tambah tepung, secubit garam, gula



Dah siap, bentang daun pisang dan tepek la atas daun pisang. Jangan guna daun keladi, nanti gatal pulak tekak korang. hehehe



Letak pulak kelapa parut yang dah dicampur dengan sikit garam. Kalau rasa hebat, bole la letak banyak garam



tutup la itu pisang



masak la atas kuali leper, tak leper pun boleh. jangan lupa bukak api, berkurun pulak pisang tu tak masak-masak



dah siap. juling-juling bijik mata aku, sedap sangat la tu konon


Thursday 21 February 2013

Kanak-Kanak Dibunuh dan Disimen Jadi Patung



Budak lelaki dibunuh, disimen jadi patung (Getty)


JAKARTA, 20 Feb (Bernama) -- Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan
umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan
ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia
tiga setengah tahun, yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang
jirannya.

Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu
terbongkar tengah hari semalam apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu
menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono,
Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau
busuk dari rumah itu.

Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad
Fahri kerana rupa bentuk ''patung'' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu
terus dilaporkan kepada polis.

Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.
Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat
dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.

-- LAGI

KANAK-KANAK-SIMEN 2 (AKHIR) JAKARTA
Suspek yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan
petang semalam, tidak lama selepas penemuan jasad Fahri.

Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata
suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai.

Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit
hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek
membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu.

Polis sedang memeriksa kesihatan mental suspek selain menyiasat sama ada
orang lain yang tinggal bersama suspek di dalam rumah berkenaan, yang kini sudah
dikosongkan, turut terlibat dalam kejadian itu.



hilangnya nilai kemanusiaan


Keluhan Hati Si Anak



Keluhan hati seorang yang bergelar anak

"Ibu, jom lah kita pindah rumah dulu, buruk tapi ramai kawan. Kat sini asyik-asyik tengok tv dengan main game je"


ohhhh... sedihnya ibu

memang betul pun cakap Angah tu, tak de aktiviti sihat langsung kat sini. tak macam kat rumah lama dulu, petang-petang ada je aktiviti riadah anak-anak dan mak-mak

hubungan dengan jiran-jiran pun amatlah hebat

walaupun rumah sekarang pun sama je kekdah buruknya tapi hati kurang happy

jiran sebelah tak habis-habis dengan hon motor, gaduh, baling-baling barang, cakap kuat ngalahkan ada amplifier dalam tekak


huhuhuh... apa la yang ibu nak buat, dah itu tempat permastautin kita. alamat IC Along pun kat rumah ni

What can i do??...

aiseh,,, mood mat salleh i dah datang

hari tu ada rumah nak lelong kat area rumah lama tu tapi terlambat sikit, dah ada yang sambar

kalau ikutkan hati, aku pun memang nak pindah
huhuhu




Wednesday 20 February 2013

Bantuan RM100



Petang tadi sembang-sembang kejap dengan ajk PIBG sekolah anak


 Katanya 18 orang lagi tak ambil bantuan rm100 tu

Haih .... orang bagi duit pun tak nak ke?.

Tapi mungkin diorang sibuk, tak de masa, ada masalah sendiri yang tak de sapa tau


Jangan cepat menuduh, kesian diorang tau


Kerna Angah dan Iwan adalah antara 2 pelajar yang tak ambil lagi


Hehehee....

den tak de masa, sapa tak nak RM200 beb, banyak benda boleh buat dengan duit tu

Akan diusahakan untuk ambik minggu depan


Tuan Tanah Kedaung



Sebelum pegi kenduri kawin adik kawan, sempat la posing maut kat ruang tamu

Masya-allah, hampir terkejut maut pulak




konon pakai baju kain itam nampak kurus la

fitam makcik temah rasa, sungguh la nak menitiskan air mata di tepi rimbunan buluh

nampak rendang di sebalik tudung merah tu



mula-mula tangkap gambar berdiri, snap sekeping, cepat-cepat la view

ish... tak boleh jadi, nampak macam pokok bunga kertas

tangkap lagi sekeping, masih nampak pokok bunga kertas itu

suruh angah meniarap, konon angle tadi kurang tepat

tetap pokok yang sama



makcik temah hampa ..... duduk la senang

duduk dan kempis

pokok bunga kertas dah tak nampa tapi kelihatan kuih donat pulak

ok ok ... makcik temah cover dengan tangan je la


syukran ... berjaya menipu diri sendiri

makcik temah adalah masih seperti badak sumbu