Friday, 8 February 2013

Sambal Udang Nyonya



Iwan kata dah lama tak makan udang ....

otototototo... manjanya dia. pandai pulak komplen yek
baru je minggu lepas ibu masak udang, lima hari pun lama yek

no problem le darling, kalau setakat udang ibu masak sambil nyelam-nyelam
dalam kolah air je, sambil lari berganti-ganti je

apa ada hal, ibu lari ke kedai sekarang jugak
kalau udang kat kedai habis, ibu lari ke jusco



ibu rajin buat sambal udang tapi tak rajin taip resepi, jadi buta-buta kopi dari blog tuan rumah


SAMBAL TUMIS UDANG NYONYA
Resepi : Mat Gebu


Bahan-Bahannya :-)
  • 500 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan cili kisar
Bahan Tumbuk Halus :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai, dihiris halus
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan, dibakar
Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula (lebih sedikit), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi, gaul rata dan masak hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Sesuaikan rasa dan jika kurang masin, tambah garam


sodap nih makan dengan nasik lemak tapi tengok pada keadaan, nasik tak lemak pun wasalam dibuatnya





di samping rajin buat udang sambal, ibu pun rajin buang semua kulit udang. tak kuasa nanti jadi tukang kopek kulit udang. penuh dua-dua tangan dengan sambal udang

tak kuasa ai, lebih baik bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian


2 comments: