Friday 29 June 2012

Almond Cluster



Penggemar kekacang & coklat mesti pilih 

Coklat bukan dari cooking biasa tapi dari coklat bermutu



Price : RM22 ~50pcs





Thursday 28 June 2012

Barbie Oreo Choc


zam zam ala ka zam

teringat masa zaman dedulu
pergi party pakai gaun kembang, dalam kain ada raga letak ayam sabung
rambut gulung-gulung dengan kulit rambutan
kasut pun dari kaca tingkap

cool?



nampak tu gambar mokcik?
yang pakau gaun warna ping tu

ahaks, tu zaman kegemilangan
sekarang zaman malap



bila sampai zaman malap, gaun kembang tu cuma muat setakat bahu je
yang lain-lain semua tak mampu nak masuk ke badan



yang baju biru tu jiran sebelah, pun sedang mengalami nasib serupa mokcik

alahai
takkan nak potong usus bagi pendek kot

lantak la, janji hepi
janji ada order yang alhamdulillah



tiba-tiba terasa titisan embun di pipi
ooooo...laki mokcik sembur dengan penyembur baju rupanya

mimpi beb
dengki la tu, tak bole langsung orang nak berdendang sayang sekejap



White + Blue



Customer request yang simple, tak nak semak-semak







Wednesday 27 June 2012

Happy Birthdy Apis ... & six sense ku


waaaa....rasa macam ahli silap mata pulak, ada extra power
mungkin power ranger ada bagi sikit kuasa masa mimpi hari tu

lagi order dari ruzanita....alhamdulillah


ni rupa cuppies yang dah mokcik siapkan pada pagi
konon lepas tu bole la relax-relax sambil pintal-pintal ujung rambut


spot the diff, ok?
sebiji cuppies mokcik terasa nk kosongkan
tatau kenapa tapi rasa macam menda tu akan berguna


alih-alih lepas pukul 10 malam, tuan tanah called
bagitau nak letak nama

tak ke haru?
toing...mokcik teringat kat sebiji cuppies kosong tu



what a magic



boleh join david copperfield la kalau macam ni

tu baru sikit
lepas ni ingat nak terbangkan klcc

Tuesday 26 June 2012

Lebah Berterbangan



Haiii...senangnya dalam hati
dapat buat lebah banyak-banyak

Seronok jugak buat menatang kuning itam ni
Masa dapat order, rasa berdebar jugak
Mampu ke nak menggentel 50 ekor
Rupanya, tak de le lama sangat


Individual casing



Lebah yang dah stand-by beberapa hari
Duk elok-elok ye sayang...jangan terbang pegi mana-mana plak



Sakit mata anda tengok, sorry la mokcik malas nak edit
Ekceli, bukan malas tapi tak pernah edit pun
Watermark pun tak penah ujud



Begini lah rupenye


My 1st Figurine


la la la la la la la
senangnya dalam hati

cubaan pertama dalam menenyeh fondant jadi orang
ok la jugak, bila dah tau basic mungkin senang nak buat bentuk lain



ni rupa orang duduk, kalau dah expert nanti mungkin bole explore bentuk lain
orang berlari-lari anak @ panjat pokok kelapa @ berlari bapak sebab kena kejar dek anjing



credit to my off vice president akka daniel lim
kalau tak kerna dia, mungkin mokcik tak bersemangat nk try

nanti mokcik upload hasilnya
kot la ada yg nak tengok
kalau tak de yang sudi, mokcik nyorokkan la muka kat tepi sawah padi



botak chin berseluar merah


Monday 25 June 2012

Strawberry Finger



Lagi biskut raya datang menjelma


Sapa pernah makan biskut ni?..mesti ramai yang suka, kan?



RM23, ~50pcs

Meh order, jangan lepaskan peluang 

Tampilkan kelainan di pagi raya




Friday 22 June 2012

Kelas bersama Chef Amer



Alhamdulillah, tak sangka mokcik boleh join kelas macam ni
Peluang dari Pejabat MARA Shah Alam ni mokcik sambut cepat-cepat
Cuma nak 18 orang je dalam kelas ni
Nasib la ada kawan keje kat MARA, dia la yg memberi offer

Bukan senang rasanya dapat offer macam ni
Chef berbakat & glemer satu malaysia

Yang paling hebat, academy dia cuma sepelaung dari umah mokcik
Tu yang paling bersungguh
Kalau jauh, rasanya tak mampu le mokcik nak join

Kelas ni mokcik jugak paksa ciki untuk join sekali
Kalau sorang, mokcik pun tak nak pegi
Kerna...walau rupa mokcik ganas, dalam hati ada air terjun
Malu la beb

Walaupun orang kata buat pe malu tuntut ilmu, i don't mind, nak malu jugak



Ni hari terakhir kelas
semua dapat bawak balik coklat, kek & biskut

ops..lupa mention
kelas 3 hari, 19-21 Jun
tempat, academy chef amer, jalan raja nong

rumah mokcik adalah di lorong raja nong 12b



tiap group buat 4 kek
tiap jenis bawak 2 potong balik
ada boston cheese cake, oreo cheese cake, black forest cake & choc perfection cake

kiranya ni kek ala-ala sikret resepi la



tiap group ada 6 orang

dapat pujian dari chef waktu lepa kek
suka....buka berlagak tapi cuma self- satisfaction

 

ni semua adalah hasil rembatan yang dibawak balik

amboi anak-anakku
mentang-mentang la ibu selalu buat kek, korang tak heran yek

2 jenis biskut baru yang bakal mokcik jual tahun ni



chef tengah mendemo black forest cake
lepas demo, kena buat sendiri

 

ni pulak demo choc perfection cake
lihatlah mokcik kat belakang tu
sebenarnya, lokasi sebenar adalah kat depan
nak bergambar, berlari-lari anak le ke belakang





oreo cheese cake



kek tu adalah kelas hari ke-3
hari kedua adalah kelas biskut
hari pertama, kelas coklat

hari pertama, no photo-photo



ciki dan mokcik dengan kerja paling cokia, hias biskut



kesian tengok group ujung, tak siap-siap menerap
maka mokcik pun ttolong la diorang



ni pagi hari kedua
chef bermurah hati buat roti john & bagi resepi
memang rasa yang ada kelainan



peace yorrrr

Thursday 21 June 2012

Happy .... Sukaneka Sekeluarga



Mokcik ni orang kampung....jadi tak pelik la kalau mokcik adalah antara pompuan melayu terakhir

Duduk tepi sawah padi, lari-lari tepi batas
Gigit-gigit jari kalau ada budak laki lalu depan rumah

OK....minat tak minat mokcik nk bagitau pasai ahli keluarga
semua ada 9 orang (wow....orang zaman dulu standard la)
2 telah dipanggil kembali pada-Nya

basic calculation....sorang belum kawin, maka nam kali dua = 12 + 2 (mak pak)
anak sedara + anak sendiri = 24
total kalau semua berkumpul akan ada 30 orang

dah le mulut semua macam tertelan mikrophone
can u imagine?...
gelak tawa tak berenti, ada je sesi mengumpat

one time, we all decided utk buat sukaneka
venue hanye le di belakang rumah
tak komersial????...sori la
belakang rumah mokcik cantik, ok?
ada sungai, ada resort



ada 4 group semuanya, undi dengan kertas
nasib tak ok, ni la kumpulan mokcik
ada mokcik & kakak ipar je, yang lain hanye le lalat-lalat



ni group lain
sungguh la imbalance

mokcik telah membuat bantahan namun sia-sia
ye dei...jangan lupa
semua hadiah adalah disponsor tukang bantah



ni pun sama
ish ish ish.....hatiku sungguh gulana



eksi nampaknya...bapak dan anak
abang mokcik yang sulung akka pemenang tempat pertama

i hate tau



happy mummy n daddy yang duk di kejauhan
eleh eleh,,,,malu-malu pulak
pegang-pegang la tangan, we all don't mind



en. laki mengelat...jadi hakim je
takut kecundang di tangan bini la tuuuuuuu



1st game...bawak telur dalam sudu

adakah patut dorang kata mokcik menipu?
menipu ke ni?????



2nd game....lari kepit belon
kalau gajah yang kepit, haruslah pecah belon tu



dinosour biru & kuning tu....mmmmm, teruk betoi
belon pecah la, belon keluar dari kaki la

teruk....tak de strategi langsung



sepanjang game, kitorang gelak bagai nak giler
Airmata & air idong semua keluar

Memang gempak & seronok 
Very unforgettable moment

later-later mokcik masuk lagi gambar lain, total ada 8 game
paling terharu of course la cari gula-gula dalam tepung

sungguh takbletahan


Tuesday 19 June 2012

Apple Donat Punya Hal



Kesahnya....
orang lain pun makan donut jugak tapi tak de le tinggalkn kesan scary macam ni

dahsat sungguh 

tak dapat dipahami macamana diorang makan
takkan tenyeh-tenyeh
rasanya dulu mokcik ajar makan, bukak mulut & kunyah


lihattlah en. iwan dengan gaya manja, mulut diseliputi chokelat



cik nadzirah masih ok, sikit je gula ising

kalau tau ada begitu banyak lebihan gula, bole bawak mangkuk
bole buat biskut, jimat 50 sen
gula ising pun mahal jugak sekarang nih



this one?...what do you think?

mokcik tak ble tebalikkan kelopak mata macam ni
lepas buat tu mesti pening
dunia berpusing 360 darjah