Thursday 30 October 2014

Luar Bidang Kerja



kalau tak salah masa minggu deepavali hari tu mr. president ada panggil short meeting. antara topiknya adalah untuk menghijaukan sekeliling. suasana office boring, steel di sana  dan sini

any suggestion/comment????

baby yang comel ni pun angkat tangan

"saya dengan ini mencadangkan kita tukar bunga-bunga kat depan reception area. bunga adalah sedeh. memandangkan saya dalam proses untuk dapatkan quotation dari kontraktor, apa kata kita gotong-royong je"

haaaa... 
begitu le sedikit sebanyak kata-kata baby setelah ditranslatekan ke dalam bahasa melayu

ada yang berkata ... disebabkan baby yang melontarkan kata-kata itu, maka secara separa otomatiknya tugas itu dicampakkn pada baby

hampeh sangat conclusionnya
untuk berundur sudah tidak mampu, mari je kita positifkan diri

sebelum lunch jumaat minggu lepas, berkelana lah baby ke sungai buloh, survey-survey bunga 


bunga untuk meja sendiri
8 engget je korang. rasa nak hangkut semua bawa balik

kita tengok berapa lama daisy ni mampu bertahan dengan aura badan kak ton

beli sikit je dulu. untuk gotong royong kita pergi lagi sekali minggu depan, 3-4 hari sebelum kejadian




1st round tanam bunga dengan cleaner sempat sumbat 4-5 pokok je dalam tanah

dah rasa macam orang gile pulak tanam pokok dalam hujan rintik-rintik. kak ton dah le pakai bra besi, takut plak apa-apa kejadian tidak diingini. debar aiiiii



hari kedua penanaman kak ton kidnap operator sri lanka yang bersopan santun ni

ewah gopi ... memandang tepat ke muka kak ton nampaknya

maka berdua-duaan la kak ton dengan pekerja international ni. orang lain nan ado tolong. sorang tu tolong tengok dan tolong sembang-sembang dari tingkat president sambil menghadiahkan kami 2 tin air nescafe dalam tin



hampa .... 
badan sungguh membulat dan membonjol di sana sini






Tuesday 28 October 2014

Calling for Agents



cuaca sejuk dan sungguh romantik

bila romantik, mari kita jadi remaja sikit. no kak ton ye, kita panggil baby pulak

atas permintaan kawan-kawan dan kastemer kononnya... baby dah start bukak jualan pada agent. bagi yang nak tambah sikt pendapatan tapi ada kekangan masa nak membake, ni le tempatnya yang harus dituju

hahahaha..
vogue sangat kan kata-kata

alhamdulillah... setakat hari ni baby happy
*kelip-kelip sikit bulu mata pelesu*



red velvet with cream cheese frosting



moist chocolate cake with chocolate ganache



puding roti with sudu kecil

huhuhuhu... free gift sangat



oleh itu, pada sapa-sapa yang minat nak try... mari le call baby kat 012-9173050. wassap 012-2895601

baby tunggu je 
*kelip-kelip bulu mata lagi*


note : baby tak layan permintaan ajak candle light dinner ye. kalau tujuan nak bagi hadiah, baby redho dan berlapang dada




Thursday 23 October 2014

Ingat Senang ke Nak Buat KeK



hai

penat ke beraya semalam?... 
penat tak telinga dengar promm pramm bunyi mercun
hihihik, bab mercun diharap semua bersabar sebab kita raya pun macam tu jugak. main mercun tak hengat dunia. maka ni le masa nak give and take
tak gitu???

hari tu telinga kak ton sikit berasap tapi hari ni asap tu dah hilang. kejap je pun situasa tu merobek hati kak ton yang rapuh ni

design kek ni kan macam-macam. ikut pada kehendak dan kemahuan tuan tanah. sanggup dengan tak sanggup je kita membayarnya

kalau dah design susah maka susahlah harga yang perlu dibayar. takkan design kereta bwm tapi expect harga utk basikal bmx. logik-logik la sikit kan???

lagipun buat kek ni perlukan kesabaran dan kesungguhan. kalau merampus waktu membuat mungkin kek pun rupa haprak. hati kena relax, jiwa kena tenang. sebab tu kengkadang design yang sama kita buat tapi hasilnya mungkin lain sikit. mungkin semalam kita buat masa lepas dapat bonus tapi hari ni kita buat lepas kena kejar dengan anjing yang masuk dalam kempen "i can touch a dog"

giler punya anjing, tak pasal-pasal nak kejar orang


kalau doll cake ni mesti le mahal sikit kan

ingat kalau batuk je boleh menghasilkan kek ni???... 

mintak ampun la kat penunggu gua



kak ton takkan gile nak charge harga red velvet ni sama macam harga doll cake 

kalau betul, mai ramai-ramai datang klang lempang kak ton kiri kanan



yang ni pun selogiknya mahal la kan

nak buat petak-petak tu pun kak ton mengah





jadi ......
bila ada orang yang persoalkan kenapa harga kek kereta kak ton mahal nak comparekan dengan harga kek macam kat atas ni..... ok tak kalau kak ton nangis keliling padang sekolah anak sambil tarik-tarik baju sampai koyak rabak

adik manissssssss......
tau tak tumit kak ton leper waktu nak menyiapkan kek kereta tu

kak ton tak suka buat kerje duduk. jadi dengan berat kak ton yang macam anak badak ni, harus le penyek tumit kak ton yang merah pink tu

jangan gitu dik non. kalau tumit kak ton leper, macamana kak ton nak cat walk atas pentas dengan bikini hijau biru kak ton nanti??





Tuesday 21 October 2014

Next Campaign .... Mari Bergolek & Commolot dengan Hanjeng


dah kenapa dengan rakyat Malaysia ni??... 

soalan yang lebih tepat lagi ... 
dah kenapa dengan umat Islam kat Malaysia ni???

dalam banyak-banyak binatang yang Allah cipta, yang comel-lote dan manja-manja kat dunia ni, anjing jugak yang dipilih

seingat kak ton, opah dulu ada bela anjing tapi untuk jaga lembu-lembu dalam kandang je. anjing tu pulak tak pernah umor kitorang nak belai-belai. duduk je dia tepi kandang tu, tak de maknanya nak dijadikan best fren. kandang pun jauh dari kawasan rumah 

kempen diwijudkan untuk nak ilangkan rasa takut dan fobia umat Islam dengan anjing?... 
biar je la rasa takut tu ada dalam diri. bukannya rasa takut pada anjing tu rasa macam orang toreh-toreh belakang kita dengan pisau ataupun rasa macam sakit nak beranak

takut je pun.., bila anjing datang dekat, kita lari je la

habih cerita



ototototot... comel sangat ni, family bonding

selalu kita berjalan dekat giant & tesco, hari ni kita tukar sikit aktiviti. mari la kita mengusap anjing dengan penuh rasa kecintaan



geli tapi mahu
"ni first time I pegang hanjeng jadi abaikan rasa gugup I tu ye. sila bagi sokongan moral"

muka mintak penampo

well done. i dah berjaya mengubah persepsi umat Islam terhadap anjing

hanjeng sangat perangai



penganjur majlis memberi taklimat????

sapa penganjur tu???

pengsan bangun pengsan bangun kak ton dibuatnya

sambil dengar taklimat, mari kita duduk bersimpuh reramai di atas padang. demi hanjeng-hanjeng, mari kita abaikan panas terik matahari



"i nervous tau, hanjing .... 
jangan jelir-jelir lidah macam tu, I terpanjat nanti"

"jangan la tarik-tarik tolak-tolak tudung kuning I... I beli kat mesir ni"



pakcikkkkkkkkkk... 
kenapa pakcik boleh join sekali???



memetik kata-kata dari sinar harian online
"Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan."

memetik kata-kata dari melvister.com
Program “I Want to touch a dog” yang dianjurkan oleh individu muslim dan berbangsa melayu iaitu Syed Azmi terbuka kepada orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa. Untuk info, program selama 2 jam ini telah berlangsung dengan jayanya di Central Park One Utama, Petaling Jaya apabila seramai 1,800 peserta menyertai kempen tersebut. Antara objektif utama program tersebut adalah untuk mengatasi rasa takut kepada anjing dan belajar rasa belas kasihan yang diajar dalam Islam

1800 perserta telah beramai-ramai membuang masa dengan aktiviti sedeh macam ni. nak nangis??? tapi airmata takmo keluar. bukan takmo sangat tapi airmata pun tak nak membazir untuk benda macam ni


next campaign ..... 

MARI PEGANG BABIRIAH, APA MAU TAKUT???



Monday 20 October 2014

Lagi bersama Frozen Cake



 bukan order sapa-sapa pun... 
last minute anak dara kak ton request untuk bawa sekolah untuk kawan-kawan dia

disebabkan last minute, kak ton suruh dia tolong mendeco



angah tolong pukulkan kek, campur semua bahan, masukkan dalam loyang. kak ton cuma sukat bahan

kalau kek bantat, kak ton pukul dia pulak

hahahahah



lepas kak ton balut fondant, urusan mendeko pun diserahkan pada dia. biar dia tau,,,, bukan senang nak hasilkan sebiji kek macam ni

gasak la,,, dia buat ikut kehendak sendiri. kak ton lepak je kat meja makan sambil makan telur goreng

sonok jugak jadi mandoriah ni



kejap je masa berlalu

terbayang-bayang, terngiang-ngiang lagi suara dia melalak. anak nombor dua kan... peel dan ragam bukan main mencabar kesabaran

sekarang pun penuh dengan ragam,,, nangis je kurang sikittttt. kurang ye, bukan hilang terus perangai kuat nangis


memang champion bahagian menangis dan merajuk. tak pasal-pasal nangis, nguling-nguling, lipat-lipat badan... lepas dua tiga jam nangis, sambung main pulak

fuh....




dalam kelam kabut mengejar masa ke opis, lupa nak tengok dia & kawan-kawan potong kek. time is gold katakan. dalam kereta nyesal, rasa nak hentak kepala dekat tiang traffic lite



Friday 17 October 2014

Kek Badminton



touching....

eleh, tak habis-habis dengan touching. benda biasa pun nak touching kan. maunya kak ton tak touching, kak ton kan comel. orang comel kena la bajet berhati taman dan hutan rimba

ni ha.... 
order ni kawan kak ton yang rekemenkan pada kawan dia

haaaa, baru tau. sekarang korang pun join touching jugak kan. tu la, jangan nak memandang hena pada kak ton




gagah kak ton drive dengan angah dan iwan ke masjid negara

tuan tanah duk ampang. kalau boleh dia nak kak ton hantar dekat dengan ampang atau klcc

kak ton drive ke klcc???
tak pernah terpikir sampai ke situ. kalau digagahkan jugak, mau akhirnya kak ton landing kat balai polis dang wangi. mengadu nasib sebab sesat dari pagi ke petang

no no no, idea ditolak mentah-mentah

jadi tempat paling confident boleh drive adalah masjid negara

traffic pun bagai memahami perasaan nervous kak ton, lancar je sepanjang perjalanan. tak pernah pun kak ton guna hon mintak laluan

burung-burung pun berkicauan jugak, sang rusa menari-nari riang di gigi air, sang arnab menggigit-gigit baby carrot... semua pun mengiringi perjalanan kak ton




kek tema badminton










TQ Heliza



Wednesday 15 October 2014

Diet... saya nak kuwussss



kembang kempis lubang idong kak ton. bukan senang nak turunkan berat badan bila kita ni adalah adik tiri angkat pada gajah dan badak

sejak dari puasa hari tu membawak ke sebelum raya hari, berat kak ton berjaya turun sebanyak 6kg. cayakan?..... berat yang paling berat yakni sebelum puasa, yakni 68kg dah mengecik pada 62kg

logik tak kalau lubang idong mengembang dan mengempis?....

bulan puasa kak ton tak suka makan nasi. jadi kat situ dah banyak membantu. pinggang baju raya pun terpaksa hantar balik kat tailor, kasi alter sikit. kuwussss la tu konon. tapi tailor tu pun melampau sangat, kain dah macam nak pakaikan kat pokok durian pulak 

masa raya, kita pulun sebanyak yang mungkin. no diet diet ye. tak pasti berat masa raya tu berapa. tak kose nak menimbang, lebih baik layan makanan kan. setahun sekali kaedahnya

dah lemau layan makanan, kita diet semula

selain dari minuman detox buatan sendirimemang rasa perbezaan dia tau. badan rasa ringan, perut ada la kempis sikit

kak ton jugak amalkan diet atkins. pernah dengar???... ala, diet protein tu, no karbo-karbo.  memula tu bersungguh betul kak ton. sekali terbaca, bukan tak boleh amik karbo tapi paling banyak pun 20g. dah di situ kepala kak ton lari sikit dari landasan. kak ton bantai jugak amik karbo

nyampah tau... 
kalau tak, sekarang mungkin berat kak ton dah jadi 40kg kalau tak terpesong

selalunya kak ton amik telur kalau kat office. memang telur distand-by dalam peti ais office. campak je dalam microvawe, sambil menaip sambil makan telur




ni last weekend punya breakfast

nasi goreng???????...
no no no, bukan nasi goreng

penipuan terhadap mata ni. kobis bunga ala nasi goreng

apa kak ton buat????... 
tumbuk bahan macam nak buat nasi goreng

bawang merah, bawang putih, ikan bilis, sikit belacan, cili padi. amik kobis bunga, sagat dengan penyagat la kan. maka masak la macam nasi goreng. kiranya nasi tu tukar dengan kobis

feeling-feeling makan nasi goreng tetap ada walaupun kak ton sebat sikit nasi goreng yang kak ton buat untuk anak-anak

omakaih... 
raya haji naik 1kg pulak. duk kat kampung, apa kes mendietkan diri



Monday 13 October 2014

Kek Kereta Lumba



rasa nak nangis tau dengan kek ni

separuh jalan kak ton tengah lekatkan kotak hitam putih tu, perasan ada kotak yang mengelungsur. napa ni??... tak pernah jadi macam ni


cepat-cepat siapkan dan sumbat dalam peti ais dengan harapan semua akan selamat

sedih betul... keluar macam air gula dari rumput-rumput. kotak pun mengelungsur dengan jayanya

huwaaaa... 
mungkin cream cheese frosting tak boleh combine dengan fondant kot



jadi kak ton tutup lubang-lubang dengan fondant biru pulak. konsep menutup kecacatan

malu pulak rasa nak deliver kek yang tak mengikut spesifikasi

dah le tuan tanah anak pada sepupu kak ton. hilang terus kredibiliti di mata sedara







tak nak cerita lelebih. i masih malu-semalunya




Friday 10 October 2014

Frozen Cake



malu-malu kucing kak ton bila vp sales kat office nak order kek untuk birthday anak dia. walaupun bukan first time dia order, tetap malu

oh, lupa sesangat
kak ton kan memang sejak azali pemalu
maka tak de la pelik sangat




disebabkan ucapan dari daddy adalah bersifat keretapi panjangnya maka kak ton decided nak buat banner je. senang. nak tulis tangan, tulisan pulak mengalahkan cakar kambing





kasi zoom ucapan

we know you like elsa
we love you so we give you elsa




love,
mommy, daddy
koko, nai nai, auntie

jenuh kak ton bersoal jawab dengan iwan
ibu salah eja, nai nai tu salah, patutnya bai bai, kenapa pelik sangat, mana ada orang nama koko, auntie yang mana satu

hempuk kang

vp kak ton chinese
jadinya koko tu abang, nai nai tu nenek rasanya

pun tak berjaya meyakinkan iwan yang kak ton berada di landasan yang benar









Thursday 9 October 2014

Snow Almond


antara biskut yang senang untuk dibuat tapi kalau kita tak minat nak bergelumang dengan coklat, memang akan jadi susah

ekceli, kak ton pun kurang minat
:(

tapi kena ambil kira kesedapan dia jugak. bila dah sedap, kena la ringankan badan





Resepi dari : yatie memories

Bahan A 
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam

Bahan B 
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung

Bahan Hiasan 
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut

Cara- Cara 
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.




Monday 6 October 2014

Koleksi Resepi Chocolate Ganache






Pelbagai Resipi Chocolate Ganache / Topping Chocolate Cake 

sumber dari : http://airtanganku.blogspot.com/2013/02/pelbagai-chocolate-ganache.html
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk topping pelbagai kek coklat saya termasuk kek opera. Hasilnya sangat menggembirakan... :)


Gambar ihsan Google


RESIPI 1

300g coklat masakan - potong kecil
200g UHT whipping cream (selalu saya guna jenama Anchor)
1 sudu besar mentega

- Panaskan whipping cream di atas api hingga mendidih sedikit dan matikan api.
- Masukkan coklat atau tuang atas coklat dan kacau hingga sebati. Masukkan pula mentega dan sebatikan.


RESIPI 2 - Dayangjack

100g coklat masakan
125ml susu segar
50g mentega
4 sudu besar madu/gula

- Satukan kesemuanya dan masak dengan kaedah double boil sehingga agak pekat


RESIPI 3 - Kak Nor

300g coklat masak
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)

- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi


RESIPI 4 
Buku Panduan Asas Menghias Kek

300g krim putar (whipping cream)
600g coklat masakan - cincang
1/2 cawan sirap glukos/madu
2 sudu kecil mentega

- Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Curahkan ke atas coklat dan kacau sebati.
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega


RESIPI 5
Dari buku lama saya

50g serbuk koko
1 sudu besar minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (atau ikut manis yg disukai)

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat


**********************************

Nota:
- Chocolate ganache boleh disimpan di luar dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama. Anda boleh variasikan penggunaannya mengikut kreativiti masing-masing.
- Fungsi mentega ialah untuk mengilatkannya