Friday, 10 October 2014

Frozen Cake



malu-malu kucing kak ton bila vp sales kat office nak order kek untuk birthday anak dia. walaupun bukan first time dia order, tetap malu

oh, lupa sesangat
kak ton kan memang sejak azali pemalu
maka tak de la pelik sangat




disebabkan ucapan dari daddy adalah bersifat keretapi panjangnya maka kak ton decided nak buat banner je. senang. nak tulis tangan, tulisan pulak mengalahkan cakar kambing





kasi zoom ucapan

we know you like elsa
we love you so we give you elsa




love,
mommy, daddy
koko, nai nai, auntie

jenuh kak ton bersoal jawab dengan iwan
ibu salah eja, nai nai tu salah, patutnya bai bai, kenapa pelik sangat, mana ada orang nama koko, auntie yang mana satu

hempuk kang

vp kak ton chinese
jadinya koko tu abang, nai nai tu nenek rasanya

pun tak berjaya meyakinkan iwan yang kak ton berada di landasan yang benar









8 comments:

  1. cantik kek ni kak ton
    saya suka la design ni kak ton

    ReplyDelete
  2. huntong laaa anak anak zaman skarang.. iols tak merasalah kek kek cemni.. nak kek time bday pun kena minta baru dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kiranya bertuah la boleh dapat bila minta. time akak dulu?... tak berdaya buka mulut

      Delete