Monday, 31 December 2012

Peria Goreng Je



Dahsat sungguh, menu bertarap antarabangsa yang aku nak paparkan kat sini

Sila ambil pen dan kertas untuk salin resepi
Dalam AFC pun belum keluar resepi nih


Sedih, kan?.. 
peria goreng je aku nak tunjuk tapi gahnya ngalahkan masak lobster yang fresh dari dalam kelong

Nanti kang korang kata blog aku sepi, untuk tak sepi sangat aku tunjuk le sepinggan peria goreng. tutup mata, campak-campak dah siap. tapi bila dah tutup mata tu kena hati-hati la jugak, takut korang tak depat bezakan yang mana api yang mana sudu. tau-tau kuku dah terbakar, masa tu jangan nak salahkan aku yek.




stail simple akka pemalas aku untuk masak sayur peria ni adalahhhhh
tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering. 
cili plak aku potong serong. kalau pandai buat cili bentuk ketupat, dipersilakn buat




apa susah, tumis la bahan tumbuk dan cili tu. bila dah bau wangi, masukkan peria yang dah dipotong dan direndam dalam air garam barang 20 minit. masuk sikit air untuk melembutkan peria tu. rasa la garam dia. kadang-kadang aku letak cili boh sesudu kecil untuk naikkan warna kuah. 




udah la siap, tak yah cite banyak. bole la dimakan begitu saja, kot la korang suka pahit


ni la entry last untuk tahun 2012


bye bye 2012, welcome 2013


Teknik Pembiakan



Kalau dah genius, kat mana-mana pun nak bereksperimen

Kiranya waktu dan ketika bukan jadi penghalang
Untuk berjaya, kita perlu berusaha
Usaha tangga kejayaan


Kali ni Angah try cara-cara membiakkan ikan sembilang

pueh la aku bagi nasihat dan kata-kata hikmat, langsung tak dipeduliknya
nak jugak dia tengok macamana ikan sembilang bole keluar dari telur

ni gara-gara bapak eh balik dari mancing bawak balik ikan sembilan lima ekor
waktu aku tengah cuci ikan yang bapak eh dah siang, dia nampak le aku dok asingkan telur
semua ikan pun bertelur, maka banyak la hasil telur




ni le teknik yang dia guna, letak telur ikan dalam mangkuk yang berisi air sejuk
apa motif letak dalam air sejuk aku pun tak berapa pasti
ikut je la apa kata sainstis itu

dan

hasilnya 

dipersembahkan

'

'

'

'

'

'

'

'

'





haaaaaa, mesti le tak jadi apa

tiap-tiap jam dia tanya bila ikan nak keluar

wahai sayang anakanda yang tercinta, takkan adanya ikan tu nak keluar. nanti la ibu pegi kedai ikan, beli sekor untuk kenangan anakanda

ni la semangat backyard science

perlu ke aku bukan sebijik makmal sains kat rumah?



Sunday, 30 December 2012

Blue + Pink Doll Cake



Aku suka buat doll cake,  hari-hari mau buat doll cake

Ramai customer yang ingat doll cake mahal
tapi harga aku masih lagi reasonable
pada yang pernah, mesti diorang agak terkesima dengan quotation aku

aku suka bila 1st time customer order dan dia akan order lagi sebab puas hati dengan kualiti dan harga 

aku tak nak le letak harga melambung sebab nak untung lelebih, lepas tu dia serik nak order lagi

tu aku punya style, tepuk dada tanya la selera dan pendapat masing-masing




semua pun buttercream as requested dari tuan tanah

pink + blue pulak as requested dari birthday girl










mungkin ramai jugak yang tak tau kewujudan doll cake ni sebab masa party sekolah angah hari tu aku buat le sebijik, punya la classmate dan cikgu dia excited

mungkin doll cake ni jarang berpeleseran, low profile kot
jaga imej la tuuuuu

mesti dia takut gaun kembang tu terkena taik kucen 


Thursday, 27 December 2012

Mari Mengaler



Lokasi standard yang ibu dan ayah selalu bawak kami adalah jusco
tak kira la jusco bukit tinggi ataupun jusco bukit raja
dan tiap kali pergi jusco mesti kami beli ubi keledek warna purple dan kaya ball

lepas makan ubi keledek, kami pun melepas beramai-ramai
kalau tiba-tiba datang bau yang kurang menyenangkan di jusco, tu mungkin dari kami
tu kami namakan tindakan luar kawal
lagipun buat apa nak ditahan benda yang nak keluar

kali ni kami mengaler batu kapur 
bantai aje la, janji kami tak boring

tiap-tiap sorang pilih haiwan memasing



along ambik ikan, angah ambik ketam, iwan ambik ayam

dan kami pun mengaler le sesuka hati
glemer plak rasa bila mengaler di depan ramai orang

nerbes pun ada tapi kami buat macam biasa, anggap diri sendiri artis terkenal je




dah namanya aktiviti berkumpulan, kena la ada perbincangan 
angah macam biasa, suka syok sendiri, tak mo disscuss
eleh .... takut orang tiru la tuuuuu
dah haiwan lain-lain, apa ke heinya orang nak meniru




di saat kami bertungkus lumus depan para peminat, ayah dibantainya tido
tak de langsung nak memberi sokongan moral, bagi tepukan pun yilek
ibu je sebuk kat tepi kami


nampak tu, dua insan bertangan kidal
dua ikut ibu, sorang ikut ayah
al-maklum le, kami ni aktiviti jemaah ibu dan ayah le katakan
ambik la genetik sorang sikit



along yang stim dengan ikan berwarna merah
ikan ajaib abad ini



angah ,,, bajet ayu bersama ketam biru
ketam batu ke?... tak berapa pasti, mungkin kacukan 



iwan bersama ayam jantannya
jantan la sangat, warna warni sungguh ayam 


bukan main bangga kami berpeleseran keliling jusco dengan hasil masing-masing
rasa macam nak tido dengan haiwan je malam ni
semangat berkobar-kobar, tak sangka bole kaler atas batu



dannnnnnnnnn................
masuk je dalam kereta, semua haiwan dah sompeh
jangan tak membuang masa ibu dan ayah je nunggu

tapi ibu tak kesah, katanya janji kami happy
ce kalau kami mintak nak kaler lagi sekali, mesti ibu perambat kami dengan penyapu


Tart Buah



Suka dessert tak?
Kalau suka, mesti enjoi bila dapat makan fruit tart ni


 


Semua pun buat sendiri tau ... shell, custard.
Buah dengan beka itam tu je aku beli

Agak-agak jugak la kalau aku nak membongak pun. takkan sebab nak nampak hebat, aku kata buah dan bekas tu pun aku buat jugak. tu namanya penipu tahap antarabangsa




tapi satu yang tak ble tahan bila nak buat tart ni of course le shell dia
habis jari jemari yang mulus ni sakit-sakit
acuan dia kan tajam, tercucuk-cucuk le jari jemari ku

nak beli yang ready-made, tak kena dengan tekak aku ni
alang-alang ada regular customer, kena la maintain rasa dan kualiti



ada orang tanya selain buah-buahan macam anggur, kiwi n aprikot, buah apa lagi yang anggun untuk dijemaahkan atas tart ni

jawapan aku adalahhhhhhhhh

'

'

'

'

'

buah keras


sakit hati tak dengan jawapan hampeh sebegitu?



Wednesday, 26 December 2012

Ubat Penyakit Malas



Ingat ari tu aku ada pegi home deco?
tak de sapa ingat?.. tak de sapa heran?...tak de orang jengah blog aku???
ok, fine. aku merajuk.
tiba-tiba plak dengar lagu rohana jalil ... 'aku insan yang lemah'
sedih tau korang tak nak heran
heran la... heran la... dengan aku nih

ok, dah tak merajuk

ni la isi kandung kotak yang aku beli hari tu
kohnonnya blender serba guna
bole kisar, juice maker, soya
aku pun terpedaya dan melayang la RM ku

tu pun sebab dia kata blender ni bole blend epal ijau + limau kasturi
kohnon bole kurus dalam masa sebulan
aku pun buat la, tu pun tiga hari je

nan ado la harapan untuk aku kurus macam nora danish 




ni eksperimen kedua lepas buat jus epal tu
aku kisar daging untuk buat begedil



waaaaaaaaaaaaaa.... magic
terkesima aku dengan hasilnya
halus mulus outcomenya, saling tak tumpah macam kulit sendiri
sebelah tangan pegang daging, sebelah lagi tangan pegang pipi
aura syok sendiri tiba-tiba menjelma
hihihihih




bila dah berjaya kisar daging, rasa nak kisar plak semua benda yang ada kat dapur
ni namanya aura pemalas giler

haaaa. aku paling kiri kanan, semua bahan mentah pun nyorok, takut kena kisar la tuh


dah kisar daging, aku kisar plak kentang yang aku potong kecil dan goreng lembut api jangan sampai itam 

dah tu jemaahkan daging, kentang, bawang goreng, kuning telur, garam, lada sulah, daun bawang kuning telur tu untuk bagi semua bahan melekat. tapi jangan gunakan gam sebagai opsyen plak. gaul sebati

dah tu, bulat dan leperkan. golek dalam putih telur
goreng dalam api sederhana
siap




abaikan gambo yang kurang menarik
sebab fokus kita adalah pada blender, bukannya gambo makanan


iklan dari penaja, blender ni memang membantu kita
bole buangkan rasa malas untuk ke dapur
kalau malas jugak, jom kita mandi bunga, buang penyakit tuh

nak pilih begedil yang comel pun aku tak mampu sebab memang ada empat ketul je, balance dia aku simpan dalam freezer. bila penyakit malas datang menjelma, aku goreng la buat penambah seri atas meja makan


Tuesday, 25 December 2012

Merry Christmas



Merry Christmas to everybody

sekejap je masa berjalan. rasanya baru kejap kitorang jalan-jalan kat empire tahun lepas. gambar pun belum sempat upload, dah datang balik christmas




bila christmas datang, maknanya tahun baru pun bakal datang
bila tahun baru datang, maka bermula la aktiviti rutin... anak-anak sekolah
tahun baru nanti bakal menonggang langgang kan aku
anak sekolah 2 sesi
yang menengah sekolah sesi petang, yang sekolah kebangsaan & sekolah agama lagi

cemana yek aku nak handle?...
hantar yang berdua tu ke sekolah, hantar abang & bakul baju ke nursery
balik ambil barang kat nursery, ambil kat sekolah agama, hantar mengaji
merempit plak ke sekolah menengah 
waaaa... panjang masa tu

nak harapkan en,somi memang la tak dapat rasanya
dia habis keje 5.30,,,, dari port klang plak tu
takkan sempat 
huhuhuhu...tawakal je la aku



nasib la sekolah menengah dapat buat rayuan, dapat sekolah yang dekat dengan nursery
bole la along berjalan je pegi sekolah
hebat tak?... form 1 tapi masih dok nursery
aku takut dia terbabas waktu sekolah
tak de sapa nak handle makan minum dia kat rumah
tak sampai hati plak nak biarkn dia makan makanan sejuk


barang-barang keperluan sekolah memang dari awal aku dah siapkan
dah bergosok pun bajunya
stationery dah ada dalam beg, tinggal nak selit duit belanja sekolah je


christmas eve semalam aku anak beranak tido depan tivi 
saja je, adventure di malam raya

punya la aku tensi dengan jiran sebelah rumah ni
diorang memang ada penyakit tak reti bawak kunci rumah
baik anak yang berkereta ataupun bermotor
apa korang rasa?.... bunyi hon memekak-mekak waktu subuh
yang aku perasan, 2 kali hon motor
pulak tu, bukan reti nak hon sekejap
hon non-stop tau... lama plak tu
mana tak lama, isi rumah dah tido

apa la masalahnya, dah tau tak reti dok rumah, buat la kunci
agaknya dalam rumah tu ada satu kunci je

what the taik kucen


aku baru nak mimpi jalan-jalan tepi laut dengan aaron aziz, hon berbunyi

aku nak makan bersuap dengan azri iskandar pun hon berbunyi


waktu pocong kejar aku tak reti plak korang nak picit hon tu

hampeh sungguh


Monday, 24 December 2012

Macamana kita uruskan?



Nak cakap pasal dapur
macamana kita uruskan dapur supaya nampak kemas dan bersih?
tengok betul-betul.... kemas yek, bukannya cantik
kang ada plak yang komen, dapur biasa2 je, macamana nak cantik?
tak semestinya cantik, yang penting kemas tu
bukannya serabot mata memandang


aku pun bukan kategori pembersih orangnya ... dapur pun tak de le hebat
tak caya?... saksikan dapur ku ni



tak de pun perhiasan indah, pingggan mangkuk pun jenis beli kat kedai biasa je
tak de le luminarc, arcopal bagai
jangan tak de, aku kekadang guna periuk vision
tu pun beli kat langkawi, dapat le rege murah
kalau takat nak beli kat sopping complek, sorry la... nan ado

tapi insya-allah aku akan pastikan dapur aku kemas
bila balik kerja tengok dapur macam ladang kuda, bole menyebabkan kepanasan hati tau


masalah dapar aku ni adalah tile dia
apa pesen punya tile entah la
tensi je aku, susah nak explain macamana cara dia nyakitkan hati aku
hanya aku dan sapa2 yang penah tengok je dapat merasai

ok,,, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal dapur aku tapi pasal dapur yang pernah aku lawati baru-baru ni

tujuan kedatangan adalah untuk melawat tapi aku tolong la serba sikit proses menyiapkan makan tengahari atau mat salleh panggil lunch


bukan tujuan untuk mengaibkan tapi peringatan pada diri sendiri jugak
untuk merajinkan diri dengan aktiviti mengemas
bila aku bukak peti es, aku nampak banyak ulat
ulat beb ,,, bukan semut tau
kat celah mana plak ulat ni berhijrah?
oooo... datang dari sebungkus plastik yang aku tak pasti isi kandungannya

tiba-tiba aku rasa sedih
isi rumah yang lain tak perasan ke?
tak de ke rasa nak tolong kemaskan sebab tuan rumah pun bukan orang muda
tapi aku percaya, ahli keluarga yang lain pun bukannya muda
ramai lagi yang berstatus anak dara akka cucu dia


jadi .... apa lagiiiiiiiiiii
esok cuti kan?.. jom kita kemaskan rumah
kasi kilat, bio memanco-manco


Thursday, 20 December 2012

Adakah anda kreatip???



Jangan sempitkan pikiran kita dengan benda yang standard

Sila la muka minda, pikir di luar kotak pikiran
Salah satu idea kreatip yang aku tabik spring
Ada berani follow?




Wednesday, 19 December 2012

Kuda Girl



dah aku kata, anak dara ini pantang nampak kuda
mesti dia bajet duk kat mexico, pegi kedai naik kuda je

kena la buat sikit pelaburan dari tengok muka dia macam katak kembong
tapi mampu ke aku melayan kalau dia nak naik semua kuda yang ada. 
melampaui batas tak?
alhamdulillah, batas itu berjaya dicantas
gud girl




hiburkanlah hatimu wahai anak, ibu menonton je korang sengih2 yek
sengihmu sengihku jua

kalau gini le tahap kegembiraan diorang, ok tak kalau aku beli sekor kuda

tapi... kena la ada gembala kuda, ladang. sapo nak jaga itu kuda? takkan itu kuda mampu berdikari carik makanan
ok, tak prektikal plak. baik pekasamkan duit utk beli kuda tu
ooo.. baru teringat, duit pun tak de untuk beli kuda 



kenapa tiap kali naik kuda kena ada orang yang nak pegang itu kuda?
tak ble ke lepas je kuda tu berpeleseran ikut suka hati dia

bila la dapat pergi mexico?... nak merasa jalan-jalan tepi air terjun naik kuda
kalau kat sini, naik kambing bole la

mana la my darling ni, dengar tak rintihan ni?




huh, kejap je dah nak habis cuti sekolah. kalau cuti sekejap je rasa, kalau weekdays bukan main merangkak-rangkak waktu berjalan

terpaksa le bermanis mulut dan muka pujuk anakanda potong rambut. kali ni aku berjaya pujuk angah potong sikit  rambut dia. serabot bijik mata aku tengok rambut dia. bukan je bijik mata, bijik halkum pun join serabot. dah le rambut panjang, langsung tak nak ikat

aku suruh nyonya kedai gunting tunjukkan model paling mantap. dia kan retis, kena la tiru gaya model antarabangsa, local punya tarak main ok. haaaa, retis yang very demanding. bajet diva la tuuuuu

aku  mandang je dari kejauhan sebab aku pun potong rambut
tengok muka angah terkerut-kerut
ntah apa yang tak kena dek hati dia

ok, aku mengerti. ni first time dia potong rambut kat kedai. selalunya omak eh yang buat part time tukang gunting. mungkin dia nebes. 

lepas dah siap rambut aku, cepat-cepat la bangun dengan harapan nak bagi sokongan moral kat dia. sekali nyonya tu kembangkan tangannnnnnnnnnnnnnn

amboi, patut le angah gitu
punya la nyaman bau ketiak dia
sekali dia kepakkan tangan, sekali hidong aku mengembang

haaaaaaa....terbaek di pasaran tuh

memang aku paham yang masalah ni adalah di luar kemampuan sendiri tapi diri sendiri tu kena la pandai handle

kalau dah tau kepam, jangan la pakai baju berstatus seksi gitu
pakai yang biasa-biasa je

hihihihiihi... memang seksa angah
dah le  lama proses potong rambut style model tuh. depan panjang, belakang pendek





di saat angah tahan azab dek kekepaman nyonya itu, along layan tab dan iwan jadi bodyguard. tab tu ubat untuk along tak cuit-cuit iwan. bila dah bengang kena cuit, perang pun meletus. bila dah perang, ibu pun tukar kostum resaksa. kalau tak pun, jadi kesatria baja itam



 




Tuesday, 18 December 2012

Budget Cream Puff



bekas yang comei ... haruslah berusaha menghasilkan cream puff yang muat2 bekas




Total 150 bekas, maknanya cream puff nak kena buat 450 biji




Personally, in future aku tak akan terima order besar macam ni

Aku rasa sedikit kurang fresh kulitnya sebab aku buat dalam 2 hari dan simpan dalam peti es. Walaupun custard aku masukkan sehari sebelum delivery tetap akan effect rasanya.
:(

kalau delivery kat sini, mesti hari majlis tu aku akan siapkan. tapi tuan tanah kat seremban, masa tu ada sikit lari






 belajar dari pengalaman... dan pengalaman adalah antara guru paling berharga

Home Deco



Bila first time nampak banner kat tepi-tepi jalan, memang aku semangat giler nak pergi.

Al-maklum la, rumah nan ado cantik. Tengok hiasan yang cantik je mampu mengubat hati yang duka nestapa. Kebetulan laki ku korje minggu ni, cantek sangat la projek jenjalan. Haaaahha.. kejam tak? suka berpeseran tanpa laki di sisi. Ala, bukannya apa. Ada benda yang kita sonok buat tanpa laki, ada yang bole mentik bersama-sama

Maka, hari sabtu tu gigih la aku kejutkan anak-anak. Semangat betul nak menjelajah pameran ni kononnya. Malam sebelumnya, dah siap ukur tingkap dapur, dengan harapan nak beli blind untuk ganti langsir yang berwarna maroon pada asalnya, sekarang dah tukar warna ????.
haaaaa,, sukar untuk digambarkan

Planning memang terbaek, siap-siap brekpes kat kedai mamak. Tak kuasa aku nak keluarkan tenaga, tenaga yang ada lagi baik diguna untuk aktiviti jelajah

waaaaa.. banner dah nampak. bergetar-getar jiwa mak tau





aik ,,,, dari kejauhan aku nampak makhluk warna putih. apa ke heinya angsa ada kat pameran deko. angsa boleh buat deko?... angsa idup plak tu

aiseh... aku gi tempat jabatan veterinar rupanya. tak pe la, dah sampai. aku teruskan kaki melangkah. angsa pun angsa la




ladang arnab pun ada




minah sorang ni memang suka glemer. dia ada yang melebih dari adik dia. nak bagi makan arnab la dia. ikutkan aje, konon nak berlawatan dalam keadaan happy




dah dia nampak kuda le pulak

moncong tiba-tiba jadi panjang macam galah jolok buah cempedak yang ada kat luar pagar bila aku kata cannot. no choice, cannot kena tukar jadi can. kang moncong tu bole buat highway plak




kuda pun kuda la angah woi, ibu ikut je




adik n abang rilex je, tak banyak ragam macam si anak dara
memang itu le ketentuan-Nya

main burung je diorang




pelik ..... penat aku berjalan, tak nampak satu pun mende yang boleh didekokan. gerai makan ada, budak-budak nari lagu gangnam ada, kolam besar tapak tangan resaksa untuk budak-budak mancing ikan keli ada. pelik nih.... kaki penat, barang-barang yang tak de kaitan dengan deko banyak yang aku rembat dan terpaksa rembat. aku beli seluar sekolah agama kat pameran deko, ko mampu?. sungguh lari dari tajuk dan tujuan nih nampaknya


ishkkkk.. dah nak u-turn untuk balik baru nampak
hek elehhhh. kat celah tu rupenya

budak-budak dah berzikir mintak balik, round cepat-cepat untuk puaskan hati sendiri
dalam nak cepat tuh, aku rembat 2 barang ni





masa demo bukan main menakjubkan 
tak mo buang masa, aku beli satu
apa ada kat dalam, nanti aku cerita




ni tak yah cerita, kotak dah bagitau.. food processor
bulan lepas baru je beli juice maker
sedikit pembaziran tapi aku ada sebab tersendiri
kononnnnnnnnn