Friday 28 June 2013

Touch-Up, part 2



Sekarang kita beralih pada lokasi kedua kerja-kerja tacap

Sementara 2 pekerja buat kata area dapur, sorang lagi duk menebeng dalam bilik air bawah tak jauh dari dapur. jarak antara dapur dengan bilik air adalah 15 saat menyusur macam ular sawa

bilir air ni asalnya jamban cangkung, rupa macam jamban zaman 1960- an je kekdahnya. bila tetamu datang & nak tumpang bilik air, aku rasa nak letak muka dalam almari je. malu weiiiii,,, sebab aku memang dilahirkan dengan hati yang lembut suci

kedai tile kata ni design baru, ada bijik-bijik. lantak la baru ke lama, janji nampak lain supaya bila tetamu guna jamban nanti aku dah tak malu walaupun diajak masuk sekali join diorang beraktiviti



tumbuhan penyeri kononnya ...
sodih tak????




lalalalalalla... boleh la tetamu berry dengan gembira

ada hand bidet, tak yah nak angkat gayung lagi yek wahai tetamu



toilet bowl brand cikai je... tersalah beli. memekak wong kat lubang telinga aku suruh beli johnson suisse. mana nak tau... yang ni aku dah beli awal-awal sikit. sorry la wong, yang atas tu kita guna johnson yek





wong & team berjaya menghilangkan paip yang tersembul sebelum ni. well done pada wong, kagum akka jakun kejap
:)

paras tile 7 kaki, mandi nanti kiranya tak de le cat kena air. air percik dekat tile je, konon senang la nak cuci.

haaaaa.... dia tatau aku pemalas cuci toilet

pintu toilet tu plan asalnya nak pakai bi-fold tapi mendapat tentangan hebat dari wong.

deiii wong ,... rumah sapa kah ini???

dia kata pintu bi-fold tak berapa tahan. tak po la... kita guna je pintu lama, aku cat je frame dia supaya nampak berkilat bergemerlapan

dalam hati ... .selamat duit aku RM400 untuk 1 pintu


syukran .... lalalalalalla
lompat bintang penuh semangat


Thursday 27 June 2013

Touch-Up, part 1



lepas berhempas pulas dekat 2 minggu setengah akhirnya siap jugak segala urusan. walaupun bukan aku yang berhempas pulas tu, tetap jugak rasa penat lelahnya. mana tak penat wei, lepas diorang balik kena sapu, kena mop

walaupun sebelum balik diorang dah clearkan semua sampah sarap, siap sapu tapi kena la jugak sapu dan mop lagi. aku sapu tiap hari pun habuk satu rumah, kalau tak mop tatau la apa jadik

maka... selama 2 minggu setengah tu jugak la tiap kali aku melombong hidong, hanya serpihan simen je yang berjaya dibawak keluar




ni nak tunjuk macamana rupa dapur lama sebelum kerja-kerja touch-up

kesimpulannya tak de banyak perubahan pun kecuali tingkap, menatang empat segi merah putih hitam dan lantai. lantai tu le jadi penyebab utama kenapa kitorang buat kerja touch-up ni

empat segi merah putih hitam tu nama dia glass mosaic. untuk rujukan, aku dapat harga agak murah, RM9 sekeping. kenapa dapat murah?...sebab wong rekemen kedai yang dia selalu beli dan kedai tu bagi harga special



SEBELUM



SELEPAS

bekas air dan gelas pun masih sama

pinggan nasi dan mangkuk lauk je lain, dah aku beli set baru warna putih bersih. kita tengok berapa lama itu putih bersih mampu bertahan




memula aku suruh wong letak glass mosaic tu kat bawah kabinet je. bila aku lepak-lepak depan tivi dan tak ngintai ke belakang, aku tengok mandor dia dah start ketuk kat area sinki tu.

dia kata lagi cantik,,,,
lantak la ko, salim. jangan buruk nanti, jangan sampai wong up kan harga dah le yek

salim ni dah tahap manager aku rasa. bangla yang tak de le sakit pandangan mata, dah kerja dengan wong lebih 7 tahun. jadi aku berpikiran dia tau yang terbaik sebab dah buat banyak rumah



tu dia .... tingkat sliding warna hitam

belum ada kesempatan nak beli blind tak de bajet
bila rajin, aku tepek le paper kat cermin tu

aku rasa bila waktu siang boleh nampak clear pandangan dari luar. bukan apa... aku takut waktu aku kibas-kibas rambut ala model ramai pulak jiran yang menebeng kat luar tingkap untuk tengok kemodelan aku. jadi tak de le privacy untuk aku masak sambil pakai bikini

tu je...... tak de sebab lain



ecececece....
glass mosaic wong pasang sampai ke pintu dapur

tempat penggantung bentuk epal
omputeh le sesangat, konon dengan pilih bentuk epal tu aku macam ada kat switzerland la tu... ujung-ujung rupa dapur macam ada kat kampung medan je



ni le benda yang menyebabkan aku terpaksa pergi bank untuk keluarkan duit... si lantai.

harap2 lepas ni tak de lagi kesan tapak kaki, boleh menyenangkan kerja menyapu dan mengemop



lampu pun kena make-over

tapi ada sikit kesilapan. lampu ni bila pasang lama dia akan malap dan padam. mungkin sebab rumah aku banyak cabang lampu. even dah tukar pun masih ada problem yang sama

takkan aku nak pergi serang dan salahkan kedai lampu sebab dek masalah rumah sendiri

dahhhh... duduk diam-diam je. bila lampu tu tutup, sila la ke depan. bila on balik tak lama lepas tutup, dia ok balik. dah nyata yang problem tu adalah kuasa kuda lektrik rumah aku. redho je la


Tuesday 25 June 2013

Nak Pergi Mandi



Lama aku tak datang yek??....
aku balik kampung, abah admitted lagi
kali ni untuk proses kemoterapi yang pertama

doktor minta at least sorang anak ada waktu proses tu
kita tak tau apa tindakbalas abah terhadap ubat

anak mungkin lebih paham kalau nak dibandingkan dengan mak yang macam blur2 sikit

al-maklum la, dah tua. penat dok kat hospital lagi


2 hari sebelum balik kampung sempat siapkan kek "saya nak pergi mandi" ni khas untuk boss yang nak resign. i is sedih, masa bagi ucapan pembukaan ada rasa sebak sikit

boss yang also macam kawan, very supportive and sporting




siapkan figurine ni dengan angah dan iwan

ibu itik, anak itik, detail kat bath tab, telinga, misai dan paip air adalah 100 peratus hasil kerja tangan angah

good girl ...
dah biasa tengok ibu buat, pandai je diorang gelek semua tu




tingkat bawah butter, tingkat atas choc moist




wording kat kek tu adalah antara nama mesin yang ada dalam kilang

seriously ... aku akan miss the boss
bukan nak kipas ke hapa, ia adalah ikhlas



Wednesday 19 June 2013

I am Kembali



ayohai ...
dah 4 hari aku tak jengok. busy ngalahkan president negara mana ntah. apa yang aku pun aku kurang periksa. rumah tetap berhabuk, lantai tak de le berkilat mana pun

apa yang pasti, aku ada la touch-up frame pintu bilik air. warna asal kuning aku cat warna coklat untuk matchkan dengan pintu bilik air

plan asal nak tukar bi-fold tapi si wong ni banyak pulak cekadaknya. dia kata pintu tu nampak je cantik tapi senang rosak, rail selalu lari. maknanya cantik untuk sementara je la. makanya aku guna je pintu lama, bilik air atas pun kekdah yang sama. bilik air kat master bedroom je aku tukar tapi masih jenis yang sama, pintu plastik warna coklat gelap

disebabkan eric leong ada cakap dalam deko bersama eric bahawa kesalahan biasa adalah pintu warna lain, frame warna lain maka gigihlah aku men"touch-up'kan frame itu. buatnya eric datang surprisekan rumah aku, dia komen plak nanti. tak bagus plak untuk tetamu komen rumah tuan tanah

1st bad news pasal cat,,,,
cat tak cukup pulak. sempat 1 1/2 pintu je. pergi 2-3 kedai semua tak de brand seamaster, kod 3045 deep leather. dah lupa kat mana aku beli dulu. dulu???... ha ah, cat left over je

2nd bad news ...
kalau eric leong datang, sure dia pengsan. rumah tak siap dengan sempurna, pintu ada 2 tone warna. cepat-cepat aku call PA dia, jangan bagi eric leong datang klang dalam 2 minggu ni. bila dah siap semua, baru boleh datang.
:) 

apa lagi aku buat ujung minggu hari tu?...
oooo... pegi tesco, pegi nsk, pegi pasar pagi. semuanya sebab farewell party boss aku. party yang berkonsep murah tak de bajet dan low class membuatkan aku lintang pukang kalah lipas kudung

makan pun cincai je sebab en.laki tak de dekat 2 minggu. alahai ,,,, pakat tak berasap le dapur aku
  


Friday 14 June 2013

Kena Tipu RM19 Juta



Dalam berita radio SinarFm, seorang cikgu kena tipu RM19 juta oleh pegawai bank. Polis sedang memburu pegawai bank tu.



RM19 juta tau ... bukan RM19 ratus


tak agak-agak korang nak menipu orang sampai 19 juta.

apa menipu, apa agaknya dia buat dengan duit tu?

buat kenduri doa selamat?



bukan calang-calang orang yang ada simpanan RM19 juta.

cemana boleh kena tipu banyak macam tu susah nak cakap sebab aku pun tak tau cerita penuh tapi sungguh la tak bernasib baik

pada yang menipu ....
sampainya hati korang yek. aku nak ambil duit orang RM19 pun rasa tak sampai hati sebab duit sikit tu pun orang masih kena usaha, masih kena kerja


kalau senang di dunia belum tentu senang di akhirat
sila stand-by kan diri yek


Thursday 13 June 2013

Untuk Makcik



pada suatu hari, perut adalah lapar tapi malas nak masak. bukan malas sangat tapi masa tidak mengizinkan. tenaga yang ada nak sparekan untuk benda lain yang lebih utama

haaaaa.... tu ayat cover pemalas sebenarnya

atas dasar malas tu maka aku mengangkut anak-anak ke sebuah kedai makan

makan sambil sembang-sembang dengan tokei kedai

dia kata teringin nak makan kek butter, dah lama tak makan kek butter. nak order sebiji 

otototototto makcik. i bersimpati




ni aku persembahkan sebiji kek untuk makcik .... 
tak payah bayar yek makcik

hari tu aku makan suami makcik tu bagi diskahun melampau-lampau. tu first time aku bayar, sebelum tu free.

free tau.....tak bayar apa-apa

terima kasih yek pakcik dan makcik
hanya Allah yang membalas

note : hanya kek saja free, tupperware tu aku mintak balik
:(

Tuesday 11 June 2013

Kemas di Dapur



pada kita yang dah jadi permaisuri pada seorang lelaki dan ibu pada anak, dapur adalah tempat paling penting

sebabnya ...
nak pikat dan ikat laki dengan air tangan sendiri, nak jaga kesihatan anak

bila ada kat dapur, mesti le kena masak. bila nak masak, kena la ada segala bahan. bukan cukup satu dua bahan untuk hasilkan masakan yang kebaboom

macam-macam herbs ada... baik yang local ataupun herbs versi mat salleh. aku rasa yang 4 serangkai boleh la lepakkan diorang dalam bekas yang sama. herbs mat salleh ni kena asingkan supaya bau dan rasa tak bergelumang

ni adalah salah satu idea macamana kita nak susun segala herbs tu. botol dia bukan besar mana pun. kalau bekas besar, mau tak habis hingga akhir hayat kita




selain daripada tu, bekas menyimpan pun memainkan peranan. bekas 4 segi adalah lebih afdal melainkan dapur kita adalah luas ngalahkan padang ragbi

bekas bulat ataupun bentuk-bentuk lain makan tempat yek puan-puan. tak caya sila cuba sekarang. lebih-lebih lagi dalam peti sejuk melainkan peti sejuk kita adalah besar bersaiz giant



see ..... sungguh kemas dan sejuk mata memandang

kalau ada duit lebih berkepuk-kepuk, bole la beli tupeprware. kalau duit biasa-biasa je kadarnya beli je yang kat kedai plastik kat pekan nun. apa ada hal, janji semuanya kemas dan teratur

penting juga untuk bekas tu berstatus transparent, senang kita nak tengok samada bahan dah nak habis atau tak




yang ni aku percaya sangat. letak semua stok bahan di tempat yang sama. adalah tak hebat kalau kat sini letak stok kari, kat celah pinggan ada pulak terselit stok susu pekat manis

biar semua kat area yang sama, senang kita nak pantau. kot kalau dah nak habis, boleh tulis dan tampal kat peti ais. continously kita add in mana-mana bahan yang dah nak habis. senang, tak payah nak ulang-alik ke kedai. sekali pergi kedai mesti ada je benda lain yang kita pau jugak

ni kita namakan kemas sambil hemah berbelanja




"ala,,, orang dapur besar boleh la buat macam tu"

bukan gitu yek... mind set kena tukar.
cewahhhhh

tak kira besar atau kecil, ada cabinet atau tak.
kita yang jadi ketua kat dapur, semua bisa diatur

Monday 10 June 2013

Butter Cake



Monday datang lagi

Apa pedulik monday ke tak monday ... 
kerja kena buat jugak. 

malas kena lempar jauh-jauh, boss bayar gaji untuk kerja sungguh-sungguh. 

haaaaa,,,, laaaaaa... bajet pekerja hebat abad ini


semalam sempat la buat sebiji butter cake untuk seisi family.   diorang ni kalau kek kena hidang panas-panas, bila dah sejuk nanti setengah bijik mata pun diorang tak pandang

penat la aku posing maut tak do sapo nak eran

belajar dari pengalaman, kali ni nak deliver cepat-cepat ke mulut diorang. kalau boleh, nak tolong ngangakan mulut tuh




Bahan A
250 gram butter
200 gram gula kastor
210 gram tepung
1 sudu teh baking powder

Bahan B
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara 

1. Pukul bahan A hingga sebati. 
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, tambahkan esen. Pukul sebati selama 4-6 minit. 
3. Bakar selama 40 minit dengan suhu darjah




keluar je dari oven, cepat-cepat ambil roller blade untuk deliver kek ke ruang tamu di mana sang suami dan anak-anak menonton wayang kulit



nampak tak asap berkepul-kepul dari kek tu???

tak nampak???.... sebenornya memang tak de asap pun, den dah hembus kuat-kuat


Sunday 9 June 2013

Cream Puff



Antara regular customer yang paling setia

Favourite dia nih ..... 
dah lupa berapa banyak kali dia order cream puff
Untuk party kat sekolah, untuk house warming, untuk kenduri sedara-mara





TQVM cikgu

100pcs cream puff untuk dibawa ke KL





Friday 7 June 2013

2 in 1 CupCakes .. belajar untuk kreatif



ada yang aku banggakan dengan order ni

ada 2 sebab ....
sebab pertama ia order dari office en. laki dan sebab kedua tentang packingnya

harga dah bagitau berdasarkan 2 bijik plain cupcakes dalam 1 kotak. harga of course la termasuk dengan harga kotak. lepas check dengan kedai, aku pun quote la

tapi bila esoknya aku beli kotak, dah habis le pulak
aiseh man & women ... apa nak buat nih?
order dah confirm. bukan sebijik dua kedai yang dah habis stock tapi beberapa kedai. yang ada pun mahal giler. takkan nak beli kotak harga rm2, dah le harga aku lebih kurang tu je

nak tak nak, kena la beli kotak transparent macam bawah ni 




masalahnya ... bekas cup tu kecil je
kang bergerak-gerak le cupcakes tu

nanti ada plak yang ingat aku supply roti jala


dari situ otak berpusing ligat,, naik berpinor otak aku mikir
apa nak buat?... cemana nak buat?...

dan taraaaaaa... idea sudah mari

kena buat holder yang biasa beli kat kedai untuk kotak cupcake

cabarannya ..
jenuh la aku nak ukur kiri kanan depan belakang, bulatan semua kena la ngam-ngam muat untuk cupcake

try and error kekdahnya



dan taraaaa.... idea mari lagik

buat layout kat excel. kan senang ada bulatan dan garisan
cuma kena la buat beberapa kali untuk ngamkan saiz

i am proud of myself
berjaya buat dengan kemasnya

yang jenuh adalah tang lubang ...
guna pisau adalah lebih pantas dari guna gunting. dah siap gunting nak kena kelepetkan tepi-tepi dia 




dah inilah hasilnya ....
tanpa perlu call customer untuk naikkan harga sebab barang yang kita nak tu tak de. ada orang yang akan rasa nyampah bila last minute kita naikkan harga,,, macam paksa orang terima harga baru kita sebab diorang tak de pilihan lain

moral of the story ...
we need to explore ourself in order to satisfy others




lalalalalala... butter dan chocolate cupcakes bersedia untuk dihantar

alhamdulillah

Thursday 6 June 2013

Biskut Oat Nestum



Hujung minggu yang lepas .... rasa malas betul nak keluar. Sebabnya bila dah penah berjalan, balik rumah nak kena berperang lagi dengan habuk. Nak kena menyapu, nak kena mop

Makanya, duduk diam-diam.

Bayangkan diri berada dalam mahligai indah yang penuh dengan sudu garpu bersadur emas. Dayang-dayang duk ke hulu hilir nak bahagiakan diri sendiri.


Bila perut dah start nak berbunyi, petik jari panggil dayang.

'Dayang ... i lapar la. Sediakan minum petang untuk i, i bagi u patploh minit dari sekarang"

Berdesup dayang larik bukak peti ais yang besar gedabak umpama batang pokok durian

Lepas 30 minit, dayang datang dengan sepinggan biskut oat nestum.

bagus,,, cepat seploh minit dari masa yang dibagi. boleh masuk masterchef kalau gini




Dayang kata resepi ambil dari paper utusan malaysia, hasil dari azli razali


Bahan-bahan

170 gram mentega
190 gram gula perang (dayang kurangkan pada 180 gram)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
160 gram tepung
1/2 sudu kecil soda
100 gram kacang walnut cincang
180 gram oat
60 gram nestum
1 cawan sultanas (sultanas balik kampung, dayang ganti dengan 1/2 cawan choc cip)
 
 
Cara membuat
 
. Pukul mentega dan gula perang hingga sebati
. Campurkan pula telur dan esen. gaul lagi
. Ayak tepung dengan soda. Gaulkan bahan kering iaitu   walnut, oat, nestum dan choc chip
. Masukkan dalam adunan mentega. gaul hingga jadi adunan
. ambil sejemput dan leperkan
. bakar dengan suhu 180 darjah, 8 minit atau hingga keperangan




I makan dengan anak-anak sambil dayang-dayang masih ke hulu ke hilir. Waktu baru keluar dari oven mengelupur semua anak nak ngambil. Dah sejuk, sorang pun wat tak tau

Itu adalah standard diorang




Petik jari lagi panggil dayang ... tapi dapat jelingan manja dan jeritan.

"apa ibu ni????... mengada-ngada pulak. mana ada dayang"


hihihihihk... angah menjerit rupenya. no dayang dayang yek... sendiri yang kena buat semuanya

Wednesday 5 June 2013

Hatiku di Pejabat



Bunyik ngalahkan pekerja cemerlang sepanjang zaman.

Hari ni terpaksa meng"MC'kan diri
perut berlintang pukang

jamvan kat opis tu bukan main jauh, takut tak sempat berlari-lari anak ke jamvan semua hasil bersepah di jalanan. sapa yang harus tanggung glemer tu kalau bukan diri sendiri

untuk langkah keselamatan dan mengelakkan diri dari jadi front page utusan malaysia ataupun carian terbanyak dalam google dan yahoo, maka mc adalah jalan terbaik

apa korang rasa bila benda berharga tertinggal kat pejabat tapi korang mc????

tu le yang aku rasa, kamera tertinggal kat tepi meja

knowing yang kat situ ada yang panjang tangan, pantang tengok mende berharga akka pelik sikit...hati aku punya la tak tenteram. jangan la ada yang perasan menda tu
memang la tak mahal tapi di saat aku plan nak makan maggi selama 4 tahun, sakit  jugak hati kalau kena beli baru.    dua tiga ratus still duit jugak. tak de sapa pun sudi bagi aku duit banyak tu kalau sendiri tak usaha


tak gitu ?????


Tuesday 4 June 2013

Cookies untuk Goodies Bag



apa nak cakap yek????...

badan lemau, minda penat
tapi bila buat penilaian, itu semua adalah malas sebenarnya
:)

ni hasil membuat cookies minggu lepas
untuk letak dalam goodies bag majlis kawin
tema kawin warna epal hijau, semua pun nak epal ijau

harus la gitu ,,, pesen kawin zaman sekarang

dulu rebus je telur banyak-banyak, letak dalam sarung
habis cerita
satu family bawak balik boleh buat telur masak sambal

sekarang..... nan ado la
sapa bagi telur, mesti orang pandang sebelah mata
& jadi umpatan sepanjang zaman

tak baik gitu yek tuan-tuan dan puan-puan
apa orang bagi, terima la dengan tangan terbuka




cookies pilihan adalah biskut choc nestum
biskut ala-ala jemput versi chic chip

sedih sebab tak dapat pergi kenduri kat kajang tuh
masa ni la pulak en. laki kena kerja
nak drive sesorang ke kajang rasa malas plak

nak ngandap jam lagik sebab dek bola johor lawan pahang
ishhhh... idok le jawabnya

walaupun hati dapat menerima, misi sentap berjalan jugak sekejap. dasar pompuan suka merajuk, kan?...





sekian, wassalam