Monday 30 March 2015

Kerna GST, saya masih di opis



nak ngadu jugak......

along kena jalan kaki amik angah kat sekolah dalam hujan lebat, ayah of course la tak sempat nak sampai rumah cepat sebab kerje kat ujung kl, anak-anak kena tunggu ibu balik dari kerja baru dapat dinner kat kedai

uwaaaaaaa, semua kerja gst

Thursday 26 March 2015

JaNgAn Le PaKaI MaCaM Ni



haaaaiii,, gadis kampung datang. lama rasanya tak masuk sini. bizi ngalahkan president negara. kalau tak bizi pun, mood tarak. huhuhu, sapa nak dipersalahkan???...


sila turunkan biji mata sikit

gambar kak ton amik dari blog kak senduk




oh oh oh....
masa baca post dia tu, rasa nak guling-guling atas lantai marble. terpanjat gegurl tau. ada ke orang nak pakai macam ni?... kot kalau pakai gigi pelesu, mau terpelanting celah dinding

kak ton kampung dot com kot, tak mampu lagi terima imej macam ni. walaupun tinggal kat bandar di raj klang, otak kak ton masih bertarap kampung batu. tak pun kak ton ni macam katak bawah tempurung kot??

sekarang ni, bila pegi somping kompleks mesti mata kak ton pusing kiri kanan. konon cari barang tapi skodeng orang. kot bertuah boleh nampak orang bandar pakai gini

oh oh oh .... i was so lucky gegurl. last week berjaya jumpa. dah kenapa begitu caranya??... kaki macam nak kejar-kejar dia, nak intebiu sratus soalan. nak tanya apa perasaan pakai macam tu. beli kat mana legging tu??

kawan-kawan kak ton cakap ramai je pompuan negro pakai macam ni kat puchong. tapi tu negro, kita ni melayu. kot kalau yang jalan dengan kengkawan, yang kawan tu tak de ke join malu. yang jalan dengan boipren, tak de ke rasa nak gaduh, nak argue pasal ni

kalau betul suka sangat nak pakai legging, pakai le baju yang labuh tutup vontot. tak payah nak tayang sangat, semua orang pun bervontot. walaupun keleperan dan kebulatan tak sama, tetap jugak dipanggil vontot

kot kalau nak pakai legging jugak, tak perasan ke yang legging tu jarang nak mamps. pender pulak belang-belang kuning biru. superman sangat tau jalan-jalan kat jusco tu

jaga-jaga ye semua, kalau tiba-tiba kak ton jolok vontot itu. mana nak tau, dah macam cempedak di luar pagar je. ni le masanya untuk dijolok

harap-harap kita dijauhkan dengan benda memalukan macam ni




Monday 16 March 2015

Kalau Yang Masih Ada ....



cepatnya masa berlalu

masih lagi terbayang-bayang muka arwah. waktu dia sihat, waktu kurang sihat, waktu terlantar menahan sakit. semua pun masih segar dalam ingatan

sungguh kak ton bersedih hati ... 
sampai sekarang
sampai ke hari ini

cepatnya Allah mengambil dia dari kami sekeluarga




sabtu lepas, majlis pertunangan anak arwah yang sulung. waktu arwah tinggalkan kami, anaknya baru 12 tahun, sekarang bakal jadi isteri orang

kalau arwah Yang masih ada, pasti dia tersenyum gembira. Arwah Yang sentiasa mendahului keluarga, keluarga sentiasa di hatinya





Jauh jugak perjalanan dari Klang ke Sabak Bernam. Rombongan pihak lelaki sampai sebelum kami. Rombongan mak abah adik dan abang dari Kuala Kangsar pun mendahului kami




al-fatihah

semoga arwah yang, arwah ijam (adik kak ton) dan umat-umat islam yang telah dijemput-Nya sentiasa dirahmati, diringankan seksa kubur mereka, menjadi insan yang mendiami syurga-Nya


Thursday 12 March 2015

My Wish



semua orang ada harapan, ada impian masing-masing

yang sederhana kehidupannya mungkin nak jadi kaya, yang kaya pulak mungkin nak jadi lagi kaya. yang dapat jejakkan kaki untuk buat haji dan umrah mungkin tanam impian untuk datang lagi ke sana

lumrah naluri manusia, sentiasa nak upgrade

walaupun bersederhana, keinginan tu pasti ada. tapi kadang-kadang impian la yang menyebabkan kita berusaha lebih keras 


dulu, very lama dulu. sorang ni datang rumah minta tolong kak ton uruskan kemasukan maid dia sebab dulu kak ton urusan sendiri maid masuk. dia datang dengan sebiji kereta. kak ton tiba-tiba jatuh cinta tengok kereta dia. nampak indah menawan di mata kak ton

tiap kali nampak kereta yang sama, simpan cita-cita nak pakai jugak. tak pernah tanya pasal harga, pasal buatan mana tapi keinginan yang satu tu kak ton simpan dalam hati


dan sekarang... alhamdulillah, kak ton berjaya 




walaupun dah dekat setahun dalam genggaman, masih lagi macam bermimpi. walaupun suami kak ton dah mengemekkan depan kereta sebab nak baling anjing tapi kak ton masih lagi seronok

sesuatu yang selesa untuk keluarga, kalau mak abah datang pun masih lagi muat untuk berjalan-jalan


tak salah bermimpi kalau itu mampu memotivasikan kita




Monday 9 March 2015

Sonangnyo dongan E-Filing



senang betul kehidupan dengan teknologi zaman sekarang. tak payah nak beratur panjang, tak payah nak start motor mengadap jam dan panas terik matahari

tak payah guna kuputeh untuk maintain kemulusan kulit

salah satu kemudahan internet yang kak ton suka adalah e-filing. masuk info, klik sini sikit sana sikit, save maklumat... dah boleh siapkan income tax punya hal

ingat lagi dulu masa buta it, kena pegi jabatan hasil. tanya itu ini, baru boleh isi borang. nak kena buat photostat copy borang baru boleh hantar. weekend pun bukan main ramai orang kat sana. hahahaha, ramai jugak yang macam aku

dengan kemudahan yang ada, maka kak ton dah selesai submit. kembang kempih hidung bangga dengan kejayaan diri sendiri

tunggu je la bayaran lebihan. untuk pengetahuan korang, bayaran lebihan pun cepat je diorang proses. dalam masa kurang sebulan, eh eh eh ada duit masuk sikit. walaupun sikit, alhamdulillah sangat. boleh beli pender rende-rende

antara yang kak ton amalkan untuk dapat balik amount PCB adalah dengan buat simpanan dalam PTPTN, beli majalah dan buku serta yang paling penting bayar zakat. minimum bayar zakat adalah RM10 je. kalau bayar RM30 pun sebulan, kita dapat lihat perbezaan dan kepentingannya bila declare income 

kak ton tersilap percaturan waktu buat simpanan dalam PTPTN akhir tahun lepas jadi kena study balik cara simpanan tu supaya dapat maksimumkan RM6K pengecualian cukai. buat masa sekrang study dah berjaya dibuat, tunggu perlaksanaan dan disiplin je

jumlah tu dapat berikan impact yang besar tau





Thursday 5 March 2015

Mencari Aktiviti


ohoooooooohoiiiiii

pernah tak korang rasa malas yang amat sangat. semua benda pun malas. duduk malas, berjalan malas, makan malas. macam tu le yang kak ton rasa sekarang

hapdate blog semua pun malas. kalau boleh nak baring je sambil orang sapu belakang dengan losyen, picit-picit kaki dengan minyak panas

jutawan sangat impian

tapi demi sesuap nasi, digagahkan diri jugak ke opis. order dah kurang jadi kesibukan pun begitu juga. kurang sibuk membawa kepada kemalasan jugak

haih, jadi mari kita create kerja yang mencabar sikit



tanam bunga dalam tayar



buat gelanggang sepak takraw dan badminton kat tepi opis

bila sel-sel otak tak berhubung, dekat 3 tin cat 5 liter diorang guna untuk buat satu court je. ish ish ish... mandi cat ke korang ni

jadi kak ton telah turun padang dengan suara ala-ala petir dan halilintar. join mengecat sekali

kalau guna kaedah mengecat kak ton yang berkonsepkan ketat macam lepas sapu kacip fatimah, mungkin guna suku tin je. diorang ni la, mentang-mentang benda free semua pun membazir



gantung frame di sana dan di sini



disebabkan sel otak tetap jugak degil tak berhubung, kak ton guna water level. kot kalau ikut style diorang, biar le senget benget janji frame berjaya digantung


dengan tersebarnya gambar-gambar ni, kak ton klasifikasikan diri kak ton sebagai pekerja yang multi task dan menurut arahan

munthoh tak???
:)