Tuesday 31 January 2017

Warna-Warni di Kantor


ooooo man

labah-labah dah keluar masuk dari blog. tak lama lagi, mungkin ada zirafah dan badak sumbu pun nak bersarang kat sini

hai la badan hai la jari, sila rajinkan diri ye

opis kak ton memang ada banyak sangat aktiviti. celebration itu celebration ini. launch macam-macam benda. kadang-kadang sampai tak sempat nak digest satu aktiviti, aktiviti lain pun datang

bulan disember ada aktiviti weight loss challenge. dah nama pun begitu maka konsepnya sapa paling banyak turun berat badan la kan. sempat la dapat tempat ketiga lepas 6 minggu. minggu ketujuh, lepas announce terus berat badan naik balik. kalau ada competition sapa paling cepat naikberat badan, tentu kak ton le pemenangnya

baru-baru ni pulak, celebration 50th colorbond. colorbond tu antara trademark opis. kena bergambar dalam group, konsep warna-warni kot. tiap group hantar 3 gambar






hantar 3 gambar ni. harap-harap ada rejeki



memula letak gambar ni jugak tapi rasanya gambar bollywood baring-baring tu ok jugak. jadi keluarkan yang ni, masukkan bollywood



***** gambar-gambar di sebalik tabir







gedik.com ??????



Wednesday 11 January 2017

Meeting kat Jakarta



bila time cuti sekolah tak de ke mana-mana. dah start ni kena plak terbang. demi sepinggan nasi, kena la seret jugak kaki

4 hari tau.. 4 hari



stay kat tengah-tengah jakarta, tempat meeting adalah 35km dari sini. campur tolak jam yang hebat, perjalanan ambil masa 2 jam

office kak ton sangat mementingkan safety jadi tak boleh sesuka hati amik flight, hotel pun kena office yang pilih



lengan beso anak anakonda