Monday, 23 November 2015

Apam Gula Hangus


dia adalah seorang chinese tapi suka sangat orde apam gula hangus dari kak ton

tiap kali dia order mesti 200 biji

next time kalau dia order lagi mesti kak ton tanya, kenapa order banyak-banyak ni?... ai penat tau nak siapkan 

:)





Wednesday, 11 November 2015

Terpaksa jugak Elba



terpaksa juga tukar dapur lain

rasa sayang sebab semuanya nampak cantik, tak de karat atau berkerak kat dapur kak ton ni. cuma tempat keluar api je bermasalah. tungku mengecut jadi api keluar tak cantik. bila kena angin sikit terus jadi merah dan berbunyi

kalau ikutkan, tungku ni dah sakit dari bulan Februari lagi. tapi bila ada konsep jimat cermat amalan mulia dan juga tungku satu lagi tu elok je maka niat nak beli dapur baru tu kak ton tangguhkan je

sabar je kak ton masak dengan satu dapur

jadi bila baru-baru ni tungku satu lagi pun dah sakit jugak, kena la redho beli dapur lain. dah cari tungku yang boleh fit dapur tu tapi x jumpa-jumpa. mungkin old fashion la tu

tapi...... 
banyak kedai kak ton pergi semua saiz lubang kat kabinet tak ngam. elba jugak yang muat saiz lubang tu

konon ingat le nak tukar brand lain lepas guna elba jugak dari tahun 1999



operasi beli dan pasang kak ton buat sendiri dengan anak sebab en. suami tak de. ala, zaman sekarang ni perempuan dah boleh buat aktivit lasak macam lelaki

dalam kes kak ton, rasanya kak ton yang lebih berkebolehan dengan kerja-kerja tangan kalau nak dibandingkan dengan sang suami



dapur yang terpaksa dikorbankan



taraaaa... dah siap. rupa lebih kurang sama dengan dapur lama cuma kak ton pilih yang 3 tungku

nampak je simple tapi berendam peluh jugak pasang dapur ni



Friday, 6 November 2015

Gambar Penyejuk Hati



kalau nak diikutkan, macam-macam cara ... dah bertahun-tahun kak ton buat untuk kurus. kalau tak kurus pun at least perut tu biar le tak maju ke depan

ini tak, kalau sekali dua orang tanya kak ton pregnant ke?... bila due?... kak ton rasa nak bagi je jelingan maut kat diorang. bila orang tanya beranak nanti pilih doktor hensem hospital selayang ke??... eh eh eh, melampau sangat concern anda semua kan

bila orang dah tak mampu nak bezakan yang mana satu perut yang mana satu dada, maka kak ton rasa sangat la down

nak menangis meraung rasa macam teruk sangat kedukaan tu... walaupun memang rasa amat menikam jiwa kak ton. pandang kiri seakan-akan aaron aziz jelir lidah kat kak ton, zul ariffin pulak tepuk-tepuk tangan ejek kak ton dari atas pokok rambutan

jadi........

harap-harap impian kak ton berberat macam ni akan jadi kenyataan






Tuesday, 3 November 2015

Penuh dengan Brownies



seminggu dua yang sarat 

bukan perut kak ton yang sarat tapi order brownies yang sentiasa datang. alhamdulillah

ada yang order untuk potong kek untuk majlis hari jadi jugak tau

maka... ni la antara yang sempat dijadikan kenangan







brownies 2 adunan dalam 1 loyang 14x14
kastemer nak potong saiz comel 1x1