Tuesday 31 December 2013

Legging



penghujung tahun 2013 ni mari kita cakap pasal fesyen

kelas kan..... ngalahkan artis tempatan dan antarabangsa


lengging

apa yang korang tau pasal lengging??
of course la seluar ketat jenis kain biasa, bukan jeans



nampak cantik je bila pompuan cantik ni pakai

tapi tu pompuan cantik versi omputeh. tak kesah langsung diorang pakai apa. berlenggeng kat pantai tutup bawah je pun tak de hal. janji diorang happy

kita nak buat gitu???... silakan
kena perambat dengan orang kampung



aku ada 1 rasanya kat rumah tapi tak de pakai. nasib le harga murah jadi tak rasa rugi kalau terperok je dalam lemari

entah le, rasa macam tak seswai

tak kena langsung dengan citarasa aku

nak pergi toilet pun leceh. seluar kan ketat, kalau emergency sure jadik darurat




amacam???... nampak anggun tak??

dressing macam ni aku selalu nampak kat pasar malam belakang rumah. malu sendiri aku dengan persekitaran tak sihat gini

memang ni adalah hak masing-masing

tapi.............

kalau tak nak menjolok mata sangat, pakai la baju labuh sikit. dapat tutup benda yang kurang indah

en. laki selalu bagi komen memalukan bila jalan-jalan kat sopping komplek. aku yang perempuan ni.... tebalkan muka biila dia cakap macam tu

buat yang tak tau, bukan semua laki suka dengan pakaian seksi kita. tapi aku kategorikan lengging dengan baju pendek ni bukan seksi tapi lucah


tapi korang..... tu tak dapat menandingi kehebatan yang bawah ni

ada berani pakai???




image : googled


sempena tahun baru ni, jom kita muhasabah diri. untuk panduan dan peringatan diri aku jugak

kalau nak jugak pakai lengging, cari la baju yang labuh



Monday 30 December 2013

Tahniah ... 8A



kalau la anak dapat result macam ni.....
yippieee, tersenyum le aku 4 hari tanpa berenti. biar le mulut lengoh, tetap jugak nak senyum




bukak anak aku tapi anak kawan. tak pe,,, tumpang bangga

terbayar penat lelah bapak eh yang sebulan sekali mesti ke terengganu, jenguk kat mrsm nun



moist choc cake with ganache

~2kg



apa motip topi graduation tu????

pembakar semangat je untuk TN terus berjuang








diorang nak celebrate sebelum TN balik ke Terengganu


Friday 27 December 2013

Legoland, part 2... dan sikit info



kita sambung lagi main dengan baju yang basah

aku dengan angah tak berapa basah, cuma tudung je yang hilang bentuk tapi dah berjaya aku tajamkan muncungnya. iwan tu apahal ntah, duk sebelah aku tapi lenjun seluar. baju tu selamat sebab aku sarungkan dengan baju spare konon untuk mandi

tak pe la... teruskan perjalanan, kang kering la tu



kita masuk istana lama pulak

kagum aku dengan istana ni, nampak cantik pada pandangan

berjaya jugak masuk rumah snow white, dulu dia berlagak dengan aku sebab ada rumah cantik. sekarang aku dah merasa, dah tak eran


hai snow white....

i is tangkap gambar dekat tangga



kat dalam istana ada roller coster. roller coster yang giler aku rasa. naik jugak le, kata nak bergumbira dan bergelak ketawa

hamek ko,,,,sakit belakang en. laki den sebab roller coaster tu laju sangat, terpeleot pinggang dia. tengkok aku pun sakit waktu pusing tang corner

nasib le tak banyak curam, kalau tak mau juling aku, en. suami dan iwan

along dan angah aku tengok relax je. along siap angkat tangan waktu roller coster tu berpusing, siap nak naik lagi

well done anak-anakku... berjaya bergembira hingga ke maximum





mende alah ni aku rasa pelik. ntah apa yang seronok tapi aku tengok kecik beso yang naik semua senyum sampai ke telinga

rambut angah dah berserabai

 ni banyak kali diorang naik. lepas habis, beratur balik. naik la anak-anak, ibu dan ayah lepak je



hazab lagi aku....

bagi peluang kat diorang bertiga je naik tapi en. suami tak kasi. suruh aku temankan

abih???... dia seronok lepak, aku kena tanggung pulak. mangkuk kereta ni khas untuk 4 orang je, selamat le dia dari semua dugaan ni



hai ayah ... kami selamat dalam menda ketot ni

poning kepala kak ton. corner dekat sangat, nasib le tengkok aku berjaya duduk pada kedudukan dia



nampak macam ok je mangkuk ni, jom kita naik sekarang jugak

orang tak ramai jadi sorang boleh duduk satu mangkuk

 

nampak kenapa aku macam tu??

aku pening tu... tengah tahan diri dari muntah. roast chicken yang aku makan tadi aku rasa dah ada kat hujung lidah je, bila-bila masa boleh keluar

giler punya pening... tobat kak ton

 

adik roller coaster ....

along angah je naik. aku tengok iwan tak suka benda-benda adventure macan ni. dia tengok dari kejauhan je

 

aku rasa ada kot 5-6 kali budak berdua tu naik

orang tak ramai beratur, suka la diorang. memula naik tengah, dah tu kat belakang

ni ha.... dah ada kat depan. ewah, sonok nampak. angkat tangan bagai. lantak korang la

diorang stop pun sebab budak yang jaga tu jeling semacam. mungkin bengang asik muka yang sama je. apahal pulak nak marah, bukannya ada ramai orang pun. diorang ikut peraturan, beratur macam biasa

 

istana snow white dari kejauhan

 

yipie,,, ni ibu nak naik



nampak muka aku???....

gayat weh. nampak rendah je tapi bila dah naik menggegarkan jiwa. kalau nak naik kena tarik kali, lepas tu lepaskan. masa turun tak rasa gayat, waktu naik je rasa berdebar

aku n iwan naik sekali je. budak berdua tu ulang-ulang main



last sekali ... tengok 4D

orang kampung mana nak tau 4D tu hapa. masuk je panggung tengok appahal kerusi semua basah. bila dah tengok wayang baru tau

ooooooo..... ada sajli, hujan, angin

patut le kerusi basah

 

kenapa gelap????

sebab hari dah malam. sampai malam ko kitorang bertepek kat sini

alang-alang bayar main le sepuasnya

 

marilah kita bergambar wahai sang suami sementara anak-anak main kat taman



info pasal legoland untuk panduan pada sapa-sapa yang nak pergi

harga tiket,,,RM540 theme park untuk 3 dewasa 2 kanak-kanak. dapat voucher makanan RM50. boleh beli kat gerai dan food court. kalau tunjuk ic dapat la murah, kalau tak de ic harga mahal lagi

harga minuman ... air mineral RM3, air-air lain RM5, aiskrim magnum RM5

harga makanan dalam food court ... aku bagi lebih kurang la, yang aku makan. ada roast chicken, spagetti RM23 termasuk air dan buah. nugget RM15 termasuk air dan buah jugak. ada nasi ayam versi dewasa dan kanak-kanak.
aku cadangkan air dan makanan ringan bawak siap. diorang tak check beg pun. aku lupa pasal air jadi semua pun aku buat pelaburan kat sana


Thursday 26 December 2013

Legoland, part 1



anak-anak asyik le cakap nak pergi legoland

depan diorang teguh le pendirian kata tak mo pegi tapi dalam hati.... ada, kesiannya anak-anak ibu

dah le cuti ni tak dapat balik kampung, memerap kat rumah je diorang tu. pegi bejalan pun dekat-dekat sini je

ada kesempatan sikit, dapat le bawak diorang ke jb. memang aku tak cakap nak pegi legoland pun, saja je nak surprisekan diorang. pagi sabtu, lepas check out baru bagitau. muka sorang-sorang of course le excited

tapi satu nak komplen... 
sepanjang perjalanan dari skudai, satu signboard pun tak dapat. masa kat hotel bukan main lagi, katanya 20 minit perjalanan dengan map yang straight je perjalanan

terpaksa tanya kat orang yang sama-sama q kat traffic lite. appada.... lagi sepelaung nak tiba baru nampak signboard, tu pun satu je



lokasi wajib mesti le pintu gerbang

muka masing-masing mencuka sebab malu nak tangkap gambar depan orang ramai

appadahal.... semua orang pun tangkap gambar nak oi



koran tengok le angah tu. pegi theme park boleh pulak dia nak pakai skirt labuh. penat aku prot pret dia langsung tak eran. gasak le, malas nak spoilkan semangat diorang




ayoyoyoyoyyo... anak teruna ku dah lagi tinggi

jenuh adjust kedudukan, kekatikan ku jelas kelihatan

redho je la... dah itu ketentuan-Nya




ni lagi satu kejadian tak puas hati

nak mandi instead of theme park. yang ni aku tak mampu layan. malas nak bermandi-mandian

kalau stakat mandi, kat shah alam pun boleh



iwan dengan gaya tak mo tengok kamera.... mogok tak dapat mandi



cabaran pertama adalah naik perahu mangkok ni

boleh plak time aku & angah motor dia tak function. kejap ada, kejap tak de. last-last motor buat U turn

cit sungguh... tadi ada nyonya tu motor dia U turn pun aku gelak. sekarang padan muka kena pada diri sendiri

bot yang laki aku naik pun sama problem sampai orang belakang pn boleh potong dia

staff sorang tu bising pulak kata aku tak pijak motor dia. eh eh budak ni, nak sampai aku pijak sampai pecah ke???... dah tak ok apa aku boleh buat



belajar memandu katanya

penat nunggu... main kotor nampaknya

memula iwan angah dah ada kat depan. tengok-tengok dah ke belakang balik. eh eh.... bikin panas korang ni yek



yang ni kelakar... sakit perut gelak

mainan seisi keluarga kekdahnya

kena pam kereta bomba untuk bergerak, lepas tu pam pulak pili tu untuk keluarkan air sampai le kebakaran padam

sambil pam sambil gelak

siap susun strategi untuk pastikan kemenangan

haaaaaa... kitorang menang. tak de hadiah, semangat nak menang je yang ada













dalam piramid ada mainan tembak-tembak ni. kalau dpat tembak dapat le markah



terbeliak-beliak bijik mata angah tahan gayat



excited diorang tengok mainan ni... kat adventure land

memang adventure pun korang

en. laki tak nak naik sebab leceh basah. dia tu memang....aku dah agak

tak pe, biar ibu je join cabaran ni. appadaahal kalau setakat basah macam tu. ada yang beli baju hujan. kitorang rock, tak main le pakai baju hujan. kata cabaran kan




bye bye ayah.... saksikan kami berjuang



bye lagi... tunggu kami di puncak kejayaan yek

kehhekhekh

riak sungguh kan



sekali dah turun.... hamik ko

rasa nak terjatuh nyawa

padan muka, nak sangat naik. tapi memang happening sungguh aku rasa

muka aku kat sini memang huduh, bila tengok kat kamera yang memang diorang provide, lagi le dahsyat. tak kuasa aku nak beli kalau gitu punya muka



nak sangat kan... 

hamik ko basah satu badan. sampai pender pun join basah, tak kesah basah, janji sonok gile

tengok aci belakang aku tu. korang mampu naik menatang tinggi tu pakai punjabi suit siap dengan selendang. kot kalau tersangkut tepi rail tu tadi, aku jugak terbabit

kot kalau nak maintainkan ciri-ciri kemalaysiaan, kenapa tak pakai sari je tadi

nak maintain cun walau di mana saja berada la tu



aiseh... 
kena adjust hujung tudung untuk cover kehodohan

beauty kena jaga walaupun baju basah


lalalalalala...mari la anak-anak kita main yang lain dengan baju yang basah

bersambung .... tenet sangat menduga kesabaran aku




Monday 23 December 2013

Kek Bunga di Sana dan di Sini



hai kawan-kawan....

lama kak ton tak update yek

cuti sekejap dari kesibukan kota. cuti pun tak de le relax mana sebab pergi mengadap kesibukan kota jugak. melayan permintaan anak-anak. tapi bila tengok anak-anak happy, mak dan bapak tumpang happy jugak

semua mak pak pun akan rasa macam tu, ye dak

sebelum pergi bercuti sempat siapkan order dari 2 kawan

tq heliza.

duluuuuuuu sesangat.... pernah buatkan kek untuk anaknya haziqah masa dia umur 1 tahun. sekarang dah besar panjang....dah 5 tahun. muka pun totally lain tapi masih maintain cute

design dibagi tapi aku ubah sikit-sikit. tq pada tuan punya hasil kerja tangan



meh nak cerita pasal kek ni

tema birthday party adalah rapunzel. jadi yang kuning melilit kat tepi kek tu adalah rambut dia la

nanti tuan tanah akan pacak patung rapunzel atas kek

aku tak dapat tengok hasil ... tapi aku rasa mesti cun sebab tuan tanah yang aku kenal amat menitikberatkan kesempurnaan






tangan angah sebagai model

choc moist 2.5kg



lighting macam katun...

aku amik 1/2 day untuk siapkan order ni sebab malam dah nak gerak

1 biji kek, cupcake, cream puff





semoga semuanya ok