kat ruang tamu rumah aku ada sebijik arm chair
kerusi ni aku rasa sikit pelik, kebesaran melampaui kerusi biasa. kalau setakat kita nak sandar memang tergantung la kaki
ada 2 option, samada ko sandar dan kaki tergantung atau kaki cecah lantai, boleh silang-silang tapi sakit belakang untuk maintain ayu
aku pilih option kedua, bukan sebab untuk keayuan tapi sebab rasa pelik kalau sandar. ingat ko bawang putih ke?.. duk tepi kolam tunggu ikan kaloi sambil kuit-kuit air kat kolam tu
no no no... i tak boleh sandar
lagipun i kan berada dalam kategori rendek dan rendang. kesian kat kaki tergantung lama-lama, perjalanan darah tak lancar
disebabkan saiz nya adalah bapak, susah jugak nak susun. nampak janggal
di suatu malam yang hening, en suami bawak balik sebijik lagi. homakaih... menambahkan keserabutan. aku baru je plan nak let go l-shape sofa yang dok bertepek depan tivi, dah timbul yang lain pulak
masa dia bawa tu aku dah tidur. bukan tido sangat pun, buat-buat tido je sebab majuk
:)
bangun esok paginya gini yang dia letak. deco le sesangat kan
double serabut jadiknya
sapa yang pernah datang rumah aku je tau saiz kerusi ni. 2 orang boleh duduk sekaligus ataupun sorang sandar dan 2 orang lagi tak sandar
kak ton tak suka... tak comel
disebabkan tempat terhad.. ini je yang mampu aku buat.
ubah ke dinding satu lagi yang lebar sikit. kerusi kat tempat sekarang aku ubah ke sebelah sana
owh , boleh belikan sesuatu untuk letak hujung kaki mcm dok kat kerusi malas . lagi santai rasanya ...
ReplyDeletepesal majuk?
ReplyDelete