anak-anak asyik le cakap nak pergi legoland
depan diorang teguh le pendirian kata tak mo pegi tapi dalam hati.... ada, kesiannya anak-anak ibu
dah le cuti ni tak dapat balik kampung, memerap kat rumah je diorang tu. pegi bejalan pun dekat-dekat sini je
ada kesempatan sikit, dapat le bawak diorang ke jb. memang aku tak cakap nak pegi legoland pun, saja je nak surprisekan diorang. pagi sabtu, lepas check out baru bagitau. muka sorang-sorang of course le excited
tapi satu nak komplen...
sepanjang perjalanan dari skudai, satu signboard pun tak dapat. masa kat hotel bukan main lagi, katanya 20 minit perjalanan dengan map yang straight je perjalanan
terpaksa tanya kat orang yang sama-sama q kat traffic lite. appada.... lagi sepelaung nak tiba baru nampak signboard, tu pun satu je
lokasi wajib mesti le pintu gerbang
muka masing-masing mencuka sebab malu nak tangkap gambar depan orang ramai
appadahal.... semua orang pun tangkap gambar nak oi
koran tengok le angah tu. pegi theme park boleh pulak dia nak pakai skirt labuh. penat aku prot pret dia langsung tak eran. gasak le, malas nak spoilkan semangat diorang
ayoyoyoyoyyo... anak teruna ku dah lagi tinggi
jenuh adjust kedudukan, kekatikan ku jelas kelihatan
redho je la... dah itu ketentuan-Nya
ni lagi satu kejadian tak puas hati
nak mandi instead of theme park. yang ni aku tak mampu layan. malas nak bermandi-mandian
kalau stakat mandi, kat shah alam pun boleh
iwan dengan gaya tak mo tengok kamera.... mogok tak dapat mandi
cabaran pertama adalah naik perahu mangkok ni
boleh plak time aku & angah motor dia tak function. kejap ada, kejap tak de. last-last motor buat U turn
cit sungguh... tadi ada nyonya tu motor dia U turn pun aku gelak. sekarang padan muka kena pada diri sendiri
bot yang laki aku naik pun sama problem sampai orang belakang pn boleh potong dia
staff sorang tu bising pulak kata aku tak pijak motor dia. eh eh budak ni, nak sampai aku pijak sampai pecah ke???... dah tak ok apa aku boleh buat
belajar memandu katanya
penat nunggu... main kotor nampaknya
memula iwan angah dah ada kat depan. tengok-tengok dah ke belakang balik. eh eh.... bikin panas korang ni yek
yang ni kelakar... sakit perut gelak
mainan seisi keluarga kekdahnya
kena pam kereta bomba untuk bergerak, lepas tu pam pulak pili tu untuk keluarkan air sampai le kebakaran padam
sambil pam sambil gelak
siap susun strategi untuk pastikan kemenangan
haaaaaa... kitorang menang. tak de hadiah, semangat nak menang je yang ada
dalam piramid ada mainan tembak-tembak ni. kalau dpat tembak dapat le markah
terbeliak-beliak bijik mata angah tahan gayat
excited diorang tengok mainan ni... kat adventure land
memang adventure pun korang
en. laki tak nak naik sebab leceh basah. dia tu memang....aku dah agak
tak pe, biar ibu je join cabaran ni. appadaahal kalau setakat basah macam tu. ada yang beli baju hujan. kitorang rock, tak main le pakai baju hujan. kata cabaran kan
bye bye ayah.... saksikan kami berjuang
bye lagi... tunggu kami di puncak kejayaan yek
kehhekhekh
riak sungguh kan
sekali dah turun.... hamik ko
rasa nak terjatuh nyawa
padan muka, nak sangat naik. tapi memang happening sungguh aku rasa
muka aku kat sini memang huduh, bila tengok kat kamera yang memang diorang provide, lagi le dahsyat. tak kuasa aku nak beli kalau gitu punya muka
nak sangat kan...
hamik ko basah satu badan. sampai pender pun join basah, tak kesah basah, janji sonok gile
tengok aci belakang aku tu. korang mampu naik menatang tinggi tu pakai punjabi suit siap dengan selendang. kot kalau tersangkut tepi rail tu tadi, aku jugak terbabit
kot kalau nak maintainkan ciri-ciri kemalaysiaan, kenapa tak pakai sari je tadi
nak maintain cun walau di mana saja berada la tu
aiseh...
kena adjust hujung tudung untuk cover kehodohan
beauty kena jaga walaupun baju basah
lalalalalala...mari la anak-anak kita main yang lain dengan baju yang basah
bersambung .... tenet sangat menduga kesabaran aku
Bestnya. saya tak jejak kaki lagi. Macam cuaca ok ta? orang selalu complaint panas kena pakai sun block tadi kalau tak dapat sun burn
ReplyDeletesatu hari ler anak2 berseronok nih . tak rugi dtg dr shah alam ke jb kan .
ReplyDeletemesti menjerit2 kn kak ms naik mende alah tu... ;-)
ReplyDeleteMacam best je ida..akak belum sampai lagi..Nice entry!!
ReplyDeletemacik konah ... cuaca ok masa saya pergi tu. tak payah pakai apa2 cream sebab kulit mmg dah sedia gelap
ReplyDeletemmg tak rugi datang ... seronok tengok anak-anak happy
ReplyDeleteanies ... maunye tak menjerit. niat nak control ayu tak kesampaian
ReplyDelete