Wednesday 30 May 2012

Crunchy Choc Chips


Semangat badang begitu terserlah rasanya
Balik kerja terus berbiskut raya
Semalam dah buat tapi semua pun kena balun dengan three stooges kat rumah ni

Nasib la hari ni kekuatan datang, tak lengah terus capai buttercup
Alang-alang semangat membuak-buak, tak boleh tunggu lama
Takut menyusut pulak....bukan boleh caya sangat dengan diri sendiri



Crunchy Choc Chips

Ekceli, mokcik pun suka
Tapi malas nak nunjuk, depan three stooges buat cool
Bila diorang ke depan, cepat-cepat mokcik sumbat lime ketoi dalam mulut
Kemam sampai cair, pastikan kat celah teeth tak de kelihatan
Baru berjalan macho ke depan
Oppsss...mokcik adalah wanita ayu, haruslah bercat-walk ke depan



Price yang tak mecekik nadi
RM21, ~50pcs

Ayam Masak Halia Kicap



Hai semua...
Masak apa tu?...
kita yang ala-ala ibu musali sedunia ni memang la fening pikir nak masak apa
Tak gitu semua

Makan kat kedai fening...masak kat rumah pun fening
Kerja senang..tak yah makan
Bole gitu?..
Abih mulut 4 pasang kat rumah ni tak payah nak makan
Terkulat-kulat je tengok orang lain makan?



Resepi paling malas...ayam masak halia kicap
Resepi cedok dalam myresipi



1/2 ekor ayam
1 1/2 inci halia muda - hiris
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk
1/4 cawan kicap manis
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
 tangkai cili merah - hiris
5 biji cili padi - ketuk
1 batang serai - ketuk
1/2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh lada hitam - tumbuk halus
Sedikit serbuk kunyit dan garam

CARA-CARA

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih. Perap 45 minit dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak, masukkan ayam dan goreng hingga sedikit perang. Masukkan kulit kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata.
3. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih perlahankan api dan renih hingga ayam empuk.
4. Masukkan bawang besar, cuka, cili dan lada hitam. Masak sekejap. Kalau suka kuah, masukkan sikit air.  
5. Imbangkan rasa dengan garam.



Dah siap...yummy bila makan panas-panas.
Sejuk pun yummy di saat perut lapar gila.




Note :
Luahan perasaan..."angah, ibu dah kurus tak?"
"Sorry la ibu, tak pun"

mokcik pun nangis tepi pasu bunga
kenapa la dia bersikap jujur
oooooo..baru teringat, dia ikut mokcik
:)


Tuesday 29 May 2012

Syafiq & Abby


Tak pasti apa dah jadi dengan diri sendiri
Sepatutnye nak tulis kecil dan mulus
Tapi besar gedabak ni yg jadi

Stoberi cheese tart yg bertukar jadi tulisan monster



Ni la yg mokcik kata order dari pelakon/pelawak
Malu plak rasanya bila outcome sebegini



Diriku tertunduk sepi






Monday 28 May 2012

Semperit Pandan



Assalamualaikum semua.....
Selamat pagi semua......

Ni permulaan projek sample semekut raya 2012
Punya la susah nak kumpul kekuatan
Pagi keluarkan buttercup dari peti ais, petang masukkan semula
Macam tu le kekdahnya utk 3 minggu berturut-turut
Buttercup pun tensi + pening
Nak larikan diri....duit tak cukup nak bayar tambang teksi




Boleh pilih bentuk yang sendiri suka
bentuk ulat bulu atau bunga

en. along anak sulong mikcik suka ulat bulu



aMACAM.....agak-agak seksi tak kalau letak dalam balang di pagi raya?
Harus la...hijau pucuk pisang tuh
Terang je dari kejauhan, tambahkan kegumbiraan



Semperit pandan ni feberet anak-anak dan orang kampung
Rasa lemak berkrim sungguh



buat biskut ni agak mencabar...
buat satu adunan, balance cuma 10 biji
yang lain-lain telah bermastautin dalam perut anak-anak nan bertiga tu


Sunday 27 May 2012

Shrimp Wonton.....CP



Bila weekend, lokasi biasa lawatan dengan anak-anak of course la giant @ tesco
boring, macam le klang ni dah tak de tempat lain

biasa diorang ni mesti bukak meja kecil, untuk promote product
kali ni mata tertengok kat wantan ni...not bad la rasa dia
maka, mokcik pun beli le sekotak 
dan lepas tu, dia jadi benda wajib yang kena beli tiap-tiap bula



memang sedap...cuba la
biasa mokcik tambah la parutan carrot atau sayur lain yang seswai
dapat la tambahkan menu kat atas meja



ni rupa kotak dia, brand CP
harga pun reasonable, tak de le mencekik urat tengkok



kadang-kadang, kitorang cicah je dengan sos
yummy....mokcik memang suka
ada udang sekor yek...lazat


Saturday 26 May 2012

Cream Puff....terbaek


takboletahan
tajukmacamhebatseanterodunia
bukanhebattapioklajugak
:)



zas........meleleh kastadnya
tuan tanah mintak kastad yg melempah ruah
haruskah mokcik letak extra kastad dlm tupperware & bagi dia?

cuba la....sedap je mokcik cicah ke puff tu dengan kastad
tak yah gigih sumbat kat dalam
tapi, kalau kat luaran pun nampak sedap, inikan pula dalaman



yummy.....



cream puff berlatarbelakangkan ikan laga
sekarang ikan tu dah kembali ke alam fana

lepas dia lompat keluar dari balang tapi mokcik sempat sedar dia dah terdampar
atas lantai, idop dia dah kurang aktif
mungkin lompatan tu sebabkan dia patah tulang belakang
mungkin effect kat paru-paru jugak
who knows

berenang pun nak tak nak je dia
 macam tak de semangat nak berenang
dah putus asa ke?

balik dari opis, tengok dia dah terapung
perut dah membelon

tukang bela.....yes, boleh beli lain
cit......mudahnya ko berubah


Friday 25 May 2012

Tu La.....Lambat Sangat



dah start cuti sekolah...dapat la kurangkan sikit ketarzanan
elok untuk rehatkan anak tekak sendiri & telinga jiran tetangga
pagi-pagi tak payah nak dengar tarzan berbunyi
tarzan ni tak ble main-main bab masa
kalau dalam kepala dah set kena keluar rumah pukul 6.40am, kena la tepat

napa ek mokcik begitu?
tak ble rasanya terhegeh-hegeh bawak kete
klu ada appointment pun macam tu le kekdahnya
biar mokcik tunggu orang, takmo orang tgu mokcik
kalau dia kena tgu sebab dia sendri awal, then cannot help la
janji...mokcik tepat, tidak lambat

that's why mokcik tak ble tahan tgk orang datang lambat ke opis
ada share ke?,....mungkin la, mokcik yang tatau



so suci hati bob...hadiahkan kawan sekotak cupcake

ni pun last minute, masa tu mokcik tgh siapkan order sapa ek?..lupa
tapi mmg ada order orang lain

kerna mengenangkan bob ni yg langsung tak berkira bab apa-apa pun
ku gagahkan jugak anggota badan utk bercupcake

orang berbudi..kita berbahasa la konsepnye ni konon
tapi memang la....budi orang kalau ada peluang bole la dibalas 
bukan sebab orang nak balasan tapi ....mengenang budi

cewah cewah....tazkirah pulak mokcik



dah siap....
tunggu bob datang collect

birthday sungguh la terkezut...tak lalu nak makan


Thursday 24 May 2012

Si Gebu...pink & apple green



Cupcake yang memang gebu...semacam tuannya
don worry, tuan dalam usaha turunkan kegebuan
berjayakah diaa?...



ni utk letak dlm goodie bag
rasanya letak dlm guni bag pun seswai, kan?

bertuah la anak-anak jazam sekarang
birthday disambut, buat party kat rumah, kat sekolah

dulu mokcik?...bila nak isi borang baru tau bila harijadi
oooooo...ogos rupenya
sekarang pun tak mampu sambut
cuma wish dari en.laki dan anak-anak
en. laki memang dah bole & tak pernah lupa birthday mokcik
sebab...........................
birthday kitorang selanh sehari
dia...10 Aug, i...11 Aug
berani tak wish?....tarzan bakal mengamuk



TQ dear for the order



total 80 biji
pink of course utk girl, hijau utk boy



Wednesday 23 May 2012

UWAAAAA



tensen.....
keerja bagai nak mati,,

Birthday 16 thn 2 bulan


Ko mampu ada cupcake macam ni?
16 tahun 2 bulan
Nasib la dia tak suh mokcik letak hari, jam & saat

Di saat mokcik bergelumang dengan order-order lain, order ni datang mencelah
Amboi......biasa sangat
I ni sebuk tau,
Kawan punya pasal, mati-mati dia suruh buat jugak
Semua jenis alasan dah mokcik bagi tapi dia takmo terima
ok, fine. aku buat yg tak comei, yek?



terima lah seadanya....sila jangan komen
macam ni pun dia nak impressed...mungkin impress dlm bentuk terpaksa



dah lama tak menulis, tulisan pun ala sakit mata memandang


p/s
semalam i deliver cheese tart untuk anak artis u......
artis mana, tak mo mention



Tuesday 22 May 2012

Sejarah....3 tahun lepas



saksikan.....
gambar sejarah dd 16.10.2009
tertunduk malu i, tau

sejarah berkecimpungnya mokcik dalam buat kek nih
sadis tak rupa cupcake buatanku ini



dulu...tiap kali birthday anak, mesti buat party (konon la party)
jiran-jiran semua sangat la sempoi & sporting
semua pun macam sedara-mara
menjadi ahli mesyuarat tingkat kalau ada masa

malu tak serve kek gini?
tapi no hal, sebab ni la mokcik gigih belajar
anak-anak punya pasal, kena buat yang terbaik



kek togel ni lagi la sadis
uwa......tak de seni langsung
masa ni tak tau nak buat apa, bogel macam tu je bagi kat tetamu VIP
nasib la korang yek
ni je yang ikhlas dari hati sanubariku



sian ko kenit
makan je la kek klasik macam tu yek

konon...konsep biar burok tapi ikhlas cara penyediaannya



brithday girl nampok ok je
tak de pun sebarang bantahan & rungutan dari pihak dia

Monday 21 May 2012

Kawan-kawan....cemana anda menabung?


hai kawan-kawan sekalian

ujung bulan adalah waktu yang paling ngam untuk cakap pasai simpanan
masa ni le kita pikir....alangkah nyamannya kalau ada duit simpanan
waktu bank pun tak nak terima kad atm
duit dalam wallet pun ala-ala idop segan mati takmo

mokcik bersyukur kerna en.laki sangat la tak berkira pasal RM
dia langsung tak pernah tanya berapa RM gaji mokcik
dia langsung tak pernah tanya berapa bonus mokcik
langsung tak pernah tanya berapa collection hasil dr aktiviti mengekek
tu la bertuahnya
:)

tapi.....
dia pun langsung tak tau buat apa2
:(

mokcik very independant dlm semua hal, insya-allah
tapi always mintak kebenaran

disebabkan ketidakberkiraan itu, kitorang kurang la saving
tengok betul-betul....bukan tak de tapi kurang yek

jadi.,......how u orang save RM?

mokcik ada gud attitude rasanya
credit card, apa yang diguna yang tu le dibayar
jarang sangat la ada outstanding untuk credit card
guna card pun utk dapat point
jadi RM mokcik tak membazir untuk interest dan late charges

kerna ketidakberkiraan en. laki, dia adalah tidak dibenarkan ada credit card
nangis, nguling macamana pun tetap tak bole
rayuan dan godaan akan ditolak mentah-mentah

mokcik pun ada buat standing instruction untuk public mutual
walaupun tak banyak, tergezut jugak tgk amount tu lepas 4 tahun
tapi......fund tu olways rugi

one more thing, main kutu
pun tak banyak tapi bole la masuk asb bila sampai turn mokcik
......suka.....

duit anak-anak pun mokcik berkira sesangat
duit raya @ any collection cepat-cepat mokcik masuk bank
kalau terdampar macam tu je,..adalah sungguh bahaya
anytime boleh lesap
duit-duit diorang pun mokcik benam kat dlm public mutual
sikit amount ada kat dlm si rimau maybank

lepas dapat gaji, sikit amount mokcik kidnap cepat2 masuk dlm akaun lain
akaun ni amatlah penting, tak bole dicampur untk kegunaan harian
kalau emergency pun, jangan pikir pasal akaun ni yek
buat-buat macam memang kedana sesungguh

paling penting....RM hasil mengekek & mencoklat pun mokcik tak campur
RM tu untuk rolling modal
baru le nampak hasilnya, kan?
dan tahun lepas RM tu mokcik berbangga kerna dapat buat samting
i am so proud of myself
happy sesangat....hanya Allah yang tahu 


jadi
cemana korang menyimpan utk masa depan?

sekarang mungkin kita tak nampak impactnye
tunggu la bila ada emergency....
masa tu baru la kita tau pentingnya ada sikit simpanan

what do you think?









kalau kita simpan duit kat sini?











selamat tak?

















tapi berapa banyak je yang bole muat?













tak menjejaskan kesihatan?








jeng jeng jeng








daaaaaa



Sunday 20 May 2012

Sungguh la.....




Weekend cik angah dah start batuk tapi dalam kadar manja
Lepas balik kerja hari isnin, saja la buat lawatan ke klinik

wallaweeeiiii....
doktor kata paru2 ada munyik
(baru tau itu rupenye motip diorang check dada)


Aksi kat dalam bilik rawatan..
Dengan anak kecik lagi, dengan debaran lagi

Tu anak kawan yek, bukan anak hasil buatan sendiri
Kawan mintak tolong jagakan sementara dia ada seminar kat melaka
Kakak dia tengah main kat luar



Close up faris & diri sendiri
Ponteng ngaji,,,punya la lama kat klinik
Dekat pukul 8 baru sampai rumah

Buat muka manja tepi tingkap, tak nak masak la ertinya tu
En laki pun beli makanan kat kedai, tapau je
Susah nanti budak berdua ni berlari2 anak kat kedai
Kitorang pulak terpaksa berlari2 bapak kejar diorang



Minah ni suka pulak diah
Omak misali ni risau tapi tak de tunjuk sangat
Cool + tabah

Doktor kat klinik ni rekemen utk futher check-up kat sepital
Punya la mokcik tanjat

Lepas mak bebudak ni datang pick-up dekat pukul 10, kitorang mengelupur ke klinik lain
Alhamdulillah,,,,bunyi tu dah tak de
Lagi 2 hari kiorang buat lawatan lagi ke klinik

Risau jugak, kan?

Anak adalah harta, harta ni harus dijaga
Kerna mereka adalah amanah Allah

Friday 18 May 2012

Pink Purple Doll Cake



Niat di hati nak letak water mark....tapi punya la malas
Niat tak kesampaian dek kerna kemalasan itu

Nasib la....sapa nak amik gambar ni & buatan sendiri, mokcik tak kesah
Anggap la anda sedang menipu diri sendiri

Cakap pasal ni, pernah nampak biskut mokcik kat satu FB page
Tu pun kengkawan yang bgtaau, ingat mokcik ada page lain
Bila mokcik anto message kat dia, dia kata dia ingat kakak dia yg buat
Hadooiiii...tak kan le, nampok sangat tak betoinya



Order dari classmate masa sekolah rendah & menengah
Kami punya persamaa yang amat ketara
Membesar dengan sihat & dalam keadaan tidak terkawal



Sukaaaaaaa.
Anak dara dia lagi suka,,,,senyum sampai ke telinga



Bersiaran dari atas bumbung hotel lima bintang



happy birthday to allysa qistina



Haiwan & daunan di tepi skirt



Selalu lah rasa suka bila buat doll cake

Sila la pada sapa-sapa yang nak merasai keseronokan
Seronok makan kek & seronok tengok patung pakai skirt kembang

dapat la verangan jadi puteri raja....
puteri raja berlari-larian di taman larangan
tersepak batu, berdarah lubang idong

korang mencik tak tengok gambar yang sama?
jangan la mencik.....senyum la sikit
kan comei tu bila korang senyum