Friday 30 May 2014

Alhamdulillah



Usaha keras berbayar

penat lelah dihargai



berkat doa mak dan abah



Thursday 29 May 2014

Red Velvet Cupcakes


kalau timmy time cupcakes diorder oleh boss kat HR department, red velvet cupcakes ni pulak diorder oleh anak buah dia




dua tiga orang budak department lain OCS aku (ocs ni macam chatting dalam office, semua branch pun ada jugak tapi bukan semua orang ada access) "cakap sedap la red velvet kak ida". garu-garu pala kejap. bila masa pulak diorang makan ni

ooooooo... 
dia bagi kat budak-budak opis tapi aku tak dibaginya rasa pulak 

ni kita panggil diskriminasi terpimpin




eh eh .... bekas rempah pun kelihatan kat belakang

tumpang glemer red velvet le tuuuuu





Wednesday 28 May 2014

Salmon with Lemon Sauce



selain dari kambing, stok ikan salmon jugak selalu ada dalam peti ais

maksud kak ton, hirisan daging kambing ye bukannya sekor kambing kak ton simpan dalam peti ais

semua pun kak ton perap siap-siap, simpan dalam bekas. bila keinginan timbul cuma perlu defrost aje




kalau malas nak buat sos putih tu, kak ton perah je dengan lemon. sonang cerita, janji perut kenyang



pelakon utama semestinya ikan salmon. perap dengan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, mixed herbs dan daun rosemary

perap dalam 5 minit je cukup, tak payah sampai 1 hari ataupun 2 hari tapi of course kalau perap lama rasa tu meresap sampai ke sendi ikan, jadi lagi sedap le hasilnya

panaskan sikit olive oil dlm non stick pan
goreng sambil dibalik-balikkan
jangan pulak balik-balikkan dengan rakus, kang jadi serbuk pulak ikan tu


jom buat sos pulak

1/2 biji bawang holland, potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
sebiji lemon, basuh dan hiris menjadi 4
200ml susu
garam secukup rasa
serbuk mixed herbs
panaskan butter, masukkan bawang holland
kacau hingga layu
terus masukkan tepung gandum, kacau sebati
tuang susu dan kacau
kalau nak senang, kacau dengan whisk
masukkan pulak lemon, serbuk mixed herbs, garam
jangan masin sangat, nanti juling bijik mata tu
kalau tak suka, boleh adjust kuantiti susu





dah siap .... 
jom kita tengok running man dengan tenang. sekarang rancangan favourite seisi keluarga adalah running man

malam minggu selalunya tido depan tivi je sebab running man habis pukul 2.30 pagi, tak kuasa nak merangkak naik atas. kejap terlena, kejap terjaga sebab dek running man




kadang-kadang kak ton rasa masak makanan omputeh lagi cepat dari masakan melayu



Friday 23 May 2014

Timmy Time Cupcakes



tak tau plak kewujudan katun ni?...

katun baru agaknya. kalau setakat spongebob, doreamon tu kak ton tau le tapi untuk menonton, idok le kan



HR officer kat opis kak ton order untuk anak dia, peminat timmy time katanya. tak de sebab apa-apa, saja je menggembirakan anaknya

untuk pengetahuan anda semua, anak dia adalah bayi lagi. rasanya tak sampai setahun lagi

caya kan... 
kecik2 dapat kek macam ni
kak ton dulu??? mau berjaya dapat pelempang je




anak kak ton cakap, katun ni pasal anak murid dan cikgu. tengok pada gaya penampilan, burung hantu tu yang berwatak cikgu

ada jugak anjing tapi tak manis le kalau kak ton buat anjing

kang korang semua menghanjingkan perangai kak ton yang tak senonoh tu



yang hitam putih tu korang agak-agak binatang apa??

kalau korang kata lembu, kak ton lempang korang cepat-cepat




disebabkan hati kak ton adalah mulia, kak ton dah pre-warn itu orang. kalau kambing biri-biri berwajah badak, kak ton tak jamin.....

dia rasa dapat terima ketentuan tersebut dengan wajah yang kelat












Thursday 22 May 2014

Towards Manufacturing Excellence



boss kak ton nak launch 5S campaign

disebabkan hanya kak ton sorang bunga yang kembang mekar kat department kak ton yakni manufacturing department, maka secara terang-terangan tanpa perlu bersuluh, tugas tu jatuh pada kak ton

dengan bangganya kak ton uruskan segalanya. bab souvenir, makanan, peralatan semua kak ton buat sorang. 99% kak ton buat sendiri

semua pun lelaki, operation staff pulak tu




memula nak bagi badge 5S tapi nampak simple sangat. jadi kak ton propose kat boss buat benda ni

beli mineral water comel, lekat sticker kempen. sticker pun kak ton buat. suruh bebudak potong pun senget-benget, terpaksa potong semula

sorry .... 
kak ton tak suka potongan yang macam gunting guna jari kaki ataupun guna jari tangan tapi kuku ada cagu




rambu ramba biru putih kak ton minta budak maintenance tolong gantungkan

semua lapik meja, bekas letak makanan kak ton angkut dari rumah. jimat sikit bajet, tak payah beli

kak ton suka berkonsepkan jimat. lebih-lebih lagi tu duit orang. jangan ingat duit orang lain kita boleh guna sewenang-wenangnya. tu langsung bukan palsapah kak ton. insha-allah kak ton takkan musnahkan kepercayaan yang boss bagi




chocolate fountain pun kak ton angkut. biar budak-budak operater bergumbira




minta diorang cairkan chocolate dalam microwave pun tak lepas. sebab tu kak ton suka buat sendiri, tak de le mulut ni terpaksa membebel




department lain hanya mampu bergambar tanpa menolong kak ton yang macam bibik



fruit cocktail yang kak ton siapkan dari rumah



badge dan air mineral

biar nampak menarik sikit walaupun langsung tak bernilai. mesti diorang semua berkobar nak bukak, last-last mineral water je

hahahahahah.... korang terpedaya




boss kak ton dengan slides yang kak ton prepare




jemput makan semua

makanan kosong dalam tray pun tak de sapa sudi top-upkan. dasar sungguh korang ni kan. sambil top-up, mulut kak ton tak berenti bebel. dah transform diri jadi makcik sebab dek diorang ni



Wednesday 21 May 2014

Transformer



macam ni rupanya muka transformer

baru le kak ton. sebelum ni tak de sapa pun nak bagitau tau




maknya nak beli kek kecik biasa je kat bakery sebab jemputan tak ramai tapi birthboy nak jugak kek dua tingkat macam adik dia. maka, ber'order' le maknya dengan kak ton








sekali dengan transformer, tuan tanah mintak jugak apam polkadot warna biru merah

 te


terima kasih pada Heliza

dulu kerja sama-sama, sekarang hubungan masih erat




Tuesday 20 May 2014

Black Forest & Lemon Bomb CupCakes



seriously kak ton jatuh cinta pada lemon bomb tu

napa orang letak nama lemon bomb tak le kak ton tau. mungkin rasa lemon,,,, dari cupcake sampai le ke frosting tu meletup-meletup dalam mulut. kalau tertinggal di tepi mulut, ia meletup-letup la di tepi bibir tu

asik kek versi manis, sekali-sekala meh tukar selera pada yang sikit masam. lagipun kan kita semua dah berwajah dan berhati manis. maka mari la membalancekan kemanisan yang ada



total 4 kotak




black forest

kak ton hias dengan ceri dan parutan coklat. hiasan standard untuk black forest





lokasi penggambaran, seperti biasa adalah dari dapur 





Monday 19 May 2014

Hari Jadi Anak Buah



bukan sebarang anak buah, anak buah kak ton versi dah masak ranum, nak menanti gugur je




baru teringat hari jadi dia lepas ramai yang wish kat fb. ni salah satu kebaikan fb, jadi reminder pada yang dah kurang ingatan




budak maintenance sorang ni, gemo beno nyakitkan hati kak ton

ada je yang dia nak sakat kak ton. nak kata dia nak ngorat kak ton, tak mungkin sebab dia tau kak ton adalah bidadari beranak tiga



tengok aksi dia pun dah pening kepala. habis aksi manja kak ton tertutup dek wajah ngeri dia

kak ton upload kat fb, berderet yang mintak phone number dia. malas kak ton nak bagi, nanti tergendala pulak mesin kat kilang sebab dia asyik bergayut. sekarang pun asyik merokok je kat bawah pokok



ni ha anak buahnya

berkilat sungguh dia



memandangkan masa nak balik rumah baru teringat, ni je yang kak ton mampu persembahkan

nasib la kan abang ajoi, tu pun dia dah terharu

abang ajoi assistant kak ton

tapi dalam banyak hal, kak ton yang bertukar jadi assistant dia. mulut kak ton prot pret prot pret tapi tak berjaya membuatkan anak buah ni gentar dan goyah





Wednesday 14 May 2014

Mother's Day



Siaran tertunda dek kerja yang menimbun. menimbun yang melampau-lampau tuh, azab betoi

minum air kosong pun terpaksa kak ton limitkan. opis kak ton kat bangunan sebelah main office, tingkat satu, tak de toilet. nak kena melangkah ke main office untuk ke toilet. kalau tak betul timing dan jangkaan, boleh menyebabkan kecelakaan dan malu seumur hidup

orang glemer macam kak ton, paparazzi di mana-mana sahaja. tau-tau aib kak ton dibuka dalam youtube. paling cikai pun keluar dalam beautifulnara, rating sebaris dengan cerita che ta mengandung

jadi kejadian mother's day ahad lepas baru sempat dipaparkan hari ni

misi surprise tahun ni dijayakan oleh bff kak ton iaitu ciki. tiba-tiba declare bff bila ciki sanggup jadi despatch 

barang dah beli awal-awal tapi baru sempat courier khamis @ jumaat. nyawa di hujung tanduk betul. buatnya van curier tak sempat sampai ke kampung, kak ton stand-by je nak ngamuk. terpaksa ngamuk untuk cover salah sendiri, buat keje last minute

ciki kena beli secebis kek kat secret recipe, kasi upah dia secebis kak jugak. ya ampun...... duit tak bagi lagi sampai sekarang. hapak punya bff

maka berkampung le dia kat secret recipe di awal pagi. terus terbang ke rumah mak kak ton yang tak jauh dari situ



mak

kak ton tau mak baru lepas nangis tuh. tunjuk kat anak-anak pun diorang cakap kenapa pah nangis??




spot the airmata???

ciki tak sempat capai kamera sebab dia tak jangka pun mak kak ton akan nangis

see ..... 
hati sorang ibu. benda kecik je yang kita buat tapi tu pun dah meruntun hati dia




maka mak pun bermakan le kek itu

mak baru makan sesudu, abah cakap kat ciki
"jangan tngkap gambar waktu makan, nanti nampak tak de gigi

di hujung tu mesti bekas nasi goreng dan ujung senduk. heheheh, abah memang makan nasi goreng je pepagi. sementara mak masak, dia menunggu je kat meja makan

sweet kan



kak ton tau mak mesti happy....

hari ahad kak ton berendam airmata, rindu kat mak abah


ciki bakal jadi pengantara rasmi untuk father's day bulan depan. barang dah kak ton beli tapi malas nak courier sekali. buatnya ciki lupa, terhantar sekali. dah hilang satu surprise



nota penting, sila rekod
kak ton adalah berwajah singa tapi hati kak ton tak sapa tau. ramai yang tau tu tapi dibuang jauh dek rasa ego, cuba menegakkan benang yang basah







Tuesday 13 May 2014

Saya Bekerja di Hari Wesak




itu je kak ton nak cakap

buat kerja sambil berendam airmata




eh eh eh eh ... air hidung pun join



Friday 9 May 2014

Gadis di atas Kek



nak kak ton gigit, dia adalah kawan sendiri

bukan sekali dua dia buat onar macam ni tapi onar kali ni buat kak ton kelam kabut dah berduka lara. kek tak sempurna dibuatnya

dah le last minute baru bagitau, tengah bake boleh pulak dia tukar design

memula dia nak kek bentuk 17. dah kak ton congak-congak design yang sesuai, mula la kak ton bakar kek empat segi, nanti potong dan cantum le yang berkenaan

dah pukul 11 malam, kak ton on wassap. tengok bertalu-talu message. geram betul, nak je terbang ke puncak alam pas tu gigit-gigit tengkok dia

dah tau nak tukar design, tak nak pulak call. main message gitu je, ingat kak ton letak je phone kat tepi telinga

jaga ko atiem




nak kek dua tingat bentuk bulat, nak budak pompuan atas kek, nak bentuk topeng macam tu

haih....sawan le kak ton dibuatnya

kak ton kata dah siap 4 segi. demi tak menghampakan, kak ton gunakan teknik inspektor gadget untuk potong dan tepekkan atas kek supaya nampak tertingkek




budak pompuan yang sedeh. duduk le atas kotak tu dendiam sebab kak ton adalah mangsa keadaan




kek nak cantik tapi tak de bagi kak ton masa untuk jadi engineer bertauliah

redho je le
jangan nak komplen ye kang kak ton cabut kuku kaki tuh




kek ni atiem bawak ke sekolah anak dia kat klang nun, surprise untuk anak dia aku rasa




sapa itu atiem?....

kawan kak ton masa kat uitm dulu. umur kitorang sebaya tapi anak sulung dia dah 17 tahun

konon dia hot sebab tu kawin masa study lagi

dia tak eran ko marah dia, berkerang busuk je dia