Wednesday 14 December 2016

Dinner di Waterfront, KK



lepas dari war memorial, planned nak ke fish spa di ranau. betul-betul dah nak sampai ke situ, ada masalah dalaman pulak

betul-betul dah ke jalan masuk tau. rasa angin satu badan dibuatnya. kesian la si iwan yang memang pencinta hewan tu. dia tengok gambar pun dah tersengih jadi adalah kecewa tak dapat pergi

dari situ, patah balik ke KK. sampai KK time orang balik keje jadi jam jugak. nasib le ada waze dan kakak senior di sekolah dulu yang guide

check-in hotel dulu sebelum turun dinner

dah survey tempat nak dinner yakni waterfront

tapi kena betul-betul ye. rupanya waterfront tu panjang. tanya orang, area ikan todak bukannya yang ada tulis waterfront berdepan dengan parkson tu. situ seafood nampak dah benyek, orang pun 2-3 kerat je



ni antara penyebab tak jadi pergi fish spa tu. en suami nak mengejorkan lobster. takut sampai lambat, lobster habis padahal kak ton tengok lobster bertan-tan ada



amik sekor lobster dan 2 ekor udang galah. both pun 1kg



appertiser??? gamoknye la

hentam aje la labu. orang kedai tu rekemen jadi kitorang hadap je. yang hijau tu bila makan meletop pop pop dalam mulut. jadi boleh makan dengan riangnya



1 meja makanan untuk 5 orang ye

encik suami kalau mengorde memang boleh pengsan dibuatnya. selalu over which kak ton tk berapa gumbira

ni pun rasanya ada lagi yang belum sampai

total semuanya RM350. mahal tak??.. 
entah la, rasa macam ok kot. kalau makan dekat port klang, 5 menu je biasanya dekat 300



park kereta dan jalan kaki je sebab tak jauh dari ikan todak tu dah jumpa filipina market. tempat yang mesti pergi kalau ke KK. tapi dah google, mutiara semua kat pasar ni mahal jadi beli kat pasar malam berdepan dengan pasar filipina ni

1st round beli kerepek untuk buah tangan, dapat yang lemau bila makan kat hotel. pastikan beli pada yang ada tester ye






brooch di merata-rata

disebabkan kak ton bukan kaki shopping, rasa tak de excited sangat



walaupun perut dah tak mampu terima makanan, en suami tetap berenti makan buah-buahan. makan situ, bawa balik hotel lagi

pening den



1st time jump buah ni, buah terap

rupa macam cempedak tapi buahnya membulat
anak-anak terus jatuh cinta



Sunday 11 December 2016

Kundasang War Memorial



alamak, cerita Sabah tak habis lagi ni
sambung kejap sementara ada waktu terluang ni ni

turun dari desa dairy farm, memang akan nampak warmemorial ni. tengok betul-betul sebelum jumpa pekan kundasang, sebelah kiri

ada tugu, ada itu ada ini tapi yang paling best, pemandangan bila dah sampai atas, dengan angin sejuknya. jangan nak mengada-ngada pakai bikini memandangkan cuaca macam ni

tiket untuk mykad holder adalah rm2 je


silalah menapak membuang lemak2 yang tersimpan

penat weh. kontrol ayu je bila orang lain pandang




pemandangan dari atas yang sangat cantik






sila cari spesis terancam di antara tiang




cakkk.... 

posing ala-ala bekas model 1967

walaupun pakai baju hitam untuk mempedaya mata orang, cubaan tak berhasil jugak. lemak tetap membonjol-bonjol




Thursday 1 December 2016

Tips Cantikkan Rumah



Tips & Cara-Cara Untuk Cantikkan Rumah Korang Yang Tak 
Ramai Tahu

http://eidashazana.sharethisstory.net/my-695150-10052?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=


Wednesday 30 November 2016

Pembuat Belacan



balik Melaka, rumah mertua biasanya tak banyak aktiviti kecuali layan tivi dan mata. bangun tidur bangun tidur sampai berpusing-pusing kepala pening

round-round kat dapur nampak le setampi udang geragau. 
budak-budak tau ke tampi tu apa??. kalau tak tau google image tampi padi ye

nampak macam jemur tapi duk tersadai tepi tingkap je sebab musin ujan




maka, untuk isi masa lapang kak ton pun berbelacan le sementara mertua dengan suami beli ikan kat pasar



lesung batu saiz peti ais 

apa nak buat?... tumbuk je sampai lumat

dah lumat kak ton bulat-bulatkan sebab orang Melaka selalu buat macam tu

ingat nak bentukan empat segi macam biasa beli tu tapi takut dipandang sinis pulak



belacan besar penumbuk

kena jemur lagi ye sampai kering. lepas tu boleh le kalau nak bakar



Wednesday 23 November 2016

Kek 100 tahun


3kg red velvet cake with cream cheese frosting

untuk family day. kenang-kenangan walaupun yang empunya badan dah mengadap Illahi








Tuesday 15 November 2016

Adam's Birthday


4kg choc cake with choc ganache

actually tuan tanah yang merupakan tokei carrot cake tersohor order 2kg tapi disebabkan "sebab" kak ton tersendiri jadi kak ton hantar 4kg lebih gituuuuu



debar tau nak buat

dia hebat jadi takut tak dapat nak memenuhi kriteria dia

deliver kek sambil jadi tetamu jugak






tq alin



Tuesday 8 November 2016

Makan-Makan untuk Deme


deme tu cakap orang perak mereka. mereka tu merujuk pada along dan angah. patutnya birthday untuk angah bulan 10 tu kena buat in november sebab nak exam kan. along kata nak jemput kawan-kawan dia, jadi silakan la

tilik punya tilik jadi pilih la 5/11

tema yang tak berapa nak tema adalah hitam putih

umur dan 14 & 16 ni jadi tema macam terhad je. takkan pilih frozen & batman pulak kan 



goody bag kat belakang tu ada 3 jenis

untuk gegirl ada diy manik rantai dan gelang plus jajan, untuk boy ada lego plus jajan. satu lagi jajan je untuk yang tak sesuai dengan rantai dan lego





makanan berat adalah mee/bihun sup daging, roti jala & kari ayam, pulut kuning & sambal ikan bilis, mushroom soup & garlic bread

lain-lain ada brownies, puding, cheese tart, cream puff, 2 jenis cookies, chocolate, keropok ikan terengganu

alhamdulillah,,, semuanya pun masak sendiri

kawan-kawan kata, makanan asyik ada je. memang kak ton masak banyak, bukan 1 adunan. rasa tak seronok pulak kalau makanan tak cukup





kek yang simple je. malas nak pikir-pikir sangat, jadi satu hitam putih dan satu lagi putih. cucuk nama, dah siap



hai la anak. dah besar-besar pun tak berenti gaduh. ada je yang tak kena

abang suka menyakat, adik kuat merajuk

poning pala makcik senah








haip... buat apa tu



kawan-kawan baik masa di itm dulu
seronok sangat dapat sembang








ada benda ni jugak kat luat rumah untuk budak2

kalau nak sewa, boleh search fb ain emran


Friday 21 October 2016

Desa Dairy Farm


lepas breakfast di pekan, terus ke ladang tenusu ni

jalan ok cuma kereta kena mendaki sampai ke atas bukit ni. agak mencabar kalau kereta cc kecik. kak ton tengok kereta kancil belakang kitorang macam nak terbalik berpusing-pusing je. haih, seram. nasib le myvi selamat sampai

bila nak dekat sampai atas baru ada sign board. jadi tak payah gusar, memang kita semua di landasan yang betul, jangan nak patah balik takut kita dah salah jalan ye



yippppiiie... kami dah tiba di mini new zealand

harga tiket, RM5 untuk dewasa dan RM untuk kanak-kanak. sefamily adalah RM24




pemandangan yang cantik dan bunga-bunga yang segar sebab cuaca sejuk






susah sangat nak dapat gambar family yang cantik. ada aje yang buat muka penyek, mata senget sebelah. bukan buat perangai ke hapa tapi gitu le keadaannya

candid kot



awal-awal pun parking dah nak penuh. suka beno korang ye datang sini



kaunter jual produk sini

ada susu, yogurt, gelato & macam-macam. tapi susu tu kena habiskan cepat-cepat kalau tak de peti ais. macam kitorang hari tu, sekotak besar tu masam sebab malamnya baru teringat



lepak-lepak minum



lembu pun lepak-lepak