Thursday 26 May 2016

Tat Nenas yang DapDap



Ramai yang berpusu-pusu dengan sample dan gambar biskut raya

Kak Ton buat ala kadar je, tak tau kenapa. Regular customer yang bagi galakan dan sokongan padu sambil pakai pom pom warna-warni. Kak Ton pun sambut le pom-pom tersebut sambil gelek-gelek manja




tat bulat besar penumbuk dan tinggi gunung everest ni antara yang paling banyak sambutan

walaupun harga agak menawn kalbu yakni RM36 untuk 50 biji tapi trust me, berbaloi sangat



packaging cantik macam ni jadi lepas biskut habis boleh letak gula. beli 5 bekas terus boleh letak macam-macam jenis tepung

hahaha, promosi sangat kan




marilah bergembira di hari raya sambil menikmati tat ni ye. dengan ini kak ton menyeru semua untuk mengorder





Wednesday 25 May 2016

Hilang



banyak jugak gambar dalam kamera yang belum diwar-warkan kat blog, kat fb, kat insta

menunggu masa yang sesuai untuk dipaparkan. last saturday, semangat berkobar-kobar nak show off to everybody

uwaa..... memory card dalam kamera dah tak de. korek kat laptop pun tak de. mencikkkkk tau. banyak gambar kenangan terindah dalam tu. gambar si kecik yang bertapa kat kampung pun menimbun di situ

ni mesti diri sendiri yang terkeluarkan darp kamera, lepas tu letak dalam wallet, lepas tu masa nak ambik duit syiling terlupa tutup zip, lepas tu memory card pun bertebaran

nampaknya tak de le peluang korang nak tengok gambar kak ton mendaki gunung kinabalu, cari siput kat pulau langkawi, pergi bersihkan kawasan untuk buat home stay dan macam-macam lagi. pelik kan kenapa kak ton mampu berjalan2?...saja bikin gempak, kak ton ni pemalas nak pergi tempat-tempat macam tu. balik kampung je ler

tapi tu la, terkilan jugak benda tu hilang


Tuesday 17 May 2016

Gitu pun Boleh???.. no dengki-dengki ye



Banyak je dugaan dan cabaran dalam meniaga ni. Tak kira la apa barang pun

ramai yang gembira dengan kita tapi tak kurang jugak yang mendengki, sakit hati. suka agaknya bila diorang tengok kita ni jatuh terjelepuk

kalau kak ton nak suruh orang share, mesti akan ada macam-macam cerita. kot orang dengki cara kasar, cara halus pun ada orang buat. janji hati puas


kak ton pun nak menyebok nak kongsi sikit cerita. budak ni selalu je membeli dengan kak ton. kek tiramisu, tiramisu dalam bekas kecil, biskut la, kuih muih la, tart la. macam supportive sangat kak ton rasa

tapi kak ton rasa macam pelik sikit. lepas beli, mesti mintak resepi. mintak yang jenis bertalu-talu, tak kenal putus asa. kalau semangat macam tu ada, mesti dia dapat panjang gunung kinabalu secepat mungkin. memula tu memang la kak ton bagi walaupun hati jahat ni berkata-kata

ada jugak minta pendapat kawan-kawan. wajar ke kak ton bagi. bukan kedekut ilmu tapi cara dia tanya tu macam ada tersorok something. kita kan bukan ustajjjah, setan asyik le menghasut, goyang-goyang kat lubang telinga

ye la sangat kan. dalam diam kebanyakan yang kak ton buat tu dia jual jugak. bila dia tau ada orang beli dengan kak ton, sedaya upaya dia nak tanya harga, nak kira kuantiti, nak tengok packing dan sticker. tengok atas bawh depan belakang. what is going on baby????....
wajah you yang suci tu tak match langsung dengan kelakuan u tu

bukan nak menidakkan rezeki orang lain tapi cara dia tu tak tepat. lepas dah dapat harga kak ton, promote benda yang sama & pinjam gambar dari google

mari le kita berganding bahu bersama-sama. jangan dengki dengan kak ton ye. kak ton pun ada dengki dengan orang lain tapi dengki sebab tangan diorang lembut dapat hasilkan kek yang cantik dan molek

haih.....
tak baik tau gitu



jom kita pergi taman main roller blade pakai bikini renda-renda



Wednesday 11 May 2016

Woman's Bags



sapa-sapa kat sana yang berstatus perempuan tapi tak de hand bag????.... 

pelik sangat kan kalau ada yang angkat tangan. semua perempuan pun mesti ada handbag kan. mahal murah pun tak kira yang penting beli dengan duit. jadi, kena la jaga dan simpan baik-baik sebab berapa ramai la yang boleh beli handbag tiap-tiap minggu, tiap-tiap bulan

kak ton ada beberapa handbag yang kak ton sayang. bila dah sayang, kena pastikan dijaga rapi. takkan kita nak sepahkan barang kesayangan. mesti kita nak jaga sebaik mungkin

Untuk pastikan kesayangan kita berada dalam keadaan yang paling selesa dan selamat, boleh le ikut tip-tips kat bawah ye


Tips to Store Women’s Bags





Bagi kebanyakkan wanita, beg tangan merupakan keperluan yang amat penting lebih-lebih lagi koleksi beg tangan yang dibeli dengan harga mencecah ribuan ringgit. Oleh yang demikian, koleksi hand bag yang mahal ini memerlukan penjagaan yang rapi dan salah satu cara penjagaan yang paling penting adalah penyimpanan beg yang teratur dan baik. Oleh itu, untuk anda yang ingin mengetahui apakah tips menyimpan beg tangan atau how to store your women’s bags, point-point di bawah mungkin berguna untuk anda;

Kenal pasti ruang
Penting untuk anda mengetahui ruangan manakah yang sesuai untuk menyimpan koleksi beg tangan anda. Adakah di dalam almari pakaian atau cabinet khas untuk menyimpan beg tangan tersebut. Pastikan ruangan tersebut mudah fleksibel dan memudahkan anda.

Perlindungan yang ideal
Kedua, pastikan ruangan tersebut dapat memberikan perlindungan yang ideal kepada koleksi beg tangan anda. Elakkan daripada menggantungkan beg tersebut kerana ia boleh merosakkan struktur asal beg tersebut. Pastikan juga ruangan tersebut tidak berhabuk dan bebas daripada serangga perosak.


 

Beg bersaiz kecil
Bagi beg bersaiz kecil pula, anda boleh mempunyai pilihan untuk menyimpannya di dalam bakul atau juga rak-rak seperti rak kasut.

Beg bersaiz besar
Sama ada anda menyimpannya di dalam almari pakaian atau cabinet khas, anda juga boleh menyimpan beg-beg yang bersaiz besar di dalam kotak.