Wednesday 11 May 2016

Woman's Bags



sapa-sapa kat sana yang berstatus perempuan tapi tak de hand bag????.... 

pelik sangat kan kalau ada yang angkat tangan. semua perempuan pun mesti ada handbag kan. mahal murah pun tak kira yang penting beli dengan duit. jadi, kena la jaga dan simpan baik-baik sebab berapa ramai la yang boleh beli handbag tiap-tiap minggu, tiap-tiap bulan

kak ton ada beberapa handbag yang kak ton sayang. bila dah sayang, kena pastikan dijaga rapi. takkan kita nak sepahkan barang kesayangan. mesti kita nak jaga sebaik mungkin

Untuk pastikan kesayangan kita berada dalam keadaan yang paling selesa dan selamat, boleh le ikut tip-tips kat bawah ye


Tips to Store Women’s Bags





Bagi kebanyakkan wanita, beg tangan merupakan keperluan yang amat penting lebih-lebih lagi koleksi beg tangan yang dibeli dengan harga mencecah ribuan ringgit. Oleh yang demikian, koleksi hand bag yang mahal ini memerlukan penjagaan yang rapi dan salah satu cara penjagaan yang paling penting adalah penyimpanan beg yang teratur dan baik. Oleh itu, untuk anda yang ingin mengetahui apakah tips menyimpan beg tangan atau how to store your women’s bags, point-point di bawah mungkin berguna untuk anda;

Kenal pasti ruang
Penting untuk anda mengetahui ruangan manakah yang sesuai untuk menyimpan koleksi beg tangan anda. Adakah di dalam almari pakaian atau cabinet khas untuk menyimpan beg tangan tersebut. Pastikan ruangan tersebut mudah fleksibel dan memudahkan anda.

Perlindungan yang ideal
Kedua, pastikan ruangan tersebut dapat memberikan perlindungan yang ideal kepada koleksi beg tangan anda. Elakkan daripada menggantungkan beg tersebut kerana ia boleh merosakkan struktur asal beg tersebut. Pastikan juga ruangan tersebut tidak berhabuk dan bebas daripada serangga perosak.


 

Beg bersaiz kecil
Bagi beg bersaiz kecil pula, anda boleh mempunyai pilihan untuk menyimpannya di dalam bakul atau juga rak-rak seperti rak kasut.

Beg bersaiz besar
Sama ada anda menyimpannya di dalam almari pakaian atau cabinet khas, anda juga boleh menyimpan beg-beg yang bersaiz besar di dalam kotak.





2 comments:

  1. anum simpan dalam almari

    ReplyDelete
  2. Nak buat rak compartment macam tu memang cantik
    Tapi kalau rumah kakak kurang sesuai sebab ruang terhad
    Cantik tengok kalau macam itu kan:)

    ReplyDelete