Thursday 31 March 2016

Majlis Makan-Makan



lagi sekali big big boss suruh buat makan-makan untuk staff. lagi sekali big big boss suruh bat makan-makan kat perkarangan opis. lagi sekali big big boss suruh buat majlis makan-makan bersama aktiviti safety

baik boss. saya yang menurut perintah

macam yang sebelum-sebelum ni, kak ton berdua dengan lynn je yang bekerja keras. haiyoooo nak nangis pun tiada sudah airmata. teruskan jugak walau hati terluka

minta tolong 2 intern ni buatkan board untuk mainan kanak-kanak. ni pun petang seari sebelum mejelis

huwaaaaa... ai adalah sungguh tensen




ni le mainannya
tak de le bebudak yang dua tiga kerat tu tensen 




glow in the dark stick. majlis dari pukul 5 sampai 8.30, konon untuk pencahayaan yang gilang gemilang



hari majelis nasib ada 3 orang pekerja kontrak yakni along, angah n iwan. tolong itu ini

potong aksesori untuk satay jugak sebab orang yang kami tempah tu tak tolong potong segala nasi impit, timun

fuh... lap minyak kat muka kejap




tat buah



tenaga kerja kononnya. sebelum majlis diorang bertiga tolong tapi lepas majlis semua pun melepek. maka bergerak la kak ton dan lynn ke hulu hilir 




kak ton yang berbadan peti ais ni menyiapkan dessert table

menu dessert sagu gula melaka, talam keladi berlauk ala chinese, tat buah, puding kastad, samosa dan cokletan



orang yang datang tak ramai pun. mungkin boring sebab asyik buat kat sini je



eh eh.. anak dara saya menang la
tersipu-sipu saya tauu 



penganjur merangkap juruacara yang selalu je menyampuk dj. dj pun pening kepala nak kerja dengan cekap


begitula ceritanya. dari tengahari membawak ke 11 malam baru sampai rumah

company kak ton sangat mementingkan safety jadi kena pastikan lepas majlis pun semua macam normal. kalau ada kayu tercacak mungkin kak ton kena sebat 




Tuesday 29 March 2016

Kurus A4



oooooho... 
zaman sekarang senang je nak ukur tahap kurus. habis le kilang jual tape pengukur boleh gulung tikar. penimbang berat badan pun boleh bye bye agaknya lepas ni

ukur dengan A4 paper je 

muat A4 kiranya kurus la tu


kak ton pun tak lepaskan peluang yang ada ni. senang sangat le kerja kalau guna A4. Kat rumah banyak A4, guna je buku latihan sekolah anak-anak. Kalau kat opis jangan cerita le, sehari nak ukur lapan ribu kali pun tak pe

lepas print dokumen terus ukur, lepas tu baru mengkedek-kedek suruh boss sign dokumen. 2 in 1 punya kerja 

alhamdulillah... 
kak ton masih dalam lingkungan A4


*
*
*
*
*
*

mai sini nak tunjuk

*
*
*
*
*
*
*


debar la tu anda semua

*
*
*
*


ni ha.... walaupun A4 versi melintang





Friday 25 March 2016

She is Priceless



alhamdulillah,,,,anak-anak membesar dengan sihat. Insha-allah tahun depan semua pun dah masuk sekolah menengah. kot ada rezeki, pergi mana-mana tempat lain untuk teruskan perjuangan hidup. mungkin jugak kak ton akan tinggal berdua balik macam masa baru kawin dulu

huh
mencabar dan boring jugak bila pikirkan masa tu nanti. suami tengok isteri, isteri tengok suami

mungkin si kecik ni bakal peneman kami
baru 2 tahun, ada perjalanan hidup yang lagi panjang




2 minggu tak de kat rumah sebab balik kampung, rumah jadi sunyi sangat




kesayangan ayah



kesayangan along




baju kelawar angah masa kecil yang ibu jahitkan 
sekarang adik mewarisi



kenyang angah 




 kusut rambut abang iwan, meh sini adik sikatkan

ada abang kakak yang dah besar, rambut adik angah ikatkan



Thursday 17 March 2016

Kek Kawin




nak tema purple je dan butter cake. yang lain-lain x de request

cadangnya nak menkoreakan kek ni tapi bila pikirkan nak kena belayar ke sabak bernam, takut korea tukar jadik pakistan. makanya fondant le yang paling seswai









happy kawin dah my niece. cucu sulung yang kawin, anak arwah Yang

kek ni potong waktu malam lepas nikah
esok ada kek lain

esoknya... majlis bersanding penuh dengan tragedi airmata. tiap kali sebut nama pengantin mesti sebuat nama arwah abang. tiap kali tu jugak le mak menangis. abah pulak sebak tahan airmata. kami adik beradik memang meremang bulu roma tapi try maintain

masa merenjis, tengok abah menangis maka kami adik beradik join le juga. dah tak boleh tahan


semoga Nurul Athirah binti Ali Azman & Mohd Rabul Hanis
kekal bahagia hingga akhir hayat

semoga roh Yang, Ijam dan umat Islam yang mendahului dilindungi Illahi

Al-Fatihah



Wednesday 9 March 2016

Puding Kastad Marble



banyak nak cerita tapi kak ton mampu pendam je dalam hati. hati membuak-buak, tu yang perut kak ton nampak buncit. cerita yang tersimpan dalam hati meresap dalam perut. kalau nak diikutkan, perut kak ton flat kempis je

nah kak ton persembahkan puding ni

si kecik makan tak mamdang kiri kanan
oh... cerita pasal si kecik pun tak pernah keluar lagi kan
si kecik pun tengah cuti kat kampung
:(



resepi yang dah berkurun simpan dalam buku masak
tak pasti sangat dari sapa, tq tuan punya resepi

1 paket agar-agar serbuk
2 cawan air
1 tin susu cair
2 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit coklat paste/emulco
1 sudu besar tepung kastad
3/4 cawan gula

Masukkan air, serbuk agar-gar dan gula dalam periuk. Masak hingga bahan-bahan hancur

Sementara tu bancuh susu cair, telur, esen vanilla dan tepung kastad. Kacau sebati. Tapis ke dalam periuk berisi agar-agar

Kacau adunan dengan hand whisk hingga nampak pekat

Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 warna asal, 1 lagi dicampur dengan coklat. Marblekan ikut suka sendiri. Sejukkan dalam peti sejuk



Sebelum lunch boleh start mempuding. Bila lepas lunch, boleh santai depan tivi sambil makan puding

Feeling-feeling kat hawaii 





Thursday 3 March 2016

Udang Masak Tiga Rasa yang Sedap



sedap betul dapat makan udang laut yang segar. manis lain macam tau

hari tu balik melaka, sempat beli udang segar ni. tak de besar sangat bentuk badan dia tapi sebabkan fresh, nyam nyam sangat

mak mertua masakkan masak lemak udang campur kobis masin. fuh... tadah peluh dengan baldi. habis ujung baju basah. bukan ayak idong tapi peluh, pedas membara. lepas makan macam duduk kat gurun sahara sambil pakai bikini bintang-bintang




Udang Masak Tiga Rasa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg udang kertas
2-3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai - ketuk
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato 
1 sudu besar kicap 
2 sudu besar sos tiram 
Garam dan gula secukupnya 
1 labu bawang besar - mayang 
1 biji cili merah - hiris

Bahan kisar:
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara:
Tumiskan bahan bahan kisar, cili kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.

Masukkan udang, bawang besar dan cili merah. Kacau rata-rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang atau daun sup. 


sedap sangat. cukup semua rasa

kalau ada salad, mesti lagi menyelerakan. tak sempat nak sopping, mengejar masa sangat sekarang ni