Tuesday 29 September 2015

Candy Buffet - Blue Horse



selesai sudah majlis hari jadi ni. debar sangat nak accept tau tapi bila anggap ni cabaran, kak ton terima jugak lepas adjust timing dan order yang lain-lain

majlis hari sabtu lepas raya haji. selasa dah balik kampung jadi kak ton arrange semua barang siap-siap. yang mana bole letak dalam kotak terus kak ton masukkan. riben pun dah siap ikat

tak boleh ada cacat, cacat sikit tak pe jangan cacat di merata-rata tempat. kalau banyak kecacatan kak ton plan nak lempang diri sendiri pas tu hentuk kepala kat dinding



belom helium tuan rumah sediakan. selamat di situ

ada banyak belon, semua sudut pun dia letak belon. mulut kak ton ringan je nak suruh tuan rumah leraikan belon bagi berterabur kat siling tapi takut kena tumbuk pulak



tema kuda warna biru

chinese.... banyak pantang larang. warna, kedudukan semua diorang ambil kira

memula table tu kak ton nak buat warna putih je sebab nak kontrakan dengan deco tapi dia kata chinese pantang warna putih
lega.... nasib ada bawa extra warna biru



2 jenis cookies yang berjaya menarik hati tuan rumah dan tetamu. katanya nak order lagi untuk wedding abang dia tak lama lagi

yang warna-warni tu bukan cookies tapi belon ye



jelly bean

choc bar

cheese tart




choc bar ni emak tuan rumah tanya brand apa sebab tak penah nampak warna biru, siap ada kuda lagi... 

hihihihi, tak perasan la tu kak ton dah buat wrapper lain



cupcake....

6 biji kuda tengah duduk, 10 biji lagi muka kuda setepek

tepuk-tepuk tangan seisi rumah bila kak ton keluarkan cupcake ni. teruja sangat diorang

tq tq tak berenti. lega sangat rasa, hilang semua debaran

sebab diorang teruja, maka malam party tu kak ton datang lagi sekali untuk join makan. diorang jemput sebagai tetamu, tanda terima kasih katanya

walaupun chinese, semua makanan pun dari orang Islam. caterer semua pun halal

diorang amik jugak dengan kak ton choc fountain celup dengan strawberry, green apple dan grapes tapi letak kat luar. tak nak me'messy'kan meja ni yang khas untuk tangkap-tangkap gambar










nak buat kuda jadi lembu dan keldai pulak

semua binatang ni kak ton buat sebelum balik kampung. lagi sejam nak bertolak ke party, kak ton buat lain. tak sedap hati pulak bagi binatang lagi

orang dah bayar rasa tak nyaman kalau bagi yang tak ikut spesifikasi. kita pun mungkin akan bengang kalau mintak ayam dapat ikan manis. tak gituuuu????



Monday 28 September 2015

Semperit 2 kaler



selamat hari raya aidiladha

kak ton anak beranak beraya kat kuala kangsar dari selasa sampai jumaat

antara biskut yang sempat kak ton buat untuk bawak balik kampung sempena hari raya aidiladha minggu lepas

kitorang memang sediakan juadah macam aidilfitri, memang beraya rumah sedara. yang bezanya cuma tak bagi duit raya kat orang

eh eh ... hari tu kak ton bagi jugak pada sedara yang dah lama tak jumpa

1st day tu macam biasa ada lemang, rendang daging, kuah kacang, nasi ayam, mee kari, sup tulang hasil korban. biskut dalam 6 jenis. dahhhhhh, cukup




buat semperit 2 kaler ni. resepi dari kawan fb, ruhaiza bunyamin. anak dara kak ton suka. orang bawa balik kampung dia tolong perabihkan

leceh sikit ler nak membuat sebab kena ngam-ngamkan doh untuk masuk dalam acuan. kalau buat sikit ok le, kalau amik tempahan mau nak hentok kepala kat dinding

* konsep panas baran tak mengira waktu*



resepinyerrr

250 gram butter
30 gram gula kastor
100ml susu pekt manis
1 sudu kecil esen vanilla
400 gram tepung jagung
50 gram tepung kastad
Sedikit perwarna 

Pukul butter dan gula hingga kembang

Masukkan susu dan esen vanilla, kacau sebati

Masukkan kedua-dua tepung yang diayak. gaulkan dengan tangan, dapatkan adunan yang lembut 

bahagikan kepada dua bahagian, satu warna asal dan satu lagi warna lain. kak ton bulatkan adunan berwarna di tengah dan keliling dengan warna asal

Bakar dengan suhu 160 darjah, 15-20 minit

*adunan hendaklah ditutup dengan kain lembap untuk kekalkan kelembutannya. kalau mengeras, uli semula dengan menambah sedikit susu segar  




warna yang lembut.... selembut hati kak ton

nak muntoh le tuuuu




Fesyen Skirt Labuh




Penggunaan teknologi moden kini semakin meluas dan ianya dapat dilihat sedang berlaku dan akan terus berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kalau dahulu jika hendak beli sesuatu kita perlu keluar, walaupun kadang-kala terpaksa, untuk dapatkan apa yang dimahukan. Namun kini keadaan sudah berubah sama sekali. Kita boleh beli hanya dari rumah sahaja dengan cukup selesa tanpa perlu keluar pun. Hebat bukan?

Industri fesyen tempatan berjaya menggunakan kelebihan ini dengan mewujudkan peluang untuk shopping fashion item secara online melalui butik fesyen online Malaysia. 

Peluang ini terus digunakan pula oleh para pencinta fesyen dengan mendapatkan produk fesyen kegemaran mereka secara atas talian. 



Perkembangan trend fesyen terkini Muslimah telah memperlihatkan kemunculan lebih banyak koleksi pakaian Muslimah dalam pasaran. Ini adalah satu perubahan yang cukup positif selepas dunia fesyen tempatan dimonopoli oleh koleksi pakaian wanita terkini yang lebih moden.





Seperti trend lain yang datang dan pergi begitu juga berlaku terhadap fesyen untuk Muslimah namun kitaran gayanya itu sentiasa berulang dalam konteks untuk golongan hijabista.

Terdapat pelbagai gaya fesyen Muslimah yang boleh didapati dalam pasaran dan antara yang paling popular buat masa ini ialah fesyen skirt labuh Muslimah online.




 Sama seperti pakaian lain, anda harus pilih skirt labuh Muslimah yang sesuai dengan gaya personaliti anda. Ini adalah penting untuk memperlihatkan betapa bagusnya cita rasa anda dalam menggayakan maxi skirt Muslimah pilihan anda. Keselesaan sepatutnya turut menjadi pilihan utama di mana anda wajib memilih rekaan, saiz dan warna yang betul. Tanpa ini semua anda pasti akan kelihatan kekok dan mencacatkan keseluruhan penampilan. Padankan juga dengan akesori seperti cincin dan rantai leher panjang bersama handbag untuk kelihatan lebih bergaya. 



cantik sangat kan korang...sesuai untuk pergi shopping, keluar dengan kawan-kawan kat tepi pantai. angin tiup lembut je berayun. bagi yang nak melawat bakal mak mertua pun ayu je nampak. sejuk mata boipren dan bakal mak mertuan, perut mak yang ngandung pun sejuk


Thursday 17 September 2015

Tart Jugak



kak ton dalam banyak keadaan memang cuba untuk simpan stok tart shell. kastemer selalu order terkejut-kejut, hari ni order esok nak ambil

bila ada waktu terluang maka mengeshell le kak ton






2 kotak fruit tart, 2 kotak blueberry tart

dengan kehadiran tart shell, tak de le kak ton terkocoh-kocoh menenyeh


Thursday 10 September 2015

Nostalgia Zaman Budak-Budak



dua tiga bulan ni kak ton terikat dengan jadual yang agak ketat. along nak PT3 awal bulan depan jadi tempiasnya melimpah-limpah kat kak ton. rasa macam batu kat tepi genting highlands tu terhempap kat atas kepala ni haaaa
:(

knowing him, silibus sekarang ni agak susah untuk dia catch-up tapi seriously pelajaran sekarang agak tinggi jugak standardnya. kertas jawapan yang ada tunjuk jalan kerja tu memang kak ton kena refer. kalau tak, maka sesat la kak ton sepanjang jalan

untuk matematik, kena tengok buku latihan belah tengah. kalau ada jalan kerja step by step, baru bole beli. kala tak de, bye bye le jawabnya

pelajaran susah, exam lagi sebulan jadi masa sangat le berharga. mentelah pulak... ewah, mentelah mentelah  kak ton ni jenis yang very menetapi dan menghargai masa

tiap2 hari, balik keje siap masak siap makan siap kemas dekat pukul 8. mandi bebel dan segala dah 8.30. sambung lagi bebel di sana sini dah dekat pukul 9, baru le dapat study dengan tenang

masa nak bertenang ni le pulak eraser segala pulak tak bawak naik atas, pensel pun tumpul. dahhhhhh.... sebelum ibu jadi ijau, mai ibu buat magic je dari biar along turun lepas tu dia melencong tengok tv, lepas tu 9.45 baru berjaya naik

bak sini pensel. ikat je ujung pensel dengan getah ikat barang tu. selamatttt idup




nostalgia kannnn..... 

zaman dedulu mana nak payah ada kemewahan sangat, boleh je idup dengan gembira. sekarang je yang melebeh-lebeh. pembaris pun ikot dan je. ada benda yang straight, bole je jadi pembaris. kalau jari ni bole tegak sikit, jaro pun bole



ingat tak patung kertas ni. masa ni le dapat berangan jadi princess walaupun muka macam langsuir di tepi perigi buta

berapa sen le sangat benda ni dulu. orang yang jual jajan naik motor berniaga kat tepi jalan pun banyak jual princess ni



pakai rantai batang ubi kayu ni pun boleh jadi princess. buat batang pancing pun bole jugak ni. serba boleh sangat kejadian ubi kayu ni



pemadam empat segi

ingat lagi waktu along tadika. dia pun menggila beli pemadam ni. kak ton pun naik menggila sebab pemadam bertambun-tambun




main datuk harimau



kita dulu tak de le permainan gah. main susun selipar le pengubat duka. happy je kita kan

balik rumah selipar ilang sebelah, mak mengamuk kejar keliling pondok


baling tuju tin pun sama konsep. lepas main, tin bersepah depan rumah. mak pulak baling kita dengan tin dan selipar yang tinggal sebelah



pen pilihan ramai

tapi entah kenapa, tulisan bulat-bulat je dengan pen ni





jajan glemer

kak ton panggil ni asam taik telinga cina. gigih je makan walaupun nama jijik. diri sendiri yang keji sebenarnya, letak nama makanan macam tu



beli belon, dapat daun terup

lepas tiup, tekap kat muka. terus tukar jadi resaksa. letup pulak kat dahi

sonokkkkkk



bedak glemer di zaman dulu



gam....

kadang-kadang buat je gam sendiri guna tepung ubi. sekali buat, bole buat stock untuk 3 tahun



keretapi yang nostalgia. cuba bayangkan orang kat india sekarang naik keretapi, macam tu le keadaan kita dulu tapi tak de le sepenuh macam dulu

tapi suasana meriah tu macam tu le. berdiri tepi pintu keretapi, bukan sebab tak de kerusi tapi sebab saja-saja suka. bapak kak ton memang duk situ je

kalau ekspress sinaran malam, agak pack. pernah hantar kakak balik kl, penuh koridor dalam keretapi tu dengan manusi tapi semua pun gembira, tak de tensen pun. banyak mat terap yakni askar. masa tu le kena kekalkan keayuan, bajet askar nak ngorat

dulu memang fefeeling dapat pakwe askar. profession askar tu kira jadi pujaan le, sapa dapat kawin dengan askar kira hot sangat. kalau trak askar lalu, mesti bye bye dari jalan. balik rumah, terpandang-pandang je muka askar yang balas byebyean kita tu... walaupun askar tu pun tak ubah macam ngongkong

ngongkong berbalas bye bye dengan antu raya





Thursday 3 September 2015

Nemo & Friends



cuak jugak jantung kak ton bila kawan opis kak ton nak cupcake nemo ni. nak study pun tak berapa ada masa sebab tak sampai seminggu je dia nak

tak pe .... 
cabaran ni kak ton terima dengan jantung terbuka. sedangkan orang suruh kak ton naik upih pinang pergi opis pun kak ton sanggup, ini kan pulak benatang-benatang dalam laut kecik macam ni

bajet over confident tapi membakar semangat



dan ni le hasilnya

25 biji cupcake penuh dengan hidupan laut



sapa yang konfius dengan semua benatang ni???

mari sini kak ton bukak kelas tadika
yang purple tu sotong, kuning tu ikan buntal
yang oren ketua kampung tu of course le nemo



yang mata terbeliak tu penyu
keh keh keh... tak de rupa penyu??....
layan je la kan

ekceli 3 ekor si buntal kuning tu dengan bangganya kak ton umumkan si iwan dan angah punya hasil kerja

bukan nak up anak sendiri,,,, tapi kalau tengok life ya amat comel. mungkin sebab warna dia pun cerah macam tu

tepuk tangan dengan meriahnya pada anak sendiri











tq to Sara

happy birthday to Rania yang ke dua tahun

cupcake belayar ke Kuala Kubu Bharu. My HR to duk kat Kuala Kubu BHaru dan tiap-tiap hari travel to Shah Alam dan...... dia tak pernah lambat ye

tepuk tangan pada dia pulak



Tuesday 1 September 2015

Si Kuning Minions



assalamualaikum....
selamat pagi
salam sejahtera semua

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-58 pada semuanya. syukur kita berada di bumi Malaysia yang indah permai ni

jangan nak bermalas-malasan ye walaupun memang cukup malas ni. hahahah, 3 hari cuti walaupun melayan order tapi lepas siap bole le baring-baring tenangkan fikiran




tak de kena mengena dengan bersih. orde memang kak ton dah terima rasanya dekat 2 bulan kot, dengan full payment. kebetulan sangat 

seronok jugak membuat makhluk kuning ni

kiut sangat

oooo.. baru kak ton tau. yang mata satu besar tu tak de rambut, yang mata 2 biji ada rambut yang boleh dibilang



gelpren boipen di zaman sekarang.... 
sunshine bagai kan



tq linda... 
kontraktor kat opis kak ton

walaupun dia kontraktor, semua urusan adalah dalam keadaan bersih, tiada yang boleh diragui