Friday, 28 March 2014

Gaya Terkini



penat-penat kak ton punya effort

pergi kedai langsir beli kain, beli tape tempat penyangkut rail

ukur tinggi sliding door

bentang kain tengah rumah

potong kain ikut tinggi sliding door, potong kain untuk buat pengikat

keluarkan mesin jahit yang antik

bersengkang mata menjahit di malam yang hening, ditemani bunyi cengkering dan unggas rimba. sesekali kedengaran bunyi nyauman rimau dan pekikan ungka
ko dah kenapa menipu tak agak-agak,,, menjahit dalam hutan simpan belum ke?


akhirnya...... gini yang laki ku buat

main jerut je langsir tu






terima kasih darling

kenapa tak jerut yang sebelah tu sekali??... 
kat bilik atas pun ada jugak langsir, sila pakejkan sekali ye. bio juling bijik mata isterimu ini

eric leongggggggggg.... tolong kak ton. nak menang pakej ubahsuai rumah. tak nak pakai langsir dah, nak blind je


Thursday, 27 March 2014

Line Internet



sekarang zaman dah maju
zaman sains & teknologi kata ko

semua benda pun nak kena pakai internet ... 
isi borang, check brim, minta kerja, tengok prestasi pelajaran anak, skodeng laki buat apa kat fb

kadang-kadang terpikir jugak, kalau yang tak de, macamana???.. orang-orang kat pendalaman, yang sumber kewangan cukup untuk makan sesuap nasi sehari. susah jugak kan?...

nak tak nak kita pun terpaksa mengikut peredaran masa, tak gitu?? tak de masa nak nunjuk2, nak megah2 sebab benda ni dah jadi macam keperluan

bila dah selalu ada depan mata, nak le jugak yang ok, tak menyakitkan hati. kalau tenet lembap semacam, rasa nak gigit-gigit je tiang lektrik

dulu masa ceburi bidang tenet ni, pakai la line tutttttttt. punya la sakit jiwa, macam harem. duit keluar untuk register, untuk ulang-alik ke pj sebab centre dia kat sana, penalty sebab terminate sebab aku guna kontrak. takkan aku nak kena duk atas pokok durian semata-mata nak dapat line

tak nak menoleh ke belakang lagi (ewahhhhh, sasterawan sungguh), aku pun tukar. ok jugak line yang baru ni tapi harga pulak tak berapa menawan

bila kita hidup berkonsepkan ... "nak yang murah tapi meletops", kena la pikir dan korek-korek jalan penyelesaian. lepas guna dekat 3 tahun, aku berjaya jumpa yang yabedabeduuuu

kena dengan gaya aku yang jimat kedekut

line internet pilihan aku adalah  ....



boleh le online sesuka hati. tak yah pikir pasal RM lagi



Tuesday, 25 March 2014

Di Situ Berakhirnya



semalam,,,sampai dari kampung dekat nak pukul 8 malam. disebabkan mak tersayang bekalkan rendang ayam kampung, gagahkan jugak masak nasi

buat itu ini, dah pukul 10 malam. terus beliakkan mata kat anak-anak dan bapak pada anak-anak untuk tidur

tak sempat nak lepak depan tivi

pagi tadi... 
otw ke ofis baru tau perkembangan terkini

innalillah, akhirnya terjawab segala persoalan




kepada seluruh keluarga, takziah diucapkan. kepada-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita kembali



Thursday, 20 March 2014

Suami vs Bini



bila dah berumahtangga dan beranak pinak tanpa henti bak kilang pemprosesan makanan, kerjasama suami isteri memang le sangat penting. nak-nak pulak kalau dua-dua pun kerja, bibik pulak tak de untuk membantu

kalau bujang dulu, duk dengan mak pak ataupun rumah bujang tak de pikir sangat masalah ni. ujung-ujung mak bising lepas tu dia kemaskan sambil mulut prot pret. prot pret la mak, janji kerja mak siap. paling senang pun kita letak bawah katil ataupun kuis-kuis dengan kaki kalau menghalang laluan. nyebok je kan, nak jalan pun susah padahal sendiri yang pemalas tu tak nak diubah

ada suami yang ringan tangan. ringan tangan menolong yek bukan ringan tangan menampor bini

sebenarnya kita ni masih lagi sang isteri yang bertimbang rasa. bukan nak suruh diorang tolong kita benda yang susah pun, basuh sudu pun jadik le. tu pun dah cukup membuatkan kita canang merata-rata. kt fb jangan cakap le, dan-dan tu jugak capai telefon, tangkap gambo untuk bukti penyiaran

sementara kita basuh simen luar dalam hujan lebat sebab nak jimat air, rasa bangga giler bila suami sudi tukarkan pampers anak yang dah labuh sampai ke lutut


maka.... 
adalah patut untuk sang isteri hangin kalau suami campak je baju kotor dia kat tepi mesin basuh padahal bekas baju kotor tu kat ujung ibu jari kaki dia je

nak-nak pulak bekas yang jenis macam ni. campak je kat muncung bekas tu sampai bekas tergolek-golek ataupun melurut kat bawah. sorry ye nak betulkan balik, bini kan ada. nanti dia nampak, dia mesti betulkan

image : google


surat khabar punya hal pun selalu jugak bikin hangin, kan?. lepas baca tu campak je merata-rata. janji maklumat kat dalam dah dibaca, tak de le rasa rugi beli tadi

kot kalau baca depan tivi, situ le dia letak. kot kalau atas sopa, maka sopa jugak le jadi mangsa

padahal bini dah diy tempat letak surat khabar, lepas tu letak kat tepi tivi sebab tau laki tu kaki tivi. laki dan tivi tak boleh dipisahkan. kalau boleh dalam jamban pun nak letak tivi. bio bini sakit dari tivi rosak

bekas abu rokok pun berjemaah sekali depan tivi. cucuh dengan puntung rokok tu baru tau

mangkuk sangat kan

--------

bini mithali ni tempah le langsir macam hotel sebab nak bagi rumah cantik. yang bajet tak cukup tu sanggup jahit jelujur je langsir. nak cantik kan, buat le apa saja pun. bukan ramai manusia yang kepoh sampai kerebet langsir orang lain

tali pengikat pun kena la ada, baru havoc

yang laki versi manja ni senang je keja. jerut je langsir tu, tak pun buat simpul, buat gulung. janji rumah terang, bukan nak pikir pasal langsir dah macam pembungkus hacks




malas kak ton nak senaraikan kat sini, bikin hati panas pulak

ingat ye para suami... cuma ringankan sikit tulang tu. anda pun nak duduk dalam rumah yang sama jugak




Tuesday, 18 March 2014

Princess "Mini Candy Buffet"



ni lagi satu projek sabtu hari tu

lepas selesai jadi cikgu tak bertauliah, lintang pukang ke sini pulak. set kan meja dan kelengkapan dulu sambil borak-borak, kek bawa masa majlis sebenar sebelah malamnya. tak surprise le pulak bawa awal-awal. kang budak-budak cuit, dah senget benget princess 




majlis kecik, untuk anak-beranak je

meja pulak tak de, pakai je meja bulat. dah tak nomei tau




cik princess dah ready ... 

bukan main senyum birthday girl bila nampak. kak ton pun senyum jugak










birthday girl malu-malu bila suh tangkap gambar. semua gambar pun tutup mata sebelah macam ni

macamana pulak camerawoman nak bekerja kalau gini




kasi umpan dia dengan present, baru berjaya turunkan tangan




budak-budak ada dalam sepuluh orang je aku rasa tapi makanan of course habis

aku rasa menda ni saja je untuk kenangan seumur hidup


jadi ........

sapa kata candy buffet untuk majlis besar-besar je??

nak jugak candy buffet untuk majlis anda??... email/sms/wassap je kak ton. harga insha-allah boleh diadjust sesuai dengan bajet masing-masing


Monday, 17 March 2014

Projek Minggu Lepas



as-salamualaikum

hari ni isnin, mesti ramai yang lembik, kan?... 
2 hari melepek kat rumah, 1st day kerja of course le jadi agar-agar

tak kira la hari apa... hidup kena diteruskan. orang dah bayar gaji kan, kena la komited

minggu lepas aku ada sebut pasal berdebar. ni le yang aku debarkan. permintaan seseorang yang terpaksa aku relakan dalam derita

kakak ni minta aku tunjukkan cara buat kek lori

huhuhhu, aku pun first time buat kek lori hari tu. tak de berguru dengan sapa-sapa. maka logik le kalau aku berdebar

masa akak tu msg aku, garu-garu kepala le kejap. kenapa aku yang jadi pilihan?... dah ketandusan ke insan lain di dunia ni

tapi aku dah warn siap-siap. kot kalau lori jadi kereta sorang jangan salahkan aku. tapi kalau bukan salah aku, salah sapa pulak??... 

redho je la, aku anggap ni cabaran


ni le rupa lorinya. ada macam lori??




kekangan masa ... 
sebab cuma ada ada 2 jam setengah untuk siapkan 

aku ada projek lain, akak tu pulak adik dia tiba-tiba datang ajak keluar. tu yang tak de hiasan tambahan. dia kata malam nanti dia buat sendiri




lap peluh yang menitik atas lantai.... 


cik kak kita dengan hasilnya



awet muda ni .... anak sulung dah 22 tahun

alamak, aku ingat sebaya je. nampaknya aku yang awet tua



sesi membungkus kek

cepat kak.....adik akak tengah tunggu tu, nak menempah baju raya




harap-harap akak puas hati, jangan serik ye

perasan tak aku tak de mention nama akak ni. lupa la tuuuuu nama dia maknanya. mangkuk kan??



Friday, 14 March 2014

Sweet Tender Muffin



awal tahun ni aku dah bagitau kat anak-anak, azam tahun baru ibu nak masak yang sedap-sedap untuk anak-anak ibu. cakap je nak makan apa, ibu masakkan

masa tu....semangat meletus-letus, meluap-luap. masa tu, kalau sapa-sapa bangkang niat aku, mesti aku bagi satu jelingan maut

maka ...... 
banyak le permintaan yang aku terima. pantang nampak kat afc, semua pun nak suruh aku buat. diorang lupa yang ibu diorang ni cuma kenal bawang merah bawang putih je. mana aku nak cekau bahan-bahan yang omputeh guna 

dalam erti kata lain, kita boleh panggil ia sebagai alasan ye




kali ni berjaya merealisasikan permintaan angah. dia nampak dalam buku masakan. nama buku "makan .... cupcakes, muffins and scones"

ok la nak .... mari kita capai tepung gula sekarang jugak





Bahan-bahan 
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan minyak sayuran
1 1/4 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

hahahahaha.... semua bahan basic je. sebab tu aku laju je angguk kepala


Panaskan oven 170 darjah

Pukul telur dengan sudu. campur  susu dan minyak

Ayak tepung, baking powder dan garam

Masukkan dalam campuran telur dan kacau sampai sebati. Jangan terlebih gaul pulak ye

Bakar selama 20 minit atau sampai masak




berebut-rebut makan yang warna coklat, diorang kurang minat yang warna kuning cair

baiklah anak-anak .... nanti ibu usahakan buat muffin rentung pulak



sungguh la senang nak membuatnya. jangan bagi alasan mixer tak de le, lektik mahal le. semua pun di hujung jari anda.... melainkan anda tak de jari 


Wednesday, 12 March 2014

Perkembangan Terkini



wahai bondaku .... bondaku si ikan kaloi

hukhukhuk....anakmu ini sedang la berduka
duka nestapa menyentap jiwa


suatu ketika dahulu, aku adalah seorang model




ke mana sahaja menjadi tumpuan

penat tangan membalas lambaian peminat, mensign autograf. nak berwindow shopping memang la kurang selesa tapi demi peminat, aku berkorban.... membakar diri menerangi kebahagian orang lain kaedahnya

kalau setakat pakai bikini nak berjemur tepi laut atopun swimming pool memang tak dapek la

ingat tak tension ke??... korang baring-baring sapu sunblock lepas tu ramai orang berdiri kiri kanan depan belakang nak tolong sapukan. tu bukan setakat sapu, pakej dengan mengambik kesempatan

jadi kalau aku feeling-feeling nak jadik omputeh, aku rebus je air dalam kawah besar, letak dalam bilik air. habih cerita, sempat la panaskan badan


tapi sekarang..... 
semua tu tinggal kenangan

tak de lagi badan model sebab berat dah nak sampai ke angka 7

7 tau koranggggggggggggggggg
sedih betul aku rasa


feeling gajah dan badak sumbu sangat sekarang ni

aku bukan le pemakan nasik tegar tapi badan menggajah jugak






uwaaaaaa.....
apa nak buat nih??... minggu depan awie ajak dating, takkan nak dating pakai baju kelawar pulak sebab nak tutup perut yang boleh dibuat kipas




Tuesday, 11 March 2014

Apa Nak Cakap ek???



minggu ni ada satu projek kecil tapi dah cukup buat aku tak senang duduk. Bukan tak senang duduk sebab ada masalah buasir tapi debaran yang ditahap maksima

kalau aku bagitau,,,, nanti ada yang gelakkan aku

"eleh, menda macam tu pun nak berdebar?"


tak kira .... nak debar jugak


projek sengsorang dengan projek reramai adalah tak sama yek. kalau sengsorang, aku nak pakai bikini merah hijo ke, nak berkemban ke tak de masalah 


tak de sapa nak eran, nak amik tau. kalau ada yang nak amik tau, si angah je sorang sebab dia tu ngalahkan juri tetap program realiti



apa projek aku????.... 
kalau berjaya dapat 50%, aku bagitau. kalau kurang dari 50%, aku diam je buat macam tak de apa berlaku. bukan nak berlagak ye tapi aku kan sayang korang, saja la nak share

sementara menantikan ujung minggu ni, mari kita tengok apa ada kat sini


pening la macam ni.... nak pergi basuh bikini la kejap. bila bikini dah kering, nak lepak tepi laut. release sikit tension






Monday, 10 March 2014

Agar-agar Milo Lapis Oreo



kita masih ternanti-nanti update terkini dengan MH370. semua mata dari pelusuk dunia tertumpu pada Malaysia. semoga persoalan dapat dirungkaikan

dalam pada mata aku asyik tengok pada astro awani, sempat jugak siapkan agar-agar ni untuk santapan keluarga

keluarga kononn.....aku dengan angah je yang makan noks. yang lain pandang sepi je

nasib le situasi ni aku dapat hidu dan jangka, jadi aku buat setengah bancuhan je. kot kalau dapat sambutan, aku buat le lagi. pandai tak kak ton???







  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula ( sy hy guna 120g gula shj)
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan ( lain kali nak tuang 3/4 cwn campuran milo utk nampak seimbang antara lapisan milo atas dan bwh. Campuran milo yg kita panaskan utk elak mengeras tu akan susut sket isipadunya masa proses pemanasan.) . Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm peti sejuk




cuaca panas macam ni memang le rasa sedap makan agar-agar ni. meluncur dengan laju je masuk tekak

rugi le pada sapa-sapa yang tak nak join aku. sedap sangat ke tengok tivi sampai abaikan agar-agar ni


huh,,,, nyampah kak ton


Sunday, 9 March 2014

Friday, 7 March 2014

Drivers... bikin hangin



hangin kan dengan pemandu kat malaysia ni

banyak sangat rasa tak bertimbangrasa, pentingkan diri sendiri je. macam le korang sorang je nak cepat, korang je ada hal

tiap-tiap pagi aku hantar along dan barang-barang untuk sekolah agama kat nursery, baru berdesup ke opis

kalau korang nampak kereta putih lalu sambil daun-daun kering berterbangan, aku le tu

balik pulak, kutip barang-barang sekolah pagi, ambil iwan dari sekolah agama hantar mengaji, ambil pulak angah, ambil pulak along

banyak masa habis atas jalan

kalau semua driver berhemah dan bertimbang rasa, kerja ni boleh setel tanpa rasa bengang

tak pernah sehari aku tengok traffic light cantek tanpa ada orang potong que. diorang tak kira, walaupun seratus orang polis ada kat situ

kat petak kuning depan sekolah agama pulak mesti ada kereta/lori/van bertenggek kat situ tanpa rasa bersalah. sambil tunggu 2 traffic lite kat depan warna hijau, sambil korek idong... nyanyi-nyanyi la. diorang tak kira kalau kereta dari gate sekolah tu bertimpa-timpa, janji bijih selamat dilombong


woiiittttt... korang tak de ke rasa sedih. disebabkan sikap jual ikan korang tu, orang terpaksa tunggu. apa la salahnya korang berenti kat luar petak tu, bagi laluan untuk orang. bukannya sebijik kereta lalu korang kena bagi 5 engget

waddemangkuk





ni ha.... 

korang tau, berapa lama aku kena tunggu dalam kereta sebabkan sorang pun tak nak beralah

penat signal aku menyala, sapa pun buat tak tau

wira kat depan tu tak nak masuk walaupun kosong kat sebelah dia, kelisa ni tak nak ke depan, makcik driver bas tu pun seronok bersembang. dengan tudung merahnya bukan main lagi dia nyembang

kot kalau aku beranak kat dalam kereta tu, mesti anak aku dah belajar merangkak baru korang sedor yek

yang kereta kat sebelah aku tu je tertengok-tengok muka aku, dia pulak yang rasa bersalah walaupun tak de kena mengena dengan dia


korang tak tau ke..... 
pompuan comei ada dalam kereta, sila bagi laluan

nak tunggu aku jadi macam ni baru korang nak sedar, nak pedulik



duit mekap aku sapa nak bayar.... 
sun block lagi
cuaca dah le panas


jaga korang yek.... mak is marah ni

kalau keadaan berterusan, mau aku amik anak-anak naik lanca je

puas le hati korang kalau kulit aku terbako macam ni, peluh pekung mencurah-curah




itu yang korang nak???




Thursday, 6 March 2014

Sungai Congkak the Movie



excited giler nak pergi mandi air terjun. dah berabad tak jejak rasanya

jauh jugak ek dari klang nak ke sungai congkak. driver akka en. suami pulak bawak kereta dengan penuh lemah gemalai tapi tak berani nak bersuara. buatnya dia sentap, tak pasai-pasai dia buat u-turn

misi kali ni sebab ada aktiviti untuk sports club tapi aku tak berapa join pun. buat syarat je join sebenornya, aku lebih pada nak bawak mak abah jalan-jalan akka menikmati sejuknya air terjun. orang buat sukaneka, aku jeling-jeling manja je dari jauh




otw ke sungai congkak, pick-up sepupu yang duk kat cheras... meramaikan mejelis kaedahnya. ramai-ramai baru le happening

ngam-ngam ada pondok kosong tak jauh dari tempat office aku berpesta... cantek le tu, boleh paw bbq nanti

ada bbq ayam & daging tapi aku pun ada banyak bawa makanan sendiri. aku rasa makanan aku lagi banyak dari bbq punya, sebab tu ramai jugak yang tumpang makan




sebelum berendam... kasik isi perut dulu. nanti tak de le terapung sebab badan ringan



dua orang ni anak sepupu

ada sikit magic di sini
abang warna lain, adik warna lain




cepia ni aku perasan kalau buat peace mesti tengok jari sendiri. mesti dia nak pastikan dia guna jari yang betul. aku pun saspen, kot2 dia naik satu jari tengah je nanti

kadang-kadang 2 jari, kadang-kadang 3 jari. bantai le cepia oooii, janji orang paham ko mengepeace




kalau ikot perasaan rakus, nak je aku berendam sampai ke petang. sonok gak

anak-anak lagi le happy. aku rasa ni 1st time diorng jumpa air terjun, jadi perasaan jakun memang membuak-buak


**** dah janji dengan budak opis nak pakai bikini tapi sebabkan mak dan abah ada, tak berani pulak aku ****