awal tahun ni aku dah bagitau kat anak-anak, azam tahun baru ibu nak masak yang sedap-sedap untuk anak-anak ibu. cakap je nak makan apa, ibu masakkan
masa tu....semangat meletus-letus, meluap-luap. masa tu, kalau sapa-sapa bangkang niat aku, mesti aku bagi satu jelingan maut
maka ......
banyak le permintaan yang aku terima. pantang nampak kat afc, semua pun nak suruh aku buat. diorang lupa yang ibu diorang ni cuma kenal bawang merah bawang putih je. mana aku nak cekau bahan-bahan yang omputeh guna
dalam erti kata lain, kita boleh panggil ia sebagai alasan ye
kali ni berjaya merealisasikan permintaan angah. dia nampak dalam buku masakan. nama buku "makan .... cupcakes, muffins and scones"
ok la nak .... mari kita capai tepung gula sekarang jugak
Bahan-bahan
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan minyak sayuran
1 1/4 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
hahahahaha.... semua bahan basic je. sebab tu aku laju je angguk kepala
Panaskan oven 170 darjah
Pukul telur dengan sudu. campur susu dan minyak
Ayak tepung, baking powder dan garam
Masukkan dalam campuran telur dan kacau sampai sebati. Jangan terlebih gaul pulak ye
Bakar selama 20 minit atau sampai masak
berebut-rebut makan yang warna coklat, diorang kurang minat yang warna kuning cair
baiklah anak-anak .... nanti ibu usahakan buat muffin rentung pulak
sungguh la senang nak membuatnya. jangan bagi alasan mixer tak de le, lektik mahal le. semua pun di hujung jari anda.... melainkan anda tak de jari
SEDAPNYA
ReplyDeletesedap ni kek cenggini ni
ReplyDeleteBuat pun senang
DeleteSB suka buat kek kecik2 cam ni...bebudak suka makan
ReplyDeletemmg betul, sekali ngap je dah hilang
Deletekak, beri sy sebiji yg pns2 ;-)
ReplyDeleteKak, kenal jugak akak pada telur, tepung, ayak tu semua kan? Ingat kot nanti telur diganti bawang putih. Tepung ganti bawang merah. Ye la dah dok kata kenal tu aje kan?
ReplyDeleteHahahahaha. Tpaksa belajar sebab nama tercalon anugerah ibu misali
Deletewah..sedap tuh..untunglah angah dapat makan cupcakes muffin.
ReplyDelete*pukul telur dengan sudu. Detail tu hehe. Aku nak pukul dengan garpu. Jadi ke tak nanti ni. :)
ReplyDeleteAku tak gemo nipu, aku mmg guna sudu. Ko try le guna garpu, nti sila update hasil
Delete