Wednesday 28 October 2015

Pink Purple Candy Buffet



selesai sudah konsert kat day care yang anak kak ton duduk bertahun-tahun lamanya

dulu masa sports day kak ton pernah sponsor candy buffet tapi kali ni teacher yang order 












belon buatan sendiri

ada 3 tempat untuk belon.... campur dengan belon helium untuk jalan masuk parents and student




bye bye



Thursday 15 October 2015

Simple Brownies ... yang sedap, yang senang



kawan call, kata nak datang rumah, nak bincang pasal candy buffet wedding dia

laju-laju keluarkan buttercup dari peti ais. masih ada masa untuk siapkan sikit brownies. cara buat senang je, tak payah nak kelurkan mixer. pukul je dengan whisk

orang dah bagitau nak datang, pahit pulak rasa kalau cuma hidangkan air je



tadaaaaa.... 
dalam masa kurang 40 minit dah boleh makan

resepi asal suruh bakar 45 minit tapi kak ton cuma bakar 35 minit je. bergantung pada oven masing-masing ye



amacammmmm,,, suka tak tengok

bila kita drizzle brownies ni, secara automatik brownies kita jadi cantik menarik ke ba boommm



yammih tau. sapa kata makanan yang sedap perlukan bahan yang mahal, cara masak yang menyakitkan jiwa



resepi dari majalah saji

tak caya.... ni ha buktinya
terus menerus kak ton snap untuk tatapan semua



kak ton kurangkan gula pada 1 1/4 cawan je. itu pun masih bole kurangkan

bila kita berwajah manis, tak perlu makan makanan yang manis ye

@_@

1/2 cawan coklat dalam resepi tu untuk buat hiasan je. bole diabaikan kalau tak nak drizzle untuk hiasan




Thursday 8 October 2015

Begedil



lelaju F1 kak ton update

sebuk nye le hai. malam-malam pun masih buat keje opis kat rumah. sambil jadi cek-e-gu sambil bukan laptop siapkan segala report. dulu report semua save kat server, sekarang semua pun save kat desktop. senang nak update di mana saja berada

khamis minggu depan surut sikit kot kesebukan jadi cek-e-gu. pt3 dah habis jadi satu tugas dah selesai



kak ton suka begedil ikan tenggiri yang boss kepada boss kak ton ajar, rasanya dekat 10 tahun dah kot resepi senang ni. memang dia tau kak ton selalu masak, kitoarang pun suka tukar-tukar resepi. dia kata dia dengar dalam radio masa on the way ke opis

tq pek fong



sukatan tak de. tak menyempat-nyempat kak ton sukat bahan-bahan dia. tapi trust me, ikut naluri sendiri mesti jadi punya

anggaran 2 potong ikan tenggiri - gaul dengan sikit cuka dan garam, lepas tu kukus hingga masak. angkat dan asingkan tulang dan isi. tulan sila buang ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian

anggaran 4 biji kentang - potong wedges dan goreng. orang kata kalau rebus, begedil selalu pecah bila goreng. kak ton pun setuju berdasarkan pengalamans sebelum ni. angkat dan sejukkan, lepas tu hancurkan. satukan dengan ikan

potong bawang merah dalam 2 ulas dan sikit halia. goreng sampai kekuningan, campurkan dalam adunan ikan tadi. masukkan potongan daun bawang dan garam. gaul sebati

kadang-kadang kak ton masukkan juga serbuk lada putih

bentukkan begedil, salut dengan telur yang diperasakan dengan garam. goreng sampai kekuningan

selalunya kak ton buat dan bentukkan siap2, simpan dalam peti ais untuk bajet 3-4 kali makan. sebabkan seisi keluarga lain tak suka sangat, makan untuk diri sendiri je



Friday 2 October 2015

Cotton Candy Maker untuk Disewa



Sempena bulan Oktober yang berjerubu ni, kak ton nak bagitau kawan-kawan bahawasanya kak ton dah buat sewa cotton candy maker macam yang kat bawah ni

mesin semi heavy-duty yang boleh beroperasi selama 2 jam tanpa rehat




apa itu cotton candy?????

bahasa melayunya gula-gula kapas

apa itu gula-gula kapas????

ala, gula-gula macam kat bawah ni. yang manis, ada warna-warni. ada jugak kadang-kadang jual kat pasar malam, karnival. kalau kat kedai dah siap pack dalam plastik



jadi kalau nak cari kelainan dalam party atau majlis anda,,,, selain dari chocolate fountain, boleh le sediakan gula-gula ni. nampak havoc sikit kan

lagipun tujuan kita buat majlis nak bagi orang lain sonok dan berjimba-jimba kan

harus la majlis anda jadi bualan ramai termasuk semut dan kerengga

kadar sewaan pun bertaraf alakadariah je, tak membebankan langsung



ooooo,,,,, bole buat hiasan macam buat salji jugak rupanya

torbaekkkkkk