Wednesday 27 April 2016

Penne Ringkas



ni first time nak makan penne ni. nampak cantik je dalam plastik masa jalan-jalan beli barang rumah. asyik-asyik spageti je, tekak nak cuba yang baru pulak. kasi tekak happy sikit

intai-intai resepi dalam tenet untuk jadikan sumber inspirasi. kebanyakan resepi lebih kurang sama jadi pandai-pandai le nanti kak ton adjust



dapat perhatian anak-anak jugak sebab ada udang dan sosej tu. kalau tak de daya penarik, berpenne le bijik mata kak ton makan sorang diri

kebanyakan resepi guna capsicum tapi malang betul le kak ton. berapa lama mencarik capsicum, semua kedai pun tak de. ni le yang malas ni, bila nak bukan main berterabur lagi depan biji mata. siap orang buat main boling lagi. bila nak guna, harei yang berjumpa. rasa nak ambik teksi pergi cameron terus



Bahan-bahan

500 gram penne, rebus ikut arahan dalam bungkusan
1 mangkuk kecil hirisan ayam
1 mangkuk kecil udang yang dibuang kulit
3 batang sosej potong menyerong
6 cendawan butang - potong nipis
1 biji tomato - dadu
1 biji bawang besar - dadu
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk halus
4 sudu sos cili
1 sudu sos cili 
1 biji capsicum kuning dan merah patutnya tapi kak ton guna cili biasa je
Daun sup untuk hiasan

Tumis bawang sampai layu. Masukkan hirisan ayam dan goreng. Goreng hingga masak

Tambahkan penne yang dah direbus, cendawan, tomato, lada hitam, capsicum kalau wujud. Gaul sebati

Campurkan sos cili, sos tomato, udang. Perasakan garam. Boleh tambah sikit air rebusan penne tu kalau nak sikit berkuah

Dah siap penne kononnya



kak ton tamak sangat, habis sepaket 500 gram. dah le jadi sampai satu kuali besar. Boleh ajak suku kampung berkelah

Nasib le idea bijak kak ton datang, asingkan sebekas untuk budak-budak kat nursery. tak de pembaziran wujud



Wednesday 20 April 2016

Bayarlah Nak



reminder pada yang ada lagi baki tertunggak. dengar cerita sekarang ptptn ambil langkah drastik untuk blacklistkan nama peminjam dalam CCRIS



kesan takkan kita terasa melainkan kita plan nak tumpang rumah mak sendiri atau keluarga mertua bila kahwin nanti. tak de niat nak ada aset sendiri. ataupun kita memang kaya yang mampu beli rumah cash

iye korang.... benda ni akak link terus dengan impian kita nak beli rumah. terus loan kena reject

dua tiga kawan kak ton kena dah. bila tanya bank kenapa reject???... sebab nama ada dalam CCRIS. nak tak nak kena clearkan nama dulu. macamana nak clearkan nama??... kena la bayar outstanding tu

kalau outstanding takat 100 200 boleh le bayar on the spot, kot kalau 20k 30k????... nangis le dulu sebelum melangkah ke office EPF untuk keluarkan duit dalam akaun 2. kot kalau akaun 2 dah keluar untuk bayar PTPTN, mana nak ada duit lagi nak bayar deposit rumah. haiiyo, jatuh ditimpa tangga

kesimpulan & peringatan untuk semua dan diri sendiri jugak. kena la buat simpanan untuk anak-anak nanti. sikit pun tak pe tiap-tiap bulan, janji ada simpan

tapi memang trend budak-budak mahupun mak bapak budak. memang nak kena amik PTPTN walaupun mampu. lepas tu dapat duit tukar handphone baru. lepas tu tanggung hutang sampai dah beranak pinak



Friday 15 April 2016

Lipas Kudung???



semalam balik kerja lambat sikit. selalunya paling lambat kalau tak de stock take pun dalam 5.45 dah lenyap tapi sebab dek lori naik barang melampaui batas, kena la setelkan banyak benda. sorang kata turun, sorang la biarkan. safety office kata turun, vp sales kata jalan je

what is going on????.....

tak pe.... tu bukan ceritanya. dah le balik lambat, jalan pulak tak de le smooth sangat. helllooo uollls. kak ton nak balik cepat ni, sebelum pukul 8 anak bongsu saya nak pergi tusyen. kadang-kadang kalau lambat kak ton belikan makanan untuk dia sorang tapi boring le, makanan kat kedai kat rumah kak ton tak menggiurkan

sampai rumah lepas pukul 7. nasib angah baru masukkan nasi dalam rice cooker. walaupun air terkurang tapi kembang kincup mai hidung sebab dia dah menolong

sempat siapkan sup ikan, brokoli goreng daging, telur goreng. sambal belacan semalam ada lagi... dah siap. ngam-ngam lauk masak, nasi pun dah boleh dimakan



kawan-kawan kata kak ton lipas kudung sebab sempat masak dalam waktu singkat macam tu

tak de maknanya lipas kudung

rahasianya. pagi-pagi sebelum pergi kerja kak ton dah turunkan bahan mentah dari esbox ke bahagian bawah. sedang molek bila balik kerja ais dah mencair tapi tak busuk. jadi tak de le nak kena tunggu. ikan kurau dan daging dah get ready. cuma kena prepare bawang-bawangan dan sayur je

macam pagi ni, kak ton dah gelincirkan ikan siakap, fish ball dan fish cake ke bahagian bawah. nak buat ikan kukus dan goreng sayur

begitulah rahsia si lipas kudung kononnya

kalau masa tu nak tunggu ikan semua defrost, mungkin kena buat kelas tusyen kat luar rumah sendiri. lepas kelas start 2 jam baru dapat makan



Semoga Murah Rezeki



✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
✅3.Sentiasa sediaka n wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
✅4. Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb). 
....................................
✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................   
✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
✅11. Setkan pada handphone anda, pengera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al fatehah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...



Thursday 14 April 2016

Penat sangat Niii



wuhuuuuuu... 
lap peloh kak ton dalam 2-3 minggu ni. nak nangis tak de airmata sebab dah kering dek cuaca panas ni. nak menjerit tak boleh sebab tak elok pulak orang comel menjerit memvavi buta. jadi kak ton pendam je penat dan perasaan ni sendiri

eh...sendiri ke?... 
kadang-kadang membebel tak hingat kat rumah. dah membebel tu rasa kesian plak kat budak-budak
ok, mari bersabar 

ceo safety, safety officer dan sebagainya dari banyak office lain datang kat plant kak ton kerja untuk buat observation. ada dari south america, china, australia. semua pun bukan calang-calang orang 

jadi.... kerja harian memang tak dapat nak sentuh. tiap-tiap hari buat kerja up grade kan kilang. buat notice board yang baru yang outstanding

tapi sungguh harei tau. notice board bermusuh dengan kak ton agaknya. 3 - 4 kali buat pun tak menjadik. 4 hari memang buat kerja yang tak mendatangkan hasil. hari ni buat, esok tercabut. kalau dah tercabut tu maknanya kena buat method lain la

dah le kerja up grade ni konsepnya tak de extra cost yang patut keluar. tak ke rasa nak korek idong sampai ke dasar. maka jadi le kak ton umpama gajah yang try nak pakai bikini bintang-bintang

balik rumah pun kena sambung kerja.

tu pun kak ton sangat redho. mungkin hasilnya tak nampak sekarang tapi bakal kelihatan masa performance review nanti. kot le boss nak memperingati

habis lawatan semalam rasa macam taik telinga berjaya keluar seketol besar penumbuk. tapi.. masa lunch ramai-ramai tu si omputeh tu nak makan durian dan kak ton jamah le seulas

terus flat pening kepala sampai ke malam

along pulak picit kepala macam nak tercabut akar bulu kening. tu baru suruh anak picitkan, kalau suruh laki tiba-tiba je kulit dahi kurang 5cm



Wednesday 6 April 2016

Blended Orange Cake



kadang-kadang tekak ada rasa nak makan kek yang dibuat sendiri. bila rasa tu nak datang, tengah drive pun terbayang-bayang je

semalam... 
terbayang seketul kek oren depan mata
pandang lampu jalan pun nampak kek tergantung kat situ

oh.oh.oh. sedapnya kalau dapat makan sepotong



terus wa incik suami, balik nanti tolong beli 2 biji oren sunkist untuk isterimu ini. setengah jam lepas wa dia pun pulang ke rumah dengan 3 biji oren

well done dear 




resepi dari Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren

Cara-cara:
Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.

Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.

Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.



sekarang ni tengok tiang lampu terbayang chicken chop pulak

hadooooiii



Tuesday 5 April 2016

Nubhan's 30th Birthday



Peminat tegar Nubhan ni kak ton rasa

tahun lepas pun order, tahun ni pun order.
yang pelik, nak design lebih kurang sama je.
what can i do?... dah gitu permintaannya