Wednesday 6 April 2016

Blended Orange Cake



kadang-kadang tekak ada rasa nak makan kek yang dibuat sendiri. bila rasa tu nak datang, tengah drive pun terbayang-bayang je

semalam... 
terbayang seketul kek oren depan mata
pandang lampu jalan pun nampak kek tergantung kat situ

oh.oh.oh. sedapnya kalau dapat makan sepotong



terus wa incik suami, balik nanti tolong beli 2 biji oren sunkist untuk isterimu ini. setengah jam lepas wa dia pun pulang ke rumah dengan 3 biji oren

well done dear 




resepi dari Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren

Cara-cara:
Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.

Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.

Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.



sekarang ni tengok tiang lampu terbayang chicken chop pulak

hadooooiii



No comments:

Post a Comment