Monday 30 June 2014

Alhamdulillah... Kita di Ramadhan



Assalamualaikum.... 

dengan keizinan-Nya, dapat lagi kita berada dalam bulan Ramadhan. 

puasa kali ni bukan lebih sikit cabaran, dengan keadaan cuaca yang panas terik. kita yang dah tua ni mungkin la mampu bersabar tapi yang anak-anak kita... alahai, kesiannya




bulan Ramadhan dapat kelonggaran pada yang kerja kat office. boleh balik pukul 4.00pm kalau kita tak de rehat

aku????.... ada kebaikan ada keburukan

sebab anak-anak balik pukul 5 dan 5.30. kalau keluar office pukul 4, kena balik rumah dulu. mungkin 4.30 dah sampai rumah lepas tu kena keluar semula pukul 5 ambil angah dan iwan. tunggu pulak kat tepi sekolah along sebab dia keluar pukul 5.30

ikut la nanti macamana... ikut mood. kot kalau rajin aku keluar pukul 4, kot kalau malas pukul 4.30 le aku cabut dari opis


ni pembuka selera waktu berbuka


hari jumaat hari tu aku cuti, bershopping bekalan untuk sambut Ramadhan kat NSK. Nasib manusia tak ramai maka boleh le bershopping dengan relax. aku rasa hari sabtu sure orang melimpah ruah, kat kose nak beratur panjang untuk bayar

antara barang yang aku beli ..... pelbagai jenis pappedom. sepaket besar aku goreng, letak dalam 2 tupperware tinggi ni, last2 pagi tadi tinggal suku bekas je. memang anak-anak suka

senang mak korang




menu ringkas je semalam

sebabkan ada ketupat nasi tu, aku limitkan menu yang lain sebab aku tau rendang ayam dan ketupat tu nanti yang akan jadi tumpuan

iwan sampai ke sudah makan ketupat je. 2 round akan pun dia sebat ketupat je. sahur baru makan nasi, tu pun terkulat-kulat bijik mata

anak dara pulak tak puasa, bengang je along bila ternampak dia teguk air kat dapur

heheheheh,,, kantoi dah




Thursday 26 June 2014

Brownie Pudding



dengan kekangan masa, sempat lagi jeling-jeling rancangan masak kat tv

dengan niat kendurkan urat lepas balik keje, baring-baring 5-6 minit. channel pujaan mesti le 703, 707 dan 727. kadang-kadang en. suami pun terus pasang channel ni. heheheheh, berjangkit le tu

sempat capai kertas untuk salin resepi senang ni. dah emergency, aku tulis resepi atas brochure hapa ntah. lepas berjaya buat, aku selit le tepi microwave

en. suami yang memang pegang kontrak kemas dapur pegi buang pulak brochure tu. nyampah tau 




terbayang-bayang kesedapan brownies ni

tiga empat kali jugak aku buat sebab along suka. kadang-kadang aku letak aiskrim, kadang-kadang letak whipping cream




berjaya menggoogle
dari rancangan afc, ina garten


Ingredients:
  • ½ lb. (2 sticks) unsalted butter, plus extra for greasing the dish 125 gram buttercup
  • 4 large eggs, at room temperature
  • 2 cups sugar manis gile, kurangkan pada 1 1/2 cawan je
  • ¾ cup cocoa powder
  • ½ cup all-purpose flour aku guna tepung biasa je
  • 1 vanilla bean, split lengthwise guna esen vanilla je
Directions:
  1. Preheat the oven to 325˚ F.  Lightly butter a 2-quart oval baking dish.  Melt the 2 sticks of butter and set aside to cool.
  2. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, combine the eggs and sugar.  Beat together on medium-high speed until thick and light yellow in color.
  3. Meanwhile, combine the flour and cocoa powder in a medium bowl and whisk together until blended.
  4. When the eggs and sugar are finished mixing, scrape the seeds from the vanilla bean into the mixing bowl.  Add the flour-cocoa powder mixture to the bowl as well.  Mix on low speed just until combined.
  5. With the mixer still on low, slowly pour the melted butter and mix again just until combined.
  6. Pour the mixture into the prepared baking dish.  Place the baking dish in a larger baking pan.  Add very hot tap water to the outer baking pan to create a water bath, coming halfway up the side of the baking dish.
  7. Bake for 60 minutes.  The center will appear very under-baked, that is the way the dessert should be.  Allow to cool slightly before serving with ice cream.



isi brownies ni cair tau

kiranya macam volcano cake jugak la (betul ke istilah????... lebih kurang la)




kot kalau ada tetamu nak datang dalam masa satu setengah jam, boleh le buat brownies ni

bahan-bahan dia aku rasa kebanyakan rumah pun ada. kalau dah habis pun, kat kedai runcit biasa pun boleh carik



Tuesday 24 June 2014

Bila Hilangnya Nilai Kemanusiaan



hai kawan-kawan....

pernah dapat email, pengirim tu kata i adalah kelakar bila berkata-kata dalam blog, kat fb pun kengkadang status tu funny. ye ke????... tang celah mana pun tak pasti tapi kadang-kadang i boleh jadi peserta maharaja lawak

tapi sekarang tak de lawak jenaka. mari kita berserious tentang keadaan yang baru jadik dua tiga hari ni

giler kan?.... tak terfikir langsung yang benda ni boleh jadi

apa alasan kita untuk buat anak kita yang tak berdosa sampai kurus kering tinggal tulang je. kot kalau pun dia berdosa, apa hak kita?

aku tak berani nak tengok sangat gambar dia. video lagi le tak de kekuatan sebab aku memang penakut. ada je yang tengok tapi maaf, aku belum berani


sampai macam tu sekali keadaan dia. akal sapa yang mampu terima yang benda tu adalah perbuatan ibu sendiri. ibu yang tertegang urat bersabung nyawa untuk lahirkan dia ke dunia

tak de ke secebis rasa kesian??... 

tambahan pulak anak OKU. apa yang ko rasa dia mampu buat???... 

bajet dia akan jerit sampai terkeluar anak tekak??... bajet dia akan ambil kain, ikat panjang-panjang supaya dia boleh keluar ikut tingkap. atau sekurang-kurangnya dia ambil kayu dan pecahkan pintu bilik

giler sungguh
baju sampai reput, rambut panjang sampai macam tu


tak kira apa alasan yang mak dia bagi. this is too much. aku rasa binatang pun takkan sanggup buat anak dia macam tu. maksud aku biarkan anak dia kelaparan la, bukan bab biarkan rambut panjang

orang semua cakap mak dia masih boleh berfb, bermake-up tapi kot kalau tak de fb pun takkan sampai hitam hati dia untuk biarkan anak sampai keras tulang-temulang macam tu. atau memang Allah tak bagi hati pada dia masa dia lahir dulu

kot kalau aku le, rasa tercekik tiap biji nasi yang masuk dalam kerongkong bila diingatkan keadaan anak yang serba tak sempurna tu. kot kalau nasi tu berjaya masuk pun, mungkin akan keluar semula dalam bentuk yang sama


jaga ye.... anda mungkin selamat sekarang



Monday 23 June 2014

Laundry Room


bila tengok rumah mat salleh, banyak yang ada laundry room. ala,,, tempat simpan segala barang berkaitan basuh la. kiranya macam mini dobi la gitu

nampak cool sungguh

lepas tu
baring-baring atas sopa, gentel-gentel jerawat sambil feeling-feeling duduk kat german. ada laundry room warna putih campur biru laut

sukanya la kalau dapat buat gini



tapi tak suka la yang besar gedabak. dapat yang comel je dah cukup, senang nak manage. kalau bersepah, cepat je nak kemas

kot kalau besar sangat nanti, cepat pulak aku ngamuk kalau bersepah

bekas kaca yang menjadi pujaan aku pun kena la ada. biar le tak de isi barang, janji bekas kaca ada untuk menjamu mata




kecik macam ni la ... 
muat-muat je dengan kelengkapan sederhana. wall paper penyeri majlis




tau - tau je en. suami tarik rambut

berangan tak sudah-sudah. dapat beli bilik pun patut syukur, ni nak buat laundry room konon. sumbat dalam mesin basuh nanti baru tau

ye la, ye la. adik basuh baju sekarang jugak

nak berangan jadik snow white pun tak bole, asyik-asyik kena jadi bibik



Friday 20 June 2014

Peringatannnn



gerun tak bila aku sebut pasal peringatan ni. banyak benda yang nak diluahkan tapi tak sempat sangat. biar le aku telan selagi mampu


kita ni kalau nak komplen orang lain memang laju kan???.... tapi bila dah terkena batang idung sendiri, buat-buat lupa pulak pasal benda yang kita dah komplen sebelum ni

cerita pasal orang bukan main hebat, bila kain sendiri koyak buat-buat tak nampak pulak


aku dah letak kat status fb semalam tapi sempai sekarang rasa nyampah tu ada lagi

kita ni cepat je bengang kalau orang lain sakitkan hati mak kita tapi selalunya kita lupa bahawa kita le antara salah seorang yang selalu menyakitkan hati mak kita tu

bila mak berperang dengan jiran tetangga, bukan main lagi kita yang moncong lelebih dengan jiran tu padahal kita ni tiap-tiap hari gaduh dengan mak

mak dah bersilat kat dapur dari celik biji mata tapi kita ni dah le bangun lambat, katil pun tak reti-reti nak kemas. lepas makan, biar je pinggan berlambak atas meja. nak basuh sebiji sudu pun rasa macam orang suruh angkat jom jangka yang boleh meletup dalam masa 3 saat


kita bole bercakap pasal orang tapi bila orang bercakap pasal kita, mula la meroyan berhari-hari. terus letak kat status fb, selitkan sekali hadis-hadis dan kata pujangga mengalahkan calon pencetus ummah. padahal kita alif ba ta pun merangkak-rangkak lagi. bajet macam diri sendiri tu perfect... pandai ... ustajjah ... padahal kita ni lagi scary dari hantu kak limah

boleh je nak bagi nasihat kat orang tapi cermin le keadaan diri tu jugak. nak membetulkan orang lain tapi diri sendiri pun ke laut

mari le kita tukar sikit cara kita. saling mengingati sesama sendiri instead of ko saja yang betul, ko saja yang suci murni, orang lain tu semua hina-dina


sedeh .... feeling hampeh



Wednesday 18 June 2014

Lagi-Lagi Biskut Raya



tak professional sungguh kan?... 
minggu depan nak tutup order, minggu ni baru terhegeh-hegeh nak tunjuk gambar

tak pe la ... i redho je 



cheesy ring .... RM23



chocolate delight ... RM24



snow almond ... RM23



almond cookies ... RM22



milo cookies ... RM25



ring cappucino ... RM21



Tuesday 17 June 2014

Biskut Raya Lagi



Mengupdate dalam keadaan mengejar masa di waktu lunch, masa mencemburui kak ton sekarang

phew,,,, cepatnya masa berjalan. ponggong kak ton pun dah berbentuk piramid sekarang ni, banyak duduk je kat kerusi


biskut yang tak payah diperkenalkan lagi. sapa tak tau, meh sini kak ton lempang laju-laju


ia berharga RM25 sebekas



nessy choc kegemaran anak-anak kak ton ni adalah RM23 sebekas

tiap kali buat sample, tak sempat nak bagi orang lain rasa anak-anak dah licinkan balang





semperit pandan pun feveret anak-anak especially along. tersenyum kambing gurun bila ada yang terrentung. dia gembira tapi tak tau perasaan kak ton macamana

pun berharga RM23 sebekas

ada yang nak warna kuning, kak ton layankan je permintaan customer


minggu depan dah nak puasa tapi tak menyempat nak letak semua gambar..... huhuhuh, nangis tau



Friday 13 June 2014

Salah tat



Teacher kat nursery hantar sms, katanya nak sebekas tat buah untuk hantaran bertunang. Kak ton propose pulak cheese tart sebab dah minute dia order, malas pulak nak keluar cari buah

Dia pun kata ok .... 
maka mencheese tart la kak ton di dalam kedinginan malam


Masa delivery pulak kak ton tugaskan angah dengan bapaknya menghantar 





2 hari lepas tu, teacher cakap kat angah.....

"Sebenarnya teacher nak tat buah nenas"



Aiseh, dia nak tat gulung daaaa. Dalam pikiran kak ton tat buah yang dia mentioned adalah fruit tart


Mahapkanlah hamba yang hina ini ye






Tuesday 10 June 2014

Biskut Raya



Baru ada kesempatan nak tunjuk-tunjuk korang koleksi biskut raya untuk tahun ni

Koleksi le sangat kan



Biskut peanut butter akka biskut kacang

biskut ni lebih kurang saiz kacang sebenar tau, sekali ngap terus hilang dari jari-jemari anda. pada sapa-sapa yang bermulut besar, 2 biji boleh muat dengan sekali ngap. untung le korang .... kurang sikit kerja mulut tu nak mengunyap




hadiah dari angah sempena mother's day pun aku selitkan untuk tatapan korang

disebabkan saiz comel, sebekas bulat tu ada 100 biji. harga RM25 sebekas

biskut adalah lembut ye... sangat memberi kesan di hati




ni pulak nama dia cheesy strawberry

kot kalau korang suka blueberry, boleh je request untuk tukar jem

sampel-sampel telah berjaya dihabiskan oleh angah dan along. kena la tabahkan hati untuk buat lagi. tak sampai hati pulak nak stop diorang. sementara minat tu aku biorkan. kang kot aku dah buat tapi diorang tak makan lagi hangin




harga adalah RM23 untuk 50 biji

walaupun korang tukar jem, harga masih sama ye


Thursday 5 June 2014

Minat dari dulu



sejak dari remaja, kak ton jarang nak minat banyak benda. tengok benda tahap gitu-gitu je, tak de termimpi-mimpi ke atau kumpul duit giler-giler sebab nak miliki sesuatu

sesuai dengan keadaan yang serba sederhana

dulu dan sekarang kekal sederhana

bila ada kata-kata nista kak ton meninggi diri, mendongak langit..... itu adalah tohmahan yang paling teruk. kak ton punya tudung pun lima engget je tau

bila kita ni dibesarkan dengan keadaan yang biasa-biasa je, benda tu dah menjadi cara hidup walaupun dah ada keluarga sendiri

kalau makan yang hebat sikit... 
teringat mak abah kat kampung nun, apa la diorang makan hari ni. mesti seronok kalau dapat bawak diorang makan sekali

sob sob sob

eh eh eh ... melalut bukan-bukan pulak


sejak dari sekolah, kak ton hanya minat beberapa benda je


artis pujaan dari zaman sekolah menengah sampai sekarang ni masih tak berubah

walaupun awie dah makin berumur,,,, walaupun kak ton masih maintain bergetah, awie tetap di hati




toyota wish ni haaaa kereta yang kak ton minat

tak tau kenapa tapi sejak first time tengok dulu, kak ton rasa wish ni memang mantop. nampak gagah perkasa di jalan raya

ada la jugak bagitau cik abang .... ada je la alasan dan hujjah dia yang buat kak ton malas nak bukak "mini parlimen"

sudahnya ... 
kak ton masuk bilik air, cuci bilik air yang berkerak. biar le dia berdebat sorang-sorang depan tivi


apa lagi ek kak ton minat?... lupa pulak dah.  



Wednesday 4 June 2014

Sesi Tambah Kalori



keadaan sekarang dah lintang pukang. semangat nak kurus kejap membuak-buak, kejap lagi macam dibawa arus sungai klang

ni ha contohnya

perap 8 keping daging kambing, letak dalam peti ais. bila napsu nak makan kambing datang, cepat-cepat defrost. hampeh kan

berapa banyak kalori pada sekeping daging kambing?.... huhuhuh, malas nak pikir. kalau pikir, sambil makan sambil lap airmata. perut kenyang tapi mata pulak bengkak




daging sedia untuk digrill



panaskan dulu kuali hajaib ni

tumis leek yang dipotong menyerong dengan sikit minyak zaitun. kalau minyak zaitun dah habis, gula la minyak maimon ke atau minyak senah. janji ia adalah minyak

tapiiiiiiii.... 
minyak gamat ataupun franch oil adalah tak sesuai

bila leek dah layu, masukkan pulak daun bayam

hamik ko... penuh kuali





dah kecut itu daun. dapat secoet je



tambah sikit lagi minyak. grill pulak daging

aku suka separuh atau tiga suku masak, berjus je daging tu




yipiie... 3 pinggan daging kambing dah siap

sebelum lupa, daging tu aku perap dengan sos lada hitam, thyme, oregano, lada hitam kisar, garam



sapa kata perempuan comel dan menggoda tak pandai masak????