Monday 30 June 2014

Alhamdulillah... Kita di Ramadhan



Assalamualaikum.... 

dengan keizinan-Nya, dapat lagi kita berada dalam bulan Ramadhan. 

puasa kali ni bukan lebih sikit cabaran, dengan keadaan cuaca yang panas terik. kita yang dah tua ni mungkin la mampu bersabar tapi yang anak-anak kita... alahai, kesiannya




bulan Ramadhan dapat kelonggaran pada yang kerja kat office. boleh balik pukul 4.00pm kalau kita tak de rehat

aku????.... ada kebaikan ada keburukan

sebab anak-anak balik pukul 5 dan 5.30. kalau keluar office pukul 4, kena balik rumah dulu. mungkin 4.30 dah sampai rumah lepas tu kena keluar semula pukul 5 ambil angah dan iwan. tunggu pulak kat tepi sekolah along sebab dia keluar pukul 5.30

ikut la nanti macamana... ikut mood. kot kalau rajin aku keluar pukul 4, kot kalau malas pukul 4.30 le aku cabut dari opis


ni pembuka selera waktu berbuka


hari jumaat hari tu aku cuti, bershopping bekalan untuk sambut Ramadhan kat NSK. Nasib manusia tak ramai maka boleh le bershopping dengan relax. aku rasa hari sabtu sure orang melimpah ruah, kat kose nak beratur panjang untuk bayar

antara barang yang aku beli ..... pelbagai jenis pappedom. sepaket besar aku goreng, letak dalam 2 tupperware tinggi ni, last2 pagi tadi tinggal suku bekas je. memang anak-anak suka

senang mak korang




menu ringkas je semalam

sebabkan ada ketupat nasi tu, aku limitkan menu yang lain sebab aku tau rendang ayam dan ketupat tu nanti yang akan jadi tumpuan

iwan sampai ke sudah makan ketupat je. 2 round akan pun dia sebat ketupat je. sahur baru makan nasi, tu pun terkulat-kulat bijik mata

anak dara pulak tak puasa, bengang je along bila ternampak dia teguk air kat dapur

heheheheh,,, kantoi dah




6 comments:

  1. semlm sesak / ramai sgt org kat giant mcm nak sambut raya wpun baju raya x dijual lagi ... salam ramadhan n selamat menjalani ibadah puasa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, hilang mood bila ramai sangat orang. tapi tak sabarnya nak shopping sambil dengar lagu raya

      Delete
  2. kahkahkah
    teguk air selamba
    salam ramadhan beb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan hanya teguk air tapi sebat papedom jugak. dia ingat orang lain tak de telinga agaknya

      Delete