Thursday 30 April 2015

Ahli Mesyuarat Tingkap



bila time boring petang-petang tak tau nak buat apa, teringat waktu kat rumah lama. bila ada barang dapur yang kecik-kecik dah habis, rasa nak pindah balik kat sana. rinduuuu sangattt

dulu, semua jiran tetangga melayu sebab tu kawasan rizab tanah melayu. bukan nak racist tapi kitorang rapat sangat. walaupun hanya 4 rumah je kategori muda tapi kak ton suka kawan dengan makcik-makcik. ezpecially sorang makcik ni. walopon kategori warga emas tapi hati dan otak sangat la sempoi

kalau dia dah habis rempah ratus, dia akan call kak ton dan kak ton pun terpaksa lompat pagar belakang rumah untuk hantar kat rumah dia. knapa kena lompat???.. sebab rumah tu pagar belakang tak de pintu. kena jadi macam penyamun tarbus untuk keluar

kalau kak ton pun nak barang, terpaksa jugak lompat pagar sebab dia tak de delivery service. badan gedabak sangat, mau gempa bumi kawasan klang kalau dia jatuh berdebuk

tapi memang sangat fun. kadang-kadang saja je kak ton nyorok dari bawah tingkap, kaco dia, terperanjatkan dia. kot kalau dia tiba-tiba buang air ikan, kiranya kategori mampus la diri sendiri

tu nama takdokojocarikojo

masa ada maid, kak ton pegi pasar borong subuh-subuh. malam sabtu tu dia panggil le datang rumah bagi list ikan-ikan yang dia nak. makan bukan main hebat, ikan beso-beso je yang dia pilih. tekak diva sangat tau

walaupun dah lama pindah, kitorang tetap kamceng

bill api air, credit card banyak yang kak ton pegi bayarkan untuk dia. cucuk duit kat atm pun kak ton yang tolong buatkan. kadang-kadang call ngam-ngam pukul 5 sebab dia tau kak ton dah balik dari opis. "ida, balik nanti tolong belikan akak roti". akak konon padehal dia sebaya mak kak ton 

kalau dia ada kenduri, kak ton le orang yang paling awal datang. walaupun tetamu semua sedara-mara dia je, semua pun dah kenal kak ton. tak de nak malu-malu

haihh.....anak-anak pun ajak pindah balik kat sana. tapi appamaubuat, tak de rumah kosong



Tuesday 28 April 2015

Movie Night - The Avengers



ni aktiviti kedua Sports Club tempat kak ton mencarik rezeki, tengok wayang "The Avengers"

tapi takkan nak tengok wayang je kan?... jadi kami decided makan dulu kat Burger King Aeon Bukit Raja, Klang. Senang, lepas kerja Jumaat lepas. Tak payah nak mengadap jam sangat sebab tak jauh dari opis

masaelahnya... kak ton kena balik rumah dulu amik anak-anak. biasa la kan keje dengan budak-budak ni. dah atur semua baik-baik pun tetap jadi kelam kabut. Minah sorang ni ada je benda yang tertinggal. Memang gitu perangai tiap-tiap hari. maka redho je la, malas nak berbunyik lelebih nanti ilang mood



bila anak dah besar panjang, sila tolong ibu tiup belon. belon ni gunanya untuk game nanti

Mr. President sports club tak nak mainan yang berunsur kanak-kanak tapi kami dah abaikan dia. hehehe, semua games mengikut kata hati sendiri

alaaaaa. relax la boss. sekali sekala jadi budak-budak




gunakan balik banner yang ada. buat apa ada banner kalau tak guna???....



naib pengerusi, setiausaha dan bendahari

good job yee meng, member yang datang awal walaupun tak menolong apa-apa



baju purple menunjukkan committee ..

walaupun tak semua yang pakai t-shirt sports club. tak po, janji program berjalan lancar



dari jauh dah macam telinga rabbit



kami amik 2nd floor jadi senang sikit nak bergames tanpa rasa malu



anak sapa la ni????

tak ramai yang bawa family sebab kena bayar 
:)

kak ton tak de pilihan sangat. kesian pulak diorang tinggal kat rumah. lagipun kena pikir diorang tak dinner lagi jadi hangkut le semua. senang, selesai satu masalah



the girls with sorang makcik



game start lambat sikit sebab tunggu peserta. lepas makan, turun solat lepas tu punya la lambat naik. dah pukul 8 baru nak start main

helloooo kengkawannnnn
kita ada 6 games ni, show start pukul 8.45

game yang pertama... pass bola pingpong dalam sudu. jaga-jaga, jangan sampai tercium pulak

satu group kitorang pecahkan pada 2 pompuan dan 4 laki. demi menjaga kesucian kaum perempuan, bila time pempuan kena bagi bola kat lelaki, bole guna tangan. mana nak tau, saja je ambi kesempatan,,, terpegang pipi la, tercium mulut la

eh eh eh



game kedua ... duduk atas belon sampai pecah. belon kena letak atas paha sorang lagi member. nasib la korang kan kot paha korang meletup sama macam belon tu jugak

ni kak ton demo, konon ramai tak paham. saja la tu nak kenakan kak ton



telefon rosak

ala,,,, yang pass message sampai belakang tu



bahasa insyarat

amboi. gajah sangat kak ton kat belakang tu. nangis tengok diri sendiri dalam gambar. balik rumah cepat-cepat tanamkan azam nak diet sungguh-sungguh

bila tengok makanan sedap-sedap, korek balik azam tu. nak tanam hari lain la pulak



amboi.....lapo sangat ni wai ooi


Monday 27 April 2015

Dessert Sepanjang Zaman



semalam.... hari ahad. sepatutnya hari bersenang lenang sambil tengok running man

haih,,, perut pulak mintak diisi. malas betul la nak keluar rumah cari makanan. malas jugak nak makan nasi, konon diet kan jadi nasi tu pilihan yang very terakhir

makanya... benda ni la yang selalu dalam ingatan plus anak-anak suka ya ammat



1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu garam
sikit pandan paste

masuk semua bahan dalam periuk, ramas ketulan tepung sampai semua lebur. bila dah sebati, pasang api sebab kalau tak pasang api sampai tujuhhari pn tak siap-siap. tutup api bila adunan dah pekat dan meletupLetak dalam bekas, simpan dalam peti ais. 

Air Gula
1/2 cawan gula merah
1/8 cawan gula
1/2 cawan air
1 helai daun pandan, simpulkan

Masak semua dalam periuk. Tutup api bila gula dah hancur dan sedikit pekat



konon diet tak makan nasi tapi makan kuih yang ada tepung beras bermangkuk-mangkuk

apakah erti diet ini????



Thursday 23 April 2015

Black Pepper Chicken Chop



chicken chop ni masak semalam. weekday ye, bukan weekend tau. jangan nak kagum sangat sebab sebenornya western food ni bukannya susah sangat nak buat. rasanya lagi senang dari masakan melayu kampung

campak- campak... godek-godek. zassssssss, dah siap 




chicken chop kesukaan along. 2 keping ciken tu sekali hadap je dia boleh habiskan. small matter sangat

kak ton perati, dia memang suka makan berunsur macam ni. sebab tu stok meatball, daging kisar, sosej, thousand island & cheese sentiasa ada dalam peti ais. kalau tak sentiasa pun, konsep hari ni habis esok dah kena beli





ayam tu kak ton perap dengan garam dan serbuk lada hitam je. 

resepi sos pulak dari sini

Bahan-bahan untuk Black Pepper Sauce
 
1 labu bawang besar (Holland) - kaler kuning tu (cincang, tapi saya kisar)
4sb tepung gandum
1 kiub ayam
2sb sos tiram
2sb kicap manis
2sb lada hitam (tumbuk kasar)
4sb sos lada hitam
3 cawan air
Sedikit oregano
2sb mentega
 
Cara-cara
 
Panaskan sauce pan (Periuk). Cairkan mentega. Tumis bawang sehingga layu (tapi jangan sampai hitam).

Masukkan lada hitam yang ditumbuk. Kacau. Masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau elakkan bergentel.

Masukkan air dan pati ayam. Kacau sebati. Masukkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap. Kacau sebati. Kalau pekat sangat, sila tambah air. Kalau cair sangat sila masukkan bancuhan tepung jagung. Masukkan oregano. Biarkan atas api sebentar. kalau nak warna lebih gelap, sila tambah kicap.




dah siap.... lima pinggan chicken chop

bukan hanya chicken chop, sempat jugak masak sup ikan dan sayur simple untuk incik suami yang pasti cari nasi



Wednesday 22 April 2015

KWSP





angin tak de ribut tak de tiba-tiba benda ni dipersoalkan

dari 55 tahun, cadangan untuk extend lagi 5 tahun membawa pada 60 tahun

huhuhu, 55 tahun tu pun rasanya dah lama ni nak tarik lagi masa tu. konon umur pencen dah naik ke 60 jadi kena selaraskan 

jangan la macam tu. kami ada hak atas duit kami sendiri

kalau umur panjang, dapat la merasa hasil simpanan berpuluh tahun tu. kalau takdir Allah sebaliknya......



Tuesday 21 April 2015

Majalah Favourite



memang dari dulu kak ton suka dengan majalah Anjung Seri

suka tengok rumah cantik, rumah kemas. sambil tengok sambil mulut bebel tak tentu hala. bebel dengan harapan kak ton pun satu hari nanti dapat duduk rumah cantik



mungkin sebab bebel banyak sangat kot kak ton kadang-kadang tulis kat ruangan komen pembaca tu. hehehe, kadang-kadang dapat hadiah

dah cuba banyak majalah deko lain tapi kurang serasi dengan jiwa. mungkin sebab dah itu je makanan kak ton tiap-tiap bulan jadi malas nak tukar dah. hanya anjung seri kat dalam jiwa



ok, itu je nak cerita

bye

@_@



Monday 20 April 2015

Walkathon




hari tu... minggu lepas kot dah selamat 1st activity sport club opis kak ton



ni le hasil t-shirt dari supplier haprak. turquoise dah beranak jadi biru. justin si committee member yang tak muat t-shirtnya hanya mampu pakai t-shirt kelabu dia



deretan hamper, ada 12 semuanya

hamper pun buatan sendiri. kak ton yakni vice president dan cik secretary beli bebarang dan balut sendiri. walaupun bukan company sendiri, kak ton sentiasa amalkan jimat cermat amalan yang mulia. selagi ada ruang penjimatan, mari ke kita berjimat

minuman kak ton buat sendiri kat rumah. jenuh jugak masak air untuk buat teh-o panas. air gula dah masak siap-siap, tinggal nak bancuh je kat tempat kejadian



ewahh... gaya seorang ceo



pendaftaran pun bermula. ada kategori lelaki, perempuan dan kanak-kanak



berpura-pura bekerja untuk memaniskan gambar



seperti yang dijangkakan, susah nak tepati waktu. pukul 8 patutnya start tapi pukul 9 ada lagi yang on the way. tu pun ramai yang dah bagi nama tapi wajah tak kelihatan




anak sapa ni?????....
anti-sosial sangat. gitu le along. buat syarat je datang, joinnya tidak



udoh-udoh le tu lee.... tak abih-abih dengan getah dia

mak oihhh,,, t-shirt kak ton panjang 5 meter. dah nak sampai ke lutut. appacitaaaaa



pakar tai-chi mengetuai sesi panaskan badan. jaga-jaga sikit kangkang tu, jangan sampai terkoyak



bila badan dah panas membara, start le perjalanan



acara walkathon dah tukar jadi jogathon. walaupun tiap simpang ada penunggu tapi tak berjaya menakutkan peserta. majoriti berlari dengan gembiranya kerna hamper bermain-main di ingatan



dah selesai dua pusingan

nampak semua tu????... 
tu bukan rehat tau tapi sesi tak puas hati. tak puas hati ramai yang lari. yang lari sure le menang jadi dendam membara dalam diri

azab committee nak melayan




perbincangan dengan tuan president opis. president sport club yang jaga simpang tak sampai-sampai. tertido ke entoh

keputusan muktamad.... kena jalan lagi sekali

sebelum larian ulangan start, kak ton terpaksa ilangkan diri untuk collect nasi ayam

tak tau apa jadi... berparang, bergolok ke diorang



my anak dara dengan semangat kesukanan. sonok beno dia, kena lari lagi pun tak pe laaaaa. good girl

yang 2 orang tengah hulur something tu, dia bagi getah. syarat pemenang, kena ada 8 getah berlainan warna baru consider menang sebab ada bnyak short cut. mana la tau,,, mengelat pulak



fewwiiiiii... 
angah tempat pertama kategori kanak-kanak

hamper untuk kanak-kanak ada 2 biji. peserta pun ada 2. hebat sangattttttt kan






Wednesday 15 April 2015

CC untuk Nubhan



order untuk birthday nubhan ke 29 tahun





gambar dari fb tuan order..... 
uikkkk, flawless muka nubhan. sama macam muka kak ton 25 tahun lepas

 



Monday 13 April 2015

Belajar Kimia di Chemistry Cafe



kawannnnn-kawannnnn... cafe ni cool giler tau

waktu melangkah masuk, pejam celik pejam celik, tampor pipi kawan belah kiri, tampor lagi pipi dia belah kanan. macam tak caya pulak ada tempat makan macam ni

pada yang sukakan sains, mesti datang sini. tiba-tiba kita bertukar jadi saintis dan professor

penunu bunsen, tabung uji, buret, pipet, kaki retort semua ada sebagai penambah seri cafe, sesuai dengan nama

staff pun pakai lab coat. chilllll

ada meja singki jugak. kalau setakat borak kosong & datang berdua, bole je duduk kat meja singki tu


kat mana??? sini je
Chemistry Cafe+Lab
Jalan Kristal J7/J 26 Section 7, Shah Alam



tak cayo kata kak ton??... 
bekas minum pun bentuk tabung gini. kat makmal le selalu ada kan??? siap ada picagari lagi

picagari pun diorang sediakan, dalam tu ada air gula. 
lepas habis air gula, boleh guna untuk sedut minuman dan masuk mulut ye. bukan untuk korang sedut dan sembur kat muka kawan

ni namanya vanilla junkie. harga lebih rm10, tak pasti sangat harga sebenar


waffle... sedappppp korang. nak lagiiiii




pie

secara kesimpulannya.... tak banyak makanan berat tapi encik google kata lasagna dia menjadi kesukaan ramai. aiseh,,, kena datang lagi jawabnya.

jadi.... kalau weekend tu tak de menda nak buat, boleh mengopi dengan kawan-kawan atau family kat sini. ramai student jugak datang melepak kat sini jadi kebarangkalian untuk dapat awek baru atau mencuci mata adalah tinggi

lalalalal... siapa bilang gadis melayu tak menawan



Ke Piccolo Cafe Pulak



hebat sangat... 
ada 5 entry pasal food review. Rasa macam bertembolok ayam je. Actually, bukan pergi sekaligus pun. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit la gambarnya

Ni alamat penuh, siap dengan poskod sekali. Kot kalau nak hantar surat ke poskad ke, senang la sikit


kak ton amik mocca je. sebenarnya kat atas latte tu ada la buih-buihan tapi dah kak ton musnahkan

datang sini dengan boss dan supplier. jadi bila diorang pegi gents, cepat-cepat amik gambar. konon jaga reputasi depan diorang
:)

memang biasa kak ton akan order mocca atau latte je kalau datang cafe macam ni. ye la, kat rumah tak de mocca latte bagai, jadi mari amik kesempatan yang ada depan mata

harga rm8 segelas, biasa la kan rate macam tu



rupa sepinggan chicken chop yang diorder insan bernama boss dan supplier tu. tak tanya pun rasa tapi bila tengok dua pinggan tu bertukar padang jarak padang terkukur maka sedap la tu

konon tadi kata kenyang. appaaaniiiiii.. biasa tu menipu

kak ton yang memalu kucing ni cuma order mocca dan kek. i kan penggemar dessert. dapat makan dessert je dari pagi sampai ke malam dah cukup kenyangkan peyut. maka lepas tu berani kata gemuk. nak salahkan waiter kat piccolo ni jugak?????

kalau ikut dari menu... ada nampak footlong sausage. amboi... panjang sangat tu. terkesima kejap kak ton dibuatnya

tapi yang kak ton suka,,, cafe ni berkonsepkan vintage. lantai yang macam tak sudah tanpa tile dengan dinding batu bata. ada jugak set drum, kot kalau tengah pening cari ilham, boleh kot rasanya ketuk-ketuk dram tu



Thymes Cafe



bff kak ton.... suka sangat berjalan. kalau dia tak angkat phone, besar kemungkinan dia dah ke oversea. lepas call tak berjawab, mesti akan masuk satu sms. aku kat sini, aku kat situ la

fuh.... penat dengor tapi perasaan lebih kepada jealous kot

walaupun duduk kat perak, muka dia akan ada selalu kat kl ni. datang pagi, balik petang tu dah kira biasa sangat. eh eh eh, melalut-lalut pulak

nak cerita pasal cafe, dah merepek tak tentu hala 


cafe ni... 
thymes cafe kat seri kembangan ni dia le yang recommend. kawan dia pulak yang recommend. kiranya.... semua pun dari hasil gosip mulut orang

cafe milik hafiz awan nano. huh, dia tak bagitau pun ada bukak cafe. jadi banyak deko pun diambil dari hasil dia dalam bidang seni. contoh macam award. rambut tak ye, jangan harap dia nak framekan rambut dia tu 

Ni alamat yang kak ton google. nak tanya macamana nak pergi??... mintok mahap, kak ton buta jalan

Thymes Cafe
No.16-G Block C
Pusat Perniagaan The Atmosphere
Jalan Atmosphere 6
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor

kitorang datang dah petang, lepas penuhkan perut kat rumah. jadi ambil makanan yang tak berat sangat



yang ni pun sangat la yummy, nama pulak lupa tapi harga masil lagi berbaloi. lampu aladdin pun sangat comei ye. sos semua diorang letak dalam lampu aladdin ni

kitorang makan jugak creme brulee. gambor tak sempat amik sebab sesampainye creme brulee tu kitorang dengan sepantas kilat memasukkannya dalam mulut. sedapppppppp ko. harga pun ok, RM10.20 je 





order sepinggan spaghetti carbonara jugak. agak muak pada pandangan kitorang. tapi rasa muak tu tak berapa nak jelas sebab kongsi sepinggan makan 2 orang. kenapa tak order laksa sarawak yang ramai orang gosipkan?....sebab perut kenyang sangat


sebagai hantu dessert, kak ton sangat le tepuk tangan bertalu-talu bila dapat makan kat thymes cafe ni. kalau ke area sana, mesti akan datang lagi dengan harapan boleh tolong hafiz masak laksa sarawak




Friday 10 April 2015

Food Review - La Dapur



Bagi penggemar western, aku recommend sangat-sangat-sangat datang kat sini. Nama restoran ni La Dapur. Ulalalalala, nama pun mantop. Restoran senang je nak cari sebab dalam kawasan glemer Seksyen 7 Shah Alam


Sila bangun tak tepuk tangan ramai-ramai. Restoran ni bersih berkilat, deko pun menarik dan yang paling penting makanan sangat kena dengan citarasa saya. Citarasa orang kampong feeling duk Paris dua puluh tahun



Terliur tak dengan pasta ni??... tu la, ni baru dari angle bucu-bucu ye. Belum zoom terus dari atas. Masa datang ni orang agak padat jadi segan sikit nak tonjolkan diri. Kalau tak, mau berdiri atas kerusi

Dah la sedap, presentation pun tak serabut. Tak payah nak kuis-kuis bahan yang kita tak suka. Pandai tukang masak sesuaikan dengan citarasa orang Asia 
*jenguk-jenguk dapur nak bye bye kat chef*

Kalau tension dengan boss, balik kerja boleh terus menepek kat sini. Tak payah order makanan berat, yang light-light pun dah cukup janji boleh release tension

Fries, potato wedges, potato chips baru RM4.90. Order je fries dengan ice blended. Cepat la mencair rasa marah tu. Balik rumah happy-happy balik 



Nah lagi satu

Heheheheh, saja je nak bikin korang panas hati



Tengok tu fish n chipnya???....

Satu lagi sebab kenapa aku akan datang lagi ke La Dapur ni.... sebab harga sangat berbaloi. Dah la sedap, fish n chip sepinggan ni baru rm14.90. Perah lemon, cicah dengan sos cili. Nak pedas, bawa cili padi siap-siap dari rumah