Friday, 10 April 2015

Food Review - La Dapur



Bagi penggemar western, aku recommend sangat-sangat-sangat datang kat sini. Nama restoran ni La Dapur. Ulalalalala, nama pun mantop. Restoran senang je nak cari sebab dalam kawasan glemer Seksyen 7 Shah Alam


Sila bangun tak tepuk tangan ramai-ramai. Restoran ni bersih berkilat, deko pun menarik dan yang paling penting makanan sangat kena dengan citarasa saya. Citarasa orang kampong feeling duk Paris dua puluh tahun



Terliur tak dengan pasta ni??... tu la, ni baru dari angle bucu-bucu ye. Belum zoom terus dari atas. Masa datang ni orang agak padat jadi segan sikit nak tonjolkan diri. Kalau tak, mau berdiri atas kerusi

Dah la sedap, presentation pun tak serabut. Tak payah nak kuis-kuis bahan yang kita tak suka. Pandai tukang masak sesuaikan dengan citarasa orang Asia 
*jenguk-jenguk dapur nak bye bye kat chef*

Kalau tension dengan boss, balik kerja boleh terus menepek kat sini. Tak payah order makanan berat, yang light-light pun dah cukup janji boleh release tension

Fries, potato wedges, potato chips baru RM4.90. Order je fries dengan ice blended. Cepat la mencair rasa marah tu. Balik rumah happy-happy balik 



Nah lagi satu

Heheheheh, saja je nak bikin korang panas hati



Tengok tu fish n chipnya???....

Satu lagi sebab kenapa aku akan datang lagi ke La Dapur ni.... sebab harga sangat berbaloi. Dah la sedap, fish n chip sepinggan ni baru rm14.90. Perah lemon, cicah dengan sos cili. Nak pedas, bawa cili padi siap-siap dari rumah



4 comments:

  1. wow sedapnya. N memang suka makan western. bolehlah nanti N pergi sebab dekat je :D

    ReplyDelete
  2. tgk
    dia makan luar lagi
    pelik lak aku
    kahkahkah
    tapi nampak sedap la kakton
    berkeroncong perut waktu lunch ni

    ReplyDelete