Wednesday 29 January 2014

Mushroom Soup + Garlic Bread



salam semua

busy pulak sekarang ni, banyak gambar nak kena masuk tapi punya la tak senang

semalam dah apply 1/2 day leave tapi boss mintak cancel. ok la boss, i is menurut perintah

bila dah cancel leave, mengelupur le aku ke sekolah sebab nak collect duit seratus bantuan persekolahan. tahun ni efficient sikit. tahun lepas sampai kena announce dalam mesyuarat agung pibg sebab ada 8 orang tak ambil lagi, kalau tak ambil diorang nak pulangkan balik kat kementerian

hahahaha,,, padan muka. sayang oooo, dua ratus tuh, sapa nak bagi

jangan tak percaya yek, semua pun gambar makanan yang aku bakal velagakkan

dah tukar diri jadik tukang masak berjaya. pedulik hapa orang kata tangkap gambar masakan orang saiko, janji perut family tak saiko. lepas makan boleh telentang kenyang kat depan tivi

ni ha... nak tunjuk, antara makanan kegemaran anak-anak


mushroom soup dengan garlic bread




kalau masak ni memang tak payah pikir pembaziran. sampai kering diorang makan





roti versi aku senang je

beli sebuku roti gardenia, tumbuk 3 ulas bawang putih, 3 sudu minyak zaitun, 1 sudu besar butter, sikit garam

satukan semua, gaul pulak dengan roti, terus bakar sampai garing




jom intai bahan mushroom soup pulak

6 cawan air
2 ketul isi ayam
2 ketul kiub pati ayam
2 cawan susu full cream
6 sudu besar tepung jagung
1/2 tin cendawan butang
garam, gula
oregano, kalau suka

masukkan air dan isi ayam, rebus sampai masak. keluarkan ayam, masukkan pulak kiub pati ayam. masak sampai mendidih

sementara tu, carik-carikkan isi ayam dan potong cendawan ikut suka sendiri. aku suka separuh cincang kasar, separuh lagi belah 6

bila air dah mendidih, masukkan susu. api yang besar sangat, nanti susu membuak keluar. masukkan juga garam, cendawan, ayam, gula, perasa kalau suka

bila mendidih lagi, masukkan bancuhan air tepung jagung. kacau sampai pekat





bila nak makan, tabur le dengan sikit oregano

tapi tak kesah le apa herbs korang nak tabur, nak mengindahkan suasana je tu. kata dah tahap masterchef, plating kena la kebaboom



Monday 27 January 2014

Kembali BerCoklat



Kejap je nak habis bulan Januari

Rasa macam baru je lagi aku dengar mercun kebaboom masa malam new year. Aku baru nak lelap tengok langit bergemerlapan dengan cahaya mercun

Cayalah....kaya korang yek
Aku tetiap tahun sentap dengan laki pasal mercun di bulan puasa sebab aku tak boleh terima konsep pembakaran duit secara berlebihan

dah lama rasanya tak main-main dengan coklat. skill dah berkarat tapi demi anak, aku gilap balik skill tu




appokonomengono dengan anak??

kat sekolah, under pelajaran Kemahiran Hidup, setiap kumpulan kena berjual-beli makanan yang bukan berkonsepkan jajan

jadi.....anak dara ku yang comel dan manja suruh paksa buat coklat

fuhhh... lap peluh. aku kata malas kat dia tapi dalam hati ok je

hihihihhiih, kejam tak?... dia kata dia tolong, don worry. ok lah...kami pun membanting tulang la semalam. tapi rasanya tulang dia yang aku banting, panjat kabinet, lap mould, warnakan coklat, isi white choc dalam mould, keluarkan coklat

aku bertindak sebagai mandor je




dah siap 30 bekas 

aku kata satu bekas tu letak la dalam kotak cantik, bagi kat cikgu KH. dia kata tak payah, nanti angah suruh cikgu beli je

hahahahah... double kejam




mungkin sekarang angah dok promote coklat kat kawan-kawan kelas dia

selamat berjaya


Thursday 23 January 2014

Tutorial - Label Botol Rempah



boleh panggil tutorial ke kalau macam ni?... gasak la. korang paham-paham la, maknanya aku nak tunjuk la macamana aku buat label tu

tak sangka pulak aku ramai yang suka idea aku buat label untuk botol rempah ratus

eleh... macam aku tak tau
korang sebenarnya ada banyak botol hadiah orang kawin, lepas tu botol tu biar tanpa jagaan dan belaian kasih sayang. tu yang eksaited semacam

sebab aku pun rasa benda yang sama gaks

ok ok... 
aku sayang korang ketat-ketat sampai tak boleh napas


nah...ni le rupa excel yang aku kata try n error tu

saiz ni sungguh molek untuk penutup. sebenarnya aku nak attach microsoft excel tapi tatau camana. kalau aku attach, korang boleh terus tukar kaler dan print je

appabolebuat.... i am takpandai


satu sheet excel tu kalau korang minimisekan margin kiri kanan atas bawah, lepas tu landscapekan boleh dapat 16 sticker

Insert la bentuk bulat dan fill dengan warna yanng korang suka. Kabinet aku warna merah jadi merah la aku pilih untuk sticker. Sedondon... loving


height row 11.25, besar column 8.25

Adjust la kebesaran bulatan tu ikut contoh aku

ni ha,,, tengok contoh kat bawah



pegi cari insert WordArt, pililh la gaya penampilan yang korang suka



ada yang jenis menonggeng, menegak. pilih je la yang korang minat

aku pilih tulisan macam ni. adjust la kebesaran dan jenis font




lepas dah print, laminate la supaya tak kotor, tak basah, nampak hebat dan berkilat je

kan warna kertas dah merah, untuk bagi kontra sikit aku gunting start dari bahagian putih. jadi nampak la ada gabungan warna merah dan putih

dah tu, lekatkan double sided tape kat belah belakang. kalau korang tampal belah depan, aku pun tak pasti macamana korang nak tampal nanti 

:)

dah boleh tepek kat botol

kan hebat penampilannya

pada sapa-sapa yang nak excel yang aku create tu, boleh le email aku kat iidashazana@yahoo.com.my atau sms je email korang ke phone aku 012-9173050

insha-allah, bila free aku forwardkan



Wednesday 22 January 2014

Puding Coklat Simple



kalau orang datang rumah, seboleh-bolehnya aku nak jugak selitkan dessert. yo lah.... sambil cite boleh le cuci mulut dan gigi

melainkan la kalau orang tu datang mengejut, jawabnya biskut marie le. kalau lagi mengejut, tak de apa-apa langsung untuk dijamu

sejam setengah sebelum datang,,, baru bagitau. sempat le aku selitkan puding simple dimple ni

jadik la... dari tak de




memang senang... janji bahan ada. bahan-bahan dia memang selalu aku simpan stok. mana tau kot tetiba ada orang order puff, tak de le kena merangkak ke kedai

teruk kan??... 
pemalas nak mamps sampai kena merangkak

rasa dia ok la bagi aku. walnut tu berjaya mengaburi segalanya

hahahahaha... psycho namanya




bahan sonang ... buat pun sonang

250ml susu segar
25 gram dark choc
1 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad
walnut secukupnya

cairkan choc - double boiler

masukkan susu, gula dan tepung dalam periuk. kacau sebati sampai tepung tak bergumpal. masak sampai pekat

tutup api, masukkan choc. kaupbalikkan sampai sebati

masukkan dalam bekas, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam

hiaskan dengan walnut




ada keraguan di situ?... pasal timing kan?

kata tetamu bagitau setengah jam sebelum datang, lepas tu puding kena bertapa dalam peti sejuk 2 jam

dah borak borak.... anyam ketupat... makan main dish
sempat la dalam 2 jam


bijak tak anje




anak-anak tak suka walnut ..

tak de masalah, ibu kasik clearkan



Tuesday 21 January 2014

Susunan dalam Laci



kita semua kan tukang masak professional kat dapur sendiri. bila professional, kena la cukup segala rempah ratus, baru le makanan sedap,,,, meletop-meletop dalam mulut

hebat kan?... 
ingat mercun je boleh meletop. kelasssssss

abih tu, bila rempah ratus banyak, bekas kecik2 pun banyak jugak. kalau tak kena gaya, boleh serabot kepala

untuk itu, terpaksa pikir cara yang aku rasa comel dan perasan kemas. janji mata clear, hati pun senang



ni diaaaaaaa....

lokasi dalam lacik kabinet

macam yang kegunaan tiap-tiap hari macam garam tak de le aku letak. biar je kat tempat masak, bahagian bawah dapur. kang meroyan pulak aku kejap-kejap nak bukak laci kat tepi sinun

belacan, serbuk kunyit, asam jawa pun aku biar kat tempat lama




ada 2 bekas yang aku guna

macam pernah tengok???

hihihihi, bekas yang orang kawin selalu bagi tu tapi tak semua le aku dapat. ada 5 je yang orang kawin punya, yang lebih tu aku beli

sekarang yang bekas bulat tu dah tak de, pesen botol 4 segi pulak

haihhh... kalau bekas bulat tu ngam-ngam je kedudukan. dah terjejas kekemasan laci aku




kat antara botol tu aku ada la letak divider supaya tak lari

macamana aku dapat divider tu?..amik zink yang cantik, ukur lebar dan kelepetkan kiri kanan 90 darjah. jadi tak de le so called divider tu bergerak-gerak

kita kasi ikat dia....


aku adalah nyanyuk... lupa plak bagitau macamana label tu boleh wujud

mula2 aku adjust la bentuk bulatan dalam excel, kecil sikit dari saiz penutup. konsep try n error la ni kononnya. bila dah ngam, kasi add la word

disebabkan kertas warna merah sama dengan warna kabinet & blind, aku pilih tulisan yang senang nampak

dah print, kasi laminate. sebab tu le kena bulatan lagi kecik dari penutup. lepas laminate, potong la

kat belakang, tampal dengan double sided tape. dah boleh tampal kat penutup. senang, kejap je dah siap

bila bekas kotor, cabut je label dan basuh botol. tampal semula bila botol dah kering



Monday 20 January 2014

Blueberry Tart yang Ohsem



gembiranya dapat duduk kat rumah lelama

tak payah nak mengadap jam. jam pun bukannya sebab apa, sebab orang potong que. dah potong que, lepas tu harap orang lain nak bagi laluan. kalau orang tak bagi laluan, tunjuk jari

haippp... cubit jari tu baru tau

walaupun aku ganas tapi tak suka potong que. kesian kat orang lain yang penat-penat beratur, kita senang-senang je

ada akai???

apa aktiviti aku cuti 3 hari ni???...

selain hantar along angah pegi tusyen, keje aku adalah makan blueberry tart je



sedap u.... tak tipu




tak caya??... boleh datang rumah & rasa

baru korang tau betapa ohsemnye

lembut dari segenap lapisan

kulit lembut,,,jam pun lembut




tak payah tunggu raya pun boleh makan

macamana cara????

hehehehehe... order le dengan kak ton



harga masih macam tahun-tahun sebelumnya

RM23, isi kandung lebih kurang 45 biji


appamacam???... jangan tunggu lama-lama

call/sms je i .... 012-9173050


Friday 17 January 2014

Masak Lemak Udang & Peria



yang pahit itu ubat ... 
yang manis itu senyuman aku

hahahaha.. perasan kan. padahal senyum pun pahit jugak

buntu le nak masak apa. asik-asik ngadap dapur tu yang idea terperuk je dalam otak

kata azam nak masak hebat-hebat kan. kena la abaikan kedai makan yang bersepah-sepah kat depan mata. jeling boleh tapi masuk no no no




kombinasi kegemaran suami dan anak. peria untuk suami, udang untuk iwan. suami kak ton tak suka masak lemak, lemah badan katanya tapi sekali sekala tak pe kot




3 ulas bawang merah- tumbuk lumat
6 biji cili padi - tumbuk lumat
2 inci kunyit hidup - tumbuk lumat
1 batang serai - titik
2 cawan santan
1 keping asam keping
garam
1 biji peria sederhana besar

potong peria menyerong. rendam sekejap dengan air garam untuk kurangkan pahit

masukkan santan, serai, asam keping dan bahan tumbuk dalam periuk. sentiasa kacau untuk elakkan santan pecah. nanti tak cantik tau

bila dah mendidih, masukkan udang dan garam. masak sekejep je, kalau tak udang keras pulak.

dah selesai .... boleh le makan 



Thursday 16 January 2014

Tingkap pakai baju baru



Sekarang harga barang mencanak naik kan?...

Semua naik kecuali kangkong. Tapi takkan nak santap kangkong tiap-tiap hari. Kang susah nak bezakan mana satu kak ton mana satu arnab

untuk itu.... kena la pandai ataupun berlagak pandai

salah satu yang aku rasa membantu adalah masak kat rumah, kurangkan makan kat luar

mahal tuh. Macam aku yang ada 3 orang dewasa 2 kanak-kanak ni bajet dalam 100 la. Kalau sekali sekala manis la

Kalau berkala-kala?....
kak ton takbletahan

untuk memantopkan semangat rajin ke dapur, aku upkan sikit pemandangan mata

tarok blind lain. Kalau sebelum ni aku pakai blind buloh bajet orang asli di tepi gunung, kali ni kita kasi tukar



Taraaaaaa kucaaaaaa

dah sama dengan warna kabinet


Sebelum pasang saspen jugak sebab warna macam pink je. Kot kalau betul pink, nangis le aku kat tepi tali air

bila dah siap, baru nampak ngam. Pandai apek kedai
haaaaa... kasi puji sikit




Amacam... berkobar-kobar semangat

kemon baby....suami dan anak-anak menanti makanan meletop dari anda



Wednesday 15 January 2014

Kucing



Koranggggggg.....

aku kan ada cerita si iwan ni bukan main suka binatang. Pantang ada je binatang mesti dia nak bawak balik. Anak ikan jangan cerita le. Kot kalau aku kumpul, mau dapat 2 kilo ikan bilis

baru-baru ni dia berjaya pujuk aku untuk bela kucing

kucing biasa je pun, bukan kucing siam. Dia kata comel betul. Comel le sesangat kan

tu tengah syok melayan kucing la tu

Kalau tengah tido, mengelupur dia bangun bila aku sebut pasal kucing dia tu

Nama kucing timi... nama hamster mimi

sungguh terserlah konsep keluarga bahagia




Kat ujung kaki dia tu semua anak angkat dia dan makanan masing-masing. Kot kalau korang datang rumah aku ada bau reban kambing, jangan pelik pulak


Dia main tu aku tak heran. Suka je aku tengok sebab dia buat macam baby

tapi yang tak boleh tahan....dia amik bra aku, letak kat kepala timi

aku tanya pahal pulak tu?....


dia kata untuk langkah keselamatan, takut jatuh dari kerusi


pengsan aku




Monday 13 January 2014

Kek Lori


Azab betul rasanya

Kat tab tak bole update, kat laptop pun tak boleh jugak. Tu yang hai je dari hari tu

berjaya jugak aku godek-godek. Bijak jugak le aku nampaknya....kalau aku cerita lagi detail kang terserlah pulak bevodohan aku. Korang semua kan pandai IT, aku jugak yang sepi



Sebijik kek lori dari jiran lama khas untuk cucu dia yang minat lori. Hebat....lori pun ada peminat



Aku cadang nak start bakar kek jumaat malam. Tak de le kelam kabut pagi sabtu. Mana nak mengemas, nak lepak, nak nyanyi nyanyi sambil basuh pinggan

nak dijadikan cerita sedih...ada banyak problem kat opis. Dah pukul 6 aku cakap kat boss, nak balik ambil anak2 kat sekolah, lepas tu aku datang balik


dinner dulu kat mcd. Kesian plak nanti anak2 kebulur. Dekat pukul 12 malam baru sampai rumah. Dasyat sungguh, kagum dengan diri sendiri

jadiknya ... sabtu jugak le membaking choc moist



Dah siap sebijik lori untuk irfan. Mari kita tangkap gambar pulak

cit sungguh ... tekan punat tapi gambar tak keluar. Masya allah, memory card kat opis pulak

sedih tau ... tangkap je la dengan tab



Tu yang gambar tak outstanding

Jadik laa




Tq kak jah...kak jah dah sebaya mak aku tapi aku panggil kak je, biar dia perasan muda


Walaupun dah pindah, kami tetap kamceng. Dengan anak menantu, dengan adik beradik, anak sedara dia aku dah tak de masalah. Semua pun dah macam sedara aku jugak


kami salig sayang menyayang

:)