Wednesday, 8 January 2014

hai



Dah 8 jan tapi masih lagik dengan post legging

Muntah korang kan?

bila lama sikit cuti update, terus malas gile. Ramai pun macam tu, jangan nak nipu ye


apa korang buat masa new year hari tu?... 

aku?. 
Memang jenis yang tak celebrate. Korang tak kan jumpa aku kat dataran nun. orang bagi 500 ratus pun belum tentu aku nak pegi. Kalau orang bagi seribu, mungkin aku layan. Haaaaaaa... mata duitan sungguh kan

jadinya... duk kat rumah je. Kemas rumah yang tak pernah kemas dalam jangka masa lama, ada je tukang sepah

khamis n jumaat memang aku apply cuti, saja nak happy kan bebudak. Kalau time sekolah,,sengeh je diorang kalau nampak muka aku kat pagar sekolah. 2 hari aku menyupirkan diri


tahun baru ni aku rasa mencabar. Dengan kos yang meningkat, kena la jimat lebih sikit. Bukan jimat sikit tapi jimat banyak

azam aku nak kurangkan berjalan masa weekend. Sebab kalau berjalan, pesen anak n en.suami tu mesti nak makan kat luar. Diorang tak kira, walaupun aku masak kepala gajah, tu memang kemestian

Tapi kesian jugak kalau terperuk je dalam rumah


lagi satu ..., nak rajinkan masak
Masak yang menggiurkan sampai kalah michael ang

makanya memborong le aku barang-barang keperluan masak. Sekurangnya harga makan kat luar tu bersamaan dengan 3 kali masak. Jimat tu beb


bila dulu manjakan sangat en.suami, sekarang rasa la ko. Banyak benda kena buat sendiri. Tapi sonok jugak macam tu, aku boleh beli apa yang aku rasa perlu je. Dia tu bukan main boros....bebel pun boleh tahan. Tadah telinga je aku nanti


jadi .... saksikan gambar masakan meletop kebaboom dari aku pada masa akan datang. Tu pun kalau semangat masih hot macam sekarang






4 comments:

  1. x pe kak..jd supir yg dpt pahala berganda2

    ReplyDelete
  2. mmg semua kena jimat banyak . minyak pun dah naik lagi . pas ni confirm barang pun naik sama .

    ReplyDelete