Tuesday 30 December 2014

Blogger Cantik Manis Bertunang



cerita basi, berita basi

tak kira, nak cerita jugak
sebab suka tengok dia,,,,Dr Fatin Liyana

cantik, pandai, sweet



warna baju bertunang pun sesweet orangnya. lembut je kan. tapi kalau orang dah cantik, pakai apa pun cantik jugak. seri muka tersebar luas

kalau kak ton pakai gitu, hilang terus seri baju



congrats to Dr Fatin Liyana & Dr Anwar Fazal

sama cantik sama padan







semoga banjir yang melanda beransur pulih

semoga semuanya tabah menghadapi ujian besar ini dari Allah 

pada yang telah kembali, Al-Fatihah



Monday 29 December 2014

Banjir



kak ton rasa banjir kali ni benar-benar menguji kita semua baik dari segi emosi mahupun fizikal. pada yang melalui, hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan mereka

kampung kak ton di kuala kangsar pun tak terkecuali dengan banjir. first time rasanya kena banjir sepanjang umur kak ton ni

pagi rabu mak kak ton called, nangis-nangis sebab katanya air tiba-tiba naik dengan lajunya kat depan rumah. naik laju dengan bunyi sekali

orang-orang kampung datang tolong angkut barang-barang rumah jiran belakang yang betul-betul depan sungai. cuma sikit je yang berjaya selamat sebab air naik dengan cepat sangat. lepas setelkan rumah jiran, rumah kakak depan rumah mak pulak kasi clearkan. angkat semua barang ke tingkat atas rumah mak


tempat rekreasi belakang rumah yang dah tenggelam. kedai makan cuma nampak bumbung merah. kedai makan tu jiran punya jadi dia kerugian rumah dan barang-barang kedai



belakang rumah mak

padahal sungai tu sebenarnya jauh ke bawah. kat situ ada padang bola, surau. jadi kalau ikutkan jauh jugak jarak dari rumah


tak senang duduk dibuatnya. walaupun kak ton cuti tapi tak boleh balik sebab anak kak ton baru bersunat sehari. dia tak nak balik sebab malu

khamis baru kak ton dapat balik kampung



walaupun rumah mak tak masuk air tapi barang rumah semua dah dikosongkan. tolong bersihkan rumah kakak yang berlumpur segala. pinggan mangkuk berlumpur



 kain baju berlonggok-longgok

ni cuma banjir yang tak berapa besar. tak dapat bayangkan pada air yang naik tinggi, barang rumah rosak

kesiannyaaaaa

kena kemaskan rumah cepat-cepat sebab adik bongsu kak ton nak bertunang hari sabtu. kitorang pun dalam dilema nak teruskan majlis atau tak



korang dapat bayangkan kak ton berkain batik bert-shirt merah mengemas dalam hujan

dah lama tak mandi hujan



sempat lagi siang ikan talapia dalam hujan lebat. dah alang-alang basah maka marilah kita bersihkan ikan





kegajahan kak ton dari belakang



sejuk giler

dari awal pagi sampai ke tengahari kak ton berhujan

buat longkang untuk bagi air lalu supaya tak banjirkan laluan kereta




semoga banjir di pantai timur dan tempat-tempat lain kembali pulih


Monday 15 December 2014

Ubat Penyakit Malas



mak abah abang kakak ipar nak datang rumah

bila ada orang nak datang rumah, kena la kemaskan sikit rumah. biar nampak tak macam sarang tikus. bukan nak riak tapi takut tetamu semput, lepas tu tetamu takmo datang lagi

masa ni le nak nampakkan lantai macam emas 916 lepas hantar cuci kat kedai emas. siling rumah macam semalam baru lepas cat, dapur macam kontraktor baru pasang

huhuhuh
tetamu senang hati tuan rumah gembira


dah lama jeling kedai dobi layan diri ni tapi belum nampak keperluan. maka... masa ni le yang paling seswai untuk ambil kesempatan dengan kewujudannya

kasi hangkut toto kasi harum sikit




nasib ada bebudak yang layan wifi free kat situ yang tolong kak ton yang serba tak tau ni. nasib orang lain tak de, kalau tak mesti terkesima diorang dengan kejakunan kak ton. harap muka je comel tapi guna mesin ni pun tak tau
  


disebabkan jakun berlebihan, tak perasan ada 3 jenis mesin basuh. jadi kak ton dah pilih mesin yang besar untuk sebiji toto je. terrugi di situ sikit

tempat letak softener pulak kak ton letak serbuk sabun. omakaih,,, cepat-cepat kuis sabun dengan harapan kemasaman toto dapat hilang. harap-harap cctv tak dapat menangkap kevongokan kak ton

nasib le kak ton dressing makcik-makcik baru balik dari sawah. kalau pakai kebaya nyonya liplap dengna kain belah, sure cctv cepat-cepat pusing ke arah kak ton



harga pun very munasabah

harus le kak ton berkemah kat sini lagi


Thursday 4 December 2014

Info Sangat Berguna - Free dari Hutang



jalan-jalan merewang tanpa arah tujuan, kak ton terjumpa satu link yang menarik mengenai cara pengurusan RM

dengan keadaan sekarang, kos sara hidup yang tinggi, memang sangat mengkagumkan cara yang dia gunakan. terkesima sekejap, tersandar kat dinding sambil gigit jari

mudah-mudahan satu hari nanti kak ton berjaya larikan diri dari hutang. setelkan hutang rumah, hutang kereta yang baru terbina semula (menempah maut)

sedaya upaya lepas dapat gaji kak ton asingkan jumlah increment bulan 9 hari tu. transfer terus ke asb. harap-harap mampu kekalkan stamina

kelebihan diri... 
kak ton bukan kaki shopping,.. bukan kaki beli baju, handbag dan kasut mahal. nasib le minat tertumpah pada barang keperluan rumah je, pun bukan yang berharga mahal. kat kedai 2 engget je pun kak ton beli



Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Urus Kewangan

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!


Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lebih Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.


7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz3KoFh3ccY




Wednesday 3 December 2014

Kak Ton Menang OTtoman



di suatu petang lepas balik dari office dan ambil anak-anak kesayangan dari sekolah

dah beberapa kali dapat hadiah dari majalah favourite Anjung Seri. jadi bila nampak sampul surat Berita Publishing, kak ton berdebar dengan suhu keceriaan 376 darjah selsius

tapi.... 
sambil tu terpikir jugak. dah lama kak ton tak masuk peraduan Anjung Seri, mana mungkin dapat hadiah. takkan Anjung Seri begitu tau kak ton peminat tegar. bukan main ramai lagi peminat diorang kt luar ni



berkali-kali kak ton baca surat ni sambil garu-garu belakang kucing kesayangan anak-nak

whattttttt.....

surat bertarikh awal September 2014 tapi sampai dalam peti surat 14 Oktober. lepas tu tarikh last collect barang 17 Oktober

amboi-amboi sangat ni

kak ton baca lagi surat tu. hadiah untuk peraduan April 2013. triple amboi kat situ. makan setahun lebih baru dapat keputusan

sepantas pelesit kota kak ton korek balik majalah lama untuk mengimbau balik kenangan peraduan. ohohohohoho, peraduan tu rupanya

kena ambil kat Kajang walaupun ada cawangan kat Shah Alam. Paling lewat kena ambil 18hb, kalau tak hadiah adalah bye bye

omakganesh...apa macam ni
kena la kak ton upah somebody pegi collect mengenangkan hadiah tu bernilai RM800. malas pulak nak melangkah ke Kajaang sana. sapa nak bagi weh walaupun ia bernilai RM80



inilah ottoman 2 dudukannya

walaupun kak ton dan anak-anak agak sangsi dengan nilainya tapi tetap redho. cuma keluar duit beli majalah dan bayar kat kawan untuk urusan collection

kalau letak button mungkin kepercayaan kak ton tinggi sikit

anyway... TQ to penganjur dan Anjung Seri



Tuesday 2 December 2014

Cheese Tart vs Cream Puff


kerna kak ton adalah penggemar dessert, tiap kali kastemer order maka kak ton akan buat berganda-ganda dan bertingkek-tingkek

1 untuk kastemer, 2 untuk kastemer
10 untuk kastemer, 20 untuk kak ton

anak-anak kak ton yang comel ikut muka kak ton pun suka, jai bertambah-tambah la gandaan tu



cream puff & cheese tart

pun favourite kami. suka je bila ada yang order. merasa la perut kami makan 






mari dengar luahan perasaan kak ton

bulan disember... 
di saat orang lain pergi bercuti, kak ton busy dengan stock take. memang tak dapat nak ke mana la jawabnya. sedih pulak kadang-kadang

tak nampak pelapis yang nak take over stock take ni. semua orang pun melarikan diri bila sebut pasal ni. kak ton???.... sebab fikir tanggungjawab je kalau tak mau kak ton cuti sebulan. cuti pun ada banyak lagi ni



Monday 1 December 2014

Cupcakes


hai.... salam 1 Disember pada semua.

amacam??... 
dah khatam cara buat apam gula hangus kak ton

2 kotak cupcakes 12 biji dari kawan kak ton

anak-anak dia dah macam anak kak ton sendiri. masa kenal dia, fifi belum setahun lagi rasanya. sekarang dah 6 tahun. haih, cepatnya masa berlalu

dulu selalu bertembung kat nursery. dia kata selalu nampak kak ton tunggu anak dalam kereta tapi tak berani tegur sebab kak ton berwajah singa. huhuhu, komen ikhlas sangat ni

tapi bila dah kenal, kak ton antara manusia terbaik yang dia pernah kenal. huhuhu, melampau ikhlas ni



cupcake nak dibawa ke kelantan jadi kak ton buat fondant je. kot buat buttercream, mau jadi bubur pulut itam je nanti







yang ni untuk kakaknya

kak ton rasa sikit pelik dengan ucapan atas cupcake ni tapi malas nak campur tangan hal keluarga orang lain

last-last memang dia salah. hheheh, result dah dapat tapi good luck untuk upsr pulak



tema alatulis, purple & hijau