Wednesday, 3 December 2014

Kak Ton Menang OTtoman



di suatu petang lepas balik dari office dan ambil anak-anak kesayangan dari sekolah

dah beberapa kali dapat hadiah dari majalah favourite Anjung Seri. jadi bila nampak sampul surat Berita Publishing, kak ton berdebar dengan suhu keceriaan 376 darjah selsius

tapi.... 
sambil tu terpikir jugak. dah lama kak ton tak masuk peraduan Anjung Seri, mana mungkin dapat hadiah. takkan Anjung Seri begitu tau kak ton peminat tegar. bukan main ramai lagi peminat diorang kt luar ni



berkali-kali kak ton baca surat ni sambil garu-garu belakang kucing kesayangan anak-nak

whattttttt.....

surat bertarikh awal September 2014 tapi sampai dalam peti surat 14 Oktober. lepas tu tarikh last collect barang 17 Oktober

amboi-amboi sangat ni

kak ton baca lagi surat tu. hadiah untuk peraduan April 2013. triple amboi kat situ. makan setahun lebih baru dapat keputusan

sepantas pelesit kota kak ton korek balik majalah lama untuk mengimbau balik kenangan peraduan. ohohohohoho, peraduan tu rupanya

kena ambil kat Kajang walaupun ada cawangan kat Shah Alam. Paling lewat kena ambil 18hb, kalau tak hadiah adalah bye bye

omakganesh...apa macam ni
kena la kak ton upah somebody pegi collect mengenangkan hadiah tu bernilai RM800. malas pulak nak melangkah ke Kajaang sana. sapa nak bagi weh walaupun ia bernilai RM80



inilah ottoman 2 dudukannya

walaupun kak ton dan anak-anak agak sangsi dengan nilainya tapi tetap redho. cuma keluar duit beli majalah dan bayar kat kawan untuk urusan collection

kalau letak button mungkin kepercayaan kak ton tinggi sikit

anyway... TQ to penganjur dan Anjung Seri



8 comments:

  1. seronoknya ida.....dapat hadiah....:)

    ReplyDelete
  2. bestnya menang..ti masuk peraduan tak pernah nak menang..huhu..assalam kakton

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. ala, kak ton pun susah nk sangkut

      Delete
  3. amboi kak ton, rezeki dapat hadiah tu...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. yaAllah, serius saya ingatkan ottoman tu ultraman T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete