Wednesday 31 July 2013

Rumah Cantik???



Minggu depan dah nak raya. Cepatnya masa berjalan, kan?.. Isnin dah nak balik rumah mak mertua kat Melaka makanya ada berapa hari je lagi aku boleh kemaskan rumah + mengabiskan projek biskut raya + jahit aksesori kat baju kurung angah. Hebat macam Erra Fazira... baju kena kebabooom


Tengok keadaan rumah ...alahai sodihnya. Tak tau apa nak buat bagi nampak macam istana walaupun aku tau berapa kerat je tetamu nanti. Ada aku kesah,,, bukan nak menunjuk tapi untuk kepuasan diri sendiri jugak. Bila rumah berselerak, hati pun menggelegak. Mula le aku nak bertempik. Bila dah bertempik, hilang le keayuan aku. Ye dak???


Tak tau nak ubah macamana lagi rumah aku tuh. Alih-alih aku ubah meja, ubah sofa. Idea tak de langsung sebab asyik barang yang sama je aki kerjakan

En. google pun tak banyak membantu. Dia pulak asik-asik bagi gambar yang sama. Amarah pulak aku rasa


Nak tak nak, semalam beli le sebijik jam dinding baru. Time raya nanti kalau tetamu datang, aku nak paksa diorang dongak kat dinding, tenung jam tu macam impress sesangat

keji perangai, kan???


tak de perabot baru ... langsir pun guna 3-4 tahun lepas. kang kalau aku tukar perabot orang manggil aku makcik kampung dusun pulak. padahal aku memang dah makcik pun, harap muka je maintain remaja


tak pe lah... malam ni nak buat cornflakes madu, tambahan biskut untuk boss yang tiap-tiap hari remind aku pasal nak rasa biskut yang aku buat. haih... ni bukan saja reminder tapi dah sampai ke tahap nyakitkan hati aku. doplohpat jam nak bagitau. jaga ko mike....lagi sekali ko cakap aku jahit lubang idong ko yek. bio tercungap-cungap tarik napas

bila biskut untuk mike dan kampung punya dia siap, bole le aku kemaskan rumah. 2 hari lepas kemas bahagian atas tapi tak nampak kesan kemas langsung. Masih huduh dan sodehhh

tak de peruntukan untuk beli apa-apa yang baru, nak kena save duit balik lepas pelaburan untuk bilik air bulan lepas. perabot yang ada kat rumah pun aku rasa menyemak, nak je let-go.

motip letak gambar rumah orang lain???
sedang mengubat hati yang lara

"tuhan tolong lembutkan hati dia"
akulah izzah yang sodehhh...





Tuesday 30 July 2013

Berbuka Puasa Semalam



Dh hari kedoploh kita berpuasa, penat sungguh la kepala ni. Bukan penat sebab puasa tapi penat nak mikir apa juadah nak masak

Bila dah masak, kena la ramngkumkan sekali apa yang anak suka, apa yang suami tak minat

Penat otak tau.... disebabkan diorang adalah pemakan nasik tegar, tak bole le mengada-ngada nak masak mee goreng ke, mee bandung ke. Kalau berani buat, mungkin kena berani tidur kat luar rumah.

hehehe,.... laki mana yang berani nak campak bini comel macam ni keluar rumah. nanti sapa nak nyapu sampah, basuh baju

ni je yang aku mampu pikir semalam

masak simple macam ni kejap je aku melekat kat dapur. pukul 6.30 dah boleh golek depan tivi



sambal ikan bilis, ikan kerapu stim tapi aku tak stim sangat tapi letak je dalam kuali besar, sayur kobis yang angah kata sedap giler. kobis je pun tapi dia nambah sampai 3 kali. tengok gaya dia makan macam tarap hotel berbintang-bintang. cayalah duhai anak, sampai gitu muji mak sendiri. orang lain dengar rasa nak pitam



nampak comot je sambal ikan bilis ni tapi dia le pembukak selera seisi keluarga. banyak ooo ikan bilis ni aku buat, entah berapa ratus ekor




ikan kerapu stim yang tak berapa stim, janji sedap
ambil dari blog ana-mylovelyfamily

2 ekor ikan kerapu, siakap pun sedap
2 labu bawang besar - hiris bulat
2 cm halia - hiris sekeping2
1 biji cili merah, boleh tambah cili api
3 cawan air
1 kiub pati ikan bilis
1 biji tomato
5-6 biji limau kasturi, ambil airnya je
bunga kobis, kapsicum, daun sup

tumis bawang besar dan halia sampai kekuningan
tambah air, masukkan cili
masukkan kiub pati ikan bilis dan air limau kasturi
masukkan ikan, tomato, garam dan sayur mayur
angkat, hiaskan dengan dedaun

ikan tu dibalikkan dengan penut kasih sayang yek. jangan nak kacau tak tentu arah, kang jadi kanji pulak.

dah siap, kena makan panas-panas baru terasa aura stim dia.

air tu adjust la ikut suka nak banyak mana. kalau ikutkan budak-budak kat rumah tu punya menghirup kuah, kena letak dalam 3 tempayan air

ikan terdampar kekeringan sebab kuah dah kena kaut



kuih muih yang dibeli dengan kasih sayang. pening pulak aku, tiap-tiap hari beli kuih yang sama. nak muak aku makan, jolok jugak la dengan air.

kata isteri mithali kan, mana boleh komen apa yang suami buat. anggap le semuanya indah di pandangan



Mata takmo tidur



Haishh.... lokasi macam biasa tapi masa yang tak berapa nak biasa

Sekarang baru pukul 2.20 pagi. Tak pernah dibuat aku turun prepare untuk sahur waktu macam ni. Biasanya waktu ni aku baru nak landing kapal terbang dari London

Selalu pukul 4 baru aku menapak turun dengan mata terpisat-pisat, tergaru-garu kepala
Dah berapa kali terjaga, pukul 12 la, pukul 1.30 la, pukul 1.50. tak boleh jadi ni, dari membazir masa lebih baik buat samting
 
Ntah kenapa banyak pulak nyamuk, padahal semalam dah spray. Kat kampung hari tu pun banyak nyamuk. Waktu makan diorang ke sekarang ni....? ke lepas mengawan kena makan???

Turun bawah .... masak nasi, makan supplement kurus walaupun tak de nampak kesan. Tak pe, redho je...aku still amik pill ni sebab berasaskan herba, membantu aku senang berry, kaki pun kurang lenguh.

Masak nasi pakai dapur gas je, baru kejap bau hangit. Cepat2 letak cili kering untuk cover salah sendiri. Harap-harap diorang tak perasan sebab mamai

Milo dah siap, lauk semalam dah panaskan :-)

Seram pulak aku bila duk sorang-sorang kat dapur ni time2 macam ni. terbayang-bayang pulak ada menda melintas. tak boleh jadi ni......

Byeeeee.... nak panggil my angels turun santap. Lepas habis makan nak paksa along temankan aku kemas dapur

Thursday 25 July 2013

Suka La Tewww



huhuhu... suka la orang-orang gomen, dapat wang ehsan untuk raya.

banyak ooo boleh buat dengan RM500. Untuk pesara yang dapat RM250 pun hebat jugak. untuk Selangor, sebulan gaji, lagi masyukkkk




haihhhh.... nanti berpusu-pusu le sopping kompleks 31hb ni, semua penuh dengan orang gomen je

:)


ramai jugak yang komen, asik-asik orang gomen je. macamana dengan orang kerja swasta??..

oootototot,
betul jugak tu. orang swasta pun nak raya jugak. tapi kalau gini gayanya, orang gomen le beraya lebih hebat. tak pe, sucikan jiwa, itu rezeki diorang. mungkin rezeki orang kerja swasta macam kita ni kat tempat lain. mungkin tak de lebih duit tapi lebih dengan rahmat Allah.

ceeewahhh... ustajjah datang bagi kaunseling le pulak


bagi aku senang je, kita dah tau raya akan tiba. bukan baru tau, rasanya dari tahun lepas dah tau raya bulan Ogos ni jadi buat le simpanan sikit-sikit. kalau start dari lepas raya tahun lepas kita simpan limaploh engget sebulan, bulan ni kita dah ada kurang-kurangnya RM500. dah sama macam bonus orang gomen

kalau ada lebih, simpan lebih. kalau ada kurang tetap simpan limaploh engget tu. tetapkan azam kita. duit tu jangan simpan kat akaun yang kita selalu cucuk duit kat atm tu. simpan kat tempat lain yang kita rasa susah nak keluar, simpan kat bank yang tak de atm card, asb pun ok

macam aku, selalunya baju raya anak-anak aku tak beli dalam bulan puasa ni kecuali baju melayu dan kasut. aku beli 3-4 bulan sebelum puasa lagi, beli sikit-sikit. jadi tak de le terasa sangat banyak duit yang keluar. kiranya macam tutup mata je la belanja tu

ko paham je la, bukan nak beli sepasang dua. pulak tu anak berderet ngalahkan anak buluh. banyak oo belanja baju raya diorang. lagipun raya adalah untuk budak-budak walaupun en. suami kalau raya sopping dia ngalahkan bini dia yang pompuan ni

tahun ni aku beli sepasang je baju kurung. pakai je yang lama, aku no hal. janji raya pertama aku glemer ngalahkan rozita che wan

ahaksssss... jaga ye cik ta. i akan lawan u. jangan nangis plak kalau i menang. jangan bagi zain datang jumpa i, kang cinta dia beralih arah.



Wednesday 24 July 2013

Airmata di Ramadhan



apa nak cakap yek????

sedih ... pilu ...

adik kata semalam abah nampak lain sangat
bangun tak kena, duduk tak kena

waktu orang semua dah stand-by nak berbuka, abah tidur je. bila kejutkan, dia kata dah berbuka tadi, dah makan. masa berbuka pun bukan doa berbuka yang abah baca tapi doa iftitah, tahiyat awal, tahiyat akhir, niat puasa. bukan sekali tapi adik kata lebih lapan kali.

sapa yang tak sedih ... abah macam dah lupa

dah pukul 8 malam abah nampak menggigil teruk, diorang bawa pergi hospital. ambil darah, x-ray, drip yang jarumnya tak jumpa urat. asyik keluar masuk jarum sampai abah tak boleh tahan

ujian darah doktor kata "sel darah (rasanya) very bad". Hospital KK called Hospital Ipoh, orang sana minta abah ditransfer ke sana




abah dalam ambulans lepas keadaan stabil sikit.


aku kat sini??????... pening lalat fikirkan keadaan abah, sampai ke sudah susah nak lelap. bangun sahur pun berpusing-pusing kepala


Ya-Allah
Limpahkanlah abah dan mak dengan cahaya keimanan-Mu.
Lindungilah abah, permudahkanlah segala urusan.
Semoga abah sembuh seperti sediakala

Amin

Tuesday 23 July 2013

Bubur Sum-Sum



ni salah satu favourite abah yang kat kampung. semalam teringat lebih dengan abah maka marilah kita buat bubur sum-sum ni

kenapa orang panggil bubur?... kat celah mana yang ada ciri-ciri bubur itu?... nanti nak tanya kat chef wan bila dia datang beraya

semangat berapi-api betul, dapat aku rasa letupan pop dalam jiwa. sebelum ambik barang kat nursery, beli le kelapa separuh. apa kelas buat sum-sum tapi guna air je, mesti le ada kesan lemak dan unsur kegemukan di situ




1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu garam
sikit pandan paste

leburkan semua dalam periuk, ramas ketulan tepung. bila dah sebati, pasang api sebab kalau tak pasang api sampai raya ketujuh pun belum jadik sum-sum. tutup api bila adunan dah pekat dan meletup

Letak dalam bekas, simpan dalam peti ais. Sungguh membuka napsu bila tengah lapar


Air Gula
1/2 cawan gula merah
1/8 cawan gula
1/2 cawan air
1 helai daun pandan, simpulkan

Tenggek semua dalam periuk. Tutup api bila gula dah hancur dan sedikit pekat. Tak payah tunggu dia meletup sebab takkan meletup.




dapat sikit je, dalam 3 ketul je. memang sengaja buat sikit sebab cuma mulut sendiri je yang makan benda ni, aku jamin lima ratus peratus. sebelah mata pun diorang tak pandang

satu setengah bekas makan waktu berbuka, balance makan masa sahur.

huhhh.. puas hati. nanti nak buat lagi sebab air gula ada lagi


Monday 22 July 2013

Rendang Kacang Buncis



Meh nak cerita sebuah kisah duka di bulan Ramadhan. tajuk kisah sedih ni ialah kamera murah pecah skrinnya.

bila dah siap masak juadah yang ala-ala hotel 5 bintang, pegi le aku nak tangkap gambar. kena cepat-cepat tangkap, kang laki balik kena jeling baru le terlentang sedih.

mana nak tau, tak sedih kena jeling dengan laki, sedih sebab skrin kamera pecah. waaaaa.... melayang lagi RM nak beli kamera baru. kena tadah telinga pulak dengan en. laki. tak pandai jaga barang la, cuai la, suka membazir la. mencik,,,, kamera boleh membawa pada isu kekeluargaan

cuma nampak separuh je, tak boleh la aku nak fokus apa-apa. redho je la dengan ketentuan ni

jom tengok cara masak rendang kacang buncis ni. resepi mak aku je




kacang buncis - anggaran 30 batang
udang - anggaran 20 ekor, buang kulit
3 ulas bawang merah - hiris halus
1/2 inci halia
1 batang cili masak - potong serong
1 batang serai - racik halus
2 sudu besar cili kisar
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit kunyit, garam dan perasa
daun kunyit

senang je, lebur semua kecuali udang dan garam. bila kacang dah lembut sikit baru masukkan udang untuk elakkan udang jadi keras. perasakan dengan garam


lepas ni stand-by la anda semua dengan gambar yang nyakitkan hati. selagi tak beli kamera baru, selagi tu la gambar herot benyot


Macam-Macam Urusan



Nama je weekend, hari yang boleh berrelax-relax kat rumah kononnya. Tapi aku tak de le boleh relax. Bangun je tidur terus pegang penyapu. Hamboi... sampah ada setengah lori ko, boleh ikat kontrak dengan alam flora. kalau aku sapu sekali bilah kipas, mau kena panggil kontena

kena cepat-cepat sapu sebab wong nak datang betulkan paip luar pagar. bengang tauuuuu.....giler punya bengang.

hari khamis lepas bil air dan bil itu adalah berjumlah RM194.60. homakaih..... setengah bulan gaji aku. ni gara-gara paip pecah kat depan rumah, pecah dalam diam. sakit betul hati aku. makanya kena la panggil plumber. panggil wong je la, boleh dia nengokkan apa-apa yang patut yang lain.

haaa,,, aku dah kabo, harga wong memang puas hati. sekali upah tukar paip stainless steel, pecahkan 3 tile & konkrit untuk betulkan paip bawah longkang, pasang semula semua tu baru RM150. plumber lain charge RM180 untuk paip plastik, tak masuk harga pecahkan konkrit


lepas tu lari-lari anak pulak ke econsave untuk beli barang-barang basah dan barang buat biskut. nak mula buat sebab banyak bahagian yang nak kena bagi


ponek tau,,,
ngam-ngam pukul 5 habis buat 2 jenis biskut, dapat 7 balang. dah le aku bangsa buat kerja berdiri, tak tau aku buat kerja duduk. rasa kekok dan lambat siap


en. laki pulak ajak cari kasut angah iwan. pergi le pulak ke jusco. huhuhuh, tak banyak pilihan. last-last beli sepasang untuk along. yang along punya beli sebelum ramadhan en.laki kata dia nak. ko tengok tuhh... susahnya bila kaki bapak dan kaki anak sama saiz. ada je unsur ketidakadilan dan sabotaj di situ.


balik dari jusco singgah burger abang burn....
orang kata meatball dia hebat giler tapi bagi aku biasa je
lain orang lain citarasa


sekian sudah diari di hari sabtu.


Friday 19 July 2013

Luahan Hati Dia



Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...


Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan


Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu


Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah


Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia


Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..


Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...
 
 
 
 
tak mampu komen. sapa yang menanggung je yang
 
merasa peritnya dugaan ni
 
 
sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha
 
Penyayang
 
 
 
 
 
:(
 
 

Thursday 18 July 2013

Bila Boss Tak De Kerja



aku ni kerja sebagai ........... merangkap office administrator. nak kena monitor staff movement, barang-barang dalam office ni. kadang-kadang benda yang tak payah aku buat pun aku suka menyebuk. kiranya berusaha untuk jadi multi-task la. hikssss

banyak betul orang in & out. bulan lepas boss pun berenti. jadi aku ambik kesempatan untuk update white board untuk staff movement. kalau ikutkan malas aku nak buat, ada je orang yang mc kat sini. tapi si mike ni la, asik je potpetpotpet kat telinga aku bila aku nak buat.

disebabkan dia adalah VP besar dari S'pore yang boleh mengeffectkan increment, maka aku pun buat la. order pun tak banyak, boleh la aku membusykan diri 




haaaaaa.... tadaaaa, dah cantik molek

abang ajoi & fasha direct report dengan aku. kebetulan semalam abang ajoi tak masuk office, sms tak tipon pun tak. bila aku call, bunyi bising ngalahkan duduk kat dalam kandang rimau.

jaga la ekau yek.... ni aku tulis kat board

nampak tak???
aku tulis haprak, mungkin MC. tak call


heheheheh... tapi tak de le aku biarkan remark tu sampai ke petang. lepas aku tangkap gambar, aku padam le balik. ingat aku gile vavi nak letak gitu, kang jadi isu semasa pulak


elok je aku padam, duk molek-molek atas kerusi, upload kat FB, tag kat dia & fasha, dia pun menjelma.

haaaaaa.... takut la tewwwwww


ooo, malam sebelumnya dia cover budak logistics yang cuti. balik malam yakni 12.30 malam. amboi.... sungguh la malam, dah le duduk banting


aku dengan diorang tak de garis pemisah, cakap pun bukan main hampeh punya bahasa.

bagi aku, janji kerja jalan.

borak no hal, takkan nak mengadap pc doplohpatjam. kalau bulan tak puasa kitorang beli pisang, buat kopi o panas. duk bersembang

kalau ngulor tapi kerja tak siap masa tu aku menjerit macam tarzan tapi diorang tak kesah sebab tau style aku. kecut pun tak walaupun suara aku macam petir



Wednesday 17 July 2013

Bila Laki ke Dapur



ni le rupanya bila laki ke dapur. hentam je guna bekas apa, janji makanan ada tempat landing.

Aku tengah bizi buat kerja kat sinki tuh, dia tolong keluarkan kuih-muih yang dia beli kat belakang rumah. Beli bukan main banyak, bukan dia tak tau aku je yang makan kuih.

Kalau aku tak kurus bulan puasa ni, dia le penyebabnya
:)




sesedap rasa je dia letak bubur lambuk yang angah ambil kat surau belakang sekolah agama dalam tupperware bekas ikan. pulak tu bukan main beso plak bekas tu, ngalahkan bubur lambuk satu periuk besar

kalau gini punya besar bekas, kena makan guna senduk... baru match, nampak tak kekok



cepat-cepat berpikir positif dan collect balik pahala puasa yang nak lari, nasib dia nak tolong sambil tangan ubah dalam bekas comei, sesuai dengan isi kandung



menu utama semalam.... asam pedas ikan sembilang, udang masak lemak nenas, cencaru sumbat sambal kelapa, sayur kobis




naik beliak-beliak bijik mata aku nak abiskan kuih cakoi tu.

wahai suami ....
lain kali beli la sampai doploh batang cakoi


Tuesday 16 July 2013

Berbuka Puasa - day 4



ni pulak untuk day 4 yek. semua pun masak yang biasa-biasa je, janji perut berisi dan menepati sebab utama kita berpuasa.

ingat senang ke nak pikir apa nak dimasak.. penat tau. kalau barang tak de nak kena singgah kedai lagi. kalau kedai ni tak de, kena brlari ke kedai lain. ahli marathon pun kalah dengan larian di bulan puasa ni



kobis buat sup, sambal udang, jenahak masak lemak, paha ayam goreng yang dah aku marinate sebelum puasa.

hebat tak?.. marinate sebelum puasa. enak ni tau,, agaknya apa la rasa kalau aku marinate dari tahun lepas. mesti meletup-letup di dalam mulut




kuih-muih yang jadi pilihan aku kerna aku adalah pemakan kuih, bukan nasi. bajet omputeh sangat, kan???

popia sardin pun aku dah golek siap-siap sebelum puasa. senang kehidupan kalau semua dah stand-by, tak payah nak keluarkan kulit popia, buat gam tepung gandum


Berbuka puasa - day 3



ahakkkksss... hari ni baru nak nunjuk gambar hari ke 3

Inilah dia rupa murtabak yang aku kata berharga RM10 tapi keras nak giler. Kuah dia adalah sos cili yang dicampur air.


Amboi....
gembiranya aku makan, berbunga-bunga dalam hati rasanya. Nak je aku jerit kuat-kuat dari rumah



pinggan mangkuk merah adalah menu tambahan, pinggan mangkuk putih untuk menu utama... omputeh panggil  main dish. omputeh le sesangat kan kalau makanan cuma pucuk ubi kayu cicah sambal belacan

popia sardin buat sendiri, lain-lain en.laki sopping kat bazar ramadhan. well done, baby. kuah roti jala tu adalah sodeh, lagi pekat airmata dugung




ni lah yang dipanggil main dish itu,,, burung puyuh goreng, kangkung belacan, sambal tumis udang, budu

alhamdulillah ... kenyang seisi keluarga


Monday 15 July 2013

Buku Kak Ita - Siri Blogger Makanan



Sapakah yang bersalah kalau ini yang terjadi????
korang pun mesti rasa bengang

bencik tau ... sakit hati tau

akibat terpedaya dengan blog ciki, aku pun jemaah dengan dia untuk order buku kak ita. semua ada 3 buku,... biskut raya, kek, manisan. dah ada 3, kena la beli semua, takkan le aku beli 2 ataupun 3 je.

semangat nak sediakan makanan hebat untuk family tercinta, aku cepat-cepat le masuk MPH Online.

ok, good
harga adalah murah
very affordable, very mengancam jiwa aku





nak dijadikan cerita yang nyakitkan hati aku, line internet dah ngalahkan beruk.... dan ia adalah beruk demam. sakit betul jiwa aku tau.

dah register dan pilih buku dambaan hati, ia terus bawak aku ke maybank2u. pun terhegeh-hegeh jugak.... tak pe, aku insan penuh kesabaran. tekan untuk request tag number tapi tak sampai-sampai kat phone.

oooo,,,this is too much, dah le tunggu lama. hang pulak dia, tipon pun tak berbunyi untuk tag number.

tak boleh jadi nih, aku log off dan buat lagi sekali. aku buat lagi sekali semua tuh.... pun kekdahnya sama, hang & diam seribu bahasa


DAN AKU ADALAH INSAN SEDIH


sebab bila masuk kat Maybank2u, aku tengok RM29.70 kena deduct 2 kali. haihhhh. takble jadi. masuk plak MPH Online tu, aku dah membeli 2 set sekaligus.

cittttttt...apa macam ni

selalunya kena letak tag kat dalam tu baru duit kena potong. MENCIKKKKKK


sapa nak beli buku ni dari aku???... tolong la. aku sedih ni, apa aku nak buat buku banyak, bukan aku mampu sediakan gambar secantik kak ita.


Membazir




Dari sebelum Ramadhan aku memang dah plan tak nak atau sekurang-kurangnya mengurangkan aktiviti ke Pasar Ramadhan. Paling cikai di kala tak sempat buat kuih aku akan beli kat makcik belakang rumah ni. Kuih dia sedap, terasa semua bahan.

tapi en. laki selalu spoilkan keadaan, dia la yang selalu pegi dan bawa balik berplastik-plastik makanan yang akhirnya berada dalam tong sampah.


aku tak kesah kalau semua masuk kerongkong, aku pun bukannya kejam sangat sampai anak-anak tak boleh makan apa yang diorang teringin nak makan. kan aku ibu mithali, yang sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan hati keluarga walaupun hati ku terluka. haaaaaaaa... kan dah start derama suasta


paling tak boleh tahan ... laki aku beli murtabak. ok, tak pe la murtabak. aku pun suka jugak. tapi yang jadi kesakitan di hati ialah murtabak itu berharga RM10 dan ia adalah sekeras kulit kaki. gambar dah tangkap kat tab tapi tak boleh upload kat blog pulak. mencik tau kerna terpaksa berkawan dengan syaitonirrojim

semalam pulak dia beli macam-macam lagi termasuk 3 keping roti boom.... roti kat dalam penuh dengan minyak tapi tepung masih tak masak


wahai en laki,,,,,, aku dah set apa nak masak untuk berbuka, siap sekali dengan pembuka selera. sila la jangan bershoping keterlaluan.


kita cuma makan 5 beranak.....
bukan makan doplohtujuh orang. nak amik makanan pun susah sebab meja penuh. kalau keadaan berterusan, mungkin kita kena beli khemah dan berbuka kat car porch


sekian la luahan dari sang isteri


Friday 12 July 2013

Berbuka Puasa - day 2



tak boleh jadi ni...

orang lain berpusu-pusu letak gambar berbuka puasa takkan aku nak duk diam sambil gigit kuku je. ingat orang lain je berbuka puasa???...berasap idong, marah betul la kononnya

korang masak yek?... aku pun masak
korang pergi pasar ramadhan yek?...hehe, aku belum pergi lagi

haaaa.... meh kita sama-sama nunjuk apa yang kita makan semalam. ni haaaa... ikan jenahak tumis rendang asam (eksklusip tak nama?..), sup sayur, rendang ayam semalam, sambal tempoyak cicah timun







pembuka mulut pulak aku sempat buat cucur udang. cucur udang tu satu pinggan besar tapi iwan dengan jayanya makan dekat 80%. well done bettei

kuih buah melaka dan karipap tu en. laki beli kat damansara heights. hamboi anda.. beli ondeh-ondeh sampai ke sana.

kat gerai yang sama orang tu ada jual seri muka. cuba teka berapa harga sepotong??? sengget doploh sen tau. fullamak.... boleh pergi australia seminggu tiga kali. well done jugak pada dia




nampak macam masak lemak biasa, kan?.. ia adalah tidak, ok. sedap je. meh kita nengok resepi yang aku kopipes secara siaran langsung dari blog kak ummi
  
  • 1 keping ikan merah/tenggiri (kali ni akak guna ikan jenahak)
  • 4 ulas bawang merah - dimayang kasar
  • 3 ulas bawang putih - dimayang kasar
  • 2 cm halia - dihiris halus
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3/4 cawan santan pekat
  • *1 tangkai cili merah )
  • *1 tangkai cili hijau ) * dihiris menyerong
  • 1 sk gula
  • garam secukup rasa
  • beberapa tangkai daun ketumbar
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak untuk menggoreng ikan
Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, digaul dengan garam dan kunyit. Goreng ikan hingga tiga suku masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan lebihkurang 4 sudu besar minyak dalam kuali yang sama dan tumiskan bahan mayang dan hiris hingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan ikan dan perlahankan api, reneh sekejap..
  5. Masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Balikkan ikan dan masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat. Seimbangkan rasa masam dan lemak santan.
  6. Tutup api dan taburkan beberapa tangkai daun ketumbar. Sedia untuk dihidang dengan nasi putih

waktu sahur panaskan ikan, sup sayur, goreng pappadom


selamat sudah puasa di hari yang kedua


bukan main cuak aku nak nangkap gambar ni, sorok-sorok aku amik kamera, tutup flash dan snap. bukan hapa, kang dihena dek suami sendiri yang boleh menyebabkan aku sentap sampai tak makan nasi. laki ni bukan boleh kita buat benda yang kita suka, asik nak komen je
:)




Last Tacap ... jumplah keranapan



akhirnya berjaya jugak aku mengakhirkan cerita pasal rumah ni. hazab tau korang

last sekali aku minta wong catkan ruang rumah.

memang tak de dalam senarai langsung, tiba-tiba idea tercetus lepas nampak ada tompokan air kat tepi dinding betul-betul bawah saluran paip untuk bilik air atas

warna asal adalah macam ruang makan ni, ingat nak kekalkan warna purple tu tapi alaaa.... cat je la semua sekali. tak nak susahkan wong & kuncu-kuncu dia baiknya aku, kan?



ni la situasi lepas siap cat

apa warna aku pun susah mau describe...
seakan-akan coklat kekuningan 



angah bersolek sebelum melangkah ke sekolah
iwan yang tengah relax-relax tengok tivi sementara ayah mandi. itu orang kalau mandi ngalahkan puteri kesayangan diraja. segala celah bedah digosok diselaknya. boleh tercalar kesabaran kalau pagi-pagi aku kena tunggu dia ubah kereta dia. huissshhh... panas beb


ok
pada yang tanya berapa jumlah keranapan aku untuk semua kerja touch-up

jumlah keseluruhan.... berapa puluh ringgit nak menyampai ke RM18K


perbelanjaan yang aku ingat ,,,
RM85 - cat
RM299 - mangkuk jamvan bawah
RM385 - mangkuk jamvan atas (luar)
RM499 - mangkuk jamvan atas (dalam)
RM240 - hand bidet untuk 3 bilik air
RM90 - sinki
RM54 - tempat sabun untuk 3 bilik air

yang lain-lain tak mampu nak ingat especially tiles sebab 3-4 kali beli, orang kedai tu kira tak betul, ada je yang tak cukup. mak konpius dan sakit hati. nasib dia comei, macam tengok diri sendiri masa zaman sebelum kawin. ahakkkkssss






Thursday 11 July 2013

Ramadhan yang Pertama




bangga rasa di hati, anak-anak berjaya menghabiskan puasa yang pertama tanpa merobekkan kesabaran aku. selalunya tengah aku masak diorang duk berkawad ke depan belakang. angah & iwan la tuuuuuu

pening kepala nak melayan, potong seketul bawang merah muka iwan datang, tanya bila nak berbuka. potong lagi sebijik angah pulak muncul, tanya berapa minit lagi. baru nak capai halia dua-dua pun datang secara berjemaah. hadoi la...menguji kesabaran dan kepintaran betul la. kena pintar untuk handle supaya aku tak melompat panjat tingkap tanda protes pada soklan-soklan begitu

mungkin sebab semalam orang astro datang pasang beyond kat rumah menyebabkan diorang lupa dengan perut yang lapar dan kewujudan aku kat dapur. maka masak la aku dengan hati yang berbunga



biasa memang 1st day puasa aku akan amik hald day leave, konon nak masak untuk family makanan kegemaran diorang. selalunya aku akan masak rendang ayam,,maka semalam sekor ayam terdampar dalam kuali

ayam memang favourite tiga beradik tuh. apak eh tak berapa suka tapi dia balun je aku tengok. mungkin dia keterpaksaan kerna tak de makanan lain. tapi aku kan isteri mithali, ada la makanan favourite dia yang aku buat. boleh panggil makanan ke kalau ia hanya ikan masin letak bawang besar dan cili potong serong?

apa aku masak semalam???
rendang ayam, sayur sawi bunga, ikan goreng, kuetiaw goreng, asam pedas ikan sembilang.

ok la tu...
menepati citarasa seisi keluarga walaupun makanan kegemaran aku tak de. aku pun sebenarnya tak tau apa yang aku suka sebab semua pun aku tibai. fair & square

segala ikan, paha ayam yang dah siap marinate, udang, daging cincang dah stand-by dalam freezer. pagi-pagi sebelum pergi kerja aku keluarkan bahan pilihan masuk dalam peti bahagian bawah. by the time aku balik kerja semua ais dah lesap dan senang le kerja memasak aku




Biskut... dipaksa



tensi mak dengan kawan mak yang sorang ni, selalu bebeno order last minute. pukul 3 call, pukul 5 dah nak barang. wooooooiiiiitttt... ingat mak adalah mesin ke?

heheheheh...
ayat yang sama dah aku bagitau dia tapi ada dia kesah. dia tak pedulik asalkan apa yang dia nak ada depan mata

kali ni dia paksa aku buat biskut raya

korang perasan tak?...
tahun ni aku tak de promo pasal biskut raya pun.

sebab aku tak de mood nak buat. ingatkan abah yang tak sihat kat kampung tu buat aku lemau


 

nak bagi souvenir pada orang yang beli kondo dia kat s.9, nak bagi pada lawyer yang handlekan urusan jual beli tu

hamboi anda ....
menghappykan orang tapi menyeksa batin ku yek

maka bertungkus lumus le aku kat dapur,,, dengan nak masak dinner, dengan biskut ni lagi. tapi dah bagitau dia siap-siap, tak de nye nak buat biskut yang ada drizzle coklat le bagai. aku buat yang simple dan tak menyakitkan hati. janji 4 bekas tersedia

tau dia ... tak berani membantah pun
hihihihih... buat la selalu yek.

Wednesday 10 July 2013

Aktiviti Mengemas



Assalamualaikum semua....

akhirnya sampai jugak kita ke bulan Ramadhan

harap-harap berjaya meningkatkan amalan, tak mo marah-marah baik dengan sesiapapun.. especially 3 stooges yang kat rumah, jugak pada bapak 3 stooges

kadang-kadang bila balik badan penat, dengan bebanan kerja... diorang pulak buat perangai, ni namanya bakal mendapat secebis jelingan ataupun ngauman dari mak singa

kali ni sikit mencabar dari segi timing balik. along balik 5.30, angah & iwan balik 5.00. aku planned macam tahun lepas nak masuk office awal yakni 7.30 supaya boleh mencabutkan diri 4.30. ngam-ngam pukul 5 sampai klang, pegi nursery dulu ambil barang-barang, terus memecut ke sekolah agama untuk collect angah & iwan. kalau ayah diorang ada, tugas untuk collect along aku transferkan pada dia. senang sikit, kalau tak aku bakal bertepek kat depan sekolah dalam setengah jam

aktiviti ahad lepas adalah penuh dengan mengemas....





ni tempat landing tupperware
ada yang dah guna & ada yang belum guna

sayang aku pada mende alah ni...
of course la sebab harga dia. nak beli selalu adalah tak mampu jadi yang mana ada kena la dijaga dengan sempurna

ada sebiji tu tutup dia kena gigit tikus, ada rasa nak je gigit balik tikus tu

yang berlonggok kat bahagian atas tu adalah resepi yek... diulang sekali lagi ia adalah resepi. koleksi resepi bukan main gah tapi balik-balik aku masak resepi yang sama.

adohai,,, nasib la wahai suami dan anak-anakku



ni 2 kotak set tupperware yang aku belum guna...bila dongak kepala kat atas ni terasa pembaziran di situ




kemas jugak mini kedai kat dalam stor ni

In Sha Allah cukup la untuk bekalan Ramadhan ni. Alamak ,,, minyak tak de stok. sebesar-besar hypermarket tak de stok minyak. adakah rakyat Malaysia guna minyak untuk mandi ke???? .... garuk kepala sampai berterabur kelemumur