Thursday 26 February 2015

Rezeki Minggu Ini



alhamdulillah

kak ton paparkan antara rezeki keluarga kak ton minggu ni. sikit-sikit lama-lama jadi gunung
huhuhu, gunung terus yang jadi pilihan


fruit tart



cheese tart



apam gula hangus



florantine cookies & kek batik



kek gula hangus



cream puff

ada jugak kak ton berjaya siapkan nessy choc cookies... cookies ala-ala choc chip yang rangup. rupa macam kat bawah, antara jualan terlaris kak ton di musim raya

cookies ni kalau ada orang tempah memang kak ton kena buat extra yang berlebih-lebihan. favourite along sesangat nih. satu bekas dalam beberapa kelip mata boleh habis





Tuesday 24 February 2015

Mari ke Penang



sehari lepas birthday iwan.. yakni pada hari kak ton memberanakkan dia, kami sefamily berkelana ke Penang selama 4 malam

bertolak malam, awal pagi dah sampai Penang, dalam 1 pagi. punca kami bertolak awal malam adalah tak dapat dikenalpasti. sebagai isteri mithali, kak ton menurut segala perintah. jadi .... kena ambil hotel memurah untuk mandi-manda sebelum breakfast & proceed ke tempat sebenar



nasib pukul 12 dh boleh check-in. mungkin receptionist tu dapat merasai plan kami yang ntah hapahapa ni. yippiee.... mari menuju ke bilik sekarang jugak




tanpa perlu menunggu lama, peluang yang ada terus digunakan untuk terjun bath tab

disebabkan faktor usia, kena berendam asing-asing. kena tunggu giliran le pulak


kena hensemkan diri sebelum jalan-jalan tepi pantai. mentang-mentang ada hair dryer, cepat-cepat guna. kalau kat rumah, nak bersikat pun malas

konsep gunakan kemudahan yang ada depan mata



satu lagi masalah keluarga, tak suka bergambar. bagi seribu pun belum tentu cukup korem. masa kak ton angkat kamera la diorang nak bangun, nyorok tepi pokok

jadi .... jangan harap la ada gambar kenangan yang senonoh. kalau berjaya terpacak pun mesti dengan muka sentap

ok, lebih baik tak payah



pelancong sangat





mari kita main semua yang boleh dimain





kasi ikan makan kulit mati. tetiap hari bagi ikan makan. lantak la korang. walaupun orang kata tak elok, ok kot untuk seumur hidup

kak ton jeling-jeling jugak dalam air tu, kot diorang masukkan ikan keli ke, toman ke. kang tak pasal-pasal masuk kaki tapi tulang pulah yang tinggal



ngantuk tunggu diorang berendam



terlelap kejap... 
eh eh eh, celik bijik mata ada geng dah korang main bola dalam air

good job



bertambah lagi pulak

 

along yang dah dewasa kononnya tak nak mandi. jadi kak ton paksa follow bontot kak ton je. mandi hanyalah aktiviti bebudak. hamboi,,,, dulu bukan main terkinja bila nampak kolam, sekarang sebelah mata pun tak mandang

maka,,, jalan-jalan je tepi pantai

toleh kiri ... toleh kanan, baru perasan. tak nampak pun orang melayu. kot ada pun 2-3 family masa last day. kebanyakan pun adalah omputeh. mungkin diorang rasa mana punya family negro dah tersesat ni

redho je kitorang



1st day je ada gambar. hari-hari lain kamera dipandang sepi. tak artis langsung la anak-anak kak ton ni

jadi ... 
harapan untuk korang semua saksikan kak ton dengan bikini bintang-bintang adalah mustahil




Monday 23 February 2015

Iwan's Birthday



alhamdulillah... 
selamat dah anak bongsu kak ton melepasi angka 11 tahun. walaupun dah besar, tidur masih lagi nak berpeluk, nak pegang tangan

buat awal sehari dari tarikh sebenar, actual 15 February tapi kak ton buat 14 Feb sebab esoknya dah nak pegi Penang

cadang nak buat majlis birthday sikit untuk dia. saja untuk sonok-sonok, ajak kawan-kawan sekolah dia sikit


tapi...... majlis kak ton buat petang tapi pagi-pagi diorang dah sampai. kak ton ingat diorang memang saja nak datang pagi, lepak rumah sampai petang. ujung-ujung tengah kak ton sibuk masak kat dapur, mak pak diorang dah datang ambil

rasa bersalah betul... menikam-nikam kalbu. dengan tak makannya, dengan tak amik goodie bag. rasa nak nangis tau, terpaksa kak ton marah sikit. kot ye pun diorang balik, bagitau le kak ton, bole le bekalkan sikit makanan. sedih tau



majlis patutnya start pukul 5 tapi pukul 3 kawan-kawan en. suami dah datang. haih, tiap kali buat makan-makan mesti jadi macam ni. ni bukan 1st time ye kak ton diperlakukan macam tu

nasib makanan sempat siap, cuma deco tak sempat dibuat. nangis berganda-ganda la nampaknya. banyak kak ton plan untuk deco tapi semuanya ke laut disebabkan perbuatan suami sendiri

jaga-jaga ye darling... kelakuan anda diperhatikan



ni je yang mampu

di meja belakang, mee kari & accessories
di meja depan ada jelly beans, sweet straw, pulut kuning, rendang anak ayam kot (ayam kecik, daging pun lembut. habih hancur), fruti tart, cupcake pisang, apam gula hangus, keropok sayur, puding roti karamel, congo bars, nessy choc cookies. tak de dalam gambar gratin macaroni, fruit cocktail, talam ubi

semua adalah hasil kerja tangan kak ton kecuali talam ubi





goody bag... merah biru kaedahnya



mangkuk kosong, pinggan kosong dan air corner





antara tetamu terawal. walaupun tak ramai lagi, kak ton proceed dengan potong kek dulu. kesian, si kembar tu kata omak eh suka makan kek. tak sampai hati plak tengok diorang terintai-intai kek atas meja



kek dengan deco yang sedeh. dah penat rasanya, kak ton buat yang senang je

haprak kan... sendiri punya buat sambil lewa je. penat tau, tu yang tak kesampaian niat nak buat yang ada dalam kepala



tak kesian langsung... kak ton bertungkus lumus tapi dia sebuk dengan keropok sayur

tumbuk bertalu-talu nanti baru tau



happy birthday to u ... happy birthday to u

happy birthday to iwan, happy birthday to u u u u

semoga menjadi anak yang solh, berjaya di dunia dan akhirat. ibu sayang iwan sangat-sangat. always baby ibu



choc moist cake



cousin & ibu bersama dengan birthday boy yang berambut sebesar bakul buah-buahan. sayang sangat nak korbankan rambut

rasa macam ada tangkap gambar dengan en. suami tapi tak kelihatan pulak muka dia

p/s ... tengah kak ton bermasak-masak di dapur. bole dia cakap dia terkemekkan kereta kak ton. nak baling kayu pada anjing, kena kereta. uwaaaaaaaaaaaa..... walaupun dia nak hantar pegi ketuk, takkan sama dengan hati yang terluka



Wednesday 11 February 2015

fRoZeN



sehari sebelum hantar kek, kak ton dah buat seekor olaf

kenapa olaf??... 
bukan elsa mahupun anna ataupun sven???... tak lain dan tak bukan sebab olaf le yang paling senang dibuat. kot kalau buat elsa, mungkin markonah yang terhasil

korang tau, masa nak menyucuk olaf kat atas kek, tak teringat pulak tangan olaf adalah sangat halus mulus. patah tangan dia weehhhhh. mencik tau




nasib le ada stand-by patung olaf. maka, cucuk patut je la

rescue ranger sangat patung tu. kalau tak, kak ton mesti nangis di tepi kali. walaupun kek sepupu yang order, tetap kena buat dengan sebaik mungkin.... kononnnnnnnnnnnn









itu sajalah titipan kak ton pada hari ini. di masa lain kita berjumpa lagi



Monday 2 February 2015

Casa Impian Junior



tengah kak ton sibuk-sibuk nak mula mambaking, si angah pulak sibuk kata nak cat bilik

apa kes pulak kak ton nak mengecat waktu tangan penuh dengan tepung cap sauh. no no no, i is bolayan. permintaan customer didahulukan dari permintaan anak

katanya dia boleh cat sendiri. eleh eleh eleh, ye la sangat tu. macam hebat sangat

sekali kak ton naik atas, terpanjat boboi dibuatnya. memang mengecat sungguh. siap dengan car terkini, sambung berus cat dengan batang mop lama. terus jadi panjang, tak payah guna tangga



sel-sel otak sangat berhubung

messy sangat dikerjakan dua beradik ni. iwan sampai cabut lampu dinding bunga ikea demi untuk mendapatkan kualiti terbaik

kontraktor sangat kelakuan tu



dua tiga hari lepas tu kak ton perasan tona warna pintu bilik angah macam lain dengan pintu bilik along

ohohohohoho, pintu bilik pun dicat jugak

nanmpak tak kesan selotape kat tepi pintu tu. tu konon nak buat 2 ton warna tapi tak kesampaian, cat tak cukup pulak

kalau eric leong casa impian nampak, mesti dia sangat terharu, kecik-kecik dah jadi interior designer walaupun lepas tu keadaan bilik tetap comot. rambut gugur jangan cerita le. kalau kumpul bole buat rambut pelesu