Tuesday 24 February 2015

Mari ke Penang



sehari lepas birthday iwan.. yakni pada hari kak ton memberanakkan dia, kami sefamily berkelana ke Penang selama 4 malam

bertolak malam, awal pagi dah sampai Penang, dalam 1 pagi. punca kami bertolak awal malam adalah tak dapat dikenalpasti. sebagai isteri mithali, kak ton menurut segala perintah. jadi .... kena ambil hotel memurah untuk mandi-manda sebelum breakfast & proceed ke tempat sebenar



nasib pukul 12 dh boleh check-in. mungkin receptionist tu dapat merasai plan kami yang ntah hapahapa ni. yippiee.... mari menuju ke bilik sekarang jugak




tanpa perlu menunggu lama, peluang yang ada terus digunakan untuk terjun bath tab

disebabkan faktor usia, kena berendam asing-asing. kena tunggu giliran le pulak


kena hensemkan diri sebelum jalan-jalan tepi pantai. mentang-mentang ada hair dryer, cepat-cepat guna. kalau kat rumah, nak bersikat pun malas

konsep gunakan kemudahan yang ada depan mata



satu lagi masalah keluarga, tak suka bergambar. bagi seribu pun belum tentu cukup korem. masa kak ton angkat kamera la diorang nak bangun, nyorok tepi pokok

jadi .... jangan harap la ada gambar kenangan yang senonoh. kalau berjaya terpacak pun mesti dengan muka sentap

ok, lebih baik tak payah



pelancong sangat





mari kita main semua yang boleh dimain





kasi ikan makan kulit mati. tetiap hari bagi ikan makan. lantak la korang. walaupun orang kata tak elok, ok kot untuk seumur hidup

kak ton jeling-jeling jugak dalam air tu, kot diorang masukkan ikan keli ke, toman ke. kang tak pasal-pasal masuk kaki tapi tulang pulah yang tinggal



ngantuk tunggu diorang berendam



terlelap kejap... 
eh eh eh, celik bijik mata ada geng dah korang main bola dalam air

good job



bertambah lagi pulak

 

along yang dah dewasa kononnya tak nak mandi. jadi kak ton paksa follow bontot kak ton je. mandi hanyalah aktiviti bebudak. hamboi,,,, dulu bukan main terkinja bila nampak kolam, sekarang sebelah mata pun tak mandang

maka,,, jalan-jalan je tepi pantai

toleh kiri ... toleh kanan, baru perasan. tak nampak pun orang melayu. kot ada pun 2-3 family masa last day. kebanyakan pun adalah omputeh. mungkin diorang rasa mana punya family negro dah tersesat ni

redho je kitorang



1st day je ada gambar. hari-hari lain kamera dipandang sepi. tak artis langsung la anak-anak kak ton ni

jadi ... 
harapan untuk korang semua saksikan kak ton dengan bikini bintang-bintang adalah mustahil




6 comments:

  1. alahai...baru nak tgk kak ton in bikini..hahahaha...

    ReplyDelete
  2. allaaaaaaaaaaaaaa
    penat scroll tunggu gambar bikini bintang2
    hahahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi menghormati permintaan ramai, akak kak ton usahakan di tempat lain pulak

      sila tungguuuuuu

      Delete