Friday 14 September 2018

Diri Sendiri & Hubby's Birthday



sangat tak terpikir akan ada surprise dari anak-anak
 
actually biasanya ada la especially dari si angah. kadang-kadang kongsi duit dengan si abang dan si adik untuk beli kek & hadiah
 
tapi yang ni beyond my expectation... eceh eceh eceh
 



 
balik kerja dalam hati membebel jugak kenapa jelly bersepah atas meja. masa ni spaghetti belum ada
 
pegi pegi dapo... opocot si angah ada di sebalik dinding dengan sepinggan spaghetti & ucapan happy birthday
 
oooooo... ai rasa nak meraung
 
jelly adalah HB kot kalau perasan
 
belon A & I
ayah & ibu
sobab birthday ayahnya selang sehari dengan birthday ibunya
 


dan kenyanglah kami dengan spaghetti sambil mintak tambah lagi
 
 
:)
 
 


Thursday 13 September 2018

Merdeka CupCakes

 
 
pandang-pandang, jeling-jeling
akhirnya naikkan dua gambar ni
 
 

 
 

Wednesday 2 May 2018



walaupun tak update apa-apa tapi tiap hari datang menjengah

dunia blog dah suram ke??? 







Thursday 11 January 2018

Shepherd Pie ... yg sangat senang


sangattttttt lama tak menulis kan
hanya intai tiap-tiap hari. nak tulis ke tak?? nak upload gambar ke tak???

ok la, kita hai hai sikit untuk tahun 2018 ni

gambar yang sangat fresh, baru buat malas semalam 

bila terjebak dengan drama (yang mana ia sangat jarang berlaku), preparation untuk dinner start lepas pukul 7 ataupun masa iklan. tu pun lari-lari sebab kejap je iklan

assistant akan calling-calling bila iklan habis
fuh.... agak mencabar




kalau makan kat secret recipe, rasanya 10. air lagi, itu ini lagi maka mau seratus jugak habis

jadi sila pangkah menu ni dalam secret recipe lepas ni sebab buat sendiri adalah lebih shananana

planned nak guna daging tapi paham2 aje la. kalau nak guna cari kat banyak kedai pun tak de. kalau tak nak guna, depan mata melayang-layang daging kisar tu. jadi beli ayam & cincang halus. tukang cincang ada je 2-3 orang. cuma perlu bagi arahan

1 kg kentang - potong kecik, rebus sampai lembut & toskan
Susu segar anggaran 1/4 cawan je
2 sudu butter
lada sulah, garam

Waktu kentang masih panas, lenyekkan. masa kan ciput, jadi kak ton guna mixer, senang je kerja. tau-tau dah elok licin

Masukkan susu sikit demi sikit, jangan habiskan. Agak-agak adunan kentang lembik je, susu tu dah boleh masuk dalam mulut sendiri

Masukkan butter dalam suhu bilik, lada sulah dan garam

Ketepikan kentang tapi kita tak payah nak join ketepi sekali sebab ayam tu nak kena masak pulak iye

Untuk isi

500 gram isi ayam
1 biji bawang holland - dadu
1/2 tin cendawan butang - dadu
1 tin sos prego
2 sudu cili kisar, abaikan kalau x nak pedas
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Garam

Tumis bawang sampai layu. Masukkan cili kisar. pedas-pedas baru gembira sikit makan kerna melayu & pedas tak dapat dipisahkan

Masukkan ayam, goreng sampai masak.
Curahkan sos prego & cendawan butang. Gaul sebati
Perasakan dengan serbuk lada hitam, oregano dan garam

Cara -----
Letakkan sikit kentang di bawah
tutup dengan ayam tu. lagi banyak lagi ceria kita makan
lepas tu tutup balik dengan kentang

dah boleh bakar, 170 darjah, 20-30 minit.
padamkan api sebelum rentung

kalau ada cheese lgi sedap tauuuuu
omputeh sangat kalau makan sambil cheese meleleh2