Thursday 11 January 2018

Shepherd Pie ... yg sangat senang


sangattttttt lama tak menulis kan
hanya intai tiap-tiap hari. nak tulis ke tak?? nak upload gambar ke tak???

ok la, kita hai hai sikit untuk tahun 2018 ni

gambar yang sangat fresh, baru buat malas semalam 

bila terjebak dengan drama (yang mana ia sangat jarang berlaku), preparation untuk dinner start lepas pukul 7 ataupun masa iklan. tu pun lari-lari sebab kejap je iklan

assistant akan calling-calling bila iklan habis
fuh.... agak mencabar




kalau makan kat secret recipe, rasanya 10. air lagi, itu ini lagi maka mau seratus jugak habis

jadi sila pangkah menu ni dalam secret recipe lepas ni sebab buat sendiri adalah lebih shananana

planned nak guna daging tapi paham2 aje la. kalau nak guna cari kat banyak kedai pun tak de. kalau tak nak guna, depan mata melayang-layang daging kisar tu. jadi beli ayam & cincang halus. tukang cincang ada je 2-3 orang. cuma perlu bagi arahan

1 kg kentang - potong kecik, rebus sampai lembut & toskan
Susu segar anggaran 1/4 cawan je
2 sudu butter
lada sulah, garam

Waktu kentang masih panas, lenyekkan. masa kan ciput, jadi kak ton guna mixer, senang je kerja. tau-tau dah elok licin

Masukkan susu sikit demi sikit, jangan habiskan. Agak-agak adunan kentang lembik je, susu tu dah boleh masuk dalam mulut sendiri

Masukkan butter dalam suhu bilik, lada sulah dan garam

Ketepikan kentang tapi kita tak payah nak join ketepi sekali sebab ayam tu nak kena masak pulak iye

Untuk isi

500 gram isi ayam
1 biji bawang holland - dadu
1/2 tin cendawan butang - dadu
1 tin sos prego
2 sudu cili kisar, abaikan kalau x nak pedas
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Garam

Tumis bawang sampai layu. Masukkan cili kisar. pedas-pedas baru gembira sikit makan kerna melayu & pedas tak dapat dipisahkan

Masukkan ayam, goreng sampai masak.
Curahkan sos prego & cendawan butang. Gaul sebati
Perasakan dengan serbuk lada hitam, oregano dan garam

Cara -----
Letakkan sikit kentang di bawah
tutup dengan ayam tu. lagi banyak lagi ceria kita makan
lepas tu tutup balik dengan kentang

dah boleh bakar, 170 darjah, 20-30 minit.
padamkan api sebelum rentung

kalau ada cheese lgi sedap tauuuuu
omputeh sangat kalau makan sambil cheese meleleh2





1 comment: