Friday 30 November 2012

Lelong, part 3



rasa macam kerja kat pasar malam pulak
hihihihi




6y



3, 5, 6y



5y



design yang sebetul lain sikit, ntah ke mana gambar yg betul

yang betul, gambar kereta, baju putih seluar ijau

2y



ni sarung kaki, bukan pemegang peti ais yek

ada jugak polkadot warna ijau, kuning n pink
dot-dot dia warna putih

RM6 sepasang



ni busha

RM5 sepasang


rasanya akan ada 1 lagi lelongan

stend bai ye kawan-kawan

Thursday 29 November 2012

The Lelongs, part 2



Alhamdulillah
sambutan agak menggalakkan untuk lelong semalam

TQVM pada kawan-kawan

Lupa nak mention, harga adalah tak termasuk postage

Duit pos RM6 je
Masih affordable , tak membebankan, kan?


OK, ni lelong versi kedua


Semua kasut RM12 sepasang

18m

SOLD OUT

18m



Beg ni aku masukkan dulu, ramai yang tanya tapi RM nya tak kunjung tiba

Berdasarkan kiraan tangan, ada 2 lagi saiz m dan 2 saiz s

Harga adalah RM22 dan RM18


Jom la kawan-kawan memeriahkan suasana lelong ini



Wednesday 28 November 2012

The Lelongs



Selingan rancangan

Ni aku nak clearkan stock baju baby/kanak-kanak.

Sila la jenguk, kot ada yang berkenan jangan le malu-malu untuk order

Bila dah lelong, harga adalah murah dari biasa

Semuanya RM14 sepasang


Cutting baju adalah kecik, dinasihatkan ambil 1 atau 2 saiz lebih




4y




SOLD OUT



2y, 5y




1y, 6y




SOLD OUT


Monday 26 November 2012

Putih + Hijau Pas



Katanya nak warna hijau pas
hijau pas ke cenggini?
bole la kot ...








semalam korang semua buat apa?.. pegi mana?

aku n family, dengan tak de arah tujuannya pegi ke nilai 3

pergi buang air, beli keropok lekor RM4, tak jadi beli cempedak goreng yang berharga RM2 3 biji, air kelapa, beli buah dukong n mata kucing, belek-belek cadar, beli jersi with printed names ... balik klang

sungguh la tak menarik


apahal cempedak goreng itu mahal?
mungkin ia berasal dari amsterdam
damn sungguh
tapi ... tak jadi beli bukan sebab harga tapi pasal minyaknya,...
kalau perah, bole goreng lagi setandan pisang

Friday 23 November 2012

Sampai Hati ?


Suhu sekeliling adalah nyaman
Rasa macam kat cameron highlands pada waktu 25 tahun lepas

Cuaca cameron sekarang?... nan ado lah sejuk

Dulu kalau nak pegi rombongan sekolah ke cameron, kena la bawak baju kait bulu kambing
Tidur kena ada selimut tebal, stokin wajib ada
Kalau nk complete, bawak le sarung tangan dan topi kait jugak
Sekarang?... pakai baju bulu kucing pun tak de hal
Berbikini pun tak de rasa sejuk

Bukak mulut je sikit keluar le asap....
Waaaaaa.... rasa kat switzerland je masa tu
Berangan le korang, konon baru lepas main ski, tu yg berasap mulut

Kalau selsema, jangan harus pegi cameron
Sedang elok hi.n..us nk turun, terus beku jadi ais
Hebat, kan?... ais warna ijau pucuk pisang

Amboi .....jauh beno merepeknya. Mukadimah bukan main berjela, penuh dengan kemerapuan

Tadi aku mentioned pasal sampai hati, kan?
Sebab cuaca sejuk, kena la touching sikit

Pada aku yg buat meniaga kecil-kecilan ni, usaha kena la lebih sikit utk tarik hati kastemer

Tapi ,,,,, aku pun tak de le sampai hati nak kaut untung menggunung
Memang le untung tu aku nak tapi berpada-pada la kata orang
Tak kan  modal 2 engget aku nak jual sampai 200 engget

Maka ,,, aku pelik bila ada yg sampai hati buat gitu
Konon nak cover di waktu tak de kastamer
BOLEH GITU....?

takkan  ko nak suruh orang lain tanggung ?
dah waktu tu Allah tentukan rezeki ko tak de, what can you do?

Cam tu le jugak kekdahnya sebelum cuti sekolah baru-baru ni
Sekolah kan last 9 hari bulan, tak sampai pun pertengahan bulan
Tapi ramai pengusaha van dan bas sekolah mintak full payment

Kalau aku, tercekik rasanya nak ambil/mintak duit orang macam tu punya banyak
Sendiri kena la pikir, apa hak kita untuk ambil duit orang atas servis yang kita tak buat
Melainkan ..... orang tu ikhlas memberi

JADI!!!!!!!,,,,, sendiri mau pikir

Wednesday 21 November 2012

Crepe Durian



Sekarang musim crepe durian, kan?

Sana sini orang cakap pasal ni, aku pun tak nak la jadi kolot

Join jugak menerai, nak rasa macamana kesedapan crepe ni sampai habis semua stok durian kat giant, tesco dan kat tepi-tepi jalan


ni le rope crepe durian aku



DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.


RESEPI FILLING CREAM KASTARD
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)


200 gm susu segar

2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik




tapi disebabkan aku bukan le penggemar tegar durian walaupun kat kampung aku banyak pokok durian, crepe durian ni bukanlah jadi pilihan sangat

sungguh tau, bukan nak berlagak. aku tak tahan sangat dengan durian fresh tapi tempoyak ok pulak

bau durian selalu buat aku pening lalat dua tiga hari
dulu, masa sekolah aku ok je dengan durian, bole je pulun lima bijik sekali hadap
seingat aku, masa tunggu result spm aku dah tak bole masuk dengan durian
masa tu memang musim durian kat kampung
menambun durian depan rumah tapi aku nengok je dengan hati hambar


 

sejak detik tu le aku dah bye bye kat durian, langsung tak makan

tapi sejak dua menjak ni aku try la sikit-sikit

gitu jugak le nasib sate, aku tak berapa boleh makan sate


Tuesday 20 November 2012

Salmon Steak with White Sauce



Amacam???...nampak macam omputeh tak?

Mula-mula memang rasa begitu western tapi bila terpandang warna kulit, terus membisu tak terkata

Orang rabun dekat pun boleh bezakan

Somi kata nak makan salmon dan isterinya yang mempunyai berat badan semasa sebanyak 64kg ni pun tak sanggup nak membantah
Syurgaku di tapak kakinya
:)



resepi aku review banyak blog. cara pun sikit lebih kurang, aku guna je apa yang ada kat dalam gobok burukku itu

kena tau konsep, lepas tu pandai-pandai la tukar sana sini

yang penting ikan tu rasanya
adalah tak sesuai buat salmon steak tapi guna ikan kembung ataupun ikan talapia itam


ok, jom tengok macamana aku buat


2 potong ikan salmon
serbuk lada hitam
olive oil
thyme, parsley, rosemary, oregano - tumbuk. klu ada serbuk lagi bagus
garam

perap semua bahan ni. lagi lama lagi la walla rasa dia
herbs tu jangan la banyak tahap melampau
anggaran hujung sudu je aku letak

masa perap tu, sila le letak dalam peties. jangan le korang perap n letak kat dapur je
kang ilang bau herbs, timbul plak bau melantong

jangan disia-siakan ikan salmon tu,,,, mahal tau
ala, kalau murah pun takkan nak membazir gitu aje. beli pun dengan rm dan rm tu bukannya datang tetiba dari celah pokok bunga


ok,  kita buat sos putih pulak

2 sudu besar butter
200ml susu segar. abaikan susu sendiri yek
1 sudu besar tepung
1 sudu besar jus lemon
1 biji bawang besar - potong dadu
garam
parsley n thyme

tumis bawang dengan butter sampai layu
masukkan tepung, jangan terkejut memang tepung akan hilang dari pandangan. Gaul
Masukkan pulak susu, garam, parsley dan thyme. Gaul lagi ye baby
Last sekali, jus lemon.

Kalau terpekat letak sikit air, kalau cair masukkan tepung
adjust la mana terkurang dan terlebih, kan kita pandai




juadah minum petang, sungguh la mat salleh

sepinggan untuk diri sendiri, sepinggan untuk somi
lagi 3 potong simpan untuk breakfast esok

untuk anak-anak aku buat roti bakar je
buah-buahan ada stoberi, anggur, epal hijau n oren
nampak meraih?... sebab baru sopping barang basah
tunggu la dua tiga hari lagi .. buah keras je yang ada




sedap ... terasa lemonnya 


ehhh .lupa plak dengan sayur mayo yang enterprem

aku rebus je kentang dan brokoli tu sampai lembut, ketepikan kejap
masuk sikit olive oil n butter,  masukkan kentang, capsicum dan brokoli
masukkan sikit garam, parsley dan serbuk lada hitam

masukkan sayur ni dalam pinggan, tambah lagi sikit olive oil untuk gorengkan ikan


ok, dah siap
gitu le serba sikit caranya
next time nak letak serbuk cili la sikit


Monday 19 November 2012

My Heart Bleeds...



Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim... selamatkanlah bumi Palestin





hati sapa yang tak luluh bila tengok nasib yang menimpa mereka-mereka di sana

tapi hati aku paling tak mampu terima bila anak-anak kecil yang tak berdosa jadi mangsa
apa salah diorang?...
kalaupun bersalah, takkan itu balasan yang mereka kena terima


muka aku sungguh la ganas akka scary tapi tak sanggup sungguh tengok gambar budak2 ni yang ramai orang post kt Fb

tapi aku percaya semua orang pun tak mampu tengok
semua orang pun sedih

cuma yang berhati batu atau memang tak de hati je yang tak sedih


dalam kita bersuka ria bergelak ketawa, marilah sama-sama kita panjatkan doa ke hadrat Illahi, semoga penderitaan dan penindasan ini berakhir segera


sesungguhnya, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul


Maroon fondant



Alhamdulillah

berjaya jugak menyetelkan niat sepupu yang nakkan kek ni untuk majlis bertunang anak dia

anak sepupu dah bertunang?... oh, aku semakin tua nampaknya
nasib la rupa masih muda, hati pun ikut muda sekali
:)



actually,,,, cei cei cei, cakap omputeh plak
bukan senang jugak sebenornya

sepupu tu kat kajang, maknanya nak kena tunggu en.somi balik keje le baru dapat pegi kajang

nak tau pukul berapa kitorang sampai kajang?
11.55 hokei
kejam rasanya datang rumah orang malam-malam buta



nasib la,,,, what to do
laki mencari rezeki, aku pun pencari rezeki jugak

the thing is, kek tu nak dibawak ke terengganu
sabtu pagi diorang nak gerak, majlis bertunang ahad
aku kena la adjust untuk kekalkan kesegaran kek



tonggeng terbalik kot arah mana pun, tetap kek yang sama






Sunday 18 November 2012

Kekwatnye Retis Ni

Ni cerita yang dibawa khas oleh somi dari tempat keje dia

Kiranya bukan la gosip tapi kisah benar
Kejadian tak de le berlaku depan bijik mata somi tp dibagitau oleh guard immediately lepas kejadian berlaku
.... sebabnya guard tu tanya somi betul ke nama retis tu
Kiranya guard tu tak kenal le retis tu

Al kesahnya....
Somi aku keje kat port , dulu port star cruise tp management off dia dah beli
View port tu memang cantik,,, kerna boss diorang adalah bertaste hebat
Memang maintain baek punya, kontraktr pun dibawak khas dr s'pore

Al kesahnya lagi .....
Ada la sebijik keta nk masuk melalui guard house tp tak stop utk register
Dan of course la guard kena stopkan diorang
Standard procedure la tu, kan?

Wah.... retis pompuan tu bukan main hangin sebab diorang kena register
Terus dia keluar dari kete ...
Lebih kurang katanya!,,, u tak kenai i ke? I ni ...tutttttttt.. nama perlu dirahasiakan
I ada shooting tau kat sini
Guard pun sound la balik, shooting pun kena la register
Bertegang jugak la urat dan benang
Ngeh ngeh ngeh

Dan ... bila urat tu tegang sangat, keluar la AKASHA dari dalam kete
Mintak maap kat guard, dan dia pun terus register

Haaaa, kan senang gitu. Buat pe la nak gaduh pasai menda kecik gitu
Buat je yang sepatutnya, habis story

Tu la yang guard tu call somi dan somi pun mensohehkan dia adalah retis tu

Kot ye pun tengah top, tak yah le nak eksi sangat
Depan wartawan bukan main sopan dan frenly
Tapi rupanya penuh kepura-puraan

Tapi sepotong nasihat,,,, kalau tensen jangan lagi makan pil tido


Korang tau ke sapa dia?...

CABUTTTTTTT

Ber'SkyFall" di Hujung Minggu



Wedding anniversary ari tu, somi belikan handphone
satu untuk isterinya nan comei, satu lagi untuk diri sendiri

budak kaunter tu bagi kitorang 2 tiket wayang TGV
haih ...aku pun terima la dengan hati yang tak berapa terbuka
dia tak tau ke aku tak suka tengok wayang?...

budak-budak tu suka la
aku tak de alasan untuk tak bawak diorang
aku selalu je bagi alasan untuk tolak permintaan diorang
sekarang???..apa alasan yang munasabah?



the tickets




the phones

apa model?...no no no, jangan tanya
tak mo bagitau, nanti korang tiru plak
:)



sementara tunggu waktu tayangan yang lagi setengah jam je, kitorang memenuhkan perut kat subway kejap

ish ish ish ...sungguh la aku tak suka
meja banyak tapi semua pun penuh dengan sampah
tak de pekerja ke nak kemas?.
meh aku tolong kemaskan



cepat-cepat sumbat makanan dalam mulut
malas aku nak duk lelama
kang ada yang aku mintak kain buruk dan plastik itam




cepat anak-anak... kita masuk wayang cepat
james bond pun dah call ibu, dia tk sabo nak lompat dari ketapi
masa tak banyak dah ni


Saturday 17 November 2012

Andai ku bercinta lagi ...


Aku suka lagu ni

Ingatkan kumpulan indonesia ...  KRU punya budak rupanya

well done





Aku Nak Kurus



Iwan dan Angah demam

memang pagi semalam sebelum pegi nursery angah dah demam
ubat dah stand-by dalam beg baju diorang
angah siap bawak botol air sebab ayah kata kena minum banyak air masak
bagus... good girl


bila balik kerja masih lagi panas + iwan pun demam sekali, aku bawak le pegi klinik
kat klinik, biasa la ada penimbang

tanjat maimun tau
dah naik lagi berat aku.....uwaaaaaaaaaaaa
dah 64 kg beb

dengan ketinggian yang ala-ala pohon bonsai ni, aku adalah nampak umpama ayam serama bersiar-siar di tepi longkang

sedih tau
memang dapat rasa macam dah menggajah tapi tak sangka la sampai 64kg

patut la semua seluar bukan main ketat, bila pakai dah macam katak kena jerut je
dan sekarang aku mampu pakai seluar lama somi berpinggang 32
fitam mak dibuatnya

sampai je rumah cepat-cepat masak asam pedas ikan bawal
makan 2 pinggan, kononnya dinner nasi yang terakhir
lepas ni no more nasi masa dinner untuk aku


pagi ni aku grill 2 batang sosej, goreng telur n letak baked bean
bole kurus ke makan ni?
banyak carbo n calori tak?



bila dah namanya menu untuk diet, kena la letak salad 
baru la ada semangat nak kurus

kurus bukan only untuk cantik tapi untuk kesihatan dan self confident
sapa la mampu rasa gembira kalau diri menggajah

wahai kawan-kawan, doakan aku berjaya yek
jom le kita sama-sama kurangkan berat badan




not bad jugak rasa baked bean ni
umur je dah hampir senja tapi baked bean pun tak pernah makan


kalau rasa kerajinan tak hilang, nak buat salmon la... barang-barang semua


p/s : tadi dah buat sit up 40 kali
:)



Tolong ,,, saya pun nak kuat



hihhhhh... 
bila ingat pada keje rumah n keje opis yang menimbun akka tak pernah habis, nak je belajar rahsia kuat kawan kita yang sorang ni

mana dia dapat ilmu?




ada sapa-sapa yang kenal dia ni?

sila pm no anda atau no dia, yek
pleaseeeeeee


Friday 16 November 2012

Ayam Panggang Rosemary



Assalamualaikum... salam maal hijrah untuk semua


Apa aktiviti cuti2 macam ni?. Pada kita yang berstatus mak dan bakal berstatus makcik, aktiviti utama adalah ngadap dapur. Betul tak?...
Eleh, jangan tak nak ngaku pulak
Memang itu takdir kita. Campak kat celah mana pun gitu le kekdahnya
:)

Yang paling mencabar bila ada kat celah dapur tu mesti le untuk pikir menu apa
Leceh betul bila nak pikir apa nak dimasak
Untuk short cut kan kelecehan, tanya je kat tukang makan
Kita yang tukang masak ni akan menurut perintah

Kalau tanya kekanda, dia akan mintak ikan
Anakanda-anakanda akan pilih ayam
Untuk puaskan hati, masak dua-dua sekali la


Kali ni aku masak ayam panggang rosemary



menarik tak?... 
kalau tak de rosemary, jom le berlari2 ke kedai

melainkan rumah korang macam dalam 'french food at home' la, ada sepasu rosemary kat atas kabinet

mmmmm,, nak buat gak la macam tu tapi aku punya versi daun kari, daun pandan n daun kunyit
oish .... rasa kagum dengan diri sendiri 

resepi aku olah sikit dari blog masam manis

4 keping paha ayam
5 ulas bawang putih - potong kecik je
1 inci halia - tumbuk halus
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil
Carrot n kentang secukupnya

Perap ayam dengan perahan air halia, ketepikan. (nak ketengahkan pun bole :)

Tumis bawang putih dengan olive oil. pun ketepi atau ketengahkan

Tumbuk rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam, jintan kasar dan bawang putih. Gaulkan dengan ayam 

Gaulkan jugak lebihan olive oil yang digoreng tadi, gula perang, garam, jus limau dan perasa (if any)

Perap semua ni, lagi lama lagi melazatkan


Sementara tu, rebus kentang sampai lembut. Aku tak suka kentang yang keras. 
Hari tu pegi makan kat western restoran, punya la hazab aku nak ngabihkan kentang dia. Agaknya, baru cabut dari tanah, buang kulit dan terus letak dalam pinggan aku. 

Angkat dan toskan. Suruh kentang n carrot tu tunggu ayam dulu yek
Nanti akan beriringan le diorang masuk oven



tu dia ... satu pinggang untuk diri sendiri, lagi sepinggan tu untuk family




gini le kaedahnya...
ayam, kentang n carrot digelumangkan sekali

masuk le dalam oven wahai anda semua
duk kat dalam tu pada suhu 200 darjah, 50 minit tau



alhamdulillah, satu episod dah selesai

ada lebih sebelah paha tu, aku makan esoknya
nampaknya lagi yummy bila simpan sehari
dengan syarat,...... ayam tu belum lagi basi