Friday, 16 November 2012

Ayam Panggang Rosemary



Assalamualaikum... salam maal hijrah untuk semua


Apa aktiviti cuti2 macam ni?. Pada kita yang berstatus mak dan bakal berstatus makcik, aktiviti utama adalah ngadap dapur. Betul tak?...
Eleh, jangan tak nak ngaku pulak
Memang itu takdir kita. Campak kat celah mana pun gitu le kekdahnya
:)

Yang paling mencabar bila ada kat celah dapur tu mesti le untuk pikir menu apa
Leceh betul bila nak pikir apa nak dimasak
Untuk short cut kan kelecehan, tanya je kat tukang makan
Kita yang tukang masak ni akan menurut perintah

Kalau tanya kekanda, dia akan mintak ikan
Anakanda-anakanda akan pilih ayam
Untuk puaskan hati, masak dua-dua sekali la


Kali ni aku masak ayam panggang rosemary



menarik tak?... 
kalau tak de rosemary, jom le berlari2 ke kedai

melainkan rumah korang macam dalam 'french food at home' la, ada sepasu rosemary kat atas kabinet

mmmmm,, nak buat gak la macam tu tapi aku punya versi daun kari, daun pandan n daun kunyit
oish .... rasa kagum dengan diri sendiri 

resepi aku olah sikit dari blog masam manis

4 keping paha ayam
5 ulas bawang putih - potong kecik je
1 inci halia - tumbuk halus
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil
Carrot n kentang secukupnya

Perap ayam dengan perahan air halia, ketepikan. (nak ketengahkan pun bole :)

Tumis bawang putih dengan olive oil. pun ketepi atau ketengahkan

Tumbuk rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam, jintan kasar dan bawang putih. Gaulkan dengan ayam 

Gaulkan jugak lebihan olive oil yang digoreng tadi, gula perang, garam, jus limau dan perasa (if any)

Perap semua ni, lagi lama lagi melazatkan


Sementara tu, rebus kentang sampai lembut. Aku tak suka kentang yang keras. 
Hari tu pegi makan kat western restoran, punya la hazab aku nak ngabihkan kentang dia. Agaknya, baru cabut dari tanah, buang kulit dan terus letak dalam pinggan aku. 

Angkat dan toskan. Suruh kentang n carrot tu tunggu ayam dulu yek
Nanti akan beriringan le diorang masuk oven



tu dia ... satu pinggang untuk diri sendiri, lagi sepinggan tu untuk family




gini le kaedahnya...
ayam, kentang n carrot digelumangkan sekali

masuk le dalam oven wahai anda semua
duk kat dalam tu pada suhu 200 darjah, 50 minit tau



alhamdulillah, satu episod dah selesai

ada lebih sebelah paha tu, aku makan esoknya
nampaknya lagi yummy bila simpan sehari
dengan syarat,...... ayam tu belum lagi basi


4 comments:

  1. salam...
    balas kunjungan..done follow
    pandainye awk msak...mesti sdap kan rasa dia..

    ReplyDelete
  2. W'salam. Tak de le pandai, kadang2 tu terpaksa tunjuk pandai

    ReplyDelete
  3. atie : lepas la utk sendiri makan

    ReplyDelete