Wednesday 31 October 2012

Kek Lapis Cheese Persona



Rasanya ramai yang dah try kek lapis ni

Kek lapis yang agak la simple bahan dan cara pembuatan tapi punya la sedap

Boleh berpusing bijik mata waktu makan

Aiseh ....puji keterlaluan, obvious sangat menipunya?
Ok, aku mintak maap

Tapi serius, mmg lazat berkrim

Yang penting, kena la prepare awal sebelum dapat menikmati
Biar biskut & cheese tu bergelumang seintimnya



Resepi diceduk dan dikopi dari blog glemer http://ryoazhar.blogspot.com

Sambil ceduk, malu pada diri sendiri
Cik abang ni punya la pandai masak
Terpaksa tersipu-sipu kat celah pokok buluh


A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.




Suka tengok abah punya la concentrate makan kek lapis ni

Kepuasan tuh ....



So la nyaman bila lalu kat tekak


Tuesday 30 October 2012

Terharu



Touching

Moment yang sungguh la touching




Atok yang terharu dengan hadiah hari jadi
Motosikal


Bila atok tadah tangan tanda syukur & terharu

apa lagi .....


Semua pun join touching



Lagi gambar pada next entry


Atok vs Cucu's



Tiap kali balik kampung akan ada aktiviti ni
Aktiviti contruction atok and cucu's
Atok jadi kontraktor, cucu jadi pekerja kurang mahir

Ni aktiviti petang raya hari tu

Disebabkan malam raya tu nak buat birthday tertunda abah and birthday terawal mak, maka kitorang tak de le berjalan ke mana-mana

Sementara anak-anak dara dan mak dara prepare untuk majelis hari jadi, atok and cucu buat banglo kat tepi rumah

Biasa buat kat depan rumah, tepi paya
Sekarang lokasi pembinaan dah tukar




Hasil pembinaan tak sempat nak snap

Dalam usaha menyiapkan banglo ni, atok telah pun mengorbankan sebatang pokok pisang
Daun pisang jadi bumbung, batang pisang campak kat tempat sampah

Kakak kata banglo ni mampu bertahan lama

Hari ni atok buat ruang tamu, esok bila dia tengok cucu-cucu dia lepak kat situ, dia pun join
"jom kita buat bilik pulak"
lusa dia join buat dapur

haih ....




Macam tu le kasih atok
Buat semua benda yang cucu suka

Tu belum lagi aktiviti pergi kedai
Lepas sorang sorang dia hangkut pegi kedai

Ada je cucu nak kopakkan duit atok



Sunday 28 October 2012

Masih d kampung

Salam aidiladha pada semua

Di manakah lokasi anda semua?
Aku masih kat kampung nih

Tahun ni konsep raya adalah berpecah belah

Aku dan anak-anak beraya kat perak, suami pulak di melaka

Tak percaya?
Ini adalah kejadian benar

Aku ada family day dengan sepupu sepapat
Family day tu pulak kat rumah mak
Suami pulak ada majlis bertunang anak sedara

Jadi ,,,, keputusan perpecahan ini adalah dari suami
Nak tak nak, ,,,, tak mampu membantah

Balik la aku ke kampung dengan adik n anak sedara yang datang sempena birthday along angah ari tu

Balik hari rabu, jalan tak de jam
Balik ke klang pulak hari isnin petang
Pun sebab nak elakkan jam

Tuesday 23 October 2012

Sagun Kelapa



Time sekolah dulu sungguh la glemer sagun kelapa ni
Semantara tunggu van sekolah, berlari-lari le sebijik kedai runcit ni

Jual sagun yang balut dalam kertas tu
Sagun dia pun fresh, buat sendirik punya
Bukan macam jaman sekarang, tak de sefresh mana

Jadi, untuk menyelak kenangan zaman dulu, jom kita buat sendiri sagun ni




resepi darisudipkayu.blogspot.com/

Bahan:
200gms cwn kelapa kering 
200gms cwn tepung beras 
50 gms tepung pulut 
gula halus secukupnye 

CARA: 
1. goreng dulu kelapa hingga wangi (kalau guna kelapa fresh kine goreng hingga separa kering giteww)... 
2. masukkan tepung beras& tepung pulut...goreng lg hingga wangi, rangup & berderai...3. dah siap, sejukkan dulu br gaul bersama gula ikut suka nk manis mana...

Bila aku nengok kelapa ni masih berketul bila dah kering, aku pun blend bagik hancur

Rasa memang membahagiakan naluri



Tapi sendirik mau ingat, makan kena la berhati-hati dan bersopan

Pastikan tiada makhluk kat depan kita
Kalau tak, naya je kena penangan sagun fresh dari mulut kita

Paling hazab, mulut kita tak semestinya fresh
hehe



jadi, no more sagun yang dalam gulungan paper tu
kalau nak jugak, sila gulung sendiri

aku letak dalam tupperware kecik2 merangkap comei
smbil tengok tivi, bole le menjamu selera

sapa yang nakal, aku sembur dengan sagun


Monday 22 October 2012

Beginilah Rupanya Majelis Itu



Alhamdulillah ... selesailah semuanya

Majlis simple untuk Along n Angah

walaupun ramai yang terkandas dan tak mampu teruskan perjalanan sebab jam yang dahsyat kat shah alam sempena final piala malaysia, majlis tetap la berjalan

sungguh la tak tau bola tu buat dekat shah alam, ingat kan dekat bukit jalil

ada yang tensen dan patah balik

sorry la dear, aku insan yang berstatus katak di bawah tempurung

rama jugak yang mengabaikan majelis ni sebab nak ke stadium

especially budak2 tempat office aku

sanggup diorang melangut kat stadium dari pukul 3 ptg
semata-mata tak nak jam

sanggup la korang tak nak makan di rumahku

biar la ... abaikan diorang, hehehe

mari sini nengok birthday boy and girl
punya la susah diorang nak bergambar
puas la aku geletek, tak naknya diorang
ni pun ....panggil dekat 7 ribu kali baru nak pandang



sudut makanan ringan



kek seperti permintaan angah
kena tunggu dia bangun tidur baru start decorate
kang tak kena dek hati dia, mau moncong sampai sudah
kerna ...hatinya serapuh hatiku
ecececece...gadis ayu yang manja



ika & shafiq
nak jugak dia tanda "&" tu



tak de masa pun nak pikir idea yang spesel
janji kek ada depan mata
dan sekarang kek tu ada dalam peties je
tetamu makan mende lain...kek ni kurang nampaknya
atau adakah ia tak sedap?
kalau betul, diam2 sudah







ok, ada la sekeping gambar birthday boy



lokasi penggambaran





makanan ringan .... ada lagi yang tak letak lagi
kelam kabut le katakan



antaranya ....sila lihat dan teka



gigih la aku print & lekat gambar dua beradik tuh
macam tak de keje plak



birthday girl yang bertudung



dia bertudung



dan dia tidak bertudung






pantang tengok baby diorang ni

ada ka suruh aku beranak lagi....
indah nya permintaan korang yek


Friday 19 October 2012

Majelis untuk Anak-Anak



Insya-allah, esok petang nak buat majlis untuk anak-anak




Agak la sibuk badan ini kerna semua pun nak dibuat sendiri


Jadi, bila semua nak kena buat sendiri, kena la uruskan masa dengan cermat

Ada rasa nak order katering tapi takut tak memenuhi citarasa

Bukan cerewet tapi nak la rasa makanan tu diri sendiri dan tetamu puas hati
Perasan sendiri pandai masak? ...
Tak la tapi rasa lagi seronok masak sendiri


Jemput la datang
majlis simple tapi yang penting anak-anak rasa happy


Monday 15 October 2012

Lovingnya Couple Ini



Baru lepas makan?....jangan muntah
Baru lepas penat bekerja?...jangan fitam

Mummy dan daddy mokcik kat kampung, makin tua makin loving
Kalau abah balik lambat dari masjid, bising la mulut dia
Bukan bising marah tapi bising risau

Memang gitu le yang elok, saling memerlukan antara satu sama lain

Kalau abah sihat, dia akan pegi pasar sorang diri, never fail
Lepas hantar ikan segala, dia mengeteh plak
Kalau dia tak berapa sihat, mak akan temankan
Maka, berempit la kedua insan romantik ini ke pekan



Nampak aurat tapi masih tutup aurat, kan?

Ni tak tau apa agenda pulak main suap-suap



oooooo... birthday tahun lepas rasanya
belek-belek kamera nampak gambar ni
Kena la simpan baik-baik, untuk kenangan anak cucu



aisseeehh ...
gadis kurang gigi tersenyum malu

cute tak pisau potong kek?
bukan senang nak dapat tuh



ni la penyumbang semua aksi romantik tu

anak sedara yang paling la becok
ada je mende yang dia nak buat
baring atas paha abah mokcik la, cubit-cubit pipi la dia



seeeee....

happiest moment in my life
to see they smile

Safwan 24 yrs old




















Saturday 13 October 2012

Udang Goreng Tempoyak



amacam kawan-kawan?... nampak menyelerakan tak?

Bagi yang suka tempoyak, ni salah satu cara mempelbagaikan resepi
bagi yang tak suka, sorry ....tak dapat den nak tolong

kalau kita tak de banyak masa terluang, udang goreng tempoyak ni memang boleh membantu

cuma kena la makan panas-panas, rasanya kalau dah sejuk kureng sikit umph dia

kiranya masak untuk sekali makan je la
jangan masak sampai setengah kolam udang, nanti membazir pulak
lagipun, udang sekarang bole tahan hargenya
silap ari bulan, bole menitik airmata waktu kat kaunter bayaran

sebagai ustazah kurang bertauliah, mari la kita sama-sama menasihati





Resepi kopipes dari aku bukan chef

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang sederhana besar (buang janggut dan belah belakang)
  • 1 biji bawang merah tapi saiz besar cam bwg besar - hiris
  • 1 ulas bawang putih - hiris
  • sebiji cili merah - hiris
  • 6 biji cili api - hiris (aku rasa better lebihkan sikit cili api ni sebab 6 bijik x cukp pedas utk aku. pedas baru kick. agak2 nak kena buasir tu! hehehheheee)
  • 3 sudu tempoyak
  • minyak, garam dan kunyit

Cara memasak:
  1. gaul udang ngan sedikit garam dan secubit kunyit - perap seketika
  2. pansakan minyak dan tumis bahan hiris sampai kekuningan
  3. masukkan udang tadi dan gaul seketika - jangan lama sgt takut udang mengejung, nanti x sedap
  4. masukkan tempoyak dan masaklah seketika. sesuaikan rasa - tak masin tambah garam
  5. dah siap, hidang panas2... SEDAPPPPPPPPPP!!!





perasan tak ????...sekarang ada watermark
tapi tak pasti sampai bila mokcik rajin



Friday 12 October 2012

Saya Orang Tua Baru Belajar




Semenjak dua menjak ni rajin pulak ngintai tutorial kat blog kengkawan

Mungkin sebab along pun dah habis upsr, jadi rasa tensen tu agak la kurang
Tunggu bila dekat-dekat result nak keluar, mungkin tensen naik balik

Bagi golongan veteran macam mokcik ni kena la amik masa nak paham semua tutorial tu
Otak dah berkulat dan berkarat
Tapi bila pandang kat cermin, masih nampak keayuan 
ahakssss....

ok ok....
lokasi mokcik bertusyen free adalah dekat lyssa comel

rasa malu la jugak share ketidakpandaian sendiri. lagipun mende alah ni dah berkurun lama orang buat

mokcik yang datang dari zaman kuno ni terpaksa la mengaku 
but,,,, who care?.
ilmu beb ...sharing is charing
share sambil copy nota penting dari ellysa comel
minta izin ye sayang

meh kita tengok cemana benda ni bole ujud kat blog memasing


Ok , senang je cara nya . Korang perlu ikot je step di bawah ini yerkk :)
1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Template

2. Then , dengan meggunakan Ctrl+F , korang cari kod ini ..

<div class='post-body entry-content'> 

ataupun kod yang ini 
 data:post.body

3. Dah jumpa kan ? Then , korang copy pulak kod di bawah ini :
<div style='float:right;padding:4px;'>
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow'
type='button_count'/>  
<script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share'
type='text/javascript'/>
</div>
4. Pastekan DI ANTARA kedua-dua kod yang Lyssa suruh carikan tadi . 




taraaaaaa...dah menjadik

blog nampak lagi meriah, tak de le seperti di zaman batu sangat