Monday 23 November 2015

Apam Gula Hangus


dia adalah seorang chinese tapi suka sangat orde apam gula hangus dari kak ton

tiap kali dia order mesti 200 biji

next time kalau dia order lagi mesti kak ton tanya, kenapa order banyak-banyak ni?... ai penat tau nak siapkan 

:)





Wednesday 11 November 2015

Terpaksa jugak Elba



terpaksa juga tukar dapur lain

rasa sayang sebab semuanya nampak cantik, tak de karat atau berkerak kat dapur kak ton ni. cuma tempat keluar api je bermasalah. tungku mengecut jadi api keluar tak cantik. bila kena angin sikit terus jadi merah dan berbunyi

kalau ikutkan, tungku ni dah sakit dari bulan Februari lagi. tapi bila ada konsep jimat cermat amalan mulia dan juga tungku satu lagi tu elok je maka niat nak beli dapur baru tu kak ton tangguhkan je

sabar je kak ton masak dengan satu dapur

jadi bila baru-baru ni tungku satu lagi pun dah sakit jugak, kena la redho beli dapur lain. dah cari tungku yang boleh fit dapur tu tapi x jumpa-jumpa. mungkin old fashion la tu

tapi...... 
banyak kedai kak ton pergi semua saiz lubang kat kabinet tak ngam. elba jugak yang muat saiz lubang tu

konon ingat le nak tukar brand lain lepas guna elba jugak dari tahun 1999



operasi beli dan pasang kak ton buat sendiri dengan anak sebab en. suami tak de. ala, zaman sekarang ni perempuan dah boleh buat aktivit lasak macam lelaki

dalam kes kak ton, rasanya kak ton yang lebih berkebolehan dengan kerja-kerja tangan kalau nak dibandingkan dengan sang suami



dapur yang terpaksa dikorbankan



taraaaa... dah siap. rupa lebih kurang sama dengan dapur lama cuma kak ton pilih yang 3 tungku

nampak je simple tapi berendam peluh jugak pasang dapur ni



Friday 6 November 2015

Gambar Penyejuk Hati



kalau nak diikutkan, macam-macam cara ... dah bertahun-tahun kak ton buat untuk kurus. kalau tak kurus pun at least perut tu biar le tak maju ke depan

ini tak, kalau sekali dua orang tanya kak ton pregnant ke?... bila due?... kak ton rasa nak bagi je jelingan maut kat diorang. bila orang tanya beranak nanti pilih doktor hensem hospital selayang ke??... eh eh eh, melampau sangat concern anda semua kan

bila orang dah tak mampu nak bezakan yang mana satu perut yang mana satu dada, maka kak ton rasa sangat la down

nak menangis meraung rasa macam teruk sangat kedukaan tu... walaupun memang rasa amat menikam jiwa kak ton. pandang kiri seakan-akan aaron aziz jelir lidah kat kak ton, zul ariffin pulak tepuk-tepuk tangan ejek kak ton dari atas pokok rambutan

jadi........

harap-harap impian kak ton berberat macam ni akan jadi kenyataan






Tuesday 3 November 2015

Penuh dengan Brownies



seminggu dua yang sarat 

bukan perut kak ton yang sarat tapi order brownies yang sentiasa datang. alhamdulillah

ada yang order untuk potong kek untuk majlis hari jadi jugak tau

maka... ni la antara yang sempat dijadikan kenangan







brownies 2 adunan dalam 1 loyang 14x14
kastemer nak potong saiz comel 1x1



Wednesday 28 October 2015

Pink Purple Candy Buffet



selesai sudah konsert kat day care yang anak kak ton duduk bertahun-tahun lamanya

dulu masa sports day kak ton pernah sponsor candy buffet tapi kali ni teacher yang order 












belon buatan sendiri

ada 3 tempat untuk belon.... campur dengan belon helium untuk jalan masuk parents and student




bye bye



Thursday 15 October 2015

Simple Brownies ... yang sedap, yang senang



kawan call, kata nak datang rumah, nak bincang pasal candy buffet wedding dia

laju-laju keluarkan buttercup dari peti ais. masih ada masa untuk siapkan sikit brownies. cara buat senang je, tak payah nak kelurkan mixer. pukul je dengan whisk

orang dah bagitau nak datang, pahit pulak rasa kalau cuma hidangkan air je



tadaaaaa.... 
dalam masa kurang 40 minit dah boleh makan

resepi asal suruh bakar 45 minit tapi kak ton cuma bakar 35 minit je. bergantung pada oven masing-masing ye



amacammmmm,,, suka tak tengok

bila kita drizzle brownies ni, secara automatik brownies kita jadi cantik menarik ke ba boommm



yammih tau. sapa kata makanan yang sedap perlukan bahan yang mahal, cara masak yang menyakitkan jiwa



resepi dari majalah saji

tak caya.... ni ha buktinya
terus menerus kak ton snap untuk tatapan semua



kak ton kurangkan gula pada 1 1/4 cawan je. itu pun masih bole kurangkan

bila kita berwajah manis, tak perlu makan makanan yang manis ye

@_@

1/2 cawan coklat dalam resepi tu untuk buat hiasan je. bole diabaikan kalau tak nak drizzle untuk hiasan




Thursday 8 October 2015

Begedil



lelaju F1 kak ton update

sebuk nye le hai. malam-malam pun masih buat keje opis kat rumah. sambil jadi cek-e-gu sambil bukan laptop siapkan segala report. dulu report semua save kat server, sekarang semua pun save kat desktop. senang nak update di mana saja berada

khamis minggu depan surut sikit kot kesebukan jadi cek-e-gu. pt3 dah habis jadi satu tugas dah selesai



kak ton suka begedil ikan tenggiri yang boss kepada boss kak ton ajar, rasanya dekat 10 tahun dah kot resepi senang ni. memang dia tau kak ton selalu masak, kitoarang pun suka tukar-tukar resepi. dia kata dia dengar dalam radio masa on the way ke opis

tq pek fong



sukatan tak de. tak menyempat-nyempat kak ton sukat bahan-bahan dia. tapi trust me, ikut naluri sendiri mesti jadi punya

anggaran 2 potong ikan tenggiri - gaul dengan sikit cuka dan garam, lepas tu kukus hingga masak. angkat dan asingkan tulang dan isi. tulan sila buang ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian

anggaran 4 biji kentang - potong wedges dan goreng. orang kata kalau rebus, begedil selalu pecah bila goreng. kak ton pun setuju berdasarkan pengalamans sebelum ni. angkat dan sejukkan, lepas tu hancurkan. satukan dengan ikan

potong bawang merah dalam 2 ulas dan sikit halia. goreng sampai kekuningan, campurkan dalam adunan ikan tadi. masukkan potongan daun bawang dan garam. gaul sebati

kadang-kadang kak ton masukkan juga serbuk lada putih

bentukkan begedil, salut dengan telur yang diperasakan dengan garam. goreng sampai kekuningan

selalunya kak ton buat dan bentukkan siap2, simpan dalam peti ais untuk bajet 3-4 kali makan. sebabkan seisi keluarga lain tak suka sangat, makan untuk diri sendiri je



Friday 2 October 2015

Cotton Candy Maker untuk Disewa



Sempena bulan Oktober yang berjerubu ni, kak ton nak bagitau kawan-kawan bahawasanya kak ton dah buat sewa cotton candy maker macam yang kat bawah ni

mesin semi heavy-duty yang boleh beroperasi selama 2 jam tanpa rehat




apa itu cotton candy?????

bahasa melayunya gula-gula kapas

apa itu gula-gula kapas????

ala, gula-gula macam kat bawah ni. yang manis, ada warna-warni. ada jugak kadang-kadang jual kat pasar malam, karnival. kalau kat kedai dah siap pack dalam plastik



jadi kalau nak cari kelainan dalam party atau majlis anda,,,, selain dari chocolate fountain, boleh le sediakan gula-gula ni. nampak havoc sikit kan

lagipun tujuan kita buat majlis nak bagi orang lain sonok dan berjimba-jimba kan

harus la majlis anda jadi bualan ramai termasuk semut dan kerengga

kadar sewaan pun bertaraf alakadariah je, tak membebankan langsung



ooooo,,,,, bole buat hiasan macam buat salji jugak rupanya

torbaekkkkkk



Tuesday 29 September 2015

Candy Buffet - Blue Horse



selesai sudah majlis hari jadi ni. debar sangat nak accept tau tapi bila anggap ni cabaran, kak ton terima jugak lepas adjust timing dan order yang lain-lain

majlis hari sabtu lepas raya haji. selasa dah balik kampung jadi kak ton arrange semua barang siap-siap. yang mana bole letak dalam kotak terus kak ton masukkan. riben pun dah siap ikat

tak boleh ada cacat, cacat sikit tak pe jangan cacat di merata-rata tempat. kalau banyak kecacatan kak ton plan nak lempang diri sendiri pas tu hentuk kepala kat dinding



belom helium tuan rumah sediakan. selamat di situ

ada banyak belon, semua sudut pun dia letak belon. mulut kak ton ringan je nak suruh tuan rumah leraikan belon bagi berterabur kat siling tapi takut kena tumbuk pulak



tema kuda warna biru

chinese.... banyak pantang larang. warna, kedudukan semua diorang ambil kira

memula table tu kak ton nak buat warna putih je sebab nak kontrakan dengan deco tapi dia kata chinese pantang warna putih
lega.... nasib ada bawa extra warna biru



2 jenis cookies yang berjaya menarik hati tuan rumah dan tetamu. katanya nak order lagi untuk wedding abang dia tak lama lagi

yang warna-warni tu bukan cookies tapi belon ye



jelly bean

choc bar

cheese tart




choc bar ni emak tuan rumah tanya brand apa sebab tak penah nampak warna biru, siap ada kuda lagi... 

hihihihi, tak perasan la tu kak ton dah buat wrapper lain



cupcake....

6 biji kuda tengah duduk, 10 biji lagi muka kuda setepek

tepuk-tepuk tangan seisi rumah bila kak ton keluarkan cupcake ni. teruja sangat diorang

tq tq tak berenti. lega sangat rasa, hilang semua debaran

sebab diorang teruja, maka malam party tu kak ton datang lagi sekali untuk join makan. diorang jemput sebagai tetamu, tanda terima kasih katanya

walaupun chinese, semua makanan pun dari orang Islam. caterer semua pun halal

diorang amik jugak dengan kak ton choc fountain celup dengan strawberry, green apple dan grapes tapi letak kat luar. tak nak me'messy'kan meja ni yang khas untuk tangkap-tangkap gambar










nak buat kuda jadi lembu dan keldai pulak

semua binatang ni kak ton buat sebelum balik kampung. lagi sejam nak bertolak ke party, kak ton buat lain. tak sedap hati pulak bagi binatang lagi

orang dah bayar rasa tak nyaman kalau bagi yang tak ikut spesifikasi. kita pun mungkin akan bengang kalau mintak ayam dapat ikan manis. tak gituuuu????