Wednesday, 11 November 2015

Terpaksa jugak Elba



terpaksa juga tukar dapur lain

rasa sayang sebab semuanya nampak cantik, tak de karat atau berkerak kat dapur kak ton ni. cuma tempat keluar api je bermasalah. tungku mengecut jadi api keluar tak cantik. bila kena angin sikit terus jadi merah dan berbunyi

kalau ikutkan, tungku ni dah sakit dari bulan Februari lagi. tapi bila ada konsep jimat cermat amalan mulia dan juga tungku satu lagi tu elok je maka niat nak beli dapur baru tu kak ton tangguhkan je

sabar je kak ton masak dengan satu dapur

jadi bila baru-baru ni tungku satu lagi pun dah sakit jugak, kena la redho beli dapur lain. dah cari tungku yang boleh fit dapur tu tapi x jumpa-jumpa. mungkin old fashion la tu

tapi...... 
banyak kedai kak ton pergi semua saiz lubang kat kabinet tak ngam. elba jugak yang muat saiz lubang tu

konon ingat le nak tukar brand lain lepas guna elba jugak dari tahun 1999



operasi beli dan pasang kak ton buat sendiri dengan anak sebab en. suami tak de. ala, zaman sekarang ni perempuan dah boleh buat aktivit lasak macam lelaki

dalam kes kak ton, rasanya kak ton yang lebih berkebolehan dengan kerja-kerja tangan kalau nak dibandingkan dengan sang suami



dapur yang terpaksa dikorbankan



taraaaa... dah siap. rupa lebih kurang sama dengan dapur lama cuma kak ton pilih yang 3 tungku

nampak je simple tapi berendam peluh jugak pasang dapur ni



5 comments:

  1. cayalah kak ...pandai pasang:)

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete