Wednesday, 10 October 2012

Cuba la Ambik Iktibar

Ok, hari ni mari kita berserius
Tak de gelak ketawa atau adegan jolok2 pinggang, ok?

Tajuk meeting kita hari ni adalah peragut dan mangsanya
Pada yang nak catit minit mesyuarat, dipersilakan



Semua pun tau masalah ni sungguh la serius
Serius dan menjadik-jadik
Huh ..... sungguh tak bole jadik

Ada mangsa yang parah lepas kena ragut
Yang meninggal pun ado
Kalau setakat luka tu tak yah cerita, bukan main ramai rasanya
Tapi kita ni sebagai potential mangsa, ade ke kita ambil iktibar

Apa langkah pencegahan kita?

Kita tau peragut suka ragut henbeg
Cuba kita pikir, kat mana kita letak henbeg tu..?

DAH BANYAK PERINGATAN DIBUAT !!!!!! JANGAN LETAK HENBEG DALAM BAKUL MOTOR DAN SEBELAH KERUSI PASSANGER

tapi bersepah orang buat  ..... tak cukup takut dengan berita yg selalu keluar?

Atas rasa tanggungjawab, pagi ni aku meremind sorang pompuan kat traffic lite
Aku cakap kalau nak sangkut, jangan la terang2 gitu
Sangkut dulu henbeg tu baru la pakai wind breaker
Cantek je dia sangkut henbeg kat bahu
Kalau nak kena, memang buta-buta je mendapat
Dia sengih2 je waktu aku cakap
Tapi aku tengok tak de pun tindakan segera yang dia buat

Hari tu ada sekali kat kampung, gitu jugak
Tapi yang lagi ngeri, dalam bakul dia ada girl yg tak pakai helmet
Wow man .... buruk cakap, kalau kena dengan budak tu sekali terbabit
Dia ingat dia nampak comel letak budak pompuan dalam bakul dan sandang henbeg pink dia tu

Tak dpt bayangkan kalau jadik benda buruk
Jadi, aku pun cakap la dari dalam kereta sambil kakak aku bawak kete

Oleh itu kawan-kawan semua, sila la ambil langkah pencegahan
Kalau dah kena, tak guna menyesal
Nak pulak kalau nyawa dah melayang


Huahuahua....google gambar peragut tp jumpa jugak peragut kaki empat




No comments:

Post a Comment