Assalamualaikum semua....
akhirnya sampai jugak kita ke bulan Ramadhan
harap-harap berjaya meningkatkan amalan, tak mo marah-marah baik dengan sesiapapun.. especially 3 stooges yang kat rumah, jugak pada bapak 3 stooges
kadang-kadang bila balik badan penat, dengan bebanan kerja... diorang pulak buat perangai, ni namanya bakal mendapat secebis jelingan ataupun ngauman dari mak singa
kali ni sikit mencabar dari segi timing balik. along balik 5.30, angah & iwan balik 5.00. aku planned macam tahun lepas nak masuk office awal yakni 7.30 supaya boleh mencabutkan diri 4.30. ngam-ngam pukul 5 sampai klang, pegi nursery dulu ambil barang-barang, terus memecut ke sekolah agama untuk collect angah & iwan. kalau ayah diorang ada, tugas untuk collect along aku transferkan pada dia. senang sikit, kalau tak aku bakal bertepek kat depan sekolah dalam setengah jam
aktiviti ahad lepas adalah penuh dengan mengemas....
ni tempat landing tupperware
ada yang dah guna & ada yang belum guna
sayang aku pada mende alah ni...
of course la sebab harga dia. nak beli selalu adalah tak mampu jadi yang mana ada kena la dijaga dengan sempurna
ada sebiji tu tutup dia kena gigit tikus, ada rasa nak je gigit balik tikus tu
yang berlonggok kat bahagian atas tu adalah resepi yek... diulang sekali lagi ia adalah resepi. koleksi resepi bukan main gah tapi balik-balik aku masak resepi yang sama.
adohai,,, nasib la wahai suami dan anak-anakku
ni 2 kotak set tupperware yang aku belum guna...bila dongak kepala kat atas ni terasa pembaziran di situ
kemas jugak mini kedai kat dalam stor ni
In Sha Allah cukup la untuk bekalan Ramadhan ni. Alamak ,,, minyak tak de stok. sebesar-besar hypermarket tak de stok minyak. adakah rakyat Malaysia guna minyak untuk mandi ke???? .... garuk kepala sampai berterabur kelemumur
letak gula kat luar tak terdedah pada bahaya semut ke?
ReplyDeleteSalam Ida...byk koleksi Tupperware tuh!Slmt berpuasa ya
ReplyDeleteKemasnya susun stok!
ReplyDeleteRumah saya gula kena masuk peti ais, semut.
pelik kn kak...dari dulu smpi skrg knapel a suka sgt cik t tu gigit tuppies...adoyaiiii
ReplyDeletetupperware yang tak guna lagi tu, sempena bulan ramadan yang mulia ni apa kata sedekah kat aku.. tak pun setengah harga dan tolak 25 persen lagi sebab members. Serius ni.
ReplyDeletePuan ainnur, semut dah kurang makan gula. Takut kencing manis daa
ReplyDeleteKak atie , selamat berpuasa
ReplyDeleteJunAina : syukur la kat rumah semut masih ok
ReplyDeleteAnies , cik t zaman skrg suka tupperware, dah upgrade
ReplyDeleteCiki ,,,amboi, aku pun tercekik waktu beli dulu. Apa kata kita tukar suka sama suka, ko amik tupperware ko bg tiket istanbul
ReplyDeletetiket balik ke kuala transnasional untuk seorang saja bolehle :)
Deletewow banyak nya tupperware.sama mcm MIL rara suka kumpul tupperware.
ReplyDeletesuka beli tapi skrg dah stop, nampak macam membazir sebab bukan guna sgt pun
ReplyDelete