Dulu aku rasa pelik kenapa orang suka cheese... pelik sesangat. Tekak pun rasa kembang ngalahkan badan badak sumbu
tapi bila sekali terjebak, tak de can aku nak u-turn. memang cheese sungguh la sedap. cheese cake, cheese tart semua dah jadi favourite aku
tu lah ..... ngata orang lagi. kan Allah dah balas
ni salah satu resepi terindah yang aku suka buat. bahan tak susah, kejap je dah terbentang sebijik kek yang penuh dengan citarasa sendirik. cuma kena sabar sikit je sebab lepas masak tak boleh terus ngap ... kena kasi dia relax dalam peti es
Lapisan bawah :
230 gram serbuk biskut digestive/marie
30 gram gula kastor
75 gram butter - cairkan
Lapisan atas :
250 gram cream cheese
125ml whipping cream
1 sudu besar jus lemo
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
3 biji putih telur
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan lapisan bawah, ratakan dalam loyang. Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit
2. Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan whipping cream dan jus lemon. Kacau rata
3. Masukkan sikit demi sikit gula diikuti dengan kuning telur dan esen vanilla serta tepung kastad
4. Putar putih telur hingga separuh kental. Kaup balik hingga sebati ke dalam adunan tadi
5. Tuang dalam lapisan biskut tadi, bakar dengan suhu 175C selama 30-35 minit
6. Bila kek dah masak, renggangkan pintu oven hingga sejuk. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
7. Hias dengan filing pilihan
bila dah ready, aku hias dengan blueberry dan strawberry filling
wallaaa.... sodap seh
kalau nanti berat badan setarap aku, jangan salahkan aku yek.
sila salahkan sapa yang pandai-pandai cipta cheese
kak, nk la sekeping 2 hehehehe
ReplyDeletealamak ... secebis dua je yang tinggal
ReplyDelete